Anda di halaman 1dari 17

Ayam tandoori, Roti naan dan Dalca

July 26, 2010


Assalamualaikum.. bertemu lagi kita.. Bila masa tak kerja nie, macam-macam resepi nak dicuba. Dengan kenaikan harga minyak pemotongan subsidi baru-baru ini, ramai yang mengeluh harga makanan/barang akan naik juga seperti biasa.. Nak pula dekat dengan time puasa dan raya.. Mari kita lihat resepi hari ini.. saya ingin menunjukkan cara-cara membuat ayam tandoori, roti naan dan kuah dalca. Resepi ini untuk 6-8 orang makan. Ayam Tandoori

+ 2 ekor ayam belah 4 Rempah ratusnya: + 3 biji bawang besar + 13 ulas bawang putih + 2 inci halia + 2 sudu teh garam + 1 sudu serbuk kunyit + 1 sudu serbuk cili + 1 sudu serbuk lada sulah + 1 sudu serbuk jintan manis + 1 sudu serbuk jintan putih + 1 sudu serbuk ketumbar + 1 sudu serbuk kulit kayu manis + 3 biji buah pelaga + 1 cawan susu cair + 2 biji buah lemon + 2 ikat daun ketumbar + 2 ikat daun pudina

+ 2 sudu marjerin + 2 sudu sos tiram + pewarna merah

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok.. nak beli kat kedai pun dah habis..

Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja. Bahan-bahan ini habis diperap dari pukul 12 lebih tengahari dan saya biarkan ayam ini ke dalam peti ais selama 5 jam.

Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170c selama 1 jam. Masa ayam tengah diperap di dalam peti sejuk, kita jangan buang masa.. kita buat roti naan pula. Roti Naan

Bahan-bahannya: + 6 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung berserbuk penaik + 1 cawan susu cair + buah lemon + 1 sudu yis segera + 2 sudu marjerin + 2 sudu gula castor + 1 sudu teh garam

Mula-mula sekali, campurkan 1 sudu yis segera dengan air suam dan biarkan ia kembang seketika.

Kemudian, perahkan buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair untuk dijadikan tairu. Nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk bulat. Gaulkan tinggitinggi dengan tangan bahan-bahan ini sehingga sebati supaya angin dapat masuk ke dalam adunan ini.

Kemudian, letakkan adunan tadi ke atas permukaan licin seperti meja kerja dapur ataupun marble khas untuk mengulikan adunan doh. Kalau ada mixer yang boleh menguli doh pakai aje.. Saya menggunakan tangan saje bajet tak de nak beli mixer besar . Buatkan lubang ditengah bahan adunan tadi.

Masukkan yis yang sudah kembang tadi bersama-sama tairu. Sekarang mulakan proses menguli dengan tangan.

Jika adunan tadi terlalu kering, anda boleh masukkan sedikit air supaya doh ini dapat diuli dengan lancarnya.

Uli lagi uli lagi uli lagi sampai doh menjadi lembut. Jangan malas pula..

Bila doh sudah boleh dibentuk menjadi bulat, masukkan ke dalam mangkuk bulat dan basahkan tuala dapur dengan sedikit air dan letakkan doh ini berhampiran dengan haba panas seperti di tepi ketuhar supaya doh ini cepat naik kembang dengan jayanya.

Lihat, setelah doh ini dibiarkan selama 1 jam lebih, doh ini menjadi kembang 2 kali ganda dari saiz asal.

Lepas itu, tumbuk doh ini dengan tangan supaya udara dapat keluar.

Taburkan sedikit tepung dan letakkan semula doh yang ditumbuk tadi ke atas meja kerja. Uli sekali lagi menjadi panjang.

Potongkan doh mengikut saiz yang anda suka. Saya memotong dalam saiz agak kecil setebal 1 inci lebih kurang. Kalau suka yang besar, tambahkan beberapa inci lagi ketebalan saiz tersebut.

Kemudian, doh-doh tadi diuli menjadi bulat seperti bola.

Sekarang, canaikan doh bulat tadi sehingga leper seperti gambar di atas. Lepas itu bakar di dalam ketuhar. Dalam kes ini, ketuhar saya kecil sahaja, lagi pun tengah bakar ayam tandoori, jadi saya pun bakar di atas pan leper sahaja. Ok ayam tandoori sudah, roti naan pun sudah.. mari kita masak kuah dalca pula. Kuah Dalca

+ 1-2 biji bawang besar dipotong hiris + 5 ulas bawang putih dipotong hiris + 1 inci halia diketuk + 1 cawan kacang dal direndam + 1 sudu serbuk jintan manis + 1 sudu serbuk cili + 1 sudu serbuk kunyit + 1 sudu biji sawi + 1 batang kulit kayu manis + 1 tangkai daun kari + 1 cili merah dipotong hiris kasar + 1 cili hijau dipotong hiris kasar + 4-6 biji terung bulat dibelah dadu besar + 1 batang lobak merah besar dipotong 4 segi panjang + 4-6 biji kentang dibelah dadu besar + 4 biji tomato dibelah dadu besar dan dibuang biji

Gunakan pan besar ataupun periuk besar untuk merebus kacang dal yang telah direndam sebentar. Kacang dal ini tidak perlu direndam lama, kerana kacang dal ini mudah diempukkan semasa proses merebusnya.

Gunakan pan yang lebih kecil ataupun periuk kecil, tumiskan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, biji sawi, kulit kayu manis dan daun kari. Tumis sehingga bahan-bahan tadi menjadi layu.

Bila bahan-bahan tadi sudah layu, masukkan rempah-rempah seperti serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga garing. Bila sudah garing, tutup api.

Sekarang kacang dal sudah empuk sedikit, masukkan pula sayur-sayur yang keras seperti kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.

Bila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan terung bulat, tomato, cili merah dan cili hijau ke dalam pan besar tadi.

Sekarang barulah masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam bahan-bahan sayur tadi. Masukkan garam secukup rasa.

Inilah hasilnya Ayam Tandoori, Roti Naan dan Kuah Dalca. Sebelum makan perahkan jus limau nipis ke atas ayam.. Sayang takda pewarna merah. Kalau tak dah lawa dah ayam tandoori saya ini..

Kari Daging Kambing Bahan-bahan ( 3orang makan )


2 keping Daging kambing-potong ikut suka *Bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga&kayu manis **2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah,halia-tumbuk 1 paket santan serbuk/pati santan sebiji 1 batang serai-titik 1 biji kentang-potong&rebus 2 sudu/b rempah kari daging,2 sudu/b lada kisar,1/2 sudu/k serbuk kari-bancuh dgn air sehingga menjadi pes 1 keping asam gelugor 1 helai daun kunyit-hiris halus 1 sudu/b sos lada hitam-jika suka pedas Garam,gula&air secukupnya Minyak utk menumis

Cara-cara
1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan2 * & bahan2 **. 2. Kemudian masukkan bahan2 yg dibancuh menjadi pes tadi sehingga naik bau.Masukkan sedikit air kalau agak kering. 3. Masukkan daging kambing yg telah dipotong2 kecil.Kacau.Masukkan juga asam gelugor&serai. 4. Tggu sehingga daging agak masak,masukkan santan.Boleh tambah kan air jika suka kuah yg banyak.Masukkan garam&gula secukup rasa.Masukkan juga sos lada hitam jika mahu lebih pedas. 5. Tunggu sehingga kuah agak pekat masukkan kentang yg telah direbus empuk tadi.Masukkan juga daun kunyit dihiris nipis tadi.Tunggu lagi sekejap boleh lah ditutup api.

Hati ayam goreng kacang panjang Bahan-bahan ( satu family )


10 batang kacang panjang 3 ketul hati ayam 3 ketul pedal ayam 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah 2cm kunyit 3 biji cili padi garam dan minyak masak

Cara-cara
1. potong kacang panjang, hiris hati dan pedal ayam kecil-kecil. Kemudian, tumbuk kunyit, sebiji bawang putih serta garam. Perapkan bahan yang ditumbuk tadi dengan hati dan pedal ayam yang telah dihiris. 2. Kemudian, gorengkan (tanpa minyak) hati dan pedal sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak secukupnya. 3. Sambil menggoreng hati dan pedal tu, hiriskan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Bila hati dan pedal tadi dah agak2 keperangan, bolehlah dimasukkan bawang2 dan cili padi tadi. 4. Bila semua bawang tu dah layu, bolehlah dimasukkan kacang panjang. Goreng sehingga kacang panjang tu masak, tapi jgn terlalu lama sangat. 5. Bolehlah dihidangkan untuk satu keluarga.

5 cawan beras 2 biji pati santan 3 helai daun pandan Garam secukup rasa

Cara-cara 1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurangkurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.

2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak. 3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak. Tag

Anda mungkin juga menyukai