Anda di halaman 1dari 2

Meningkatkan kecemerlangan SAR

Titik bermulanya pembangunan serta kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan


bergantung kepada guru-guru yang mengajar di tempat tersebut. Pada zaman dahulu, orang akan
bertanya dengan siapakah kita berguru dan bukannya di mana kita menuntut ilmu tersebut
sepetimana yang berlaku pada masa kini. Hal ini telah jelas membuktikan bahawa tokoh-tokoh
besar Islam telahpun merantau berjauh-jauh batunya semata-mata untuk mengaji dengan
seseorang ulama yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang tertentu. Akhirnya, lahir
ulama-ulama Islam yang tersohor serta mampu membawa perubahan kepada dunia sejagat.

Antara gagasan untuk meningkatkan kecemerlangan SAR ialah melalui pengurusan


sumber manusia. Pengurusan sumber manusia ini bermaksud pengambilan guru-guru yang
mengajar SAR hendaklah dipilih dan dilakukan dengan cermat. Perkara ini adalah untuk
menjamin mutu pengajaran seterusnya mampu membawa perubahan kepada sekolah. Guru-guru
yang mempunyai kelayakan ijazah hendaklah diutamakan disamping mereka mempunyai
sakhsiah serta peribadi yang unggul sebagai pendidik.

Tidaklah keterlaluan sekiranya pemilihan tersebut diketatkan kerana sekiranya SAR ingin
menjadi institusi yang cemerlang, SAR harus mengambil langkah yang progresif dan bukannya
memandang remeh akan hal ini. Mercu ukur kecemerlangan sekolah tidak dilihat pada binaan
atau rekabentuk sekolah, tetapi kecemerlangan tersebut terserlah pada pendidik yang menjadi
penggeraknya.

Oleh yang demikian, guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan yang membolehkannya
terampil di dalam bidang pendidikan hendaklah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi lagi agar setanding dengan pendidik-pendidik lain yang telahpun jauh maju ke hadapan.
Selain itu, ikhtisas di dalam pendidikan juga adalah perlu memandangkan kepentingan
kemahiran atau teknik pengajaran yang betul akan banyak membantu pendidik dalam
mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar.
Adalah dicadangkan supaya kerajaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada SAR
dalam beberapa tahun lagi agar SAR mampu untuk menstruktur semula kewangannya sendiri
untuk menjadi institusi yang mampu berdiri dengan sendirinya 1. Bantuan yang sedemikian
mampu memberi ruang kepada SAR untuk mencari alternatif lain untuk menjana kewangan agar
tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan yuran pelajar sahaja.

Selain itu, SAR boleh menjalankan usaha untuk menjana kewangannya sendiri melalui
penghasilan produk ataupun projek hasil. Banyak contoh yang boleh diambil dari beberapa buah
institusi yang mana mereka mampu menjana kewangan secara halal bagi menampung kos
perbelanjaan pengurusan serta pembangunan sekolah masing-masing.

Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha di Sungai Merak, Bangi sebagai contohnya
telah mengeluarkan cd ceramah agama untuk tujuan menjana pendapatan maahad tersebut.
Walaupun maahad tahfiz tersebut bukanlah SAR, tetapi inisiatif yang telah digunapakai bolehlah
diikuti oleh SAR bagi menjana pendapatan disamping mempromosikan SAR kepada masyarakat
umum. Bolehlah dikatakan usaha ini disebut sebagai serampang dua mata.

Pelajar-pelajar yang ingin memasuki SAR juga hendaklah ditapis dan disaring terlebih
dahulu sebelum mereka memulakan pengajian mereka di SAR. Ini adalah sebagai langkah untuk
memastikan mutu serta pencapaian SAR dapat dikawal serta diselia bagi menjadikan SAR
sebagai institusi yang cemerlang dalam bidang pendidikan. SAR boleh menetapkan beberapa
pra-syarat untuk memasuki institusi berkenaan agar SAR tidak dipandang sebagai institusi yang
hanya menerima pelajar yang bermasalah ataupun yang tercicir.

1
Rosnani Hashim, Educational Dualism In Malaysia: Implication For Theory And Practice, 2004, The Other
Press, Kuala Lumpur, muka surat 232

Anda mungkin juga menyukai