Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Kani telah diberi tugasan projek bagi kursus Pengurusan Makmal Sains dan Sumber pada 15 Julai 2012. Pensyarah pembimbing telah memberi taklimat berdasarkan tugasan ini. Tugasan kali ini telah memberi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang baru kepada saya. Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah mencari maklumat mengenai cara-cara yang betul untuk mengawet spesimen dan herbarium. Hal ini kerana, pengawetan herbarium adalah satu pengalaman yang baru kepada saya. Projek ini telah membantu saya untuk meningkatkan kefahaman saya secara mendalam mengenai cara membuat pengawetan serangga dan herbarium . Pengawetan serangga dan herbarium bukan sesuatu yang mudah. Ia perlu dibuat dengan cara yang betul untuk mendapat hasil yang baik. Teknik ini mengambil masa yang lama sikit. Jadi, saya belajar untuk bersabar melalui ini. Selain itu, tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk meneroka alam sekeliing. Setelah mula mencari serangga dan tumbuh-tumbuhan, saya juga telah mula berprihatin terhadap alam sekeliling. Hal ini kerana, pada masa kini, banyak spesis serangga dan tumbuhan semakin pupus. Jadi kita perlu berusaha memelihara dan memulihara alam sekeliling. Tambahan pula, saya telah mengenali banyak nama tumbuh-tumbuhan dan serangga yang saya tidak kenali sebelum ini. Sebagai guru Sains, saya memerlukan pengetahuan mengenai serangga dan herbarium. Seterusnya, saya telah memahami betapa pentingnya pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Terutamanya dari segi kemahiran mengubahsuai benda yang sedia ada dengan idea baru. Selain itu, saya sedar akan kemahiran pemprosesan sains dan manipulatif semasa membuat model pengubahsuaian saya. Pada masa yang akan datang, saya mampu mengubahsuai sebuah model sains dengan bahan yang sedia ada.

Melalui semua pengalaman yang telah saya lalui, boleh dikatakan saya dapat menerapkan nilai dan memperkembangkan kemahiran saya sebagai seorang bakal guru. Saya berharap akan dapat menggunakan pengalaman saya ini untuk menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar dan menjadi guru yang berdedikasi.

Anda mungkin juga menyukai