Anda di halaman 1dari 12

SEMANTIK DAN BAHASA MELAYU

1. Semantik dan Makna 2. Semantik dan Linguistik 3. Semantik dan Sejarah

SEMANTIK DAN MAKNA


Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna.

APAKAH ITU ISTILAH SEMANTIK ?


Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti.

Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai ilmu tentang makna atau erti.

APA ITU ISTILAH MAKNA ?


Makna pula secara umumnya membawa erti maksud atau erti. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu: 1) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata. 2) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa bertulis oleh pembaca.

Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan, dan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu.
1. Intrinsik(dalaman) 2. Konotasi (idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat)

SEMANTIK DAN LINGUISTIK


Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.

Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa(mpyi makna yang kabur)

SEMANTIK DAN SEJARAH


Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna.

Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996)

Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.

Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebabsebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai