Anda di halaman 1dari 13

Topik 2:

Peringkat-peringkat
Perkembangan Kanak-
kanak dan Hubungkait
dengan Teori-teori
Perkembangan
Disediakan oleh: K. Y. Teng
2.4 Perkembangan Moral

2.4.1 Teori Lawrence Kohlberg


(pralahir, bayi, kanak-kanak, awal remaja)

2.4.2 Implikasi terhadap PdP


Disediakan oleh: K. Y. Teng
Perbincangan
(Aktiviti Kumpulan)
Situasi 1:
Ashley meminjam kereta daripada ayahnya. Dia dan Kayla, kawannya balik
lewat petang pada suatu hari. Perjalanan mereka dilambatkan lagi apabila
berhenti di lampu trafik di satu lorong yang senyap. Kayla memberitahu
Ashley supaya tidak perlu mengambil masa untuk menunggu lampu isyarat
kerana hari sudah malap. Akan tetapi, Ashley tetap menunggu dan
menegaskan bahawa keselamatan perlu diutamakan.

Persoalan:
Apakah peringkat tindakan Ashley? Kenapa? Disediakan oleh: K. Y. Teng
Situasi 2:
Jordan tidak bersedia untuk mata pelajaran kimia. Semasa peperiksaan, dia
telah menulis beberapa formula penting dan menyorokkannya di dalam
poket. Sebelum peperiksaan bermula, guru memberitahu pelajar-pelajar
bahawa sesiapa yang didapati meniru akan digagalkan pada peperiksaan
tersebut. Walaupun Jordan mengetahui bahawa nota yang dibuatnya itu
amat membantu dalam peperiksaan tersebut, dia tidak berani merujuk pada
nota tersebut kerana gurunya berdiri berdekatan dengannya.

Persoalan:
Apakah peringkat tindakan Jordan? Kenapa?

Disediakan oleh: K. Y. Teng


Situasi 3:
Pada awal tahun persekolahan, DeShawn dari sebuah universiti bola
keranjang mengajak Caitlin keluar bersama. Caitlin menolak ajakan DeShawn
dengan sopan sebab tidak berminat terhadap DeShawn. Beberapa minggu
kemudian, Caitlin menyertai Kelab Sorakan. Terdapat beberapa ketua sorak
selalu keluar berpasangan dengan ahli pasukan bola keranjang DeShawn.
Apabila DeShawn mengajak Caitlin untuk meraikan kejayaan perlawanan
bersama, Caitlin menerima ajakan tersebut.

Persoalan:
Apakah peringkat tindakan Caitlin? Kenapa?

Disediakan oleh: K. Y. Teng


Situasi 4:
Kyle bertanya kepada kakaknya, Gabby sama ada dia boleh meminjam
keretanya untuk pergi ke pantai bersama kawan-kawannya. Gabby
memberitahu bahawa permintaan Kyle dibenarkan jika Gabby membawa
keretanya sendiri dan pergi bersama dengan mereka. Apabila mereka tiba di
pantai, seorang kawan Kyle telah jatuh sakit. Kyle meminta Gabby untuk
hantar kawannya balik ke rumah. Gabby menolak dengan alasannya bahawa
mereka baru tiba di destinasi. Kyle cuba mencari penyelesaiannya sendiri
tetapi tidak berjaya. Akhirnya, sewaktu Gabby sedang berenang, Kyle telah
mengambil kunci keretanya dan meninggalkan mesej bahawa dia akan balik
ke pantai secepat mungkin selepas menghantar kawannya balik ke
rumahnya.

Persoalan:
Apakah peringkat tindakan Kyle? Kenapa? Disediakan oleh: K. Y. Teng
Situasi 5:
Semasa ayah Jason pergi bekerja pada suatu pagi, dia telah berpesan Jason
untuk membersihkan garaj pada masa lapang hari itu. Jason memberitahu
ayahnya bahawa dia akan keluar bermain tenis pada hari tersebut. Pada
waktu tengah hari, Jason dan kawan-kawannya telah berjanji untuk keluar
pada waktu petang dan Jason perlu meminjam kereta ayahnya. Jason telah
membatalkan rancangan bermain tenis dan membersihkan garaj pada hari
itu.

Persoalan:
Apakah peringkat tindakan Jason? Kenapa?

Disediakan oleh: K. Y. Teng


2.4.2 Implikasi terhadap PdP
 Peringkat awal kanak-kanak (prasekolah)
- Guru perlu lebih bersifat mendidik dan bukannya menghukum.
- Murid perlu dididik untuk berkelakuan baik.
- Jika murid melakukan kesalahan, guru hendaklah tidak menghukum
mereka secara terburu-buru. Sebaliknya, mendengar perjelasan mereka
dahulu. Jika mereka didapati bersalah, guru perlu menjelaskan dengan
memberi sebab. Secara tidak langsung, guru telah memberi bantuan
dan sokongan moral kepada murid supaya memperkembangkan tingkah
laku mereka ke tahap yang lebih tinggi. Disediakan oleh: K. Y. Teng
 Peringkat pertengahan kanak-kanak (sekolah
rendah)
- Guru berperanan menerapkan nilai-nilai murni
terutamanya melalui kurikulum & ko-kurikulum.
- Nilai-nilai murni yang dipelajari melalui proses
pengajaran dan pembelajaran sangat penting
bagi murid menterjemahkan tingkah laku
mereka.
Disediakan oleh: K. Y. Teng
- Contoh:
Murid mempelajari adab terhadap jiran
dalam subjek Pendidikan Islam dan dapat
menterjemahkan kefahaman mereka
melalui penerapan nilai-nilai murni dengan
sentiasa berbuat baik terhadap jiran
mereka.
Disediakan oleh: K. Y. Teng
 Peringkat remaja (sekolah menengah)
- Guru berperanan pembimbing.
- Membantu pelajar menilai permasalahan yang
sedang dan akan dihadapi melalui perbincangan
terbuka tentang masalah emosi seperti perasaan
cemburu, prejudis & lain-lain.

Disediakan oleh: K. Y. Teng


- Membantu pelajar menilai perspektif orang lain.
Minta pelajar menerangkan perasaan atau
pandangan orang lain terhadap sesuatu isu. Buat
simulasi atau main peranan agar pelajar dapat
membawa watak lain dari dirinya supaya murid
dapat menilai dan memahami perasaan orang
lain.

Disediakan oleh: K. Y. Teng


Tutorial 11
(Aktiviti Berkumpulan)

Bagaimanakah nilai-nilai murni atau


moral dapat diterapkan melalui pdp
dalam subjek bidang anda?

Disediakan oleh: K. Y. Teng

Anda mungkin juga menyukai