Anda di halaman 1dari 32

MENTAUHIDKAN ALLAH SWT

Oleh: Hairil Irza bin Ramli, UIAM 1.0 MUQADDIMAH

Manusia dijadikan oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepadaNya. Firman-Nya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku (Adz-Dzariyaat: 56). Allah SWT menerangkan tujuan ini kepada manusia di dalam Kitab-Nya yang mulia kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa setiap zaman akan berlakunya penyelewengan terhadap tauhid yang suci. Syaitan sememangnya tidak akan senang jika manusia semuanya beribadah hanya kepada Allah SWT. Oleh itu,kita lihat ramai para Rasul a.s yang diutuskan Allah SWT bagi membetulkan semula fokus ibadah manusia. Berapa ramai umat Rasul-rasul terdahulu sebelum Rasulullah SAW yang kembali menjadi sesat selepas kewafatan Rasul mereka. Mereka mula mengubah ajaran Allah SWT. Namun, Allah SWT Maha Penyanyang kepada hamba-hamba Nya. Apabila Dia Melihat kesesatan menebal, diutus-Nya kembali Rasul sehingga mereka kembali bertaubat dan mengikut jalan yang diredhai Allah SWT. Perkara yang sama juga terjadi kepada masyarakat Arab. Sebelum kedatangan baginda SAW, mereka pada awalnya mengikut ajaran agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan diwarisi oleh anaknya, Nabi Ismail a.s. Kisah ini dinukil oleh As-Syeikh Sofiy alRahman al-Mubarakfuri di dalam kitabnya Al-Raheeq Al-Makhtum: Kebanyakan Arab berpegang dengan agama Ibrahim a.s sejak ia disebarkan melalui zuriatnya (Ismail a.s) di Makkah dan berkembang di seluruh Semenanjung Arab. Mereka menyembah Allah SWT dan mentauhidkan-Nya dan beriltizam dengan syariat agama-Nya al-Hanif sehingga satu tempoh masa yang lama, mereka mula lupa dengan nikmat pemberian Allah SWT ini kecuali sedikit daripada mereka yang

masih berpegang teguh pada tauhid dan sebahagian syariat agama ini. Kemudian muncullah di kalangan mereka Amru bin Luhaiy, Ketua Bani Khuzaah. Dia mempunyai pengaruh yang besar disebabkan kebaikan, kebenaran dan pegangannya yang kuat terhadap agama. Masyarakat (Arab) menyanyanginya dan mengikutinya kerana pada sangkaan mereka dia adalah salah seorang pembesar ulama dan antara wali yang mulia1. Inilah hakikat yang berlaku hari ini khususnya di Malaysia. Kebanyakan individu yang mengikuti ajaran-ajaran sesat disebabkan sikap mudah terpengaruh dengan ustaz, syeikh dan wali jadi-jadian. Manusia-manusia dajjal ini bukan sahaja berani mengubah syariat Allah SWT bahkan mengaku diri mereka sebagai nabi dan paling melampau mendakwa diri mereka mempunyai sifat ketuhanan. Mereka yang terlibat kebiasaannya dikaitkan dengan ajaran tasawuf tareqat, silat dan kedukunan. Di samping pengaruh individu, faktor keinginan bertaubat dari dosa lampau, gila syahwat, ingin berlepas diri dari sebahagian tuntutan Islam dan jahil agama adalah antara faktor-faktor penting yang menjadi tarikan orang ramai untuk mengikuti ajaran mereka2. Maka, kertas kerja ini ditulis bagi menerangkan konsep tauhid yang sebenarnya menurut para ulama salafus soleh. Ini kerana kita sedia maklumi bahawa mereka diiktiraf oleh baginda SAW sebagai golongan terbaik3 dan sudah semestinya aqidah tauhid mereka terpelihara dari

As-Syeikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, Al-Raheeq Al-Makhtum, (Al-Mansurah: Dar alWafa, 1426H/2005M), cetakan ketujuh belas, m.s 39. 2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Risalah Isu Semasa; Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia, m.s 1-4. 3 Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi selepasnya dan kemudian generasi selepasny a (Riwayat al-Bukhari, at-Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad).

sebarang pencemaran4 yang kebanyakannya datang pada zaman selepas mereka. 2.0 2.1 BEBERAPA ISTILAH PENTING DALAM PERBAHASAN TAUHID Aqidah5 Hukum yang tidak menerima di dalamnya syak terhadap apa yang menjadi pegangannnya. Dari konteks agama, ia bermaksud sesuatu pegangan / kepercayaan dan tidak termasuk amalan. 2.2 Iman Pegangan yang jitu bahawa Allah SWT adalah Tuhan segala sesuatu dan memilikinya dan menciptanya. Ia juga bersifat dengan sifat sifat yang sempurna dan suci dari sebarang kekurangan. 2.3 2.4 Tauhid6 Berpegang dengan keEsaan Allah SWT pada Rububiyyah Nya, Uluhiyyah Nya dan pada Nama dan Sifat Nya. Tauhid Rububiyyah7 Pegangan yang jitu bahawa Allah SWT Tuhan kepada segala sesuatu dan tiada Tuhan selain Nya. Rabb pada segi bahasa ialah Raja atau Pentadbir. Rububiyyah Allah SWT ke atas ciptaan Nya bermakna mengEsakannya dalam penciptaan mereka, memiliki mereka Allah dan pada mentadbir Rububiyyah urusan ialah mereka. Maka,mentauhidkan pengakuan

sesungguhnya Allah SWT adalah Pencipta makhluk dan memiliki


4

Antara perkara yang mencemari tauhid ialah:a) Menggelar alam ini sebagai alam semulajadi b) Menganggap manusia wujud disebabkan proses evolusi (teori Darwin) c) Percaya kepada wehadatul wujud (kesatuan wujud antara Allah dan makhluk) d) Berjumpa bomoh dan pawang untuk apa-apa tujuan e) Membaca dan meyakini horoscpoes (ilmu bintang mengikut masa kelahiran) f) Mempercayai sesuatu dapat mendatangkan nasib yang baik dan buruk (selain Allah SWT) g) Menggunakan tangkal dan azimat h) Jampi-jampian yang tidak difahami i) Mengharapkan pengaruh makhluk dalam berdoa (tawassul yang tidak diizinkan) j) Mengubah syariat Allah k) Mencintai sesuatu sama atau lebih daripada Allah (Lebih lanjut,lihat Hafiz Firdaus Abdullah, 11 Perkara yang Mencemari Kemurnian Tauhid , (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2006), cetakan pertama. 5 Al-Mujam al-Wasit, m.s 645 6 Dr. Muhammad Naim Yaasin, Al-Iman; Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqiduhu , (Kaherah: Dar At-Tauzi wa an-Nashr al-Islamiyyah, t.t), m.s 7 7 Ibid

mereka, menghidupkan dan mematikan mereka, dan memberi manfaat dan mudharat kepada mereka, dan menerima doa mereka ketika memerlukan. 2.5 Tauhid Uluhiyyah8 Pegangan yang jitu bahawa sesungguhnya Allah SWT ialah Tuhan yang benar, tiada Tuhan selain Nya dan mengEsakan Nya di dalam ibadah. Al Ilah ialah yang disembah. Dan ibadah dari segi bahasa; tunduk, patuh, rendah diri, dan sebahagian ulama mengatakan kecintaan yang mutlak dan ketundukan mutlak. Ia didirikan di atas keikhlasan ibadah semata mata hanya untuk Allah dari segi batin dan zahir. Ia juga merangkumi semua jenis tauhid, awal dan akhir agama, pemisah / pembeza antara muslimin dan musyrikin, hakikat agama Islam yang terkandung di dalam syahadah yang merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Kesimpulannya, ia bermakna cinta yang ikhlas kepada Allah SWT, mentauhidkan Allah SWT di dalam doa, tawakkal dan harapan, mentauhidkan Allah SWT di dalam ibadah badan dan perkataan, dan takut hanya kepada Allah SWT. 2.6 Tauhid Asma wa Sifat9 - Pegangan yang jitu bahawa sesungguhnya Allah SWT bersifat dengan sifat kesempurnaan dan suci daripada semua sifat kekurangan. Berdiri di atas tiga asas:a. Menyucikan Allah SWT daripada menyerupai mahkluk dan daripada sebarang kekurangan b. Keimanan dengan Nama-nama dan Sifat-sifat yang thabit di dalam al-Kitab dan as-Sunnah tanpa menguranginya atau menambah ke atasnya atau mengubahnya atau mengingkarinya. c. Mengahalang 2.7
8 9

daripada

berlebihan

atau

melampau

dalam

pengetahuan mengenai kaifiyat (cara dan bentuk) sifat-sifat ini. Syirik Lawan atau penafian kepada tauhid10

Ibid; m.s 11 Dr. Muhammad Naim Yasin, Al-Iman; Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqiduhu, m.s 15 10 Dr. Ismail Omar, Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah , (Shah Alam: Access Infotech (M) Sdn. Bhd, 1999), cetakan pertama, m.s 219

2.8

Syirik Besar Menjadikan,menyekutukan, menyembah dan

mangabdikan kepada tuhan yang lain disamping Allah SWT. Tidaklah disyaratkan bahawa tuhan/perkara yang disekutui itu mestilah sentiasa sama tarafnya dengan Allah dalam setiap aspek dan bidang11. Contohnya; mengunapakai undang-undang penjajah Barat dengan meninggalkan undang-undang Allah SWT. Bahkan mencerca dan menafikan undang-undang yang dibuat Allah SWT. Memberikan kuasa membuat undang-undang kepada manusia seolah-seolah menyamakankan dengan hak Allah SWT sebagai Pembuat Syariat/Undang-Undang. 2.9 Syirik Kecil Tidaklah seperti syirik besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu dihukum sebagai seorang kafir atau musyrik yang halal daging dan hartanya serta kekal di dalam neraka. Akan tetapi, dosa syirik kecil adalah lebih besar dari dosadosa besar12. Contohnya; riya,takabbur, mencipta rekaan seperti makhluk, tiada ikhlas di dalam ibadah dan lain-lain. 2.10 Kufur Mengingkari aqidah tauhid sama ada mengingkari keseluruhannya yang enam. 2.11 Kufur Besar Kufur yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam dan akan kekal di dalam neraka. 2.12 Kufur Kecil Disebut juga sebagai Kufur tanpa kufur dan pembuatnya tidak terkeluar dari aqidah Islam. Akan tetapi, perbuatannya ini berdosa besar. Contohnya; memaki orang Islam, meratapi dan meraung-raung ke atas jenazah, membunuh orang Islam, pemerintah yang tidak menjalankan undang-undang Islam dan lain-lain. seperti golongan Athies atau sebahagiannya seperti mengingkari salah satu daripada Usul Aqidah (Rukun Iman)

11 12

Ibid. Dr. Ismail Omar., Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, m.s 248

2.13 Nifaq Menzahirkan Islam dengan sebutan lidah tetapi hati dan amalannya berlawanan dengan apa yang disebutkan. 2.14 Nifaq Besar - Menzahirkan Islam dengan sebutan lidah tetapi hatinya kufur kepada Islam. Melakukan tindakan-tindakan yang memburukkan Islam dan menyakiti umat Islam. Ia juga disertai itiqad yang pada hakikatnya tidak mempercayai Islam. Tempat mereka di akhirat kelak dijanjikan Allah SWT di dalam neraka paling bawah. 2.15 Nifaq Kecil Nifaq yang berkaitan amalan seseorang dan tidak disertai itiqad seperti memungkiri janji, membelot dari pakatan, berbohong dan melampaui batas ketika berbalah. 2.16 Bidah Membuat sesuatu yang tiada misal/contoh seperti sebelumnya (Bahasa). Jalan yang direka di dalam agama menyerupai syariat dan bermaksud untuk mengikutinya secara berlebihan/melampau di dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT13. 3.0 TAUHID ADALAH SERUAN PERTAMA PARA RASUL A.S.

Al-Imam Abu Jafar Ahmad bin Muhammad at-Tohawi al-Hanafi (wafat 321H) di dalam kitab Al-Aqidah At-Tohawiyah menyebut: Kami berkata di dalam mengEsakan Allah (pada ketika) mengitiqadkan dengan petunjuk Allah: Sesungguhnya Allah itu Satu / Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Ketahuilah sesungguhnya tauhid merupakan seruan pertama para Rasul, jalan pertama diturunkan dan maqam pertama didirikan di dalamnya laluan/jalan menuju kepada Allah Azza Wajal. Firman Allah Taala: Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya Aku bimbang, kamu akan ditimpa azab
13

Al-Imam Abi Ishaq Ibrahim bin Musa asy-Syatibi, Al-Itisom, (Kaherah: Dar al-Hadith, 1423H/2003M), m.s 27-28

hari Yang besar (hari kiamat)" (al-Araaf: 59). Dan kata Hud a.s kepada kaumnya: Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadanya? " (al-Araaf: 65). Dan kata Nabi Soleh a.s kepada kaumnya: Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi soleh. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan Yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Araaf: 73). Dan berkata Syuib a.s kepada kaumnya: "Wahai kaum Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadanya (al-Araaf: 85). Firman Allah SWT: Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut" (An-Nahl: 36). Dan firman Allah SWT lagi: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku" (Al-Anbiya: 25). Dan Rasulullah SAW bersabda: Aku diperintahkan Allah, dan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan sesungguhnya Muhammad Rasulullah (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)14.
14

Al-Imam Al-Qadhi Ibn Abi Al-Izz al-Dimasyqi, Syarh Al-Aqidah Ath-Thohawiyyah, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 1424H/2003M), cetakan kedua, m.s 123.

As-Syeikh Dr. Soleh al-Fauzan pula menyatakan di dalam risalah Ahammiyyatu At-Tauhid (Kepentingan Tauhid): Nabi SAW menetap di Makkah selama 13 tahun selepas diutuskan (sebagai Rasul) untuk menyeru manusia kepada tauhid, berkata kepada manusia Katakanlah tiada Tuhan selain Allah nescaya kamu akan berjaya (di dunia dan di akhirat). Surah Makkiyah semuanya menerangkan tentang persoalan tauhid dan pengasasan aqidah (yang sahih dalam diri manusia). Kemudian, apabila telah tertanam tauhid dan didikan aqidah, maka turunlah syariat Islam (Hukum-hakam fekah) 15. Firman Allah Taala, ertinya: ".... dan tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanNya segala-galanya."(Sad: 65). Maka, jika dilihat dengan dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah yang diberikan, jelas kepada kita semua bahawa matlamat utama Allah SWT menurunkan para Rasul a.s adalah sebagai pembimbing manusia menuju kepada mentauhidkan Allah SWT di dalam ibadah disamping menolak pengibadatan selain daripada-Nya. Sekiranya ia tidak dijadikan tujuan utama, manusia akan mengandai-andaikan cara-cara atau kaifiat-kaifiat tertentu asalkan tujuan mereka mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, tajuk atau bab pertama di dalam dawah kepada Islam adalah tauhid dan inilah juga sunnah baginda Rasul SAW yang mesti diikuti oleh pendawah hari ini. Dari Abu Ma'bad, dari Ibn Abbas, ra, katanya: Rasulullah SAW bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika baginda saw mengutusnya ke negeri Yaman: ".. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum: Ahli kitab, kemudian apabila kamu menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini: bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah... ..Menurut satu riwayat yang lain, (Baginda SAW bersabda): ..."Maka hendaklah dakwah yang mula-mula engkau
15

As-Syeikh Dr. Soleh al-Fauzan, Ahammiyyatu At-Tauhid (e-book).

kemukakan kepada mereka ialah supaya mereka mengakui keesaan Allah Taala.. Dan pada satu riwayat pula, (Baginda SAW bersabda): "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadanya ialah (tunjang atau asas) ibadat kepada Allah..." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 16. Kegagalan membawa masyarakat memahami hakikat sebenar tauhid akan mengakibatkan banyak penyelewengan sama ada dalam bentuk ekstrim mahupun kecuaian (ifrath wa tafrith) di dalam pengamalan agama suci ini seperti kewujudan banyak ajaran-ajaran sesat misalnya Ajaran Ayah Pin, Samaniah Ibrahim Bonjol, Hj. Kahar, al-Arqam dan sebagainya17. 4.0 MENGAKUI KEWUJUDAN TUHAN (ALLAH SWT) ADALAH FITRAH INSAN Para Rasul a.s bukan diutuskan untuk membuktikan kewujudan Tuhan atau Pencipta kerana hal ini adalah fitrah semulajadi insan yang mempercayai adanya Tuhan18. Jika ia bukan fitrah,manusia tidak akan mencari agama kerana asas semua agama adalah kepercayaan kepada Tuhan kecuali segelintir manusia dari golongan athies dan komunis yang langsung tidak mempercayai Tuhan. Firman Allah SWT: Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami
16 17

Jabatan Perdana Menteri, Mastika Hadith, hadith no:1. Kajian yang dilakukan JAKIM menunjukkan menjelang tahun 1999, terdapat sebanyak 98 kumpulan sesat iaitu termasuk ajaran yang pupus, tidak aktif dan aktif. Antara negeri negeri yang menjadi tumpuan ajaran ini ialah Selangor, Johor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur. Sasaran ajaran-ajaran batil ini ialah orang yang jahil agama, pengaruh kawan, ingin berubat penyakit, kesilapan memahami aqidah tauhid,kekayaan dan pengaruh. (Lihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Risalah Isu Semasa; Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia, m.s 1-23). 18 Ada juga sebahagian manusia akan bertanya mempertikaikan hal ini. Soalnya: Kalau Allah SWT jadikan manusia semuanya mempercayai Allah SWT,mengapa ada manusia yang kafir? Maka jawabnya satu hadith Qudsi (selain hadith di atas); firman Allah SWT: Sesungguhnya Aku telah jadikan hamba-hamba Ku semuanya suci dan kemudian mereka telah dipengaruhi oleh syaitah lalu menyesatkan mereka dari agama mereka (Riwayat Muslim).

menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini (al-Araaf: 172). Sabda baginda SAW: Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (ISLAM), maka ibubapanyalah yang meyahudikannya atau mengkristiankannya atau memajusikannya19. Fitrah bermaksud: Gambaran semulajadi yang telah ditetapkan di dalam fikiran (minda) dan tidak memerlukan dalil (bukti) dan pandangan bebas yang lain dari gambaran tersebut 20. Contohnya dalam perihal makan dan minum. Manusia apabila dilahirkan di atas muka bumi secara fitrahnya (naturally) mengetahui bagaimana makan dan minum. Ibu bapanya tidak perlu bersusah payah menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas mempelajari bagaimana manusia makan dan minum. Begitu juga dalam hal yang lain seperti menangis, hidup berpasangan, berkumuh kesemuanya fitrah yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia sejak awal kewujudan mereka. Sekalipun perkara-perkara ini adalah fitrah secara konsep asasnya, namun menunjukkan atau membimbing manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara ini dengan cara dan kaedah yang betul, adalah satu kemestian. Seperti contoh tadi, manusia mengetahui bagaimana makan dan minum. Akan tetapi, ibu bapa mesti mengajar anak-anak mereka supaya makan dan minum dengan cara dan kaedah yang tepat dan betul. Maka,begitu juga halnya dengan tauhid. Sekalipun manusia secara fitrahnya mengetahui kewujudan Tuhan, namun mendidik dan membimbing manusia mengetahui dan mengEsakan Tuhan yang sebenar adalah satu kewajipan yang pasti. Atas dasar ini, Allah SWT melantik
19

dan menurunkan

Rasul-rasul

a.s

kepada

setiap umat

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Di dalam hadith ini Rasulullah SAW tidak menyebut Islam kerana fitrah itu adalah Islam. Kata Ibn Hajar al-Asqalani: Pendapat yang paling masyhur berkenaan apa yang dimaksudkan fitrah itu ialah Islam . Berkata Ibn Abdul Bar: Ia adalah masyhur di semua kalangan ulama salaf (para ulama sahabat, tabiin dan taabi at-Taabiin ) Fath al-Baari bi Syarh Sohih al-Bukhari, jilid 3, m,s 248. 20 As-Syeikh Dr.Abdullah bin Muhammad bin Abdullah al-Qarni, Mudzakiraat Madah Aqidah, m.s 16.

10

manusia.

Sudah

semestinya

kita

sebagai

manusia

berusaha

memahami ilmu tauhid dari ajaran para Rasul a.s yang diwarisi oleh para ulama yang ada pada hari ini. "Maka hendaklah engkau berusaha mendapat ilmu yang meyakinkanmu: 'Bahawa tidak ada yang bersifat ketuhanan melainkan Allah..."(Muhammad: 19). 5.0 PEMBAHAGIAN TAUHID21 5.1 Dari sudut perbuatan hamba:5.11 Tauhid Al-Marifah wa Al-Ithbat22 5.12 Tauhid Al-Qasd wa Al-Tolab23 5.2 Dari sudut apa yang selayaknya (hak) bagi Allah SWT:5.21 Tauhid Al-Rububiyyah 5.22 Tauhid Al-Uluhiyyah 5.23 Tauhid Al-Asma wa As-Sifat Kesimpulannya, Tauhid Al-Marifah wa Al-Ithbat ialah Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Al-Asma wa As-Sifat manakala Tauhid Uluhiyyah termasuk dalam Tauhid Al-Qasd wa Al-Tolab. 6.0 TAUHID RUBUBIYYAH Ibn Abi al-Izz menyebut: ....Tauhid Al-Rububiyyah iaitu berikrar sesungguhnya Allah SWT Pencipta segala sesuatu, dan tiada di atas alam (dunia) ini Pencipta yang sebanding (dengan-Nya) di dalam Sifat-sifat dan Perbuatan-perbuatan. Dan tauhid ini benar dan tiada keraguan pada-Nya. Serta ia adalah matlamat utama dari kebanyakan ahli falsafah, ahli kalam dan sekelompok dari ahli sufi24.
21 22

Ibid; m.s 23 Mengenali Allah SWT dan mengithbatkan kewujudan-Nya dan kepunyaan-Nya daripada Nama-nama, Sifat-sifat dan Perbuatan-perbuatan-Nya. 23 MengEsakan Allah SWT dalam permintaan /pengharapan dengan doa dan ibadah serta niat yang ikhlas hanya kerana Allah SWT (semasa berdoa dan beribadah). 24 Al-Imam Al-Qadhi Ibn Abi Al-Izz al-Dimasyqi, Syarh Al-Aqidah Ath-Thohawiyyah, m.s 126-127. Perbahasan aqidah golongan batil ini hanya bertujuan untuk membuktikan kepada manusia bahawa wujudnya Pencipta di atas mukabumi ini. Sedangkan ia adalah fitrah insan yang tidak memerlukan perbincangan yang panjang lebar. Ini berbeza dengan golongan Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah yang menjadikan matlamat aqidah mereka untuk membawa manusia tidak menyembah melainkan Allah SWT (pen-).

11

Antara dalil dalil Tauhid Rububiyyah:6.1 ingatlah,kepada Allah jualah segala penciptaan dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam (Al-Araaf: 54). 6.2 Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari makhluk Yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) Dengan berkata: "Allah jualah Yang Menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui Yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa? (Yunus: 31). 6.3 Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang Tuhan bersamaNya; (Kalaulah ada banyak Tuhan) tentulah tiap-tiap Tuhan itu akan Menguasai dan menguruskan Segala Yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya Yang lain. Maha suci Allah dari apa Yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu (Al-Muminun: 91). Manakala orang yang mengingkari tauhid ini dinamakan sebagai Ad-Dahriah25. Pada zaman ini mereka dinamakan sebagai atheis, komunis dan Darwinisme. Allah SWT menyebutnya: Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman". pada hal mereka tidak
25

Dr. Ismail Omar., Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, m.s 91

12

mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata (Al-Jathiah: 24). Golongan ini menafikan fitrah semulajadi manusia itu sendiri iaitu kepercayaan kepada Tuhan kerana mereka menyatakan perjalanan di dunia manusia ini hanyalah sebagai satu proses kehidupan. Hidup,mati dan hancur dimakan ulat-ulat tanpa dikembalikan kepada Maha Pencipta untuk dihisab dengan timbangan-Nya sebelum ke Syurga atau Neraka. Adapun tauhid ini tidak memasukkan seseorang itu ke dalam Islam. Firman Allah SWT terhadap kaum Musyrikin: Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga dengan yang lain (Yusuf: 106). Mereka mengakui Allah SWT sebagai Tuhan, akan tetapi mereka mensyirikkan-Nya dengan menjadikan berhala sebagai perantaraan dalam ibadah. Bahkan dalam peristiwa Perang Badar al-Kubra, ketua musyrikin Abu Jahal berdoa kepada Allah SWT supaya mengalahkan tentera Islam pimpinan Rasulullah SAW kerana baginda dianggap kononnya pemecah belah kaum Arab, katanya: Ya Allah Ya Tuhanku, itu dia orang yang memutuskan hubungan kami (Rasulullah SAW), yang membawa angkara yang belum pernah kami kenalinya, musnahkanlah mereka pagi ini. Ya Allah ya Tuhan kami tolonglah yang lebih Engkau kasihi dan Engkau redhai dan berikanlah pertolongan/kemenangan kepadanya26. Firman Allah SWT: Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui" (Az-Zukhruf: 9). Dan Sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah" (Luqman: 25).
26

Maka, tauhid

As-Syeikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, Al-Raheeq Al-Makhtum, m.s 199

13

Rububiyyah

bukan

pembeza

antara

Mukmin

dan

Kafir

kerana

hakikatnya majoriti manusia di dunia jika beragama, ia mempercayai adanya Tuhan. Tetapi Islam menapis hal ini dan mengiktiraf hanya Allah SWT Tuhan yang mentadbir alam.

7.0

TAUHID ULUHIYYAH Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi mendefinisikannya

tauhid uluhiyyah: MengEsakan Allah SWT dengan pengabdian, ketundukan dan ketaatan yang mutlak. Maka, tiada yang berhak disembah melainkan Allah sahaja dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu di bumi mahupun di langit27. Tauhid ini juga dinamakan dengan Tauhid Ibadah dan ianya merupakan tauhid yang utama kerana dengan tauhid uluhiyyah, seseorang Mukmin dibezakan dengan seorang kafir sama ada daripada ahli Kitab atau musyrikin. Bahkan tauhid rububiyyah dan tauhid asma wa sifat terkandung di dalam tauhid uluhiyyah. Mustahil seseorang manusia boleh mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT tanpa dia mempercayai bahawa Allah SWT Pencipta dan Pentadbir alam yang mempunyai sifat-sifat serta namanama agung yang layak bagi-Nya. Menurut Asy-Syeikh Dr. Soleh al-Fauzan: Bukanlah tauhid sepertimana yang disebut oleh golongan jahil dan golongan sesat yang berkata (kepada manusia) sesungguhnya tauhid ialah ikrar/pengakuan dengan kewujudan Allah SWT atau ikrar/pengakuan bahawa Allah itu Maha Pencipta, Pemberi Rezeki, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan..Benar ini juga tauhid akan tetapi bukanlah tauhid yang dikehendaki (oleh Allah SWT). Maka, sudah semestinya dengan tauhid Uluhiyyah yang merupakan tumpuan (keEsaan) kepada Allah SWT dengan ibadah dan meninggalkan ibadah selain
27

daripada-Nya

As-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, Haqiqatu at-Tauhid, (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1409H/1989), m.s 23

14

sepertimana firman Allah SWT: Sesungguhnya telah kami utuskan setiap umat (manusia) itu seorang Rasul untuk (menyeru mereka) menyembah Allah dan menjauhi taghut (Surah an-Nahl: 36)28. Inilah peri pentingnya Tauhid Uluhiyyah yang kerananya lah Allah SWT mengutuskan para Rasul bagi mengembalikan semula ibadah manusia kembali suci hanya kepada Allah Yang Satu. Dan, inilah juga seruan pertama semua ulama dan pendakwah yang mewarisi tugas Rasul. Tauhid manusia perlu dibetulkan dahulu kemudian, barulah agama Islam bangkit cemerlang sepertimana zaman Rasulullah SAW hingga zaman kerajaan Uthmaniyyah. Dalil-dalil berkaitan tauhid ini antaranya; 7.1 Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan 7.2 untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Adz-Dzariyaat: 56). Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku" (AlAnbiyaa: 25). 7.3 Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewadewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam" (Ali-Imran: 64).

28

Asy-Syeikh Dr. Soleh al-Fauzan, Ahammiyyatu At-Tauhid (e-books)

15

7.4

Sabda Rasulullah SAW kepada Muaz bin Jabal r.a sebelum beliau berdakwah ke Yaman: Maka hendaklah perkara yang pertama sekali kamu serukan kepada mereka kepadanya ialah syahadah Laa ilaha illallah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

7.5

Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang akhir kata-katanya (sebelum mati) Laa ilaha illallah akan dimasukkan ke Syurga (Riwayat Abu Daud, Al-Hakim, Ibn Mandah dan Ahmad, hadith hasan).

7.6

Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya oleh Jibril a.s tentang Islam,Islam adalah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatupun (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

7.7

Sabda Rasulullah SAW: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang wajib disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat. Maka, dan apabila mereka melaksanakannya,terjagalah darah hartanyamelainkan

dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka terserah kepada Allah Azza wa Jalla (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Kalimah Syahadah gambaran Tauhid Uluhiyyah Kalimah syahadah merupakan perkara pertama dan juga perkara akhir dalam kehidupan manusia. Untuk menerima Islam sebagai AdDin, mereka perlu mengucapkannya. Sesudah itu, mereka dipertanggungjawabkan dengan beberapa taklifan agama dan yang terpenting ialah solat. Dan, pada setiap kali solat, mereka akan memperbaharui syahadah / kesaksian mereka kepada Allah SWT. Begitu juga apabila mereka nazak, mereka akan diajar dengan kalimah suci ini supaya perjalanan di alam barzakh menjadi mudah.

16

Kalimah syahadah terdapat nafi (meniadakan/menafikan) iaitu pada Laa ilaha yang bererti tiada Ilah/Tuhan yang berhak disembah dan ithbat (menetapkan) iaitu illallah yang bermaksud meletakkan keyakinan yang putus bahawa Tuhan yang layak disembah hanyalah Allah SWT. Islam menggabungkan ayat nafi dan ithbat kerana ia lebih kuat berbanding dengan ayat ithbat sahaja. Kalimah tauhid tidak berbunyi Saya menyembah Allah29 kerana ayat ini tidak menafikan orang yang menyebutnya pada masa yang sama menyembah perkara yang lain. Contohnya dua ayat di bawah ini :)a Ahmad bermain bola (Ayat Ithbat/Kenyataan) )b Tiada siapa yang bermain bola kecuali Ahmad (Ayat Nafi/Penafian + Ayat Ithbat) Kedua-dua ayat mempunyai satu makna yang sama iaitu Ahmad bermain bola. Akan tetapi, jika dilihat ayat (a) ia hanya menyatakan Ahmad bermain bola sedangkan ia tidak menafikan wujudnya orang lain yang mungkin turut sama bermain bola. Ayat (b) ternyata lebih kuat. Pertama, ia menafikan adanya orang lain yang bermain bola. Kedua, ia menetapkan di sana hanyalah Ahmad seorang yang bermain bola. Begitulah betapa besarnya hikmah Allah SWT menjadi kalimah tauhid ini bagi sesiapa sahaja yang mula menerima Islam dan menyelamatkan sesiapa sahaja pada akhir hayatnya kekal bersama kalimah tauhid ini. Disebabkan besarnya bebanan amanah ke atas seseorang yang mengucapkan kalimah inilah, akhirnya bapa saudara baginda SAW, Abu Talib sukar melafazkannya. Dia sangat maklum bahawa kalimah ini sememangnya mudah dilafazkan, akan tetapi pada masa yang sama dia wajib meninggalkan segala sembahan yang sudah sebati dalam jiwanya dan menjadikan hanya Allah SWT sahaja berhak disembah tanpa sebarang pengantaraan patung berhala.
Dr. Abdullah Yasin, Aqidah Ahl As-Sunnah wa Al-Jamaah (Jilid 1), (Kuala Lumpur: Al-Furqan Enterprise, 2001), cetakan pertama, m.s 45
29

17

Bahkan ini ditambah pula dia dipertanggungjawabkan sebagai ketua kaum Quraisy dan penjaga agama warisan nenek moyangnya. Hal yang hampir sama juga berlaku ke atas ketua Munafiqin, Abdullah bin Salul. Dia mengucapkan kalimah tauhid,akan tetapi kedudukannya di lapisan neraka yang paling bawah sepertimana firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang munafiq itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka dan tidak sekali-kali kamu akan dapati kepada mereka sebarang penolong (AnNisaa: 145)30. Mungkin ada di antara kita kehairanan mengapa mereka yang mengucapkan kalimah tauhid dicampakkan ke api neraka? Kerana kalimah ini hanya bermain di mulut mereka, sedangkan hati mereka kufur terhadap Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: Setiap amalan bermula dengan niat... (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Kata Al-Imam An-Nawawi r.h: Niat adalah maksud/tujuan dan ia adalah keazaman hati. Manakala Al-Imam Al-Baidowi pula menyatakan: Niat adalah ungkapan yang terbit dari hati ke arah apa yang sesuai dengan tujuan untuk mendatangkan manfaat dan mengelakkan mudharat (dalam segala) keadaan dan kecenderungan. Manakala syara mengkhususkannya kepada kehendak yang menuju ke arah perbuatan mendapatkan redha Allah dan mentaati hukum-hakam-Nya 31. Itulah nilainya niat yang terletak di hati bukannya di mulut. Mulut sekalipun menuturkan perkataan yang sangat indah belum tentu hatinya turut sama sedemikian. Keimanan kepada tauhid ini tidak akan sempurna jika apa yang diikrarkan di hati, diucapkan oleh mulut dan dilakukan oleh anggota badan tidak seiring dan sejalan. Abdullah bin Salul jika dilihat pada mata kasar para sahabat r.a adalah orang yang rapat dengan Nabi SAW. Dia selalu bersama Nabi SAW, duduk di dalam majlisnya bahkan solat di belakang baginda SAW. Namun, Islam tidak
30

As-Syeikh Abd al-Aziz bin Abd Allah bin Baaz, Bayan Mana Kalimah Laa ilaha illallah , (Riyadh: Dar al-Qasim, 1419H), terjemahan: HM Nurhadi Maruf, Team At-Tibyan,Indonesia, m.s 39 31 Al-Imam Ibn Hajar al Asqalani (wafat 852 H), Fath al Bari; Syarah Sahih al Bukhari , (Kaherah: Dar al Hadith, 1418 H), m.s 16

18

mengiktirafnya. Tauhid mestilah suci dari syirik 32 dan beriltizam dengan apa yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. Kaedah syara: Asal sesuatu ibadah adalah larangan (Al-Mani) Kaedah ini sangat perlu difahami oleh semua umat Islam supaya kita sedar bahawa tidak ada seorangpun yang berhak mengadakan ibadah yang baru setelah agama sempurna diturunkan. Persoalan ibadah ini terhenti dengan nas al-Quran dan hadith baginda SAW. Para pembuat ibadah yang baru seolah-olah mencabar Allah SWT sebagi pembuat syariat disamping boleh mencemar tauhid uluhiyyahnya. Kata Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam Fiqh Muasarahnya: Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang
dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka"33. Kata beliau lagi di dalam kitabnya yang lain,

Al-Ibadah fi Al-Islam: Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar untuk keredhaan ALLAH semata, bahkan hendaklan ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan ALLAH, dengan kaifiyat (cara) yang diredhainya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang direka oleh manusia berdasarkan nafsu dan sangkaan34. Allah SWT telah menetapkan ibadah hanya kepada-Nya dan hanya menurut apa yang diwahyukan-Nya kepada baginda Rasul SAW. Rasulullah SAW apabila mengajar kita cara beribadah, baginda
32

Maksudnya syirik di sini ialah ibadah dan amalan mestilah jauh dari kehendak dunia seperti pangkat, wanita atau harta kerana antara syarah sah diterima sesuatu ibadah ialah niat ikhlas kerana Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya dengan habuan dunia. Abdullah bin Salul sangat marah apabila mengetahui Nabi SAW akan datang ke Madinah dan akan dilantik sebagai ketua Negara sedangkan sebelum itu beliaulah orang yang disebut-sebut ke jawatan tersebut. Disebabkan hasad dengki yang meluap-luap, beliau sanggup menjadi munafiq dengan harapan satu hari dia berjaya mendapatkan keinginannya. 33 Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, Fiqh Muasarah, jilid 1, Beirut: Dar Uli al-

Nuha, m.s 382-383


34

Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al Qardhawi, al 'Ibadah fi al Islam , (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1416H/1995), m.s 165

19

mengajarnya secara terperinci sepertimana yang terkandung di dalam hadith-hadith baginda SAW berkaitan perkara taabbudiyyah antaranya; Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat(Riwayat Al-Bukhari). Semasa baginda mengucapkan hadith ini,baginda pergi ke atas mimbar masjid dan menunjukkan para sahabat cara solat dari takbir sehinggalah salam. Begitulah juga cara menunaikan haji. Sabda baginda SAW: Ambillah daripadaku cara haji kamu (manasik) (Riwayat Muslim). Allah SWT berfirman: Mereka menjadikan penditapendita dan Ahli-ahli agama mereka sebagai Tuhan-tuhan selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan (At-Taubah: 31). Kesesatan ahli kitab daripada Yahudi dan Nasrani disebabkan mereka menjadikan pendeta, rahib dan paderi mereka orang yang membuat syariat. Mereka mereka-reka kehendak Allah SWT dengan membuat pelbagai bentuk ibadah yang kononnya akan mendekatkan diri kaum mereka kepada Allah SWT sedangkan ianya sangat dilarang. Mereka mendakwa Nabi Isa a.s dan Uzair anak Allah, membuat patung mereka, sujud dan berdoa kepadanya. Inilah bahaya yang semakin dahsyat pada hari ini. Segelintir golongan agama dan orang yang menyamar diri sebagai orang soleh membuat ajaran-ajaran sesat bagi mendapatkan habuan dunia. Pengikut-pengikut mereka diajar supaya taasub dengan guru dan tidak boleh membantah kata-kata guru sekalipun ada kesilapan. Apabila pemikiran mereka sudah ditanamkan dengan hal tersebut, maka mulalah guru-guru jadi-jadian ini menyuruh mereka melakukan ibadah-ibadah yang pelik seperti zikir sambil menari, solat dengan niat sahaja, boleh berbicara dengan Rasul SAW dan sebagainya. Kata Al-Qardhawi lagi: Maka, tidak boleh bagi seseorang imam dari para imam kaum Muslimin walau tinggi kedudukan ilmunya, dan juga tidak 20

bagi badan-badan pengetahuan walau mulia kedudukannya, juga tidak bagi maahad-maahad thaqafah dan tidak bagi sekumpulan kaum Muslimin sekalipun kecil mahupun besar (kedudukannya), untuk membuat perkara baru dalam agama Allah iaitu (dengan mengadakan) ibadah baru atau menambah-nambah ibadah yang sedia ada, atau mengubah kaifiyatnya tidak sepertimana zaman Rasul SAW. Sesungguhnya hanya Allah Pembuat Syariat (Musyarri) dan Rasul sebagai penyampai (Muballigh) dan kita sebagai pengikut. Dan pada ikutan itu adalah kebaikan dari segala kebaikan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Ali Imran:31)35. Ringkasnya, apabila beriman dengan Uluhiyyah Allah Azza wa Jalla kita mestilah beribadah hanya semata-mata kerana-Nya dan menjauhi syirik. Disamping tidak lupa beribadah hanya dengan cara/kaifiyyat yang telah Allah SWT tetapkan melalui penyampaian Rasul-Nya, Muhammad SAW serta menjauhi perbuatan bidah. 8.0 SIFAT Secara umumnya, tauhid asma wa sifat ialah kepercayaan yang putus/mutlak dengan membenarkan semua Nama dan Sifat yang layak bagi Allah SWT dan menolak semua nama dan sifat kekurangan yang tidak layak bagi-Nya. Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin r.h menyebut: S ifat Allah Taala terbahagi kepada dua; Thubutiyyah dan Salbiyyah. Sifat Thubutiyyah ialah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah Taala (sifat) diri-Nya di dalam kitabnya (Al-Quran) atau atas lisan Rasul-Nya SAW (Hadith). Kesemuanya merupakan sifat yang sempurna (dan)
35

TAUHID ASMA WA

Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al Qardhawi, al 'Ibadah fi al Islam, m.s 172

21

tiada kekurangan pada-Nya walau sedikit. Ini adalah seperti sifat alHayah (Hidup), al-Ilm (mempunyai dan menguasai ilmu), al-Qudrah (berkuasa), al-Istiwa ala al-Arasy (bersemayam di atas Arasy), anNuzul ila al-Sama ad-Dunya (Turun ke langit dunia), al-Wajhu (mempunyai wajah), al-Yadain (mempunyai dua tangan) dan lainlain36. Antara dalil-dalilnya: Wahai orang-orang Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad SAW), dan juga kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan Yang amat jauh (An-Nisaa: 136). Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya...) (Al-Baqarah: 255). Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy (Thahaa: 5). Dan akan kekalah Wajah Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan Kemuliaan (Ar-Rahman: 27). (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Al-Hujraat: 8). Sifat thubutiyyah ini pula terbahagi kepada; Dzatiyyah dan Filiyyah. Kata Asy-Syeikh Ibn Uthaimin r.h lagi: Adz-Dzatiyyah ialah (sifat) yang berterusan dan selamanya ada pada Allah, seperti al-Ilm (mengetahui), al-Qudrah (berkuasa), al-Samu (mendengar), al-Basor (melihat), al-Izzah (mulia), al-Hikmah (bijaksana), al-Azamah (Agung) dan daripadanya sifat yang dikhabarkan seperti al-Wajhu (Wajah), alYadain (Dua tangan) dan al-Ainain (Dua mata). Dan Al-Filiyyah pula
36

As-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Al-Qawaid Al-Musla fi Sifatullah wa Asmaihi Al-Husna, (Riyadh: Dar al-Watan li an-Nashr, 1424H), m.s 26

22

ialah (sifat) yang berkaitan kehendak Allah. Sekiranya berkehendak, Dia melakukan-Nya dan jika tidak berkehendak, Dia tidakmelakukanNya. Seperti Al-Istiwa ala Arasy (bersemayam di atas Arasy) dan AnNuzul ila as-Sama ad-Dunya (turun ke langit dunia) 37. Firman Allah SWT: Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi (Yaasin: 82). Dan adakalanya sifat dzatiyyah juga pada masa yang sama adalah sifat filiyyah. Contohnya ialah sifat berkata-kata (al-Kalam). Walaupun pada asalnya ia adalah sifat dzatiyyah, kerana Allah pada asalnya berkata-kata dan akan kekal berkata-kata. Namun, jika dilihat pada pandangan berbeza, ianya juga sifat filiyyah, kerana (sifat) berkatakata mengikut kehendak Allah. Jika Dia menghendakinya, Dia akan berkata-kata
38

Manakala sifat salbiyyah pula ialah apa-apa (sifat) yang dinafikan oleh Allah SWT sendiri ke atas diri-Nya (sama ada) di dalam kitab-Nya mahupun di atas lisan Rasul-Nya SAW, dan segala sifat yang menunjukkan kekurangan seperti mati, tidur, jahil, lupa, lemah dan letih39. Dalil-dalilnya; Dan berserahlah Engkau kepada Allah Tuhan yang hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya (al-Furqaan: 58). ...dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun (al-Kahfi: 49). (dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatan-Nya dari mereka? dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh
37

As-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Al-Qawaid Al-Musla fi Sifatullah wa Asmaihi Al-Husna, m.s 29 38 As-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Al-Qawaid Al-Musla fi Sifatullah wa Asmaihi Al-Husa, m.s 29 39 Ibid; m.s 27

23

sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa (al-Faatir: 44). Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur (al-Baqarah: 255). Begitulah serba-sedikit pembahagian sifat dan nama Allah Azza wa Jalla. Namun di sana yang lebih penting, sebagai Mukmin kita wajib beriman dengan semua sifat dan nama ini tanpa sebarang penyelewengan40 terhadap tauhid ini sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian golongan yang sesat41. Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah wajib beriman dengan semua nama dan sifat Allah SWT sama ada yang terkandung di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah. Al-Imam Ahmad bin Hanbal r.h (Imam Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah), dalam sebuah ungkapan kata-katanya yang mashyur: Tidak harus mensifatkan Allah kecuali apa yang disifatkan-Nya, atau apa yang disifatkan dengannya oleh Rasul-Nya dengan tidak melebihi terhadap apa yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Hadith42. Nuaim bin Hamad r.h, salah seorang guru Al-Imam Al-Bukhari memberikan komentar berhubung masalah ini, katanya: Sesiapa yang menyamakan Allah dengan
40

Penyelewengan dalam tauhid asma wa sifat sama ada dalam bentuk tahrif, tathil, takyif dan tamthil. Tahrif ialah mengubah lafaz Nama-nama Allah al-Husna dan Sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi atau makna-makna-Nya. Contohnya pengertian Istiwa (bersemayam) ditukar kepada Istawla (menguasai). Tathil bererti meniadakan Sifat-sifat Ilahiyyah dari Allah Taala,mengingkari keberadaan Sifat-sifat tersebut pada Dzat-Nya atau mengingkari sebahagian darinya. Contohnya mengatakan tiada Pencipta bagi makhluk seperti menyebut alam semulajadi. Takyif pula bermaksud sikap menentukan atau memastikan hakikat sesuatu Sifat dengan menetapkan tatacara, ciri-ciri dan bentuk tertentu terhadap Nama-nama Allah atau Sifat-sifat-Nya seperti bertanya bagaimana bentuk tangan Allah. Manakala tamthil didefinisikan sebagai mengumapamakan atau menyerupakan Allah SWT dalam Sifat-sifat Dzatiyyah-Nya mahupun Filiyyah-Nya sebagaimana makhluk-Nya. Ini sebagaimana golongan Kristian/Nasrani yang menyamakan Allah SWT dengan Nabi Isa a.s. (Lihat Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, Kaedah Memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah , (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2004), cetakan pertama, m.s 52-57). 41 Contohnya golongan Jahmiyah yang menafikan semua nama dan sifat Allah SWT dan golongan Mutazilah yang menetapkan (mengithbatkan) perkara yang disifatkan (Allah) dengan tidak ada sifat serta menetapkan perkara yang ada pada sifat itu bagi dzat yang sunyi (mereka kononnya berhati-hati dalam mengithbatkan nama dan sifat Allah sehingga tanpa sedar mereka menafikannya) (pen-). 42 Al-Imam Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H), Syarh Al-Aqidah Al-Waasitiyyah, (Riyadh: Muassasah Al-Haramayn Al-Khairiyyah, 2003), terjemahan: Abdul Wahhab bin Awang Kechik, Penerbitan Salafi, Sepang, m.s 31

24

makhluk-Nya adalah menjadi kafir, dan sesiapa yang mengingkari akan perkara-perkara yang disifatkan Allah tentang diri-Nya adalah kafir, kerana tidak akan perkara yang disifatkan oleh Allah dan RasulNya serupa dan sebanding43. Manakala Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h menyebut: Ahl as-Sunnah wa al-jamaah tidak menafikan apa yang telah disifatkan oleh Allah berhubung dengan Dzat-Nya dan mereka pula tidak mengubahsuai kalimah-kalimah Allah daripada maknanya yang asal. Mereka tidak memesongkan nama-nama Allah dan ayatayat-Nya. Mereka tidak pula mengatakan tentang kaifiyyatnya (rupa bentuk) dan mereka tidak menyamakan sifat-sifat Allah dengan sifatsifat makhluk-Nya44. Umat Islam perlu berhati-hati di dalam membahaskan hal ini kerana dibimbangi terjerumus dengan perbahasan falsafah dan ilmu kalam 45 yang memenatkan fikiran dan sangat membahayakan jika ia sampai ke tahap mengingkari nama dan sifat Allah SWT. 9.0 9.1 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAUHID

(AQIDAH)46 Menyekutukan Allah SWT yakni syirik di dalam ibadah. Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya! telah kafirlah orangorang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,
43 44

Ibid. Ibid; m.s 29 45 Ilmu kalam ialah ilmu untuk mengenal tuhan dan penciptaan alam berdasarkan teori akal. Ilmu ini ditolak oleh generasi As-Salafussoleh kerana ia adalah tiruan daripada teori-teori tokoh Falsafah Yunani seperti Plato, Socrates, Phytogoras dan sebagainya. Bagi generasi AsSalafussoleh, Allah hanya boleh dikenali sebagaimana Dia memperkenalkan diri-Nya di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang sahih. Teori akal tidak boleh terlalu digunakan dalam membahaskan hal ini kerana akal sangat terbatas dan dibimbangi menjadi golongan yang berkata tentang Allah SWT tanpa ilmu. Nauzubillah. (Lebih lanjut, lihat Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, Kaedah Memahami Nama-nama dan Sifat-sifat Allah , (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2004), cetakan pertama, m.s 13) 46 Asy-Syeikh Abd Al-Aziz bin Abd Allah bin Baaz, 10 Perkara yang Membatalkan Islam (e-books)

25

maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim" (Al-Maaidah: 72). 9.2 Menjadikan sesuatu sebagai perantara, meminta doa dan syafaat serta tawakkal (berserah diri) kepada perantara tersebut. Firman Allah SWT: Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa Penolong (sambil syirik). dan orang-orang musyrik Yang berkata): "Kami tidak menyembah atau mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung dan memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang Yang tidak melakukan syirik) tentang apa Yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang Yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) (AzZumar: 3). 9.3 Tidak mengkafirkan orang-orang kafir/musyrik dan raguragu dengan kekafiran mereka dan mengiktiraf agama dan ideologi sesat ciptaan mereka. Mengikut kaedah syara orang yang tidak mengkafirkan orang-orang kafir, maka dia juga telah kafir. Nauzubillah. 9.4 Tidak berhukum dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW bahkan berkeyakinan hukum taghut sepertimana undangundang Barat dan Yahudi lebih baik dari ajaran Islam. Mereka ini bersikap melampau sehingga mencela hukum Allah SWT. Jika mereka menafikan hukum ini sedangkan telah datang kepada mereka ilmu dan keterangan mengenainya47, maka kafirlah
47

Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah tidak terus mengkafirkan ahli maksiat selagi mana mereka tidak menghalalkan maksiat tersebut. Begitu juga muslim yang tidak berhukum dengan hukum Allah SWT. Mereka tidak dihukum kafir jika didapati mereka jahil dan dalam keadaan terpaksa.

26

mereka.

Firman

Allah

SWT:

...dan

sesiapa

yang

tidak

menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir (al-Maaidah: 44). 9.5 Membenci apa-apa dari ajaran Rasulullah SAW meskipun ia sendiri mengamalkannya. Firman Allah SWT: Berlakunya yang demikian, kerana Sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran Tauhid dan hukumhukum Syarak yang diterangkan di Dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka (Muhammad: 9). Sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang benci sunnahku, dia bukan dari (golongan) ku (Muttafaqun Alaih). 9.6 Mencemuh, mencela, mengutuk dan menghina sesuatu (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan dari Islam. Firman Allah SWT: Dan jika Engkau bertanya kepada mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami hanyalah berbual dan bermainmain". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang Yang terus bersalah (At-Taubah: 65-66). 9.7 Mempelajari, mengamalkan atau redha terhadap sihir. Firman Allah SWT: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir
Mereka mungkin tergolong dalam golongan fasiq atau zalim. Namun, jika telah ditegakkan hujjah di hadapan mereka dan mereka jelas tentang hukum-hakam tersebut tetapi masih menentang, kafirlah mereka (pen-).

27

(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui (al-Baqarah: 102). 9.8 Menyokong dan membantu kaum Kuffar daripada Yahudi, Islam. Mereka yang melakukannya, mereka Nasrani dan agama batil yang lain untuk menindas dan menjatuhkan tergolong dalam kufur akbar. Firman Allah SWT: Wahai orangorang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim (al-Maaidah: 51).

28

9.9

Berkeyakinan dirinya atau orang lain boleh keluar dari

syariat Islam, maka batal Islam mereka. Firman Allah SWT: Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orangorang yang rugi (Ali Imran: 85). 9.10 Sesiapa yang bersikap acuh tidak acuh terhadap Islam, tidak berusaha mempelajarinya apatah lagi mengamalkannya, maka orang tersebut telah kufur. Firman Allah SWT: Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayatayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); (Sajadah: 22). 10.0 KESIMPULAN Aqidah tauhid adalah asas agama Islam. Mempelajarinya adalah wajib bagi sekalian Muslim. Berlakunya masalah yang bertimpa-timpa ke atas umat Islam adalah disebabkan aqidah tauhid mereka rapuh terhadap Allah SWT. Keyakinan terhadap janji-jani Allah SWT dan ancaman-ancaman-Nya sedikitpun tidak mendatangkan kesan kepada hati mereka. Hasilnya, muncullah dajjal-dajjal dan syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia cuba menonjolkan diri kononnya sebagai pembaharu agama sedangkan pada diri mereka sifat hasad dan busuk untuk menjatuhkan kalimah Allah SWT. Mereka mereka-reka ajaranajaran dan ideologi-ideologi sesat bagi menambah kekusutan yang sedia ada. Khabarkan berita gembira azab pedih dan neraka Allah SWT kepada mereka. Walau apapun, bagi kita Mukmin yang sedar akan perlunya dibangkitkan umat ini dari tidur mereka, hendaklah diperbetulkan aqidah harta. 29 umat Islam agar kembali suci dan akhirnya akan menumpaskan musuh-musuh Allah SWT dengan jihad nyawa dan Sesungguhnya Kami tetap membalasnya

Wallahualam (12/12/2006 jam 11malam).

11.0 RUJUKAN 1) Al-Quran Al-Karim 2) Al-Imam Abi Ishaq Ibrahim bin Musa asy-Syatibi, Al-Itisom, (Kaherah: Dar al-Hadith, 1423H/2003M). 3) Al-Imam Al-Qadhi Ibn Abi Al-Izz al-Dimasyqi, Syarh Al-Aqidah Ath-Thohawiyyah, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 1424H/2003M), cetakan kedua. 4) Al-Imam Ibn Hajar al Asqalani (wafat 852 H), Fath al Bari; Syarah Sahih al Bukhari, (Kaherah: Dar al Hadith, 1418 H). 5) Al-Imam Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H), Syarh Al-Aqidah Al-Waasitiyyah, (Riyadh: Muassasah Al-Haramayn Al-Khairiyyah, 2003), terjemahan: Abdul Wahhab bin Awang Kechik, Penerbitan Salafi, Sepang. 6) As-Syeikh Abd al-Aziz bin Abd Allah bin Baaz, Bayan Mana Kalimah Laa ilaha illallah, (Riyadh: Dar al-Qasim, 1419H), terjemahan: HM Nurhadi Maruf, Team At-Tibyan,Indonesia. 7) As-Syeikh Abd al-Qadir bin Abd al-Muthalib al-Mandili, Perisai Bagi Sekalian Mukallaf atau Simpulan Iman atas Mazhab Salaf, (Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 2003), cetakan pertama. 8) As-Syeikh Dr.Abdullah bin Muhammad bin Abdullah al-Qarni, Mudzakiraat Madah Aqidah, (Jeddah: Al-Muassasah AlKhairiyyah liwaalidah Al-Amir Thamir bin Abd al-Aziz, 1425H). 9) As-Syeikh Dr. Soleh al-Fauzan, Ahammiyyatu At-Tauhid (ebook).

30

10) As-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Al-Qawaid AlMusla fi Sifatullah wa Asmaihi Al-Husna , (Riyadh: Dar alWatan li an-Nashr, 1424H). 11) As-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi, Haqiqat at-Tauhid, (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1409H/1989), cetakan ketujuh. 12) Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al Qardhawi, al 'Ibadah fi al Islam, (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1416H/1995), cetakan ke dua puluh empat. 13) As-Syeikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, Al-Raheeq AlMakhtum, (Al-Mansurah: Dar al-Wafa, 1426H/2005M), cetakan ketujuh belas. 14) Dr. Abdullah Yasin, Aqidah Ahl As-Sunnah wa Al-Jamaah (Jilid 1), (Kuala Lumpur: Al-Furqan Enterprise, 2001), cetakan pertama. 15) Dr. Ibrahim Anis, al Mujam al Wasit, (Kaherah: t.t, ), cetakan kedua. 16) Dr. Ismail Omar, Manhaj cetakan pertama. 17) Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Ke Arah Memahami Islam Aqidah dan Penghayatan, (Sungai Petani: Titian Sejati Enterprise, 1998), cetakan pertama. 18) Dr. Muhammad Naim Yaasin, Al-Iman; Arkanuhu Haqiqatuhu Nawaqiduhu, (Kaherah: Dar At-Tauzi wa an-Nashr al-Islamiyyah, t.t). 19) Hafiz Firdaus Abdullah, 11 Perkara yang Mencemari Kemurnian Tauhid, (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2006), cetakan pertama. 20) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Risalah Isu Semasa; Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia. Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, (Shah Alam: Access Infotech (M) Sdn. Bhd, 1999),

31

21) Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, Kaedah Memahami Namanama dan Sifat-sifat Allah, (Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2004), cetakan pertama.

32

Anda mungkin juga menyukai