Anda di halaman 1dari 11

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN MATEMATIK NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATICS (NCTM)

PERKONGSIAN / EQUITY
Suasana perkongsian adalah bergantung kepada usaha untuk melibatkan diri antara murid, guru, keluarga dan masyarakat.
Semua anggota menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain. Pihak sekolah perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka Matematik. Semua keperluan bahan untuk pengajaran yang optimum dan perkembangan individu murid dan guru adalah diperlengkapkan. Murid didedahkan dalam suasana yang berhadapan dengan cabaran dan pengalaman pembelajaran matematik yang bermakna

Elemen dalam Perkongsian


Harapan yang tinggi Menghormati Memahami Sokongan moral yang tinggi kepada murid

Semua perkara dalam elemen ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimumkan pemerolehan pembelajaran murid.

KURIKULUM / CURRICULUM
Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan, berfokuskan kepentingan matematik dan mengikut perkembangan tahap murid.
Kurikulum perlu mempunyai perkaitan antara satu topik dan topik. Murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik. Maka, murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Murid perlu diberi peluang untuk meneroka dunia Matematik yang akan meningkat mengikut tahap perkembangan mereka.

PENGAJARAN / TEACHING
Guru perlu memahami pengetahuan sedia ada murid dan apa yang mereka perlu belajar.
Guru perlu menguasai bidang Matematik yang beliau ajari dan bersikap komited kepada murid. Guru perlu mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya pemikiran matematik.

Pengajaran yang efektif dalam Matematik:


Pilih dan guna ABM yang sesuai. Gunakan teknik penyampaian arahan yang sesuai. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.

PEMBELAJARAN / LEARNING
Murid perlu belajar secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
Murid memahami konsep Matematik terlebih dahulu dan kemudian mampu menggunakannya dalam pelbagai keadaan. Cara terbaik dalam penguasaan Matematik ialah dengan cara penggabungan pemahaman fakta, konsep dan prosedur. Pembelajaran perkara asas dalam Matematik adalah penting. Apabila murid mula menguasai sesuatu topik, maka dia boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan atau yang lebih sukar.

PENAKSIRAN / ASSESSMENT
Penaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan maklumat penting kepada guru dan murid.
Melalui penaksiran guru dapat menentukan kaedah terbaik untuk program pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan, mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan sesuatu yang berlainan kepada murid yang memerlukan latihan tambahan.

Guru perlu melalukan pelbagai jenis penaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih tepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari. Contoh penaksiran:
Soalan Temu bual Ujian bertulis

TEKNOLOGI / TECHNOLOGY
Tekonolgi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, ia juga mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid.
Penggunaan komputer dan kalkulator membenarkan murid memperlajari Matematik secara mendalam melalui cara yang betul.

Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah yang sukar dengan kemudahan-kemudahan fungsi istimewa. Teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran murid bukan sebagai guru sebenar. Murid perlu memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru pula perlu menentukan bila murid boleh menggunakan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai