Anda di halaman 1dari 13

KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN BEKAM Tubuh mempunyai 3 mekanisma pembuangan racun-racun yang berada di dalamnya, iaitu pembuangan air

besar, air kecil dan perpeluhan melalui kulit (Riadah), maka jika mekanisma pembuangan dari salah satu bermasalah akan menyebabkan gangguan penumpukan racun pada daerah tertentu. Kulit merupakan tempat yang paling luas untuk membuang racun bersama perpeluhan secara alamiah racun yang ada dalam tubuh akan terdorong naik kepermukaan kulit. Jika racun di kulit teratas tidak dibuang dengan sempurna akan menyebabkan penumpukan racun pada tempat tersebut sehingga menyebabkan aliran energi, darah, kelenjar getah bening dan saraf, kesumbatan tersebut akan mengakibatkan gangguan pada tempat-tempat yang akan dilalui jalur (Meridian) tersebut. SIFAT DARAH MELALUI BEKAM 1. Darah mengalami oksidasi tanpa udara. 2. Plasma terpisah sendiri dari darah. 3. Darah yang menghimpun sepersepuluh kadar sel darah putih yang ada dalam darah alami (Meningkatkan imunitas tubuh). 4. Pada puncak sel darah merah semua sel darah putih memiliki bentuk yang ganjil. Hal ini bererti kandungannya sudah tidak mampu melaksana tugasnya sehingga dapat menghilangkan darah sel-sel darah merah yang kotor dan darah yang tidak diinginkan keberadannya sehingga yang tersisa adalah darah putih. Mengapa Harus Berbekam? Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit -penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.

[Type text]

Page 1

Soalan-soalan lazim... 1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan? Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis. 2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah? Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan akan diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru. 3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah? Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam. 4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah? Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama. 5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum? Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya. 6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya? Kaedah bekam darah... 7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah? Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi. 8) Apakah pantang larang selepas berbekam? Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

[Type text]

Page 2

Berikut beberapa contoh lagi khasiat-khasiat berbekam: 1. Melegakan pening kepala dan menyembuhkan migrain.Membantu melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. 2. Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. 3. Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. 4. Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar. 5. Dengan mengeluarkan darah toksik dapat melancarkan peredaran darah. 6. Membantu meringankan tubuh. 7. Merawat mata dan menajamkan penglihatan. 8. Selain itu berbekam juga dapat menyembuhkan berbagai lagi penyakit, antaranya darah tinggi, jantung, kolesterol, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan, haid tidak teratur, gaut, elephantiasis (kaki gajah), pendarah otak dan buah pinggang. BEKAM DARAH -Di bekam di bahagian belakang badan dari tengkuk,bahu,belikat dan pinggang. -Sangat mujarab bagi penyakit darah tinggi,selalu pening kepala,sakit-sakit badan,bahu rasa berat dan malas,sakit pinggang,masalah haid dan banyak lagi. -Elok di lakukan sebulan sekali untuk mengelakkan darah kotor terkumpul dan dapat mencegah dari berbagai jenis penyakit.

Jenis Bekam & Cara Penggunaan Bekam Basah (Wet Cupping) Iaitu metode pengeluaran darah kotor (blood letting) dengan cara disayat dengan pisau bedah atau jarum steril pada bahagian yang dibekam. Cara Melakukan Bekam Basah : 1. Pilih titik bekam berdasarkan kedudukan penyakit. 2. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tahap rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik.

3. Bersihkan bahagian kulit yang akan dibekam. 4. Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2 -3 kali tarikan, atau hingga piston tidak dapat ditarik lagi.

[Type text]

Page 3

5. Biarkan selama 3-5 minit. 6. Lepas gelas bekam dan sayat bahagian bekas bekam dengan pisau bedah atau jarum steril.

7. Bekam lagi tempat yang disayat tadi.

8. Tunggu selama lebih kurang 3 minit hingga darah keluar dan berkumpul pada gelas bekam. 9. Lepas gelas bekam dan buang darah kotor yang keluar, bersihkan gelas bekam dan basuh/lap.

10. Bekam lagi sebanyak 3-5 kali, atau hingga keluar cecair putih dari kulit. 11. Sapu bekas sayatan dan bekam dengan minyak habbatus saudah.

Cara Melakukan Bekam Kering : metode bekam yang tidak mengeluarkan darah dari tubuh. 1. Pilih titik bekam berdasarkan kedudukan penyakit. 2. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit pada pesakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tahap rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik. 3. Urut bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak Habatus Saudah selama lebih kurang 5 minit. 4. Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan, atau hingga piston tidak dapat ditarik lagi. 5. Biarkan selama 10 minit (bagi lelaki), 7 minit (bagi wanita) atau 3 minit (bagi kanak-kanak). 6. Lepas gelas bekam dan urut semula dengan minyak zaitun atau minyakhabatus saudah selama 2-3 minit untuk menghilangkan bintik-bintik hitam atau blister. 7. Lakukan selama 7 hari bagi orang dewasa dan 5 hari bagi anak-anak, kemudian diselangi jarak masa selama 3 hari, lalu dilanjutkan lagi pembekaman.

[Type text]

Page 4

Bekam Seluncur (Sliding Cupping) Iaitu metode bekam yang mana gelas bekam diseluncurkan di atas permukaan kulit yang rata (tidak tebal ototnya). Metode ini serupa dengan Guasha (cina), scrapping (inggeris) atau kerokan (jawa), namun lebih selesa kerana tidak merosakkan kulit. 1. Cara Melakukan Bekam Seluncur : 2. Pilih titik bekam sebagai awalan seluncur, biasanya bahagian atas bahu. 3. Pilih gelas bekam (cup) berdasarkan tahap penyakit dan postur tubuh. Semakin besar gelas yang digunakan maka tahap rasa sakit akan semakin besar, namun kesannya semakin baik. 4. Urut bahagian yang akan dibekam dengan dilumuri minyak zaitun atau minyak Habatus Saudah selama lebih kurang 5 minit. Sapukan minyak agak banyak sebagai pelumas. 5. Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki sebanyak 2-3 kali tarikan kemudian gerakkan/seluncurkan perlahan-lahan sampai tampak bruise (memar) kemerahan. 6. Lepas gelas bekam dan urut semula dengan minyak zaitun atau minyak Habatus Saudah selama 2-3 minit.

Bekam Cepat (Flash Cupping) atau Bekam Tarik Iaitu metode bekam dengan cara tarik lepas tarik lepas secara cepat pada bahagian kulit yang sukar dibekam, atau apabila dibekam gelas akan jatuh. Area ini biasanya di sekitar muka dan dahi. Cara Melakukan Bekam Cepat : 1. Pilih titik bekam pada dahi atau bahagian yang dikehendaki. 2. Pilih gelas bekam (cup) yang sesuai dengan lebar dahi (tidak terlalu besar). 3. Pam gelas bekam dengan piston pada posisi yang dikehendaki secukupnya kemudian lepas. 4. Lakukan secara berulang-ulang hingga kulit berwarna kemerahan. Diagnosis Penyakit Dengan Bekam Diagnosa bekam/cupping dapat dilihat dari warna pigmen kulit setelah pembekaman. Di dalam buku Canon of Internal Medicine dikatakan, Kondisi organ internal (organ dalam) dapat diketahui dengan cara mengobservasi (mengamati) gejala-gejala eksternal dan tanda-tanda fizik, sehingga penyakit dapat diagnosa. Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut : 1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau hitam, pada kebiasaanya hal ini menandakan (kekurangan) saluran pembekal darah dan
[Type text] Page 5

2.

3.

4.

5. 6.

7.

8. 9.

saluran (pembuluh) darah yang tidak lancar yang disertai dan terdapatnya darah beku. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai plaque (berbintik-bintik), pada kebiasanya ia menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang berwarna keunguan dan adanya darah beku. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan warna yang berbeza (gelap/pekat dan ada yang ungu muda). Hal ini menandakan kelainan Qi dan darah beku. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya menunjukkan terjadinya defisiensi Yin, defisiensi Qi dan darah atau rasa panas yang dahsyat yang diinduksi oleh defisiensi Yin. Bekas bekam yang muncul berwerna merah gelap, menandakan kondisi lemak di dalam darah yang tinggi disertai dengan adanya panas patogen. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika disentuh, menandakan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya gas patogen. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasasedikit gatal, ia menandakan kondisi adanya wind (lembab) patogen dan gangguan gas patogen. Munculnya wap air pada dinding bahagian dalam gelas bekam, menandakan kondisi adanya gas-gas patogen pada kawasan tersebut. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan keadaan gangguan gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas panas toksin.

Beberapa perkara yang perlu diperhatikan di dalam berbekam 10. Pastikan gelas bekam sudah disteril dan higinis sehingga sedia untuk berbekam (terutama bekam basah). 11. Untuk pesakit yang belum pernah dibekam sebelum ini, pilih gelas bekam dari yang terkecil kepada yang lebih besar supaya tidak terlalu sakit. 12. Posisi bekam dapat dilakukan dengan duduk atau berbaring meniarap. Posisi duduk lebih baik untuk peredaran darah, namun bagi pesakit yang lemah disarankan dengan posisi berbaring. Segera hentikan bekam apabila berasa sakit. 1. Setelah bekam rehatlah dengan cukup. Sebahagian pesakit segera merasa segar badannya setelah berbekam pada bahagian punggung dan lutut, sehingga ia tidak mahu berehat sebagaimana saran, ia boleh menyebabkan penyakit datang kembali. 2. Sesetengah orang merasa suhu badannya naik setelah 1-2 hari berbekam, perkara ini adalah normal dan akan segera hilang kemudian. 3. Pesakit yang mengalami penyakit berjangkit atau infeksi agar diberikan perhatian lebih. Bagi yang mengalami penyakit berjangkit, gelas bekamnya mesti diasingkan(single use).
[Type text] Page 6

4. Pesakit yang mengalami tekanan darah rendah mesti diperlakukan dengan berhati-hati. Tahap kesedarannya selalu dikawal agar tidak pengsan. Elakkan membekam pada bahagian punggung bawah yang sejajar dengan pusat ke bawah, ini kerana ia boleh menurunkan tekanan darah dengan cepat. 5. Permukaan kulit yang timbul blister kecil, berbintik-bintik, darah kotor dan darah beku adalah reaksi normal setelah berbekam. Apabila blister yang timbul banyak dan besar (seperti luka terbakar), ia boleh dipecahkan dengan cara menusukkan jarum steril kering hingga keluar cecairnya (cairan limfoid). Lebih disarankan apabila bekas bekam yang berblister ini disapu dengan minyak zaitun atau Habatus saudah. 6. Pesakit yang mengalami mental stres, ketakutan, mual dan gejala mental lain, hendaklah menghentikan pembekaman dan rehat sambilberbaring, tenang dan minum dengan minuman manis (lebih baik madu). Larangan-Larangan Bekam 1. Tidak digalakkan melakukan bekam basah pada pengidap diabetes kecuali oleh juru bekam yang pakar dan berpengalaman. 2. Jangan bekam orang yang fizikalnya sangat lemah atau lelah (overfatigue). 3. Jangan bekam orang yang menderita penyakit kulit merata atau mengalam alergi kulit yang teruk seperti ulserasi dan edema. 4. Jangan bekam orang yang lemah fisikalnya dan kanak-kanak yang tubuhnya lemah atau di bawah 3 tahun. 5. Pesakit leukimia (kanser darah) tidak digalakkan untuk dibekam basah. 6. Pengidap hepatitis yang teruk, TBC aktif, hemofilia, malignant anemia, trombositopenia dan penyakit lain yang kritikal tidak digalakkan bekam kecuali oleh juru bekam yang pakar dan berpengalaman. 7. Jangan memberkam pada : Perut yang kenyang, kehausan, kelaparan, kepenatan, lepas kerja berat, badan lemah dan badan demam (kedinginan). 8. Jangan bekam wanita hamil pada usia kehamilan 3 bulan pertama(trimester awal). 9. Jangan bekam pada bahagian yang luka, urat sendi koyak, patah tulang, varises, tumor. 10. Jangan bekam wanita yang sedang haid dan nifas. 11. Jangan berkam kawasan perut terlalu keras 12. Jangan terus berbekam selepas makan, pembekaman dapat dilakukandua jam selepas makan. Selepas bekam juga jangan terus makan, melainkan hanya minum yang manis-manis seperti madu dan lain-lain. 13. Tidak digalakkan melakukan pembekaman pada pengidap sakit jantung, kecuali di bawah pengawasan doktor atau pakar bekam yang berpengalaman. 14. Jangan terus berbekam selepas mandi, terutama setelah mandi dengan air sejuk. Tidak digalakkanterus mandi setelah berbekam, melainkan setelah 2 jam. Digalakkan mandi dengan air panas/suam.
[Type text] Page 7

15. Jangan bekam basah bagi orang yang baru menderma darah atau selepas kemalangan sehingga darahnya berkurang. 16. Jangan bekam pesakit diabetes (gula darah di atas 280) kecuali oleh orang yang pakar. 17. Jangan membekam di kawasan terbuka atau tempat yang sejuk. Elok melakukan bekam di tempat yang hangat atau bersuhu biasa. 18. Dilarang bekam kawasan berikut : 19. Lubang alamiah tubuh : mata, hidung, telinga, mulut, kemaluan, anus, puting susu. 20. Kawasan sistem nodus limfa yang berfungsi sebagai penghasil antibodi, iaitu di submaksilari, korvikal, sudmalaonkula, aksilari, bahagian denyutan jantung, nodus inguinalglimfa. 21. Kawasan yang dekat dengan pembuluh besar (big vessels).

Lokasinya berada di pertemuan 2 ujung telinga tepat diatas kepala / tempat bertemunya tulang kepala depan dan belakang. Khasiatnya untuk mengatasi masalah2 seperti Stroke, sakit kepala, stress,gangguan jin, dll

[Type text]

Page 8

Lokasinya di tengah-tengah Kening. Khasiatnya untuk penyakit di kepala, sinus dan masalah2 mata.

Lokasinya berada di dua sisi urat leher. Khasiatnya untuk masalah2 sakit kepala, wajah, mata, dll

Lokasinya berada di Tengkuk / di ujung atas ruas tulang belakang diantara duabahu. Khasiatnya untuk mengatasi berbagai macam penyakit, karena ini merupakan pertemuan tujuh meridian dalam tubuh dan merupakan serabut syaraf tulang belakang ke Jantung, Paru-paru, Bronkus serta Lambung.

[Type text]

Page 9

Lokasinya berada di Bahu Kiri dan Kanan. Khasiatnya untuk menyembuhkan keracunan dan melancarkan pembuluh darah kekepala dan tangan.

Lokasinya di Pinggul Kiri dan Kanan. Khasiatnya perbaikan syaraf ke organ Ginjal, Pankreas, Usus dan OrganReproduksi juga melancarkan perderan darah ke kaki. Lokasinya di Pangkal Paha dibawah Pantat Kiri dan Kanan Khasiatnya untuk melancarkan Peredaran Darah ke Kaki.

[Type text]

Page 10

Lokasinya dibawah Mata Kaki sebelah dalam. Khasiatnya untuk Peredaran Darah dan Syaraf ke Mata Kaki dan sekitarnya.

Lokasinya di Belakang Betis Kiri dan Betis Kanan. Khasiatnya untuk melancarkan Peredaran Darah dan syaraf ke Kaki.

Lokasinya pada Tempurung Kaki kiri dan kanan. Khasiatnya untuk mengatasi masalah Haid, Sakit pada Paha, Betis, dll.

[Type text]

Page 11

[Type text]

Page 12

[Type text]

Page 13

Anda mungkin juga menyukai