Anda di halaman 1dari 3

BBM SAINS

Jenis BBM yang disediakan adalah : 1. Bahan Kitar Semula 2. Bahan Multi Sensori 3. Bahan Multimedia 4. Bahan Komersial. Di bawah adalah sedikit perincian dan gambar-gambar berkaitan BBM yang disediakan oleh kami. 1. Bahan Kitar semula Tajuk yang dipilih oleh kami untuk menyediakan BBM bagi bahan kitar semula adalah mengenal bentuk. Oleh itu, kami telah memilih tiga bentuk asas untuk mengajar murid ini iaitu bentuk segitiga, segiempat dan bulat. Antara bahan yang diperlukan untuk menyediakan BBM bentuk ini adalah kotak yang tidak digunakan, kertas warna, gam dan selotape. Selain itu, apa yang kami dapati BBM yang disediakan ini dapat digunakan untuk mengajar murid mengenal warna.

2. Bahan Multi Sensori Bahan multi sensori adalah bahan yang menggunakan banyak deria. Kami telah menyediakan doh yang diperbuat daripada tepung serta sesuai untuk mengajar tajuk haiwan. Berikut adalah cara-cara menyediakan doh : Sediakan 2 cawan tepung gandum, 1 cawan garam, 2 sudu minyak, cawan air dan pewarna makanan yang dibenarkan. Kesemua bahan tersebut dicampur dan digaul sehingga sebati. Bahan tersebut diuli sehingga tidak melekit. Setelah itu, doh tersebut akan dibentuk menjadi haiwan seperti yang telah dirancang.

Doh yang siap diuli

Seekor gajah

Ayam dan telurnya

3. Bahan Komersial Bagi penyediaan bahan bantu mengajar yang menggunakan bahan kmersial kami telah memilih untuk mengajar tajuk haiwan. Ini kerana terdapat banyak replica haiwan di pasaran di mana bahan ini dapat diperolehi dengan senang. Di bwah adalah gambar bahan komersial yang telah dibeli.

Bahan komersial

4. Bahan Multimedia. Bahan multimedia merupakan bahan yang menggabngkan beberapa media elektronik seperti audio dan video. Kami telah menyediakan satu bahan multimedia yang mnggunakan perisian power point. Dalam slide yang kami sediakan itu, kami memasukkan rakaman suara serta gambar yang boleh bergerak. Kami memilih untuk mengajar tajuk haiwan menggunakan perisian power point ini. Dengan penyediaan multimedia menggunakan power point ini, kami merasakan ianya sesuatu yang menarik untuk ditonton oleh muridmurid. Sila rujuk lampiran 1 bagi bahan multimedia.

Anda mungkin juga menyukai