Anda di halaman 1dari 4

Bahagian C - Membuat Ulasan (20 markah) Kaedah Membuat Ulasan 1.Membaca soalan dan memahami soalan. 2.

Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada: Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah. 3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi yang ditemui. 4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni. 5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih. 6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan. 7.Nilai negatif dalam petikan boleh dipositifkan. Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan. 8.Contoh pendahuluan: a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah.... b.Antara nilai murni yang didapati ialah..... c.Sebagai seorang murid kita mestilah...... 9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat ulasan : mestilah, mesti, harus, haruslah, seharusnya, patut, patutlah, sepatutnya, hendaklah, sewajarnya dan lain-lain lagi

10.Contoh nilai-nilai murni Adil Bantu-membantu Berdisiplin Belas kasihan Mematuhi peraturan Bermaaf-maafan Bersabar Bertindak pantas Berusaha Bergotong-royong Hormati ibu bapa Kasih-sayang Bekerjasama Membri salam Hargai masa Mengikut peraturan Perpaduan Ramah mesra Simpati Semangat kesukanan . 11. Bilangan perkataan antara 50 - 65 patah perkataan Amanah Rajin Berani Tabah Berdikari Tolong-menolong Bertanggungjawab Murah hati Cekal Tekun Hormati guru Kejujuran Kesopanan Menepati masa Mengenang budi Menjawab salam Persaudaraan Rasional Sedia memaafkan patriotik Baik hati Sayang Bertanggungjawab Semangat kejiranan Berhati-hati Toleransi Berterima kasih Berhati-hati Gigih Jimat Ikhlas Kebersihan Kesyukuran Kerajinan Mengakui kesalahan Merendah diri Prihatin Redha Sopan Taat ibu bapa

12. Contoh soalan UPSR 2010 Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah Sahabatku Fadhil, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkan dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga. 13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi. Nilai dalam teks(tersurat) Menceritakan pengalaman Setiap detik...kami manfaatkan Mengunjungi.....tempata bersejarah Kagum akan keindahan alam Meminta kebenaran berbaris Membeli....yang perlu sahaja Dipesan oleh ibu Membeli cenderamata Nilai yang ditukar(tersirat) Berkongsi pengalaman/idea Menghargai masa patriotisme Menghargai alam/bersyukur Menghormati guru berdisiplin Bijak berbelanja/berjimat Patuh/taat Mengingati kawan/prihatin

14. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat : menghargai masa menghormati guru berdisiplin berjimat prihatin 15. Kembangkan idea mengikut petak lajur lima Objek Kita Kita kita kita kita Kata bantu patut mesti mestilah hendaklah sepatutnya nilai Menghargai masa Menghormati guru berdisiplin berjimat prihatin Kata hubung dengan dan dengan dengan dengan huraian Melawat tempat bersejarah Mendengar nasihat beratur Membeli barangbarang yang penting Membeli cenderamata

16. Membina ayat ulasan Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru dan mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan.Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli barangbarang yang penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatinterhadap kawan-kawan dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.

Anda mungkin juga menyukai