Anda di halaman 1dari 19

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Pendahuluan Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam membentuk kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Sekolah adalah titik permulaan menuju visi dan wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Dengan yang demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap dibincang oleh masyarakat, walau apa pun bentuk dan taraf sesuatu masyarkat itu.

Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Kalau sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya terkandas, maka citacita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Negara hanya tinggal terukir di pejabat atau di bilik pentadbir sekolah dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Oleh yang demikian untuk mewujudkan visi dan wawasan pendidikan negara, perlulah setiap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai seorang pentadbir sekolah, guru besar atau pengetua yang bertanggung jawab secara langsung di sekolahnya.

Hari ini ramai juga orang memperkatakan tentang kewibawaan guru penolong kanan atau pengetua (kedua-dua dirujuk sebagai pentadbir) di sekolah. Macammacam pendapat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Seolah-olah pengetua sahaja yang memainkan peranan tanpa dikaitkan dengan persekitaran dan sosio-budaya masyarakat setempat. Walaupun banyak elemen yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan seeorang pelajar, tetapi kalau masing-masing

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

mengetahui dan menginsafi tetang tugas dan tanggungjawabnya, kita yakin, Falsafah Pendidikan Negara melalui SPN21 akan terlaksana dan kita akan dapat menuju ke satu era kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara akan berlaku secara seimbang di antara, emosi, jasmani, rohani dan intelek. Untuk itu, kertas tugasan ini akan membincangkan serba sedikit mengenai kepimpinan pentadbir sekolah (pengetua, guru besar, ketua guru atau guru penolong kanan) dalam pengurusan sekolah sebaik yang mungkin Definisi i. Definisi Kepimpinan a. Kepimpinan dari segi bahasa dan istilah Kepimpinan mengikut Kamus Dewan adalah terbitan daripada pimpin membawa erti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaan memimpin.

b. Kepimpinan dari segi Islam

Maksudnya: Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Diameninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah al-An'am ,Ayat :165

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Penjelasan bagi ayat di atas berkaitan kepimpinan juga di terangkan dalam sabda Rasulullah sepertimana berikut dibawah: Yang bermaksud: Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang orang yang anda pimpin. Imam adalah pemimpin atas rakyat dan akan ditanya tentang mereka; seorang laki-laki adalah pemimpin rumah dan akan ditanya tentang rumah tangga; seorang wanita adalah pemimpin atas anak-anaknya dan ia akan ditanya tentang mereka Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim Rasulullah SAW menggunakan istilah rain ( ) dalam hadis sahih di atas, yang membawa maksud pelindung (protector), penjaga (guardian) dan pembimbing (shepherd) yang membawa makna kepimpinan. Penggunaan istilah ini sangat bermakna kerana konsep kepimpinan dalam Islam berasaskan kepada berapa unsur penting seperti amanah, kasih sayang, keadilan, tidak pilih kasih atau berat sebelah, penjagaan rapi dan rasa tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pihak yang dipimpinnya.

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

c. Kepimpinan dalam Pendidikan Islam Dalam pendidikan Islam, contoh teladan yang baik amat besar pengaruhnya terhadap pendidikan dan permbinaan seseorang individu, terutama kepada kanak-kanak dan remaja sekolah. Seseorang pelajar memperoleh pelbagai ragam tingkah laku melalui pemerhatian tingkah laku orang lain di sekelilingnya. Peniruan melalui contoh teladan yang baik menjadikan seseorang pelajar itu memperoleh tingkah laku dan sikap-sikap yang baik. Umat Islam sudah mengetahui Nabi Muhammmad s.a.w. menyuruh seseorang itu berbuat sesuatu apabila baginda terlebih dahulu mengerjakan perkara tersebut dan tidak melarang seseorang itu berbuat sesuatu sehinggalah baginda menjauhinya terlebih dahulu

Sikap seperti ini hendaklah diikuti oleh semua pengetua sehingga tingkah laku yang baik sama ada dalam pekerjaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya memberi kesan kepada diri pelajar. Ini bermakna pengetua haruslah bersifat terpuji, iaitu bercirikan insan cemerlang, bijak memimpin, berakhlak, mempamerkan teladan yang baik dan berketrampilan. Oleh itu, tidak ragu lagi contoh teladan yang baik yang ditunjukkan oleh pengetua dalam amalan kepimpinan pengajarannya dipandang sebagai salah satu kaedah utama dalam pembentukan akhlak pelajar. Akhlak yang baik akan memudahkan pelajar mendisiplinkan diri seterusnya membantu ke arah mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.

d. Kepimpinan dari segi Pendidikan Dalam hal ini, Hadari Nawawi mengemukakan pengertian kepimpinan pendidikan dan kepimpinan sekolah sebagai berikut: "Kepimpinan sekolah adalah proses menyatukan buah fikiran dan

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

pendapat untuk mewujudkan menjadi kesatuan gerak yang terarah pada pencapaian matlamat persekitaran, kakitangan sekolah, yang didalamnya terkandung makna menggerakkan, memotivasi orang lain dan kelompok agar bersedia melakukan tugas-tugas sebagai rakan kerja di sekolah" Ahmad Rohani H.M dan Hijrah Abu Ahmadi mentakrifkan kepimpinan Pendidikan sebagai berikut:

"Kepimpinan Pendidikan iaitu muat kegiatan mempengaruhi, menggerakkan dan menyelaras individu-individu organisasi atau institusi tertentu untuk mencapai tujuan yang telah dirumuskan".

Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan definisi kepimpinan pendidikan sebagai satu kemampuan dan muat

mempengaruhi, menyelaras dan menggerakkan orang-orang lain yang ada hubungan dengan pembangunan ilmu pendidikan dan pelaksanaan pendidikan dan pengajaran, agar kegiatan-kegiatan dijalankan boleh lebih berkesan dan cekap di dalam pencapaian tujuan-tujuan pendidikan dan pengajaran.

ii. Definisi Pengurusan Sekolah Menurut Stephen J. Knezevich, Pengurusan Sekolah adalah suatu proses yang terdiri dari usaha mencipta, memelihara,

merangsang, dan mempersatukan semua daya yang ada pada suatu organisasi pendidikan agar tercapai tujuan yang telah ditentukan lebih dulu.

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Manakala

menurut

Albert

Shuster,

Pengurusan

Sekolah

didefinasikan sebagai integrasi seni dan ilmu secara kreatif ideaidea, material, dan orang dalam satu kesatuan organik atau unit yang bekerja yang diharapkan. secara harmoni untuk mencapai tujuan

Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan definisi pengurusan sekolah sebagai segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisasi pendidikan untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu disamping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi pendidikan tersebut. Perbahasan Kepimpinan pendidikan secara amnya sangat di titikberatkan dalam menjayakan matlamat pendidikan Negara. Kepimpinan pentadbir sekolah, secara khasnya pengetua, guru besar, ketua guru atau guru penolong kanan akan menentukan perlaksanaan pendidikan yang sempurna di sesebuah sekolah yang di tadbir dan diurus. Perkara ini disentuh dalam titah dan ucapan seperti dibawah berikut: i. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pembukaan Rasmi Pameran Kepimpinan RajaPada 18 Februari 2004 Kita perlu inovatif kerana jika tidak, kita akan terkeluar dari gelanggang persaingan. Tetapi kerja-kerja yang sempurna serta berkesan adalah memerlukan kepimpinan. Jika kepimpinan lemah dan tidak berwawasan, maka ia boleh mengurangkan mutu kerja, jika pun tidak menggagalkannya

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

sama sekali. Oleh itu, di samping memiliki kelayakan-kelayakan biasa, kepimpinan juga perlu bagi memastikan survival bangsa dan negara tetap berlaku. Jika kepimpinan ada, maka kita bukan sahaja wujud, malahan dalam persaingan, kitalah juara. Kepimpinan bukan mesti merujuk kepada umur tua, tetapi kepada minda besar yang mampu melahirkan idea-idea bernas, serta kemudiannya menjadikan idea-idea itu kenyataan dalam bentuk-bentuk rancangan dan pekerjaan.

ii. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain berucap ketika merasmikan Ceramah Kepimpinan Sekolah, berlangsung di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, 20 Ogos 2008. Dalam pada itu, pengetua-pengetua, guru-guru besar dan ketua-ketua guru sebagai pemimpin yang berwibawa itu perlu memiliki keperluankeperluan asas sebagai seorang pengurus dan pemimpin sekolah, iaitu kemahiran-kemahiran tertentu, di samping mempunyai ciri-ciri peribadi yang sesuai dengan keperluan tugas dan tanggungjawab serta amanah. Peranan Pentadbir Sekolah (Pengetua dan Guru Penolong Kanan) Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepimpinan. Ketiga-tiga konsep itu, kita perlu memahami dan menghayati dengan jelas.

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Menurut Ibrahim Mamat, secara umumnya peranan pentadbir sekolah(pengetua, guru besar, ketua sekolah atau guru penolong kanan) melibatkan empat perkara besar iaitu: Membentuk falsafah sekolah iaitu dengan menentukan matlamat dan objektif sekolah dan membentuk budayanya. Membentuk struktur sekolah iaitu dengan membentuk polisi dan memperuntukkan pelbagai sumber untuk merealisasikan matlamat dan objektif yang ditetapkan dengan pengagihan tugas kepada kakitangan bawahan. Mengurus dan memotivasi kakitangan sekolah. Memotivasikan semua manusia disekolah supaya melaksanakan tanggungjawab yang sudah ditentukan. Memberi kepimpinan. Sebagai seorang yang penting untuk menentukan kejayaan sekolah, pentadbir sekolah mesti member kepimpinan.

Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan. maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah ditentukan sebelumnya , pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi. Kepimpinan Pentadbir Sekolah (Pengetua dan Guru Penolong Kanan) i. Kepimpinan Pentadbir Sekolah Boleh diertikan sebagai kemahiran atau keupayaan yang dimiliki seseorang di dalam mempengaruhi sekumpulan orang atau kelayakan menyelaras,

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

menggerakkan dan membimbing kakitangan sekolah mencapai tujuan pendidikan dan pengajaran. Pentadbir Sekolah sebagai pemimpin dalam suatu organisasi pendidikan hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas dan kemahiran kepimpinan agar mampu mengawal, mempengaruhi dan mendorong pekerja bawahan dalam menjalankan tugas dengan jujur, tanggung jawab, efektif dan efisien.

ii. Pendekatan sifat-sifat kepimpinan dan perilaku kepimpinan. a. Pendekatan sifat-sifat kepemimpinan Untuk memperoleh kemampuan dalam dalam kepimpinan diperlukan sejumlah sifat-sifat yang baik dan tepat, tetapi untuk sejumlah sifat-sifat tersebut tidaklah cukup untuk memperoleh sifat pemimpin. Kerana sifat-sifat itu harus diterapkan dalam praktek pada waktu dan keadaan yang tepat pula. Disamping itu diperlukan pula adanya bawahan atau sekumpulan orang yang mencari kepimpinannya. Sifat-sifat kepimpinan itu mencakupi : pengetahuan, kecerdasan, imaginasi, kepercayaan diri, integrasi, kepandaian berbicara, pengendalian dan keseimbangan mental dan emosional, pergaulan sosial dan persahabatan, dorongan, entusiasme dan keberanian.

b. Pendekatan perilaku kepimpinan Pendekatan perilaku akan menentukan apa yang dilakukan oleh para pemimpin efektif, bagaimana mereka mendelegasikan tugas, bagaimana mereka berkomunikasi dan memotivasi bawahan mereka, bagaimana mereka menjalankan tugas. Tidak seperti pendekatan sifat, pendekatan perilaku dapat dipelajari atau dikembangkan sehingga individu-individu dapat dilatih dengan perilaku kepimpinan yang tepat agar mampu

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

memimpin

dengan

efektif.

Pendekatan

perilaku

memusatkan

perhatiannya pada dua aspek perilaku kepimpinan iaitu :

b.i Fungsi Kepimpinan Kepimpinan yang efektif hanya dapat wujud apabila dijalankan sesuai dengan fungsinya. Fungsi pemimpin ini berhubungan langsung dengan keadaan sosial dalam kehidupan kelompok atau organisasi masing-masing yang mengisyaratkan bahawa setiap pemimpin berada di dalam dan bukan di luar keadaan itu. Pemimpin harus berusaha agar menjadi sebahagian di dalam situasi sosial

kelompok/organisasinya.

Pemimpin yang membuat keputusan dengan memperhatikan situasi sosial kelompok/organisasinya, akan dirasakan sebagai keputusan bersama yang menjadi tanggung jawab bersama pula dalam melaksanakannya. Dengan demikian akan terbuka peluang bagi pemimpin untuk mewujudkan fungsi-fungsi kepimpinan sejalan dengan situasi sosial yang dikembangkannya.

Fungsi kepimpinan itu memiliki dua dimensi sebagai berikut : Dimensi yang berkenaan dengan tingkat kemampuan atau aktiviti

mengarahkan

(direction) dalam tindakan

pemimpin, yang terlihat pada pandangan orang-orang yang dipimpinnya. Dimensi yang berkenaan dengan tingkat dukungan (support) atau keterlibatan orang-orang yang dipimpin dalam

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

melaksanakan tugas tugas pokok kelompok/organisasi, yang dijabarkan dan dimanifestasikan melalui keputusan-keputusan dan kebijaksanaan-kebijaksanaan pemimpin.

Berdasarkan kedua dimensi itu, selanjutnya secara operasional dapat dibahagikan kepada lima fungsi asas kepimpinan. Lima fungsi kepimpinan tersebut adalah : Fungsi Instruktif Pemimpin sebagai pengambil keputusan berfungsi memerintahkan pelaksanaannya pada orang-orang yang dipimpin. Pemimpin sebagai komunikator merupakan pihak yang menentukan apa (isi perintah), bagaimana (cara mengerjakan perintah), bila (waktu memulai, melaksanakan dan melaporkan hasilnya), dan dimana (tempat mengerjakan perintah) agar keputusan dapat diwujudkan secara efektif. Fungsi Konsultatif Pemimpin kerapkali memerlukan bahan pertimbangan yang mengharuskannya berkonsultasi dengan orang-orang yang

dipimpinnya. Konsultasi dapat pula dilakukan melalui arus sebaliknya, yakni dari orang-orang yang dipimpin kepada pemimpin yang menetapkan keputusan dan memerintahkan pelaksanannya. Hal ini berarti fungsi ini berlangsung dan bersifat komunikasi dua arah, meskipun pelaksanaannya sangat tergantung pada pihak pemimpin. Fungsi Partisipasi

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Fungsi ini bererti kesediaan pemimpin untuk tidak berlepas tangan pada saat-saat orang yang dipimpin melaksanakan keputusannya. Pemimpin tidak boleh sekedar mampu membuat keputusan dan memerintahkan pelaksanaannya, tetapi juga ikut dalam proses pelaksanaannya, dalam batas-batas tidak menyimpang dan mengganti petugas yang bertanggung jawab melaksanakannya. Fungsi Delegasi Fungsi ini mengharuskan pemimpin memilih tugas pokok organisasinya dan menilai yang dapat dan tidak dapat untuk diberikan kepada orang-orang yang dipercayainya. Fungsi delegasi pada dasarnya bererti kepercayaan. Pemimpin harus bersedia dan dan dapat mempercayai orang lain sesuai dengan

jawatan/jabatannya. Fungsi Pengendalian Pemimpin mampu mengatur aktiviti anggotanya secara terarah dan dalam koordinasi yang efektif, sehingga memungkinkan

tercapainya tujuan bersama secara maksimum.

b.ii

Gaya kepimpinan Pandangan kedua tentang perilaku kepimpinan ini memusatkan pada gaya kepimpinan dalam hubungannya dengan bawahan. Menurut Nasution (2004) Gaya kepimpinan adalah suatu cara yang digunakan pemimpin dalam berinteraksi dengan bawahannya. Gaya kepimpinan ini pada gilirannya merupakan dasar dalam

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

mengklasifikasikan

jenis

kepemimpinan.

Gaya

kepimpinan

memiliki tiga corak dasar, yaitu : Gaya kepimpinan yang mementingkan pelaksanaan tugas secara efektif dan efesien, agar mampu mewujudkan tujuan secara maksimal. Gaya kepimpinan yang mementingkan pelaksanaan hubungan kerja sama. Gaya kepimpinan yang mementingkan hasil yang dapat dicapai dalam rangka mewujudkan tujuan organisasi. Disini pemimpin menaruh perhatian yang besar dan memiliki keinginan yang kuat, agar setiap anggota berprestasi sebesar-besarnya.

Ketiga corak dasar perilaku kepimpinan dalam praktik tidak terjadi terpisah-pisah. Pemisahan sebagaimana tersebut diatas

dimaksudkan sebagai uraian teoritis, yang akan membawakan kepada kategori kepimpinan menjadi lima kategori asas dalam kepimpinan. Kepimpinan yang efektif tidak mungkin wujud dengan mengunakan salah satu jenis kepimpinan secara murni. Arifin (2005) kelima jenis kepimpinan tersebut adalah : Kepimpinan Autokratik Kepimpinan ini menempatkan kekuasaan di tangan satu orang atau sekelompok kecil orang yang diantara mereka tetap ada seseorang yang paling berkuasa. Pemimpin bertindak sebagai penguasa tunggal. Kedudukan bawahan semata-mata sebagai pelaksana keputusan, perintah dan bahkan kehendak pemimpin. Pemimpin memandang dirinya lebih dalam segala hal, dibandingkan dengan bawahannya. Perintah pemimpin tidak boleh dibantah, kerana

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

dipandang sebagai satu-satunya yang paling benar. Oleh karena itu tidak ada pilihan lain bagi bawahan selain tunduk dan patuh di bawah kekuasaan sang pemimpin. Kekuasaan pemimpin

digunakan untuk menekan bawahan, dengan mengunakan tindakan atau hukuman sebagai alat utama. Kepimpinan Paternalistik Jenis kepimpinan ini lebih mengutamakan kebersamaan. Jenis ini memperlakukan semua satuan kerja yang terdapat dalam organisasi dengan seadil dan serata mungkin. Kepimpinan Karismatik Dalam jenis ini pemimpin mempunyai kemampuan menggerakkan orang lain dengan mendayagunakan keistimewaan atau kelebihan peribadi yang dimiliki oleh pemimpin, sehingga menimbulkan rasa hormat, segan dan patuh pada orang-orang yang dipimpinnya. Adapun keistimewaan keperibadian yang umum dimiliki

kepimpinan jenis ini adalah akhlak yang terpuji. Kepemimpinan bebas (Laissez Faire) Dalam kepimpinan ini, pemimpin berkedudukan sebagai simbol. Kepimpinan dijalankan dengan memberikan kebebasan penuh pada orang yang dipimpin dalam mengambil keputusan dan melakukan kegiatan (berbuat) menurut kehendak dan kepentingan masingmasing, baik secara perseorangan maupun berupa sekumpulan kecil. Pemimpin hanya menjadikan dirinya sebagai penasehat, yang dilakukan dengan memberi kesempatan untuk berkerjasama

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

atau bertanya bagi anggota kelompok yang memerlukannya. Dalam kepimpinan ini apabila tidak ada seorangpun dari anggota kumpulan atau bawahan yang mengambil inisiatif untuk

menetapkan suatu keputusan maka tidak ada aktiviti/kegiatan organisasi. Kepimpinan Demokratik Jenis kepimpinan ini menempatkan manusia sebagai faktor utama dan terpenting dalam setiap kumpulan/organisasi. Proses

kepimpinan diwujudkan dengan cara memberikan kesempatan yang luas bagi anggota kumpulan/organisasi untuk turut serta dalam setiap kegiatan. Setiap angota kumpulan tidak saja diberi kesempatan untuk aktif, tetapi juga dibantu dalam

mengembangkan sikap dan kemampuannya memimpin. Keadaan ini memungkinkan setiap orang siap untuk dinaikkan menduduki jabatan pemimpin secara berperingkat, bilamana terjadi

kekosongan jawatan.

Kepimpinan Demokratik adalah kepimpinan yang aktif, dinamik dan terarah. Kegiatan-kegiatan pengendalian dilaksanakan secara tertib dan bertanggung jawab. Pembahagian tugas yang disertai arahan dan butiran tanggung jawab yang jelas membuatkan setiap angoota turut serta secara aktif. Dengan kata lain setiap anggota mengetahui secara pasti sumbangan yang dapat diberikan untuk mencapai tujuan organisasinya.

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Tindakan Pengetua atau Guru Penolong Kanan Untuk Memastikan Kepimpinan Berjalan Lancar Walau apa teori pun tidak semudah seperti yang diperkatakan oleh teori itu. Penentu kepada kejayaan bukan hanya satu sahaja, tetapi kesemuanya adalah berasaskan kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah (pengetua dan yang lain-nya) dalam mengguna pakai kepimpinan yang bersesuaian, samaada untuk mengekalkan kredibiliti prestasi pengurusan sekolah, meningkatkannya ataupun mencari punca sesuatu masaalah dan menyelesaikannya.

Dalam hal ini maka tidak timbulah seorang pengetua yang ditafsirkan sebagai suka mencari kesalahan. Seorang pengetua bukan ditugaskan untuk mencari kesalahan, tetapi untuk mengubati masalah. Membimbing mereka ke arah atau hala tuju yang betul secara klinikal Maka untuk inilah memerlukan daya kepemimpinan yang tinggi.

Sebagai seorang pengetua, sudah semestinya mahu menjadi seorang pengetua yang berkesan. Seorang pengetua yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan. Sebagai contoh, sifat pengetua yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang pengetua. Kepimpinan demokratik disini bukanlah bersifat demokratik mutlak namun pada tahap-tahap tertentu yang tidak provokatif kepada professionalism seorang pentadbir sekolah. Seorang pengetua yang mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di bawah kumpulannya.

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan rajin bekerja.

Sebagai seorang pengetua yang demokratik, dia juga hendaklah mampu mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Dia adalah sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di bawahnya, seorang pengetua hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, pengetua itu seharusnya mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama dalam satu kumpulan kerja.

Sebagai seorang pengetua yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas tadi, dia juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat berkomunikasi secara terbuka, seorang yang peramah mesra. Sentiasa

menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Mempunyai komunikasi dua hala.Tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat ultra autokratik. Pengetua sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional, hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain iaitu laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

yang amat bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi pincang, urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi. Oleh itu pengetua atau guru penolong kanan sepatutnya cekap dan arif dalam menerapkan sifat-sifat kepimpinan bersesuaian pada waktu dan keadaan yang tepat. Penutup

Sebagai penutup,kepimpinan pentadbir sekolah (pengetua, guru besar, ketua guru atau guru penolong kanan) dalam pengurusan sebuah sekolah secara amnya merupakan tunggak utama dalam meningkatkan prestasi organisasi pendidikan yang di tadbir baik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, pemupukan kebolehan guru serta membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Seorang pentadbir sekolah sepatutnya bijak dalam mengapplikasikan gaya dan fungsi kepimpinannya bersesuaian dengan keadaan, keperluan dan matlamat sekolahnya

Sistem pendidikan negara melalui SPN21 telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab pengetua juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha menyesuaikan gaya kepimpinan samada kepimpinan pendidikan secara amnya dan kepimpinan pengurusan sekolah khasnya, mengikut masa dan situasi.

PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH

Rujukan 1. Al-Qur`an. 2. Al-Hadith An-Nabi. 3. Abdullah Nasih Ulwan(1981), Pendidikan anak-anak dalam Islam. Pustaka Nasional, Singapura. 4. Abdullah Sani Yahaya(2003), Mengurus sekolah, PTS Publications, Pahang Darul Makmur. 5. Ahmad Rohani (1991), Pedoman penyelenggaraan administrasi pendidikan sekolah, Bumi Aksara, Jakarta. 6. Albert H. Shuster(1977), The emerging elementary curriculum, Merrill, Ohio. 7. Arifin(2005), Skripsi: Peranan Kepemimpinan dalam Meningkatkan Semangat Kerja Pegawai, Bojonegoro: STIE Cendekia Bojonegoro. 8. Hadari Nawawi(1986), Administrasi Sekolah, Ghalia Indonesia, Jakarta. 9. Ibrahim Mamat(2001), Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepemimpinan, Kumpulan Budiman, Subang Jaya. 10. Kamarudin Hj. Kachar(1989), Strategi pentadbiran pendidikan, ASAS Teks Pub, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 11. Kamus Dewan(1989), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 12. Nasution, M.N. (2004), Manajemen Mutu Terpadu, Bogor: Ghalia Indonesia 13. Omardin Haji Ashaari(1999), Pengurusan sekolah suatu panduan lengkap, Utusan Publications, Kuala Lumpur. 14. Stephen J. Knezevich (1984), Administration of public education, Harper & Row, New York. 15. Zainal Abidin Mohamed(1999), Pengurusan strategik di sektor pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Anda mungkin juga menyukai