Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH KONSTRUKTIVISME

Definisi dan Konsep Menurut pendapat John Dewey (1910), Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P. Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu :

Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. Fasa Keempat Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi: Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada. Akomodasi (Penyesuaian diri): Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme


Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme


Guru merasa mereka tidak mengajar. Kawalan kelas agak merosot. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik. Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional.

Implikasi Konstruktivisme
Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

Anda mungkin juga menyukai