Anda di halaman 1dari 16

RABIHAH ABU BAKAR

Merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah,perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskankepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalamkeadaan terkawal dan selamat Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Simulasi

membolehkan seorang guru menyampaikan secara olokolok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiranlisan membaca dan menulis. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu : topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalambentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiriserta amalan penerokaan oleh murid.

Komponen pembelajaran berasaskan projek:

5 komponen prinsip pengajaran Merill yang mengalakkan pengajaran ialah: Demonstrasi Aplikasi Pengaktifan Integrasi Pemusatan tugasan

Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber. Pembelajaran akses kendiri adalah pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK)

Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor

Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan

Lawatan biasanya didefinisikan sebagai membawa pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu. Tujuan lawatan adalah melihati sesuatu situasi atau amalan yang tidak boleh dibawa kedalam bilik darjah.

Pembelajaran tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran boleh melalui lawatan ke tempat-tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.

Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini

Menggalakkan interaksi antara pelajar

Menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji

Memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi

Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru

Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.

Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya

Mohd Zakir Azman. (n.d.). Dicapai pada Januari 11, 2013, daripada http://mohdzakirazman.blogspot. com: http://mohdzakirazman.blogspot. com/2011/12/pendekatankaedah-teknik-dan-strategi.html Unknown. (n.d.). Dicapai pada Januari 11, 2013, daripada Scribd.com: http://www.scribd.com/doc/6628 8332/Kaedah-Dan-Teknik-DalamPengajaran-Dan-PembelajaranPsv

Anda mungkin juga menyukai