Anda di halaman 1dari 2

Laporan amali masakan ke-4

Pada hari Rabu, 25 September, saya telah menjalani amali masakan bagi dua jenis masakan iaitu pastri rapuh dan biskut. Kedua-dua masakan ini menggunakan kaedah gaul dan ramas dan kami perlu menyediakan masakan berdasarkan resepi asas seperti yang terdapat di laman web RBT 3111 yang disediakan oleh Puan Suzana. Kami masuk ke bengkel pada pukul 9.00 pagi dan mengambil tempat masingmasing di meja tengah bagi mendengar taklimat daripada Puan Suzana tentang masakan yang akan dilakukan pada hari ini. Puan menceritakan tentang kaedah yang akan dilakukan pada amali kali ini iaitu keadah gaul dan ramas. Kaedah ini perlu dilakukan dengan teknik yang betul kerana jika tersalah teknik akan membuatkan doh masakan hilang gelatinnya. Selepas selesai diberi taklimat oleh Puan Suzana, kami memulakan amali kami dengan mengambil bahan-bahan yang diperlukan bagi mebuat masakan pastri dan biskut. Kami perlu mengambil bahan mengikut sukatan yang telah ditetapkan kerana bahan yang terlebih sukatan akan membawa kepada doh yang tidak baik dan memberi kesan buruk kepada masakan yang akan dihasilkan. Apabila kesemua bahan telah diambil, saya menyediakan alatan yang diperlukan bagi membuat masakan yang pertama iaitu biskut. Puan Suzana menerangkan tentang apa yang perlu dilakukan sambil menunjukkan cara bagaimana untuk membuat doh bsikut yang betul. Kami melakukan doh biskut seperti yang diajar oleh Puan Suzana iaitu menggunakan kaedah gaul dan ramas dimana tepung yang dimasukkan mentega perlu digaul ramaskan sehingga menjadi serbuk roti. Selepas itu, kami mencanai doh biskut setebal 3mm dan terap doh tersebut menggunakan acuan mengikut bentuk yang digemari. Selepas itu kami letakkan biskut tadi kedalam dulang pembakar dan masukkannya ke dalam oven yang telah dipanaskan di awal waktu kelas tadi.

Setelah selesai membuat biskut kacang, kami meneruskan amali dengan membuat masakan pastri pula. Kami menyediakan doh pastry ini juga menggunakan kaedah gaul dan ramas. Doh pastri yang telah dicanai di terap menggunakan penerap bulat. Letakkan didalam acuan pembakar yang telah digriskan dan di alas dengan acuan kertas. Bakar separa masak dan masukkan adunan telur ke dalam tart dan bakar semula selama 5 minit. Setelah semua masakan telah selesai dilakukan, kami menghidangkan masakan yang dibuat di meja tengah. Puan Suzana mencuba setiap masakan yang dibuat dan memberi komen tentang rasa dan tekstur masakan yang telah kami buat. Kami dibenarkan pulang setelah selesai mengemas bengkel masakan pada pukul 1.15 tengahari.

Anda mungkin juga menyukai