Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan
Dalam kehidupan sehari-hari kita seringkali mendengar orang berbicara mengenai
kecerdasan sebagai faktor yang menentukan berjaya atau tidaknya pelajar di sekolah. Walter B.
Kolesnik (1979) di dalam bukunya “Learning Educational Applications” mengatakan:
“In most cases there is a fairly high correlation between one’s IQ, and his scholastic success.
Usually, the higher a person’s IQ, the higher the grades he receives”1

Sternberg pernah menyebut “Traditional education tends to ‘shine the spotlight’ on


certain children almost all of the time, and on other children almost none of the time2”. Perkara
seperti ini kerap terjadi dalam sistem pendidikan tradisional yang mana pelajar lebih cenderung
untuk memberi perhatian kepada pelajar yang bernasib baik dan kurang merawat pelajar yang
lemah dan kurang bernasib baik.

Pengetahuan mengenai tingkat kemampuan intelektual pelajar akan membantu pengajar


menentukan apakah pelajar mampu mengikuti pelajaran yang diberikan, serta meramalkan
berjaya atau gagalnya pelajar yang bersangkutan dengan bila telah mengikuti pelajaran yang
diberikan. Meskipun demikian, perlu diingat bahawa prestasi pelajar tidak semata-mata
ditentukan oleh tingkat kemampuan intelektualnya. Faktor-faktor lain seperti motivasi, sikap,
kesihatan fizikal dan mental, keperibadian, ketekunan dan lain-lain perlu ditimbangkan sebagai
faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi prestasi.

Terdapat banyak pengertian mengenai kecerdasan. Beberapa ahli menekankan fungsi


kecerdasan adalah untuk membantu penyesuaian diri seseorang terhadap lingkungan. Beberapa
ahli lainnya menekankan struktur kecerdasan dengan menggambarkan sebagai suatu kecekapan.
2.0 Kecerdasan
Menurut Kamus Dewan 2000: diertikan sebagai kesempurnaan akal
(untuk berfikir, mengerti dan lain) seperti kepandaian, kecerdikan dan
1
Drs. Slameto, Belajar Dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya, Edisi Ketiga, 1995, Rineka
Cipta, Jakarta, muka surat 128
2
Kamarudin Hj Husin, Pedagogi Asas Pendidikan, 2004, Kayazano Enterprise, Kuala Lumpur,
muka surat 266
keintelekualan. Definisi kecerdasan yang terawal di Amerika Syarikat adalah
berkaitan dengan prestasi individu dalam skala kecerdasan stanford-Binet,
iaitu satu ujian kecerdasan individu yang dikembangkan oleh Lewis Terman.
Kanak-kanak yang mendapat markah 140 atau lebih dianggap sebagai
kanak-kanak pintar cerdas.

Mengikut pengertian tradisional, kecerdasan meliputi kemampuan


membaca , menulis dan menghitung sebagai aspek yang diketengahkan
melalui keterampilan kata dan angka yang menjadi fokus dalam pendidikan
formal di sekolah dan mengarahkan seseorang untuk mencapai kejayaan
dala bidang akademik. Manakala pandangan baru memberikan definisi
bahawa ada lagi kecerdasan yang lain seperti bakat, ketajaman pengamatan
sosial, hubungan sosial dan kematangan emosional yang harus
dikembangkan.

Pada 1981 sebuah penelitian dilakukan oleh Sternberg dan rakan-


rakannya. Penelitian ini ditentukan untuk mengetahui perilaku apa yang
dianggap menurunkan kecerdasan oleh masyarakat awam. Penelitian ini
menghasilkan tiga kategori kecerdasan iaitu kecerdasan verbal, praktis, dan
sosial. Bila melihat pada ketiga kategori tersebut maka kebanyakan ujian
kecerdasan lebih mengukur kategori pertama, kecerdasan verbal. Sekalipun
dipandang sebagai pengukur kemampuan mental secara umum, sebenarnya
ujian kecerdasan lebih memfokuskan pada satu bentuk kecerdasan yang
spesifik, iaitu kecerdasan akademik atau verbal.

2.1 Pengukuran kecerdasan (The measurement of intelligence)


Kemajuan dalam teknologikecerdasan telah menghasilkan kemajuan dalam instrumen
baru untuk menguji kebolehan-kebolehan yang tertentu yang dikesan melalui teori. Teori
kecerdasan triarchic juga telah memberikan sumbangan dalam pengujian kecerdasan ini.
Sternberg triarchic ability test (STAT) mengukur tiga bentuk kecerdasan yang dikenalpasti dalam
modelnya3.

Ujian ini sangat berguna untuk mengenalpasti tahap-tahap pelajar bagi setiap tiga
kecerdasan. Hal ini akan membolehkan kurikulum di sekolah boleh dijalankan berdasarkan
kekuatan pelajar terbabit disamping meningkatkan pembelajaran dan prestasi sekolah.

3.0 Latarbelakang Robert Sternberg


Robert J. Sternberg dilahirkan pada 8 Disember 1949 di Pennsylvania.
Beliau berkerakyatan Amerika. Bidang yang diceburi beliau adalah sebagai
psychometrician dan merupakan Dekan bagi Fakulti Seni dan Sains di
Universiti Tufts. Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan
pendidikan di Universiti Yale. Sumbangannya begitu banyak kerana pernah

3
Michael W. Passer / Ronald E. Smith, Psychology the science of mind and behavior, 3rd Edition, McGraw Hill
International Edition, 2007, muka surat 325
mengarang 600 buah buku dan artikel selain dari menerima banyak
anugerah. Sternberg mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Yale
dan mendapat PhD daripada Universiti Stanford. Tesis beliau diselia oleh
Gordon Bower.

4.0 Teori kecerdasan Triarchic Sternberg


Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu
yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat. Dia mengkaji bagaimana maklumat
mengalir ke dalam diri kita dan bagaimana maklumat ini berubah mengikut keperluan
lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan
bercabang tiga (triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah kecerdasan analitik
(componential intelligence), kecerdasan pengalaman (experiential intelligence) dan kecerdasan
praktikal (contextual intelligence).

Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja
kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang
kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

4.1 Kecerdasan Analitik (Componential Intelligence)


Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai
kecerdasan analitik. Kecerdasan menganalisis merupakan ciri utama kecerdasan ini. Ada diantara
pelajar yang dikatakan mempunyai kecerdasan luar biasa sehinggakan dinaikkan beberapa gred
dalam persekolahannya (sistem persekolahan Barat). Menurut Sternberg, aspek kemahiran
memproses maklumat (componential) menyatakan bahawa proses kognitif bertanggungjawab
terhadap tingkah laku kecerdasan4. Kecerdasan analitik digunakan untuk mengenali dan
memecahkan masalah, merumuskan strategi, menyusun dan menyampaikan maklumat.
4
Ramlah Jantan, Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari, 2002, McGraw-Hill,
Malaysia, muka surat 82
Perilaku kecerdasan analitik (Componential Intelligent Behavior). Sub
teori ini menekankan pada struktur dan mekanisme yang mendasari perilaku
cerdas. Di dalamnya terdapat tiga komponen pemprosesan data iaitu belajar
melakukan sesuatu, merencanakan apa yang akan dilakukan, dan
bagaimana melakukan hal tersebut. Orang yang tergolong dalam bentuk ini
umumnya akan meraih nilai yang tinggi dalam ujian kecerdasan, tapi kurang
kreatif dan kurang dapat berfikir kritis.

Kecerdasan analitik melibatkan tindakan menganalisis, membanding


serta menilai. Sebagai contohnya, pelajar membuat latihan Matematik. Di
dalam proses menyelesaikan masalah Matematik, pelajar akan menganalisis
maklumat yang diberikan. Kemudian membuat gerak kerja penyelesaian
mengikut formula tertentu.

4.2 Kecerdasan Pengalaman (Experiental Intelligence)


Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya
dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut.
Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses
maklumat dalam situasi baru.

Perilaku kecerdasan pengalaman (Experiential Intelligent Behavior).


Sub teori ini menunjukkan bahwa perilaku yang cerdastidak akan selalu
sama, seiring dengan perkembangan waktu. Kemampuan ini sangat ketara
ketika seseorang harus menghadapi suatu hal baru atau harus menghadapi
sesuatu persoalan secara spontan. Mereka yang memiliki karakteristik
seperti ini mungkin tidak dapat mencapai nilai tinggi dalam ujian
kecerdasan, namun sering merupakan orang yang kreatif dalam menghadapi
hidup.

Kecerdasan pengalaman berlaku apabila kita mencipta, umpamanya menghasilkan puisi,


mencipta permainan baru, menghasilkan lukisan dan sebagainya. Pengajaran dan penilaian
kreatif harus membolehkan pelajar mendefinisikan masalah disamping memastikan pelajar dapat
menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengutarakan idea-idea mereka.

Sebagai contoh, jika pelajar diberi suatu tugasan baru yang mempunyai kaitan dengan
mereka, pelajar-pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kecerdasan pengalaman
akan dapat belajar dengan cepat, menggunakan strategi yang sesuai secara automatik dan cekap
tanpa membuang masa.

4.3 Kecerdasan Praktikal (Contextual Intelligence)


Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi
yang dituntut dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai
mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup. Malahan mereka juga dapat bertahan dalam
hidup kerana berjaya untuk mengatasi perubahan.

Perilaku kecerdasan praktikal (Contextual Intelligent Behavior).


Kecerdasan ini meliputi adaptasi dengan lingkungan, pemilihan lingkungan
yang lebih optima daripada yang dimiliki sekarang, menata lingkungan yang
ada agar sesuai dengan keterampilan, minat dan nilai yang dimiliki.
Kemampuan ini memungkinkan seseorang untuk menyatu dengan
lingkungan dengan mengubah orang, lingkungan, atau keduanya. Dengan
kata lain kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan dunia.
Kecerdasan praktikal berlaku apabila kita menggunakan ataupun
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam konteks dunia yang
sebenar. Sebagai contoh, Ali belajar bahasa Inggeris di dalam kelas. Apabila
Ali pergi melancong di luar negara, beliau menggunakan bahasa Inggeris
tersebut untuk berinteraksi dengan orang-orang di tempat berkenaan.

5.0 Metakomponen, komponen prestasi dan komponen perolehan ilmu pengetahuan


Ketika mana Gardner memberikan penekanan terhadap kecerdasan pelbagai, Sternberg
pula cuba untuk mengenengahkan teori kecerdasan triarchic (R.J. Sternberg, 1985, 1988, 1996,
1999). Mengikut teori triarchic, kecerdasan mengandungi tiga aspek, yang mana berkait dengan
kecerdasan kepada dunia dalam, kepada pengalaman dan kepada dunia luar. Kecerdasan
memberikan tiga jenis illustrasi berkenaan dengan komponen pemprosesan maklumat5 iaitu:
(1) Metakomponen (metacomponents) – proses tertinggi yang digunakan untuk merancang,
memantau dan menilai penyelesaian masalah. Metakomponen merupakan
proses khas di dalam minda kita yang di digunakan di dalam
penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan yang
melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda kita. Ia akan
memberitahu kita bagaimana untuk bertindak. Metakomponen ini juga
dikenali dengan nama homunculus.

(2) Komponen prestasi (performance components)– proses yang digunakan


untuk mengimplimentasikan arahan daripada metakomponen

5
Robert J. Sternberg, Psychology in search of human mind, 3rd Edition, 2001, Harcourt College
Publishers, muka surat 316
(3) Komponen perolehan ilmu pengetahuan (knowledge-acquisition components)– proses
yang digunakan untuk mempelajari bagaimana hendak menyelesaikan masalah mengikut
keutamaan.

Sebagai contohnya jika anda disuruh untuk membuat satu kertas ujian penggal sekolah.
Untuk memastikan tugasan ini dapat dilakukan kita memerlukan tiga komponen ini. Anda akan
menggunakan metakomponen untuk menentukan tajuk, merangka pelan, memantau penulisan,
dan menilai sejauh mana kerja yang dihasilkan itu bertepatan dengan matlamat yang
dimaksudkan. Anda akan menggunakan komponen perolehan ilmu pengetahuan (knowledge-
acquisition components ) untuk membuat kajian bagi mempelajari topik. Selain itu, anda akan
menggunakan komponen prestasi (performance components )untuk penulisan yang sebenar.
Secara praktikalnya, tiga komponen ini berlaku serentak dan bukannya secara berasingan.
Sebelum memulakan menulis kertas ujian tersebut, pada mulanya kita harus menentukan suatu
tajuk dan kemudiannya membuat beberapa kajian. Keadaan yang sama juga berlaku apabila
anda merancang untuk menulis kertas tersebut. Keadaan mungkin berubah ketika mana
memperolehi maklumat terbaru. Keadaan boleh berubah disebabkan tidak cukup maklumat pada
sesuatu aspek dalam pemilihan tajuk yang memaksa untuk mengubah penekanan anda.
Perancangan anda juga boleh berubah jika terdapat beberapa aspek dalam penulisan tersebut
berjalan lebih lancar berbanding dengan yang lain.
6.0 Mendedahkan kecerdasan analitik, pengalaman dan praktikal pelajar: Aplikasi
Kecerdasan Triarchic di sekolah
Teori triarchic Sternberg bolehlah digunakan serta diaplikasikan di sekolah. Ini adalah
bertujuan untuk meneroka kecerdasan yang terdapat dalam diri pelajar. Sebagai contoh, perkara
ini telahpun diakui di sekolah yang terletak di utara Carolina (Hunter Elementary Talented and
Gifted Magnet School)6.

Apabila teori Triarchic diserap ke dalam kurikulum, instruksionaldan juga kepada


penilaian, guru-guru mula melihat bagaimana pelajar-pelajarnya “bijak” tanpa disedari melalui
sistem persekolahan yang konvensional ataupun biasa. Usaha yang berterusan untuk
meningkatkan prestasi sekolah akhirnya memberikan hasil yang memberangsangkan.

Dalam beberapa tahun, peningkatan telahpun berlaku dari pelbagai sudut seperti
peningkatan dalam skor markah pelajar serta membina keyakinan yang tinggi dalam diri guru.
Antara pencapaian yang terbaik ialah merapatkan jurang prestasi diantara pelajar yang majoriti
dan pelajar minoriti.

6
Lynn English, Uncovering students’ analytic, practical and creative intelligences:
One school’s application of Sternberg’s Triarchic Theory, January 1998
(http://findarticles.com/p/articles/mi_m0JSD/is_1_55/ai_77195567/pg_3?tag=content
;col1)
6.1 Kelebihan pengajaran yang berasaskan pengajaran triarchic7

• Membolehkan pelajar memusatkan keupayaannya kepada kekuatan dan membaik pulih


atau mencuba mengatasi masalah
• Membolehkan pelajar mengekod bahan-bahan pengajaran secara lebih mendalam, meluas
dan dihurai dengan baik
• Memotivasi atau merangsangkan pelajar dengan cara yang lebih sesuai
• Menyediakan pelajar lebih baik untuk keperluan-keperluan pekerjaan yang sebenar
6.2 Kelemahan pengajaran yang berasaskan pengajaran triarchic8

• Skor ujian merugikan


• Amat sukar untuk dilaksanakan
• Melibatkan terlalu banyak masa
• Hanya sesuai untuk pelajar-pelajar yang bernasib baik (gifted students)
• Guru mesti mengajar melalui cara-cara yang selesa bagi pelajar

7.0 Pandangan Al-Farabi mengenai intelek


7
Kamarudin Hj Husin, Pedagogi Asas Pendidikan, 2004, Kayazano Enterprise, Kuala Kumpur,
muka surat 269
8
ibid, muka surat 269
Selanjutnya, dalam Risâlah fî Ma`âni al-Aql (Risalah tentang Makna-
Makna Intelek), Al-Farabi menjelaskan istilah intelek dalam enam pengertian.

Intelek yang diungkap Aristoteles dalam Kitâb al-Akhlâq


(Nichomachean Ethic) sebagai “Intelek praktis hasil pergumulan panjang
manusia yang memberinya kesadaran tentang tindakan yang patut dipilih
atau dihindari. Dalam klasifikasi diatas, intelek jenis ini masuk kategori daya
berfikir praktis. Aristoteles sendiri menyebutnya dengan istilah phronesis
(kebijaksanaan praktis).

Phronesis atau kebijaksanaan praktis adalah kemampuan bertindak


berdasarkan pertimbangan baik buruk ketika menghadapi pilihan-pilihan.
Orang yang mempunyai phronesis akan mengerti bagaimana harus
bertindak secara tepat. Kebijaksanaan praktis ini, menurut Aristotles, tidak
dapat diajarkan tetapi boleh dikembangkan atau dilatih dengan cara
dibiasakan.9.

8.0 Bibliografi
Buku

9
Jurnal “Psikoislamika”, Fakultas Psikologi Universitas Islam Negeri (UIN) Malang,
Indonesia, Vol. 2, No. 1, Januari 2005
Drs. Slameto, Belajar dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya, Edisi Ketiga,
1995, Rineka Cipta, Jakarta

Kamarudin Hj Husin, Pedagogi Asas Pendidikan, 2004, Kayazano Enterprise,


Kuala Kumpur

Michael W. Passer / Ronald E. smith, Psychology The Science Of Mind And


Behavior, 3rd Edition, McGraw Hill International Edition, 2007

Ramlah Jantan, Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari, 2002,


McGraw-Hill, Malaysia

Robert J. Sternberg, Psychology in Search Of Human Mind, 3rd Edition, 2001,


Harcourt College Publishers

Internet

Lynn English, Uncovering students’ analytic, practical and creative


intelligences: One school’s application of Sternberg’s Triarchic Theory,
January 1998
(http://findarticles.com/p/articles/mi_m0JSD/is_1_55/ai_77195567/pg_3?tag=c
ontent;col1)

Jurnal “Psikoislamika”, Fakultas Psikologi Universitas Islam Negeri (UIN)


Malang, Indonesia, Vol. 2, No. 1, Januari 2005

Anda mungkin juga menyukai