Anda di halaman 1dari 11

ANALISIS KALIMAH AL-BASMALAH MENURUT KACAMATA MATEMATIK

Shahrul Nizam Ishak* & 2Noor Hayati Marzuki Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang. Email: 1shahrul.usm@gmail.com , 2 hayati@cs.usm.my
1

1,2

, ,
Abstrak. Masalah huruf-huruf tersembunyi telah timbul dalam penulisan alQuran Rasm Uthmani terutamanya pada kalimah al-Basmalah. Banyak kajian penyelesaian telah dilakukan namun tiada penerimaan khusus di kalangan ilmuan Islam. Jadi, makalah ini akan membincangkan dan mengutarakan suatu jawapan baru pada masalah tersebut serta menjelaskan kaedah hitungan secara matematik. Oleh itu, pembetulan terhadap masalah tersebut dan sedikit takwilan mengenai al-Basmalah menurut pandangan penulis juga disisipkan. Kata kunci: Al-Basmalah, Al-Quran, Matematik. Abstract. The problem posed by the hidden letters has arisen in the Rasm Uthmani writing especially in al-Basmalah. Many solutions have been proposed but none has found general acceptance any scholars. In this paper a concise discussion of a new answer regarding the problem are elaborated mathematically. Besides, emendations of the problem and a conclusion based on humble view of the authors will be remarked. Keywords: Al-Basmalah, Al-Quran, Mathematics.

Pengenalan

Al-Quran merupakan sebuah kitab ulung yang tidak ternilai dan sesuai dipraktikkan sepanjang zaman. Dari segi bahasa, al-Quran bererti kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa mushaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadat [3]. Terdapat tiga rukun membaca al-Quran iaitu sah sanadnya, bertepatan dengan Rasm Uthmani walaupun secara ihtimal dan bertepatan dengan satu wajah daripada wajah-wajah nahu (Bahasa Arab).

Di samping itu, al-Quran terdiri daripada 30 juzu, 114 surah dan 6236 ayat mengikut pendapat yang paling shahih [1]. Jadi, al-Basmalah termasuk salah satu daripada ayatayat al-Quran tersebut. Buktinya pada Surah an-Naml ayat 30-31 [1]. Kalimah alBasmalah ini juga mengandungi mukjizat yang sangat besar kerana sebenarnya ayat tersebut telah diturunkan kepada dua orang nabi iaitu Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad s.a.w. Maka kalimah al-Basmalah ini amat penting terutamanya dalam kehidupan seorang Muslim. Jadi, kertas ini akan memfokuskan perbincangan tentang huruf-huruf al-Quran yang terdapat pada kalimah al-Basmalah. Huruf dari segi bahasa bermakna hujung dan dari segi istilah pula bermakna suara (bunyi) yang berpegang pada makhrajnya [3]. Hurufhuruf al-Quran tersebut menggunakan Bahasa Arab dan dikenali sebagai Huruf Hijaiyah atau Huruf Tahajji atau Huruf Arabiyah atau Huruf Mujam. Menurut Shahib al-Salsabil al-Syafi berkata Huruf Hijaiyah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Huruf Asliyah dan Huruf Fariyah. Terdapat beberapa pandangan dan perselisihan pendapat ulama tentang jumlah Huruf Hijaiyah [9]. Antaranya adalah: i) ii) iii) Huruf Hijaiyah mempunyai bilangan sebanyak 28 huruf tidak termasuk Alif Huruf Hijaiyah mempunyai bilangan sebanyak 31 huruf termasuk Wau Maddiyah dan Ya Maddiyah Huruf Hijaiyah mempunyai bilangan sebanyak 33 huruf termasuk Mim Musyaddadah, Nun Musyaddadah, Wau Maddiyah dan Ya Maddiyah Walaubagaimanapun, jumhur ulama antaranya Makki ibn Abu Talib mengatakan bahawa Huruf Hijaiyah mengandungi 29 huruf semuanya, rujuk Lampiran 1. Maka, berdasarkan beberapa tinjauan literatur [3,6,7] tersebut, penulis bersependapat dengan jumhur ulama dengan mengatakan bahawa Huruf Hijaiyah mengandungi 29 huruf. Ini bermakna huruf Alif adalah dikira sebagai huruf kerana pada kalimah Jalalah ia telah sedia maklum bahawa ejaan pada lafaz Jalalah adalah gabungan huruf-huruf [alif lam + kalimah ilah = Allah]. Namun demikian, huruf konsonannya adalah 28 huruf. Ini kerana

semua huruf menerima tanda bacaaan (baris dan tanda sukun) kecuali huruf alif. Setiap huruf konsonan ini mempunyai 12 bunyi asas berdasarkan hanya terdapat dua belas jenis tanda bacaan asas dalam Bahasa Arab sahaja [5]. Justeru, kitab suci al-Quran megandungi 114 surah dan antaranya terdapat 29 buah surah dimulakan dengan kata-kata huruf rahsia. Contoh kata-kata huruf rahsia adala seperti di awal surah al-Baqarah iaitu alif lam mim (dibaca dengan kadar enam harakat pada setiap hurufnya). Maka, adalah bertepatan dengan bilangan 29 Huruf Hijaiyah yang terdapat dalam al-Quran. Oleh itu, kertas kerja ini disusun dalam susunan seperti berikut. Bahagian 2 menjelaskan makna al-Basmalah dan hikmahnya. Pada bahagian 3 pula, menerangkan tentang cara hitungan matematik pada kalimah al-Basmalah secara betul dan tepat. Kemudian, takwilan penulis mengenai al-Basmalah antara perkaitannya dengan kehidupan harian manusia dihuraikan pada bahagian 4. Ihya al-Basmalah diungkapkan pada bahagian 5. Akhirnya, ulasan kesimpulan terhada kerja ini diberikan pada bahagian 6. 2 Apakah Al-Basmalah?

Al-Basmalah, berasal dari akar kata basmala-yubasmilu-basmalatan yang bererti mengucapkan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim. Kata al-Basmalah merupakan masdar iaitu kata benda yang berasal dari kata kerja. Dengan kata lain, Basmalah adalah ringkasan bagi Bismillahir Rahmanir Rahim sepertimana Haialah adalah ringkasan bagi Haiya Alash Shalah dan Hauqalah adalah ringkasan bagi La Haula Wala Quwwata Illa Billah. Para ulama telah bersependapat bahawa hukum membaca al-Basmalah pada setiap awal surah adalah sunat kerana telah tertulis di awal surah tersebut kecuali surah at-Taubah. Ini kerana al-Basmalah tidak tertulis di awal surah at-Taubah (Baraah) itu malah surah ini telah diturunkan semasa berlakunya peperangan. Walaubagaimanapun, al-Basmalah pada surah al-Fatihah adalah wajib dibaca kerana al-Basmalah termasuk salah satu

daripada ayat di dalam surah tersebut yang mana diketahui bahawa surah al-Fatihah mengandungi 7 ayat [2]. Berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w.)[4]; Setiap perkara baik yang tidak dimulai dengan Bismillahir-Rahmanir-Rahim, maka ia terputus keberkatanya. Lafaz al-Basmalah :

Mafhumnya: Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Maknanya. Memulakan sesuatu pekerjaan itu hendaklah membaca dan menyebut nama Allah. Memohon dan meminta perlindungan di atas perkara yang dilakukan seharian, Sesungguhnya Allah sajaha yang layak disembah dengan sebenar-benarnya. Ini kerana rahmatNya meliputi seluruh alam ini. Hikmahnya. Allah memulakan bacaan Basmalah pada surah al-Fatihah dan semua surah-surah dalam al-Quran kecuali surah at-Taubah. Ini membuktikan bahawa setiap kandungan tersebut adalah benar dan janji Allah itu pasti benar serta menjadi petunjuk terhadap setiap perkara yang dilakukan oleh manusia. Selain itu, menjelaskan bahawa al-Basmalah adalah sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia. Kelebihannya. Menurut Imam Ali r.a. mengatakan bahawa sesungguhnya Bismillahi adalah ubat dari segala penyakit dan pembantu dari segala ubat, ar-Rahman adalah pembantu bagi setiap orang yang beriman denganNya dan ianya adalah nama yang tidak ada nama selainnya dan ar-Rahim adalah bagi orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.

Hitungan Matematik Pada Kalimah Al-Basmalah

Pendapat yang mengatakan bahawa al-Basmalah mengandungi 19 huruf [7] adalah tidak tepat dan kurang benar. Penulis telah menjalankan penyelidikan dan penelitian terhadapanya dan mendapati bahawa sebenarnya al-Basmalah terdiri daripada 24 huruf dan 4 suku kata. Pendapat yang menyatakan al-Basmalah terdiri daripada 19 huruf mungkin berdasarkan kiraan huruf yang jelas sahaja tanpa mengambil kira huruf-huruf tersembunyi. Huruf-huruf tersembunyi yang dimaksudkan adalah huruf-huruf yang hilang apabila lebih daripada satu kalimah disambungkan mengikut tulisan dalam alQuran (Rasm Uthmani). Penulis telah cerakinkan al-Basmalah supaya lebih mudah untuk mengira bilangan hurufnya dengan tepat. i) Suku kata pertama ialah (Bismi)

ii) Suku kata kedua ialah

(Allah)

iii) Suku kata ketiga ialah

(Ar-Rahman)

iv) Suku kata keempat ialah -

(Ar-Rahim)

Suku kata pertama adalah Bismi di mana kalimah ini terhasil daripada gabungan huruf ba dan kalimah ismun. Maka, huruf yang terdapat pada suku kata yang pertama adalah sebanyak 4 huruf. Suku kata kedua adalah Allah di mana kalimah ini terhasil daripada gabungan alif lam marifah dan kalimah ilah. Maka, huruf yang terdapat pada suku kata yang pertama adalah sebanyak 5 huruf.

Suku kata ketiga adalah Ar-Rahman di mana kalimah ini terhasil daripada gabungan alif lam marifah dan kalimah rahman. Maka, huruf yang terdapat pada suku kata yang pertama adalah sebanyak 8 huruf. Suku kata keempat adalah Ar-Rahim di mana kalimah ini terhasil daripada gabungan alif lam marifah dan kalimah rahim. Maka, huruf yang terdapat pada suku kata yang pertama adalah sebanyak 7 huruf. Maka, apabila dijumlahkan kesemua bilangan huruf pada keempat-empat suku kata tersebut iaitu 4 + 5 + 8 + 7 maka jawapannya adalah 24. Oleh itu, dapatlah ditahkikkan bahawa al-Basmalah adalah terdiri daripada 24 huruf kesemuanya. Nota. Huruf Ra pada kalimah ar-Rahman dan ar-Rahim dikenali sebagai Huruf Syamsiyah kerana ditasybihkan seperti syams (matahari). Apabila terbitnya matahari maka ia akan menghilangkan fungsi (cahaya) bintang-bintang. Demikianlah apabila datang huruf tersebut maka ia akan menghilangkan fungsi (bunyi) Lam Tarif tersebut [4]. Walaupunbagaimanapun, tanda bacaan iaitu syaddah (tasydid) adalah gantian bagi huruf tersebut supaya tulisan lebih kemas dan mudah untuk dibaca. 4 Takwilan Al-Basmalah 24

Penulis cuba menjelaskan perkaitan antara nombor 24 dengan al-Basmalah dalam pengaplikasian kehidupan seharian. Angka 2 pada nombor 24 menjelaskan terdapat 2 fasa dalam satu hari iaitu fasa siang dan fasa malam manakala angka 4 pula menjelaskan terdapat 4 kitaran dalam satu hari terhadap kehidupan seseorang individu khasnya umat Islam. Kitaran yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Satu fasa

8
Satu fasa

Rajah 1 : Fasa dan kitaran dalam sehari berdasarkan al-Basmalah

Rajah 1 menunjukkan bahawa himpunan nombor genap (4 & 8) mewakili fasa I dan himpunan nombor ganjil (5 & 7) mewakili fasa II manakala setiap angka tersebut iaitu (4,5,8,7) mewakili kitaran masing-masing dalam sehari. Fasa I mewakili sebagai waktu siang dan fasa II mewakili sebagai waktu malam. Penulis menklasifikasikan waktu malam bermula pada pukul 7 malam sehingga 7 pagi dan waktu siang bermula pada pukul 7 pagi sehingga 7 malam. Ini kerana dalam Islam hari ditentukan apabila terbenamnya matahari atau masuknya waktu Maghrib.

11 Fasa I

12 Fasa II

Rajah 2 : Kitaran Masa bagi Fasa-fasa dalam Sehari Maka, kitaran pertama pada fasa I bermula pada jam 7 pagi sehinggalah jam 11 pagi iaitu selama 4 jam sempena terdapat 4 huruf pada suku kata pertama dalam al-Basmalah. Merujuk kepada suku kata tersebut ia membawa makna dengan nama. Jadi, manusia khususnya umat Islam disarankan agar memulakan sesuatu pekerjaan itu dengan menyebut nama Ilahi agar mendapat keberkatan dan kesejahteraan. Selepas itu, masih dalam fasa I kitaran kedua pula bermula pada jam 11 pagi sehinggalah jam 7 malam. Tempoh masa kitaran kedua ini agak panjang iaitu selama 8 jam sempena terdapat lapan huruf pada suku kata ketiga. Merujuk pada suku kata ketiga ia membawa makna Yang Maha Pemurah. Dalam tempoh masa ini kebiasaannya manusia tanpa mengira bangsa dan agama yang mana amat sibuk mencari rezeki dengan melakukan pelbagai pekerjaan yang mendatangkan keuntungan. Di samping itu, masa selama 8 jam iaitu bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang di tolak dengan masa rehat selama satu jam adalah waktu bekerja bagi sektor kerajaan di Malasia khususnya. Maka, bertepatanlah dengan sifat-Nya Yang Maha Pemurah mengurniakan rezeki kepada hamba-hambanya yang berusaha di siang hari.

Justeru, fasa II bermula dengan kitaran yang ketiga iaitu pada jam 7 malam sehinggalah jam 12 malam. Masa yang diperuntukkan adalah selama 5 jam sempena terdapatnya lima huruf pada suku kata yang kedua. Merujuk pada suku kata yang kedua ia membawa makna Allah. Maka permulaan hari bagi seseorang individu terutamanya Muslim seharusnya membesarkan tuhannya melalui memperbanyakkan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil. Semua makhluk yang ada di dunia ini adalah datangnya daripada ciptaan Yang Maha Esa. Akhirnya, kitaran yang keempat pada fasa II bermula pada jam 12 malam sehinggalah jam 7 pagi keesokannya. Tempoh masanya adalah 7 jam sempena terdapat tujuh huruf pada suku kata yang keempat. Merujuk pada suku kata tersebut ia membawa makna Yang Maha Penyayang. Maka adalah dituntut supaya dalam waktu ini manusia mempertingkatkan ibadat seperti solah tahajjud, bacaan al-quran, berzikir, bermuhasabah dan sebagainya dengan tujuan memohon ampun kepada Yang Maha Pencipta di atas kesilapan yang telah dilakukan dan mohon diberi kekuatan pada hari yang seterusnya. Sesungguhnya beruntunglah umat Islam kerana kenikmatan bermunajat di malam hari hanya dapat diniknati oleh orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir biasanya tidur dibuai mimpi atau bergelumang dengan kemaksiatan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa satu fasa mengandungi dua kitaran bersamaan dengan dua belas jam sehari. Maka, sewajarnya umat Islam cuba mengambil peluang-peluang yang telah diberikan yang terbentang luas di hadapan mata dengan sebaik-baiknya. Kenikmatan-kenikmatan sebegini hanya datang sekali seumur hidup dan tiada jalan undur. Hargailah masa sepertimana pepatah Arab masa situ umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu. 5 Ihya Al-Basmalah

Apabila seseorang individu tersebut telah mengetahui sesuatu ilmu itu, maka seharusnya ia mengamalkannya. Salah satu cara untuk menghidupkan bacaan Basmalah adalah dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran dan cuba mengkhatamkannya sekurangkurangnya sekali dalam setahun.

Dalam sebuah al-Quran Rasm Uthmani mengandungi 30 juz dan setiap juz terbahagi kepada 2 hizb (60 hizb bagi sebuah al-Quran). Setiap hizb pula terbahagi kepada 4 rubu. Maka, setiap juz terdapat 8 rubu dan sebanyak 240 rubu pada keseluruhan al-Quran. Oleh itu, seseorang individu boleh mengkhatamkan bacaan al-Qurannya dalam masa lapan bulan sahaja sekiranya dia membaca satu rubu setiap hari. Model ini adalah sesuai diamalkan oleh semua lapisan peringkat umur kerana ia adalah anjal sama ada bagi pelajar sekolah yang sibuk dengan aktiviti sekolahnya ataupun individu yang sibuk dengan kerjayanya. Jadi, ringkasan dalam bentuk formula matematiknya ialah : Jika baca 1 rubu = 1 hari, Maka 1 naskhah al-Quran khatam dalam masa 8 bulan.

Kesimpulan

Dalam kertas kerja ini, kita telah membincangkan tentang kaedah menghitung alBasmalah dengan betul dan tepat. Kemudian, huraian berkisar tentang takwilan alBasmalah menurut pandangan penulis. Di samping itu, penulis telah menyarankan satu formula untuk seseorang individu tanpa mengira peringkat umur dapat mengkhatam alQuran dalam masa lapan bulan sahaja. Ini kerana bacaan al-Quran adalah sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim tersebut. Oleh itu, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. al-Basmalah adalah perhiasan bagi al-Quran dan bacaannya sangat dituntut dalam amalan harian manusia khususnya umat Islam bagi melahirkan Minda Al-Quran (MQ) [10] yang berkualiti tinggi serta menjana ummah Hadhari yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

M A T H S

MINDA AL-QURAN TERAS HIDUP SEJAHTERA

Penghargaan

Penulis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ustaz Zayd Zhari al-Qari dari Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dalam menyokong dan memberi pandangan bernas terhadap kerja yang dilakukan ini. Rujukan [1] Al-Quran, Mushaf al-Madinah al-Nabawiyah, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd. [2] Abdullah Yasin, (1989), Tafsir al-Fatihah, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur. [3] Abu Mardhiyah, (2007) Tajwid al-Quran Qiraat Asim Riwayat Hafsh Toriq alSyatibi, Jilid 1 & 2, al-Jenderaki Enterprise, Kuala Lumpur. [4] Bukhari Muhammad ibn Ismail, (1989), Shahih Bukhary, Victory Agencies, Kuala Lumpur. [5] Abdul Qadir Leong, (2001), Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. [6] James A. Bellamy, (1973), The Mysterious Letters of the Koran: Old Abbreviations of the Basmalah, Journal of the American Oriental Society, Bil. 93, No. 3, ms. 267285. [7] Mathematical Miracle of the Quran, (April 2008), http://submission.org/miracle/. [8] Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, (1983) Terj. Shaikh Abdullah Muhammad Basmeih, JAKIM, Darul Fikri, Kuala Lumpur. [9] Wahbah al-Zuhaili, (1991), Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syariah wa al-Manhaj Li Ahkam al-Quran, Jilid 1. [10] Shahrul Nizam, (2007), Manhaj MQ Dalam Ilmu Matematik, Risalah al-Hikmah, Penerbitan USM, Bil. 1, ms. 16-14.

10

Lampiran 1.
Bil. Huruf Hijaiyah Bil. Huruf Hijaiyah

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Alif ( Ba ( Ta ( Tha ( Jim ( Ha ( Kha ( Dal ( Dzal ( Ra ( Zai ( Sin ( Syin ( Shad ( Dhad (

) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) )

16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29

To ( Zha ( Ain ( Ghain ( Fa ( Qaf ( Kaf ( Lam ( Mim ( Nun ( Wau ( Ha ( Hamzah ( Ya (

) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) )

11

Anda mungkin juga menyukai