Anda di halaman 1dari 19

Penggunaan Kad Lubang Huruf Dalam Membantu Murid Berkeperluan Khas Meningkatkan Kemahiran Mengenal dan Menulis Huruf

Kecil a Oleh Norasikin Ismail norasikin @ iptho.edu.my. Lee Jia Yee jayee 305@gmail.com Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor Abstrak Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf a menerusi penggunaan kad lubang huruf. Reka bentuk kajian yang digunapakai berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Isu dalam kajian ini berkaitan dengan kelemahan murid untuk mengenal dan menulis bentuk huruf a. Seorang murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dijadikan sampel kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah yang benar-benar dihadapi oleh murid. Atas kesedaran ini, pengkaji menjalankan kajian dan berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi dan dikuasai oleh murid melalui pendekatan penggunaan kad lubang huruf a. Instrument yang digunakan untuk membantu kajian ini ialah ujian diagnostik, ujian sebelum dan ujian selepas rawatan, kad lubang huruf a , pensil warna dan temubual. Kaedah analisis kandungan digunapakai dalam kajian ini. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran menggunakan kad lubang huruf a memberi kesan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf a secara bebas kepada murid kategori masalah pembelajaran dalam kelas Pendidikan Khas. Sehubungan itu, kajian lanjut boleh dilakukan ke atas kad-kad lubang huruf abjad lain bagi meluaskan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kata kunci: Mengenal dan menulis huruf a, Kad lubang huruf a

1.0 PENGENALAN Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah Kluang selama empat minggu bermula dari 25 Jun hingga 20 Julai 2012. Semasa menjalani kajian ini, pengkaji mendapati seorang murid menghadapi masalah mengenal dan menulis huruf a. Pengkaji dapat mengesan masalah murid tersebut semasa guru pelatih di bawah penyeliaan pengkaji menjalani praktikum di sekolah tersebut. Kajian ini telah dilaksanakan secara bersama antara pensyarah pembimbing dengan guru pelatih terhadap sampel yang dikaji. Langkah pertama kajian ini berfokus kepada ujian diagnostik. Ujian diagnostik yang diberikan ialah menulis bentuk huruf 1

huruf kecil dari abjad a hingga z. Dapatan ujian mendapati sampel kajian tidak dapat mengenal huruf dan tidak tahu menulis bentuk huruf dengan betul. Selain masalah tidak mengenal huruf dan menulis bentuk huruf, sample juga tidak mampu menunjukkan kesan pensel yang jelas ketika menulis. Garisan yang dilukis tidak mengikut bentuk yang sepatutnya. Sampel adalah seorang kanak-kanak yang aktif dan sentiasa ceria. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dia sentiasa bergerak dari tempat duduknya ke tempat lain sehingga mengganggu rakan sekelas yang sedang belajar. Pengkaji berpendapat bahawa sampel ini memerlukan bimbingan secara individu supaya dia dapat mengikuti aktiviti dengan baik. Kajian ini menggunakan kad lubang huruf untuk membantu sampel mengatasi masalah mengenal dan menulis huruf a. Dapatan kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran sampel dalam mengenal bentuk dan menulis huruf a disamping dapat membantu mengatasi kekeliruan sampel semasa menulis huruf mengikut bentuk dengan urutan yang betul. Kesukaran sampel dalam penguasaan tulisan yang berbentuk lengkung dapat diatasi melalui penggunaan kad lubang huruf. 2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KAJIAN Menguasai kemahiran mengenal dan menulis huruf merupakan masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid lemah pembelajaran. Isu ini juga terdapat di sekolah di bawah penyeliaan pengkaji. Oleh itu, kajian ini berkaitan dengan kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil a dengan harapan dapat membantu sampel meningkatkan kemahiran penguasaan huruf. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan kad lubang huruf sebagai alat bantu mengajar untuk mengatasi masalah menguasai kemahiran menulis huruf yang ditetapkan. Disamping itu, penggunaan kad lubang huruf juga bertujuan untuk melibatkan sampel secara aktif dalam pembelajaran huruf dan menguasai tulisan huruf secara berpandu atau dengan usaha sendiri. Berdasarkan ujian diagnostik yang dberikan kepada sampel, pengkaji dapati bahawa beberapa huruf yang belum dikuasai oleh sampel. Pengkaji memilih huruf a sebagai huruf dalam kajian pengkaji kerana pengkaji dapati bahawa huruf a merupakan huruf pertama dalam senarai abjad dan vokal yang sering digunakan. Huruf a juga terdapat tahap kesukaran yang agak tinggi berbanding dengan huruf lain. Huruf 2

a melibatkan dua cara menulis abjad, iaitu arah songsang jam dan arah menegak. Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat meningkatkan penguasaan sampel dalam mengenal dan menulis huruf a. 2.1 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengkaji: Penggunaan kad lubang huruf dapat membantu penguasaan sampel dalam mengenal bentuk huruf a. Penggunaan kad lubang huruf dapat meningkatkan penguasaan sampel dalam menulis huruf kecil a secara bebas. 2.2 Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: Adakah penggunaan kad lubang huruf dapat membantu penguasaan sampel dalam mengenal bentuk huruf kecil a? Bagaimanakah penggunaan kad lubang huruf dapat membantu meningkatkan penguasaan sampel dalam menulis huruf kecil a secara bebas? 3.0 TINDAKAN 3.1 Ujian Diagnostik dan Ujian Sebelum Tindakan Pengkaji telah menjalankan Ujian Diagnostik pada peringkat awal kajian. Ujian diagnostik dibahagikan kepada dua bahagian. Pada bahagian pertama pengkaji menyebut bunyi huruf dan Sampel diminta menunjukkan jarinya ke huruf yang sebutkan. Senarai huruf merupakan item kepada ujian diagnostik. Manakala bahagian kedua adalah menyalin semula huruf kecil di petak kosong dengan memerhati huruf yang disediakan di sebelah petak. Berdasarkan ujian diagnostik pengkaji telah mengenalpasti masalah sampel iaitu tidak dapat mengenal dan menguasai bentuk huruf a.

Rajah 1: Ujian diagnostik bahagian pertama.

Rajah 2 : Ujian diagnostik bahagian kedua. Pengkaji telah menyediakan kad lubang huruf untuk meningkatkan penguasaan Sampel dalam mengenal dan menulis huruf a. Kad lubang huruf disediakan dengan empat saiz yang berlainan, iaitu saiz pertama 16cm x 16cm, saiz kedua 13cm x 13cm, saiz ketiga 10cm x 10cm dan saiz keempat 8cm x 8cm. Huruf a dipilih kerana huruf a merupakan huruf pertama dalam senarai abjad yang masih tidak dikuasai oleh sampel. Tambahan pula bentuk huruf a terdiri daripada garisan lengkung dan garisan lurus yang merupakan sebahagian penguasaan asas bagi pra tulisan dan huruf-huruf seterusnya. 4

Rajah 3: Kad lubang huruf Sebelum rawatan dimulakan, pengkaji telah menyediakan ujian sebelum tindakan kepada Sampel bagi mengenalpasti bentuk tulisan huruf a. Ujian sebelum tindakan terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama Sampel dkehendaki menulis bentuk huruf a mengikut titik putus pada garisan yang disediakan. Bahagian kedua Sampel dikehendaki menulis huruf a secara bebas dalam petak yang disediakan.

Rajah 4: Sampel sedang menjawab ujian sebelum tindakan. 5

3.2

Rawatan Pusingan Pertama Menulis huruf a

RE-PERANCANGAN Perubahan cara aplikasi kad lubang huruf.

Rawatan kajian telah dijalankan sebanyak dua pusingan dan selama lima minggu. Sebelum menjalankan aktiviti rawatan, pengkaji telah menyediakan aktiviti hands on kepada Sampel untuk melihat penguasaan kemahiran motor halus Sampel sebelum menguasai kemahiran menulis. Aktiviti hands on dapat menarik minat Sampel untuk mengikuti aktiviti yang pengkaji laksanakan. Tambahan pula, aktiviti hands on adalah aktiviti yang boleh memotivasikan Sampel ke arah belajar menulis. Aktiviti merungkai manik dengan tali dijalankan untuk melatih koordinasi mata dan tangan sampel. Manakala aktiviti menggerakkan bongkah kayu mengikut garisan lengkung dan warnanya dapat merangsang pengamatan Sampel dalam

mengkategorikan bongkah kayu mengikut warnanya. Aktiviti hands on dapat menggalakkan kelembutan pergerakan jari Sampel dengan melukis garisan lurus dan garisan lengkung melalui gum berwarna. Seterusnya Sampel diberi latihan

menyambung titik putus untuk membentuk garisan lurus dan garisan lengkung. Latihan ini bertujuan membolehkan Sampel melukis dan menulis dengan cara memegang pensel dengan cara yang betul. Pengkaji telah membahagikan rawatan kepada dua sesi. Rawatan sesi pertama iaitu Sampel mengenal huruf a dan menulis huruf a mengikut ruangan dalam kad 6

lubang huruf. Manakala rawatan sesi kedua adalah Sampel menulis bentuk huruf a tanpa menggunakan kad lubang huruf. Pengenalan dan penulisan huruf a dimulakan dari kad lubang huruf bersaiz besar ke kad lubang huruf bersaiz kecil. Langkah pertama, pengkaji menunjukkan kad lubang huruf untuk menjelaskan bentuk huruf a. Seterusnya pengkaji membimbing tangan Sampel untuk melakar bentuk huruf a dalam ruangan kad lubang huruf dengan urutan betul pada peringkat awal rawatan. Pengkaji memberi peluang kepada Sampel untuk memilih warna krayon yang disukainya bagi meningkatkan penglibatan Sampel dalam pembelajaran bentuk huruf a. Setelah Sampel mengikuti sesi rawatan dengan penggunaan kad lubang huruf. Pengkaji memulakan aktiviti rawatan sesi kedua tanpa bantuan kad lubang huruf. Pelaksanaan aktiviti rawatan dimulakan dari penulisan huruf a bersaiz besar ke huruf a bersaiz kecil.

Rajah 5: Pengkaji membimbing Sampel menulis huruf a pada permulaan rawatan.

Jadual 1:

Demontrasi Menulis Huruf a dengan Bantuan Kad Lubang Huruf dalam Rawatan Pusingan Pertama.

Gambar Penerangan 1. Tangan kiri menekankan kad lubang huruf dan tangan kanan menulis urutan huruf a (arah songsang jam) dalam ruangan kad.

1. Jari tangan kiri menekankan kad lubang huruf, tangan kanan menulis urutan huruf a (arah menegak) dalam ruangan kad.

1. Kad lubang huruf dialihkan ke bahagian sebelah kertas. Satu huruf a lagi ditulis dalam ruangan kad lubang huruf.

1. Kad lubang huruf dialihkan. 2. Dua bentuk huruf a yang kemas dihasilkan.

Rajah 6: Sampel menulis bentuk huruf a mengikut ruangan kertas yang telah dilipat. 8

Pemerhatian tentang kajian pengkaji telah dibuat melalui rakaman video dan mengambil gambar tentang keadaan Sampel menjalani rawatan. Pengkaji telah merangka senarai semak untuk menganalisis maklumat rakaman video. Selain itu, pengkaji memberi ujian dan penilaian untuk mendalami perkembangan Sampel melalui rawatan. Pengkaji juga menemubual Sampel untuk mengetahui persepsi dan perasaan Sampel terhadap pembelajaran bentuk huruf a melalui penggunaan kad lubang huruf. Pengumpulan data melalui cara berlainan diperlukan supaya dapat mencatat perkembangan penguasaan sampel. Data yang dikumpulkan juga penting untuk dijadikan rujukan pengkaji semasa meneliti keberkesanan penggunaan kad lubang huruf ke atas pengenalan dan penulisan bentuk huruf a. Amalan refleksi merupakan langkah terakhir dalam pusingan pelaksanaan kajian pengkaji. Berdasarkan refleksi pusingan pertama, pengkaji dapati Sampel masih tidak berupaya menulis huruf a tanpa menggunakan kad lubang huruf. Oleh itu, pengkaji mengubah implementasi kajian pusingan kedua.

3.3

Rawatan Pusingan Kedua Menulis Huruf a

Setelah rawatan pusingan pertama, Sampel masih tidak dapat menulis huruf asecara bebas apabila kad lubang huruf dialihkan. Disebabkan kurang peningkatan 9

penguasaan yang ditunjukkan oleh Sampel dalam mengenal dan menulis bentuk huruf a, pengkaji membuat keputusan untuk memulakan aktiviti rawatan pada pusingan kedua. Perubahan aktiviti rawatan pengkaji ditumpukan pada peringkat implementasi kajian. Latihan mengenal dan menulis huruf masih sama dengan saiz kad lubang huruf yang dimulakan dari besar ke kecil. Pengkaji hanya mengubah cara aplikasi kad lubang huruf. Kertas yang digunakan dibahagikan kepad dua bahagian mengikut saiz kad lubang huruf. Sampel dibimbing menggunakan kad lubang huruf untuk mengenal dan menulis huruf a di bahagian pertama kertas. Seterusnya kad lubang huruf dikekalkan di bahagian pertama kertas, Sampel memerhati bentuk huruf yang telah ditulis dan meniru huruf a di bahagian ke dua kertas. Latihan keseluruhan juga diberikan kepada Sampel untuk melatih dia mengenal dan menulis huruf a dari saiz besar ke kecil secara berterusan. Jadual 2: Demontrasi Menulis Huruf a dalam Rawatan pusingan kedua. Gambar Penerangan 1. Tangan kiri menekankan kad lubang huruf, tangan kanan menulis huruf a dalam ruangan kad.

1. Pemerhatian dan peniruan ke atas bentuk huruf a yang ditulis. Tangan kanan menulis urutan huruf a (arah songsang jam).

1. Pemerhatian dan peniruan ke atas bentuk huruf a yang ditulis. Tangan kanan menulis urutan huruf a (arah menegak).

1. Kad lubang huruf dialihkan. 2. Dua bentuk huruf a yang kemas dihasilkan.

10

Selain perubahan cara aplikasi kad lubang huruf, pengkaji juga menbuat peneguhan dan motivasi kepada Sampel apabila dia mampu menulis bentuk huruf a dengan baik. Peneguhan yang pengkaji berikan termasuklah pujian secara lisan seperti mengucapkan Good! apabila Sampel dapat menulis bentuk huruf a dengan betul tanpa bimbingan pengkaji. Pengkaji juga menampalkan sticker senyuman kepada Sampel sebagai ganjaran usahanya untuk mengenal dan menulis bentuk huruf a dapat diteruskan. Hasilnya pengkaji dapati Sampel lebih gembira melibatkan dirinya dalam aktiviti rawatan yang dijalankan.

Rajah 7: Sampel memerhati dan meniru bentuk huruf a ke ruang sebelahan. 3.4 Pelaksanaan Ujian Selepas Tindakan Pelaksanaan ujian selepas tindakan dijalankan setelah menganalisis dan menilai tahap penguasaan Sampel terhadap penggunaan kad lubang huruf dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis bentuk huruf a. Bentuk ujian selepas tindakan yang diberikan kepada Sampel adalah sama dengan ujian sebelum tindakan. Hasil dapatan data yang diperolehi daripada ujian sebelum tindakan dan ujian selepas tindakan telah direkod dan dianalisis.

11

Rajah 8: Sampel menjawab ujian selepas tindakan. Melalui perubahan aplikasi penggunaan kad lubang huruf, Sampel menunjukkan peningkatan dalam mengenal dan menulis bentuk huruf a. Pengkaji menyediakan ujian-ujian penilaian kepada Sampel. Penilaian disediakan untuk mengenalpasti penguasaan Sampel dalam mengenal dan menulis huruf a. Penilaian juga memainkan peranan penting supaya Sampel dilatih berulangan kali agar dapat mengukuhkan

ingatannya terhadap bentuk huruf a. Penggunaan krayon ditukarkan kepada penggunaan pensel supaya Sampel membiasakan diri dengan pegangan saiz pensel. Ujian penilaian pertama adalah menulis huruf a pada kertas kosong secara berulangan di mana-mana bahagian kertas secara bebas. Ujian penilaian kedua adalah penilaian formal yang meminta sampel menulis huruf a pada ruangan yang telah disediakan oleh .pengkaji. Manakala penilaian ketiga adalah Sampel diminta menulis huruf a pada papan hitam secara bebas dan berterusan.

Rajah 9: Penilaian pertama: Menulis huruf asecara bebas pada kertas kosong.

12

Rajah 10: Penilaian ketiga: Menulis huruf a secara bebas pada papan hitam. Pengumpulan data yang sama digunakan sepanjang kajian dijalankan. Amalan refleksi juga dibuat pada peringkat akhir pusingan kedua. Melalui refleksi ini, pengkaji membuat keputusan untuk menamatkan kajian .Berdasarkan refleksi yang dibuat, pengkaji juga dapati motivasi dan kasih sayang meningkatkan keberkesanan

penggunaan kad lubang huruf pada pusingan pertama dan pusingan kedua. Di samping itu, peningkatan dan penguasaan Sampel dalam mengenal dan menulis huruf a dapat dikenalpasti tempoh masanya. 4.0 DAPATAN KAJIAN Hasil kerja sampel sepanjang aktiviti rawatan merupakan satu sumber yang dapat mempamerkan perkembangan Sampel sepanjang penguasaan mengenal dan menulis huruf a. Ujian diagnostik menunjukkan tulisan huruf Sampel yang tidak tepat adalah a, b, e, g, k, m, n, p, q, r, w dan y. Sampel juga tidak mampu menulis huruf mengikut urutan dan bentuk huruf yang betul. Tulisan Sampel tidak kemas dan kurang jelas. Setelah ujian diagnostik, pengkaji membuat keputusan untuk menyediakan kajian ke atas pengenalan dan penulisan huruf a. Ujian sebelum tindakan disediakan untuk mengenalpasti tahap mengenal dan menulis huruf, sebelum pengkaji memberikan aktiviti rawatan kepad Sampel.. Berdasarkan hasil ujian sebelum tindakan pengkaji dapat perhatikan Sampel sukar menulis bentuk huruf a mengikut titik putus kerana dia hanya mampu melukis bulatan antara titik. Pengkaji dapati Sampel tidak dapat menulis a mengikut garisan yang disediakan. Manakala bagi huruf yang ditulis dalam petak, tulisan huruf kecil a Sampel juga berbentuk serupa huruf besar D yang terbalik. Tulisan ujian sebelum tindakan 13

menunjukkan Sampel tidak mengenal bentuk huruf a yang berbentuk bulat dan bukan separuh bulat.

Rajah 11: Hasil ujian sebelum tindakan. Sebelum rawatan kad lubang huruf, pengkaji menyediakan aktiviti hands on untuk memotivasikan Sampel supaya dia bersedia untuk mengikuti aktiviti rawatan pengkaji. Bagi aktiviti menyusun bongkah kayu, pengkaji dapati Sampel pandai menyusun bongkah kayu mengikut warna dan menggerakkan bongkah kayu mengikut garisan lengkung dengan baik. Manakala aktiviti melukis garisan dengan gum berwarna merupakan satu aktiviti yang sangat disukai oleh Sampel. Aktiviti ketiga pula, Sampel dapat merungkai manik dengan tali mengikut warna manik dan bentuk manik. Penilaian melukis garisan lurus dan garisan lengkung juga dapat disiapkan dengan pantas oleh sampel. Setelah menghasilkan kad lubang huruf, pengkaji telah melaksanakan aktiviti rawatan ke atas sample. Pengkaji membuat demontrasi cara menulis huruf a dari urutan pertama ke urutan kedua. Pengkaji juga memegang tangan Sampel untuk membimbingnya menulis dengan perlahan. Kesan tulisan Sampel agak ringan bagi sesetengah tulisan menyebabkan dia melukis berulang kali bagi garisan tertentu untuk memekatkan warnanya. Ini menyebabkan tulisan tersebut tidak kemas kerana melebihi satu kesan krayon. Setelah bimbingan peringkat awal, pengkaji memberi peluang kepada Sampel untuk menulis huruf dengan menggunakan kad lubang huruf tanpa bimbingan pengkaji. Masalah semasa Sampel menulis tanpa bimbingan guru adalah kesukaran meletakkan kedudukan kad lubang huruf dengan cara yang betul yang menyebabkan tulisan huruf 14

Sampel tidak mengikut bentuk yang sepatutnya. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah melipatkan kertas mengikut saiz kad lubang huruf yang digunakan. Sampel dapat mengenalpasti ruangan yang boleh ditulis huruf dan meletakkan kad lubang huruf tepat pada kawasannya. Berdasarkan penggunaan keempat-empat kad lubang huruf, pengkaji telah mengesan satu masalah yang masih dialami oleh Sampel iaitu sukar mengenalpasti titik permulaan bagi tulisan huruf a. Oleh itu, pengkaji cuba memegang tangan Sampel untuk meletakkan krayon ke satu titik dalam lubang bagi memulakan tulisan huruf a. Pengkaji juga mengesan masalah Sampel menulis bahagian tegak huruf a yang hujungnya tidak dipanjangkan. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji sentiasa mengingati Sampel tentang ekor pendek huruf a serta merta apabila dia melakukan kesilapan. Sepanjang aktiviti rawatan tanpa penggunaan kad lubang huruf, pengkaji dapati Sampel masih tidak bersedia untuk menulis huruf a dan hanya menconteng bulatan dan garisan atas kertas. Pengkaji dapati Sampel hanya dapat menulis bentuk huruf a semasa kad lubang huruf disediakan. Pengkaji juga sedari bahawa prestasi Sampel dalam menulis huruf a secara bebas masih tidak berjaya dan ini menunjukkan bahawa implementasi pusingan pertama tidak berkesan ke atas objektif kajian. Berdasarkan hasil dapatan ini, pengkaji telah mengubah aplikasi kad lubang huruf. Pengkaji meminta Sampel menulis huruf a dengan bantuan kad lubang huruf di sebelah kiri. Setelah itu, Sampel diminta memerhati bentuk huruf a yang ditulis lalu meniru bentuknya di bahagian kedua kertas kertas.

Rajah 12: Bentuk huruf a yang tanpa menggunakan kad lubang huruf.

15

Sepanjang proses pusingan kedua ini, pengkaji masih memberi bimbingan kepada Sampel pada permulaan latihan rawatan. Pengkaji mengurangkan bimbingan apabila sampel dapat menulis huruf a dengan usaha sendiri. Pengkaji dapat mengenalpasti peningkatan penulisan huruf a Sampel setelah latihan berulangan kali.. Pengkaji menyedari bahawa teknik pemerhatian dan peniruan sesuai digunakan kerana Sampel dapat merujuk bentuk huruf :a sebelum mengalihkan penguasaannya ke tahap menulis huruf a tanpa penggunaan kad lubang huruf.

Rajah 13: Huruf a sebelah kiri ditulis dengan menggunakan kad lubang huruf manakala huruf a sebelah kanan adalah tulisan yang meniru bentuk huruf sebelahnya.

Setelah rawatan pusiangan kedua, ujian selepas tindakan diberikan kepada Sampel untuk mengenalpasti peningkatan penguasaan mengenal dan menulis huruf a. Berdasarkan ujian selepas tindakan, Sampel dapat menulis huruf a tepat antara garisan tiga dengan tersusun. Bentuk huruf a yang ditulis atas titik putus juga jelas kelihatan. Dia juga mampu menulis huruf a dengan bentuk yang tepat dan kemas bagi bahagian tulisan huruf a dalam petak. Setelah Sampel menguasai kemahiran menulis huruf a, pengkaji telah menyediakan ujian-ujian penilaian kepada Sampel. Bagi ujian penilaian pertama, Sampel dapat menulis huruf a secara bebas pada kertas warna. Sampel dapat menulis huruf a mengikut bentuknya pada ruangan yang telah pengkaji sediakan bagi 16

ujian penilaian formal. Selain itu, Sampel juga dapat menulis huruf a dengan bentuk yang betul pada papan hitam secara berterusan. Disebabkan latihan berulangan kali yang diberikan, Sampel mampu menyiapkan ujian penilaian dengan cepat. Dia telah menunjukkan sifat keyakinan semasa menulis huruf a.

Rajah 14: Tulisan huruf a Sampel pada papan hitam.

Rajah 15: Hasil kerja ujian selepas tindakan.

17

Berdasarkan hasil kerja sampel, pengkaji dapati Sampel telah mengenal bentuk huruf a dan mampu menulis huruf a secara bebas mengikut bentuk yang tepat. Peningkatan penguasaan Sampel telah membuktikan bahawa penggunaan kad lubang huruf berkesan dengan hasil yang amat memuaskan. Jadual3:Perbandinganaspekantaraujiansebelumtindakandanujian selepastindakan. Aspek/ Bahagian Huruf a dengan titik putus Huruf a antara garisan bertiga Huruf a ditulis ada yang di Huruf a tepat ditulis antara atas garisan, di tengah garisan tiga dengan tersusun. Ujian Sebelum Tindakan Ujian Selepas Tindakan

Bulatan dilukis antara titik Bentuk dan urutan huruf a putus. jelas kelihatan.

garisan dan tidak tersusun. Huruf a dalam petak Bentuk berbentuk besar D huruf kecil a Huruf a ditulis dengan bentuk huruf yang tepat dan kemas di

serupa yang

terbalik. bahagian tengah petak. Bentuk

Bentuk huruf sempit seakan- huruf a bulat dan hujungnya akan tiada ruang dalam ditulis dengan jelas.

huruf a. Kesan tulisan Tatacara menulis Tingkah laku sampel Tidak jelas dan kabur. Jelas kelihatan dan kemas.

Bulatan dilukis dan garisan Tatacara menulis dipatuhi oleh menegak ditulis dahulu. Sampel semasa sample

meragu-ragu Sampel berkeyakinan menulis menulis dan huruf a. Sampel ujian dapat dengan

merenung semasa menulis menyiapkan bentuk huruf a.

pantas. Dia juga menunjukkan tulisan huruf a nya kepada pengkaji setelah menyiapkan ujian. Airmukanya kelihatan

riang apabila diberi kata-kata pujian.

18

Huruf a ujian diagnostik.

Huruf a ujian sebelum tindakan.

Pusingan pertama: Huruf a dengan menggunakan kad lubang huruf.

Pusingan pertama: Huruf a tanpa menggunakan kad lubang huruf.

Pusingan kedua: Huruf a yang menggunakan kad lubang huruf (kiri) dan huruf a ditulis melalui peniruan huruf sebelah (kanan).

Huruf a ujian selepas tindakan.

Huruf a ujian penilaian.

Rajah 15: Perkembangan tulisan huruf a sampel.

19

Anda mungkin juga menyukai