Anda di halaman 1dari 1

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

Bahan A (utk nasi)


3 cawan beras 1 biji kelapa tua(ambil santan pekatnya 1 cawan) secubit garam 1 cm halia (di hiris halus)

Bahan B (utk sambal)


15 biji cili kering*(rebus terlebih dahulu selama 10 minit) 2 biji bawang bombay besar*(guna bawang besar biasa or bawang merah pun boleh jg) 5 biji cili padi*(yg suka pedas tu,lebihkan la cili padi tu ye..) 1 batang serai* sedikit belacan*(bakar terlebih dahulu) 1 sudu makan air asam jawa pekat gula pasir garam telur rebus(berapa biji je yg korang suka) kacang tanah yg telah di goreng dengan minyak ikan bilis yg sdh d goreng

Cara-cara
1. mula2 sekali..masak nasi seperti biasa ke dalam rice cooker,basuh beras,masukkan semua Bahan2 A,dan tambahkan air sehingga sesuai dengan kuantiti beras. 2. kisar semua bahan yg bertanda *, 3. panaskan kuali,masukkan setengah cawan minyak masak dan tumiskan bahan2 yg telah di kisar. 4. selepas 5 minit,masukkan air asam jawa.tambahkan gula pasir dan garam secukup rasa.masak lagi selama 10 minit. 5. setelah siap masak,boleh la di hidangkan bersama telur rebus,kacang tanah,ikan bilis,timun atau pun bawang besar.

Anda mungkin juga menyukai