Anda di halaman 1dari 86

Tahun 5.

01 Kreativiti & Reka Cipta


5.01.1 Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk
1. Idea untuk menghasilkan produk baru dilakukan dengan cara: a. membuat kajian terhadap sesuatu produk; b. membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan produk; c. berbincang dengan rakan-rakan dan guru; d. melayari internet untuk mencari bahan yang berkaitan; e. membuat lawatan atau melihat pameran yang berkaitan sesuatu produk. 2. Pastikan idea yang direka itu asli. 3. Dalam bahagian ini, anda akan membuat kajian berkaitan reka bentuk dan kefungsian beberapa produk seperti: a. kit kereta mainan; b. kit kereta kabel; c. kit kereta kawalan jauh; d. kit robot.

5.01.1.1 Membuka, Mengenal Pasti Komponen, Memahami Sistem Pergerakan,dan Memasang Semula Kit Model Alatan Tangan untuk Membuka dan Memasang Kit Model
1. Setiap kit model mempunyai beberapa bahagian yang dapat dibuka dan dipasang. 2. Jadual dan rajah yang berikut menunjukkan contoh beberapa alatan tangan yang dapat digunakan untuk membuka dan memasang kit model. Alatan Tangan Kegunaan

a. gandin plastik

mengetuk bahagian-bahagian kit model secara perlahanlahan

b. sepana boleh laras

mengetatkan dan melonggarkan nat

c.

sepana hujung terbuka

mengetatkan dan melonggarkan nat dan bol

d. sepana gabung

mengetatkan dan melonggarkan bol dan nat

e. pemutar skru rata

melonggarkan atau mengetatkan skru berkepala rata

f.

pemutar skru Philips

melonggarkan atau mengetatkan skru berkepala Philips

g. playar gabung

memotong dawai, memegang, serta membentuk benda kecil dan nipis

h. playar sendi kalih

mencengkam benda kerja terutama yang kecil dan bulat

i. playar muncung tirus

memotong dawai dan memegang benda-benda kecil

Membaca dan Memahami Manual


1. Manual ialah bahan bercetak yang disediakan oleh pihak pengeluar. 2. Manual mempunyai maklumat yang berikut: a. bahagian-bahagian model; b. spesifikasi model; c. cara memasang model; d. cara menggunakan model; e. cara menyelenggara model; f. ciri-ciri keselamatan ketika menggunakan model. 3. Manual disediakan untuk kemudahan pengguna yang menggunakan barangan keluaran syarikat mereka. 4. Ada beberapa kit model yang perlu anda kaji berdasarkan manual. 5. Kajian yang dilakukan haruslah merangkumi kaedah membuka dan memasang, mengenal pasti komponen-komponennya,dan memahami sistem pergerakan setiap kit model.

6. Jadual yang berikut mengandungi beberapa contoh kit model dan sistem pergerakannya.

Kit Model a. Kit kereta mainan motor, gear

Sumber Operasi

b.

Kit kereta kabel

motor, gear, takal

c.

Kit kereta kawalan jauh

motor, gear, litar elektronik

d.

Kit robot

motor, gear

a. Kit Kereta Mainan


1. Kit kereta mainan dapat digerakkan dengan kuasa bateri. 2. Ada banyak jenis kereta mainan di pasaran. Walaupun bentuk badannya berlainan namun bahagian-bahagiannya adalah serupa. 3. Bahagian sebuah kit kereta adalah seperti yang berikut.

badan motor

gear

syaf Bahagian luar kit kereta mainan.

tayar

4. Kit kereta mainan digerakkan oleh motor dan gear. Motor 1. Motor menukarkan tenaga elektrik ke tenaga gerakan. Gerakan yang dihasilkan oleh motor berbentuk putaran.

2. Motor digunakan untuk alat yang menghasilkan gerakan seperti kipas angin, pemain kaset, dan VCD. 3. Ada dua jenis motor yang biasanya digunakan, iaitu: a. motor arus terus yang digerakkan dengan menggunakan sumber arus terus; b. motor arus ulang-alik yang digerakkan dengan menggunakan sumber arus ulang-alik; 4. Apabila arus elektrik dibekalkan kepada motor, bahagian syaf akan berputar. 5. Syaf motor dapat dipasangkan pada gear atau takal untuk membuat sesuatu kerja.

perumah magnet kekal syaf syaf syaf per tamatan

gelung dawai

perumah berus karbon

tamatan

Motor dan bahagian-bahagiannya.

Gear 1. Gear dapat memindahkan tenaga putaran dari satu syaf ke syaf yang lain.

gear syaf motor A B Gear A menggerakkan gear B

Contoh penggunaan gear.

2. Bahagian syaf pada motor yang berputar tidak dapat digunakan untuk membuat kerja tanpa gear. 3. Setiap gear akan bersentuhan dan menggerakkan gear yang lain melalui giginya. 4. Alat permainan seperti kereta, motobot, dan kapal terbang bergerak menggunakan motor yang bergear. Basikal juga menggunakan gear yang disambung dengan rantai untuk memusingkan roda belakang. 5. Terdapat pelbagai jenis gear mengikut bentuk dan kegunaannya. 6. Contoh-contoh gear adalah: a. Gear taji

Digunakan untuk memindahkan tenaga putaran antara syaf yang selari.

b. Gear serong

Digunakan untuk memindahkan tenaga putaran antara syaf yang bersudut.

c. Gear belitan

Digunakan untuk mengurangkan kelajuan putaran dan memindahkan gerakan putaran pada kedudukan syaf yang bersudut.

Memahami Sistem Pergerakan Kit Kereta Mainan


1. Motor pada kit kereta mainan adalah dari jenis motor arus terus. 2. Motor arus terus mendapat bekalan arus elektrik daripada bateri. 3. Kit kereta mainan perlu dibekalkan dengan bateri untuk bergerak. 4. Apabila suis motor disambungkan, motor akan berputar menggerakkan gear. Gear akan memutarkan roda hadapan kit kereta mainan.

motor gear syaf bateri suis roda motor rim

tayar gear bekas bateri

Bahagian luar dan dalam kit kereta mainan.

b. Kit Kereta Kabel


1. Kit kereta kabel menggunakan motor arus terus, gear, dan takal. 2. Walaupun saiz kit model ini kecil, namun kaedah dan cara operasinya adalah sama dengan kereta kabel yang sebenar. Bahagian-bahagian Kit Kereta Kabel 1. Yang berikut ialah bahagian-bahagian luar dan dalam kit kereta kabel.

takal B

kabel

motor

tali sawat takal A

badan suis bateri

Takal 1. Takal digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga gerakan dari satu syaf ke syaf yang lain. 2. Takal dipasang pada syaf motor. 3. Sesuatu takal dihubungkan dengan takal yang lain dengan tali sawat. 4. Takal yang menggerakkan takal yang lain dinamakan takal pemacu. 5. Takal yang digerakkan dipanggil takal dipacu.

tali sawat

takal pemacu

takal dipacu

6. Kelajuan sesuatu takal bergantung kepada saiz takal yang digunakan. 7. Apabila saiz takal pemacu lebih kecil daripada saiz takal dipacu, kelajuan takal dipacu menjadi lebih perlahan.

tali sawat

takal dipacu

perlahan takal pemacu

8. Apabila saiz takal pemacu lebih besar daripada saiz takal dipacu, kelajuan takal dipacu akan lebih menjadi laju.

tali sawat

takal dipacu laju takal pemacu

9. Contoh alatan yang menggunakan takal adalah mesin jahit, mesin pemotong rumput, dan kit kereta kabel. Memahami Sistem Pergerakan Kit Model Kereta Kabel 1. Kit model kereta kabel digerakkan oleh motor arus terus. 2. Motor arus terus pada kit model kereta kabel dihubungkan dengan takal bertanda A dan takal bertanda B. 3. Apabila suis motor arus terus dihidupkan, motor arus terus akan bergerak dan menggerakkan takal A dan B. 4. Kit kereta kabel dapat dikawal pergerakannya sama ada ke kiri atau ke kanan dengan mengawal suis satu kutub dua hala yang disambung dengan motor arus terus.

takal B

motor

tali sawat takal A

takal motor

tali sawat

5. Apabila takal yang bertanda B mula berputar, kit model kereta kabel akan bergerak menggelongsor di atas kabel.

c. Kit Kereta Kawalan Jauh


1. Kereta kawalan jauh digerakkan oleh motor arus terus, gear, dan litar elektronik. 2. Ada pelbagai model kereta kawalan jauh yang boleh dibeli di kedai. Bahagian-Bahagian Kit Kereta Kawalan Jauh Yang berikut adalah bahagian luar dan dalam sebuah kereta kawalan jauh.

antena badan

tayar antena wayar gear motor arus terus

litar eletronik tayar hadapan

tayar belakang

pengawal gelombong radio

badan

Litar Elektronik 1. Litar elektronik pada kereta kawalan jauh berfungsi untuk menghasilkan gelombang radio yang digunakan untuk mengawal pergerakan kereta. 2. Litar elektronik terdiri daripada perintang, pemuat, transistor, dan sebagainya. 3. Adha dua litar elektronik iaitu satu dipasang pada badan kereta dan satu lagi dipasang pada pengawal gelombang radio. 4. Litar elektronik pada pengawal gelombang radio dapat mengawal kelajuan dan arah pergerakan kereta kawalan jauh. 5. Kawalan pergerakan kereta dibuat secara jarak jauh tanpa menggunakan sebarang wayar.

komponen

bod litar

Contoh litar elektronik.

Memahami Sistem Pergerakan Kereta Kawalan Jauh 1. Bateri dipasang pada kereta kawalan jauh dan pengawal gelombang radio. 2. Apabila litar elektronik pada kereta kawalan jauh dan pengawal gelombang radio menerima arus elektrik daripada bateri, kedua-duanya akan berfungsi apabila suis\ dihidupkan. 3. Litar elektronik pada alat pengawal gelombang radio akan menghasilkan gelombang radio yang bergerak melalui udara ke litar elektronik pada kereta kawalan jauh. 4. Gelombang radio yang dihasilkan akan menggerakkan motor arus terus. Motor arus terus akan menggerakkan gear dan roda belakang kereta.

5. Kereta kawalan jauh dapat dikawal untuk melakukan pergerakan ke hadapan, ke belakang, ke kiri, atau ke kanan dengan alat pengawal gelombang radio. 6. Dua bahagian pada pengawal gelombang yang dapat mengawal pergerakan kereta adalah picu yang mengawal gerakan dan pelaras gerakan. 7. Apabila picu pelaras gerakan ditarik atau ditolak, kereta akan bergerak mengundur atau ke hadapan. 8. Untuk mengawal pergerakan kereta ke kiri atau ke kanan, putarkan pelaras gerakan sama ada mengikut arah jam atau melawan arah jam. 9. Kereta kawalan jauh ini sesuai digerakkan di kawasan yang berpermukaan rata dan luas.

d. Kit Robot
1. Kit robot dapat menghasilkan pergerakan pada bahagian kaki. 2. Kit robot ini digerakkan oleh motor arus terus dan gear yang terdapat di dalamnya. Bahagian-bahagian Kit Robot 1. Rajah yang berikut menunjukkan bahagian-bahagian pada sebuah kit robot.

kepala wayar motor motor badan tangan

kepala wayar badan

gear

tangan kaki gear

penyokong tapak

kaki penyokong tapak Bahagian-bahagian kit robot.

Memahami Sistem Pergerakan Kit Robot 1. Kit model robot bergerak dengan menggunakan motor arus terus.

kepala

bekas bateri

wayar motor

tangan

gear

kaki penyokong

Pandangan sisi.

2. Syaf pada motor arus terus dipasang dengan sebuah gear yang bertanda A. 3. Bahagian gear A akan menggerakkan gear bertanda C dan D. Gear bertanda C dan D akan dihubungkan dengan bahagian kaki robot. 4. Apabila suis motor arus terus dihidupkan, gear bertanda C dan D akan menggerakkan kaki robot. Kit robot berjalan melangkah seperti manusia.

Mengkaji Reka Bentuk Kit Model 1. Ketika anda membuka dan memasang contoh-contoh kit model, anda dapat mengenal pasti bahagian-bahagian kit model dan memahami pergerakannya. 2. Anda perlu mengetahui reka bentuk kit model tersebut juga. 3. Anda perlu mengkaji setiap kit model yang telah anda buka dan pasang daripada aspek yang berikut: Aspek a. Rupa bentuk Ciri-ciri Menarik perhatian pengguna Warna yang sesuai Bahan yang sesuai Bahan yang mudah diperoleh

b. Kesesuaian bahan

c.

Fungsi

Menepati tujuan produk Selamat digunakan Mudah digunakan Mudah dibina Tidak rumit Berteknologi moden Tahan lama Tidak mudah rosak Tidak membahayakan pengguna Tiada kandungan racun

d. Kaedah pembinaan

e. Ketahanan

f.

Keselamatan

4. Kajian dapat anda lakukan dengan menggunakan contoh borang seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Borang Kajian Reka Bentuk Nama : _____________________________________ Tarikh Kajian : ______________ Tahun : _____________________________________ Kumpulan : ________________ Sekolah : ________________________________________________________________ Kit model yang dikaji : _____________________________________________________ Hasil Kajian Aspek Penilaian Sebab Tandakan ()di ruang yang berkaitan Menarik f. Rupa bentuk Tidak menarik Warna sesuai Warna tidak sesuai b. Kesesuaian bahan Sesuai Tidak sesuai Menepati tujuan Tidak menepati tujuan c. Fungsi Selamat digunakan Tidak selamat digunakan Mudah digunakan Sukar digunakan Mudah dibina d. Kaedah pembinaan Sukar dibina Teknologi moden Teknologi lama e. Ketahanan Tahan lama Mudah rosak f. Keselamatan Tidak berbahaya Berbahaya Cadangan

Tidak beracun Beracun

5.01.2 Penyelesaian Masalah


1. Idea untuk menghasilkan projek reka cipta bermula daripada masalah yang dikenal pasti. 2. Setelah mengenal pasti masalah, anda akan berfikir untuk mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut.

5.01.2.1 Pencetusan dan Penjanaan Idea Kreatif melalui Projek Eksperimental Mengenal Pasti Masalah
1. Projek yang dikenal pasti, mestilah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. 2. Masalah dapat dikenal pasti dengan: a. melihat keadaan sekeliling; b. menonton televisyen atau video; c. lawatan ke pameran; d. engadakan sumbangsaran atau perbincangan. 3. Pencetusan dan penjanaan idea yang kreatif juga diperoleh melalui projek eksperimental. 4. Projek eksprimental perlu diuji ketahanan dan keberkesanan idea yang dicetuskan. 5. Gambar rajah yang berikut menunjukkan satu contoh mengenal pasti masalah eksperimental.

Masalah: Telur (sama ada yang belum dimasak atau yang telah dimasak) akan pecah apabila terjatuh dari tempat yang tinggi. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

telur

jatuh

pecah

Menjana Idea Kreatif Bagi Menyelesaikan Masalah

1. Setelah sesuatu masalah dikenal pasti, langkah yang berikutnya adalah mencari idea bagi menyelesaikan masalah dan mereka cipta projek. 2. Carta yang berikut menunjukkan bagaimana sumber idea tercetus.

pemerhatian dan pengamatan

Pembacaan dan penyelidikan

Soal selidik

CETUSAN IDEA Bakat semula jadi

Secara kebetulan

Pengalaman

Galakan daripada pihak tertentu

Pencetusan idea

3. Rajah yang berikut menunjukkan contoh penjanaan kreatif menyelesaikan masalah telur yang mudah terjatuh.

Idea Membungkus telur menggunakan jerami padi.

Idea Membungkus telur menggunakan bekas telur

Idea Membungkus telur menggunakan carikan kertas

Membuat Catatan dan Lakaran


1. Idea yang telah dipilih untuk menyelesaikan masalah perlulah dicatat dan dilakarkan. 2. Catatkan perkara-perkara ke dalam buku idea.

3. Rupa bentuk idea projek yang akan dibina perlu disediakan dalam bentuk lakaran. Lakaran adalah bentuk projek yang dilukis untuk menunjukkan: a. rupa bentuk projek; b. bahan yang digunakan; c. ukuran bahan projek; d. kaedah pemasangan bahagianbahagian projek. 4. Anda dapat menyediakan lakaran rupa bentuk dan memilih salah satu daripadanya untuk dibina. 5. Gambar rajah yang berikut menunjukkan contoh lakaran projek membungkus telur menggunakan bekas telur.

5.01.2.2 Menterjemahkan Idea kepada Bentuk 3D


1. Apabila anda menghadapi sesuatu masalah sudah tentu ada pelbagai idea untuk menyelesaikan masalah tersebut. 2. Idea-idea yang anda fikirkan perlu diterjemahkan dalam bentuk lakaran tiga dimensi (3D). 3. Lakaran tiga dimensi (3D) dapat dibuat seperti yang berikut: a. Bina paksi 3D seperti yang ditunjukkan

Paksi Q

Paksi P

Paksi R

b. Lakarkan bentuk asas objek di atas paksi 3D.

Paksi Q

Paksi P

Paksi R

c.

Siapkan rupa bentuk lakaran sehingga lengkap.

Paksi Q

Paksi P

Paksi R

Memilih lakaran akhir projek eksperimental


1. Pilih idea yang terbaik antara idea-idea yang dihasilkan. 2. Idea dipilih daripada beberapa lakaran projek yang telah anda sediakan dalam lakaran 3D.

paksi Q

paksi Q

paksi P

Paksi R

Paksi P

paksi R

Paksi P

paksi P

Paksi R

Contoh lakaran idea-idea dalam bentuk 3D.

Merancang Pembinaan Projek


1. Apabila sesuatu idea dijadikan objek, hasilnya dinamakan projek. 2. Rancangan untuk membina projek hendaklah dibuat dengan teliti supaya projek yang dihasilkan sempurna seperti dalam jadual di bawah ini.

Aktiviti a. Lukisan projek

Tindakan Menyediakan lukisan projek dalam bentuk lakaran. Menyediakan jadual kerja dan tempoh masa untuk menyiapkan projek. Memilih bahan yang sesuai.

b. Jadual kerja

c.

Senarai bahan

d. Senarai alatan

Memilih alatan yang sesuai.

e. Kaedah membina

Menetapkan langkah-langkah dan cara membina projek.

f.

Ujian projek

Menetapkan jenis ujian untuk projek yang dihasilkan.

g. Menyediakan buku idea

Merekodkan langkah kerja dalam buku idea.

5.01.2.3 Membina dan Mempersembahkan Projek Eksperimental Membina Projek Eksperimental


1. Setelah anda menyediakan rancangan untuk membina projek eksperimental, anda perlu menjalankan aktiviti untuk membinanya. 2. Langkah-langkah yang berikut menunjukkan bagaimana projek eksperimental yang telah dirancang dapat dilaksanakan.

Langkah (a) Menyediakan lukisan projek Projek: Bakul Telur

Langkah (b) Menyediakan jadual kerja Aktiviti i. Melakar dan merancang projek 1 jam Masa Pelaksanaan Di dalam bengkel semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup

ii.

Menyediakan bahan

1 jam

Di luar waktu persekolahan Di dalam bengkel Kemahiran Hidup ketika kegiatan kokurikulum Di dalam bengkel Kemahiran Hidup ketika kegiatan kokurikulum Di dalam bengkel semasa mata pelajaran Kemahiran Hidup Di luar waktu persekolahan

iii.

Menyiapkan bakul

2 jam

iv.

Menyiapkan projek

1 jam

v.

Menguji dan membaiki projek

1 jam

vi.

Menyediakan buku idea

1 jam

Langkah (c) Menyediakan bahan

vii.

Bekas telur

ii.

Kertas pembungkus hadiah

iii.

Bilah buluh

iv.

Hirisan daun pandan

v.

Perekat

vi.

Benang

vii.

Telur (direbus)

Langkah (d) Menyediakan alatan viii. Gunting ii. Pisau NT cutter

iii.

Pisau

iv.

Pengukur keluli

Langkah (e) Membina projek v. Kerat buluh kering berukuran 15 cm. Belah buluh dan raut buluh menjadi kepingan nipis berukuran 2 mm setiap satu.

15 cm

membelah buluh

meraut buluh ii. Anyam bilah buluh untuk membentuk bakul. Ikatkan tangkai bakul menggunakan benang.

bilah buluh yang dianyam bakul buluh iii. Gunting bekas telur dan ambil dua ruang daripada bekas telur itu.

bekas telur gunting iv. Hiris daun pandan kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas telur sebagai pengalas.

pisau

hirisan daun pandan

v.

Masukkan telur yang telah direbus ke dalam bekas telur dan balut dengan kertas pembungkus hadiah.

kertas pembalut hadiah

telur vi. Masukkan telur yang telah dibalut ke dalam bakul buluh.

telur dibungkus menggunakan kertas pembalut hadiah Langkah (f) Menguji dan membaiki projek vii.

telur dimasukkan ke dalam bakul buluh

Lakukan ujian terhadap bakul telur yang telah disiapkan. Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3

bakul telur

Menjatuhkan bakul telur dari aras pinggang ke lantai. ii.

Menjatuhkan bakul telur dari aras kepala ke lantai.

Menjatuhkan bakul telur dari tingkat satu bangunan.

Perhatikan hasil ujian yang telah dijalankan. Perbaiki kelemahan yang terdapat pada projek. Rekodkan hasil ujian anda di dalam borang di bawah ini. Ujian Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Cara Ujian Melepaskan bakul telur dari aras pinggang Melepaskan bakul telur dari aras kepala Melepaskan bakul telur dari tingkat satu bangunan Hasil Ujian

Pemba

Membuat Persembahan Lisan Projek Eksperimental


1. Projek yang telah siap dibina, diuji, dan diperbaiki hendaklah dipersembahkan kepada muridmurid dan guru secara lisan. 2. Anda mestilah bersedia dengan maklumat lengkap berkaitan projek yang telah dibina. Antara maklumat yang perlu diterangkan ialah: a. memperkenalkan nama projek; b. menyatakan tujuan projek; c. menerangkan lakaran projek; d. menerangkan bahan dan alatan yang digunakan; e. menerangkan kaedah pembinaan projek; f. menyatakan ciri-ciri dan ketahanan projek; g. menyatakan kaedah pengujian projek. 3. Dalam sesi persembahan, murid-murid dan guru dapat memberikan komen atau pandangan berkaitan dengan projek yang telah dibina.

5.01.3 Pendokumentasian 5.01.3.1 Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat di dalam Buku Idea

1. Buku idea mencatat maklumat berkaitan projek yang dibina. 2. Buku ini perlu digunakan dari mula membina projek hingga projek itu siap. 3. Antara maklumat dan butir-butir yang perlu ada dalam buku idea adalah: Butir-Butir a. Butir-butir diri murid b. Penyataan masalah Ulasan Mencatatkan nama murid, tahun, dan sekolah.

Keterangan berkaitan masalah yang telah dikenal pasti.

c.

Penyelesaian masalah

Menyenaraikan idea-idea bagi mengatasi masalah. Menentukan idea yang terbaik dan menyatakan sebabsebabnya.

d. Butiran projek

Menyatakan nama projek. Membuat lakaran projek. Menerangkan kegunaan dan fungsi projek. Menyenaraikan alatan dan bahan yang digunakan. Menyediakan jadual kerja membina projek. Menyediakan langkah-langkah membina projek. Menguji projek.

e. Pengiraan kos

Merekodkan semua aspek kos membina projek iaitu: i. ii. iii. kos bahan perbelanjaan membeli bahan membina projek. kos upah perbelanjaan tenaga membuat projek. kos sampingan perbelanjaan-perbelanjaan lain berkaitan projek.

Menyatakan kos pengeluaran Kos pengeluaran: Kos bahan + kos upah + kos sampingan.

f.

Catatan

Menyediakan ruangan catatan yang perlu direkodkan mengenai projek.

g. Ulasan murid/guru

Merekodkan ulasan dan komen daripada murid atau guru untuk memperbaiki projek.

Tahun 5.02 Reka Bentuk & Penghasilan Projek


5.02.1 Mereka Bentuk dan Menghasilkan Projek Berasaskan Logam dan Bahan Kitar Semula

1. Untuk membina projek reka bentuk, anda perlu menyediakan: a. kad kerja; b. lukisan projek; c. alatan tangan; d. bahan-bahan. 2. Anda perlu melakukan beberapa proses, iaitu: a. mengukur, menanda, dan memotong bahan; b. memasang komponen; c. membuat kemasan.

5.02.1.1 Menentukan Projek Berpandukan Kad Kerja


1. Kad kerja mempunyai maklumat dan arahan lengkap untuk membina sesuatu projek. 2. Kad kerja menjadi bahan rujukan untuk membina projek dengan teratur. 3. Maklumat dalam kad kerja adalah: a. nama aktiviti atau projek; b. lukisan projek; c. jenis bahan dan alatan yang digunakan; d. langkah-langkah menjalankan aktiviti atau projek; e. aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti atau projek. 4. Kad kerja disediakan dalam bentuk: a. kad; b. helaian bercetak; c. papan gulung. 5. Kad kerja biasanya disediakan oleh guru Kemahiran Hidup anda. Kad ini akan diedarkan secara individu atau berkumpulan apabila sesuatu projek akan dilaksanakan. Contoh bentuk kad kerja.

kad helaian bercetak

papan gulung

Contoh bentuk kad kerja.

5.02.1.2 Membaca Lukisan Projek


1. Idea reka bentuk untuk membuat sesuatu projek dapat diterjemahkan dalam bentuk lukisan di atas kertas. 2. Lukisan yang mengandungi idea untuk membina sesuatu projek dinamakan lukisan projek. 3. Lukisan projek menjadi panduan utama dalam membina projek seperti yang dirancangkan. 4. Anda dapat melukis sendiri lukisan projek yang akan dibina. 5. Anda perlu tahu membaca dan menterjemahkan lukisan projek untuk menghasilkan projek yang telah direka bentuk. 6. Untuk menampakkan rupa bentuk bahagian- bahagian projek dengan lebih jelas, lukisan projek disediakan dalam dua jenis lukisan iaitu: a. lukisan isometrik; b. lukisan ortografik. 7. Lukisan isometrik menggambarkan rupa bentuk keseluruhan projek, manakala lukisan ortografik pula menampakkan rupa bentuk projek dalam tiga pandangan yang berlainan iaitu: a. pandangan atas (pelan); b. pandangan hadapan; c. pandangan sisi (tepi). 8. Yang berikut adalah sebuah lukisan projek:

pandangan atas

Lukisan ortografix

ukuran dalam unit mm Pandangan sisi

Pandangan atas (pelan)

Pandangan hadapan Senarai bahan a. Papan lapis b. Papan A B 200 mm 120 mm 4 mm 180 mm 70 mm 12 mm

Pandangan sisi

c.

Beroti

70 mm 30 mm 12 mm

d. Beroti e. Aluminium

D, E 30 mm 12 mm 12 mm F 140 mm 30 mm

5.02.1.3 Mengenal Pasti Alatan Tangan


1. Alatan tangan akan digunakan untuk membina sesuatu projek. 2. Alatan tangan dipilih mengikut jenis kerja yang akan dilakukan. Anda perlu menggunakan alatan tangan yang betul untuk setiap kerja yang anda lakukan. 3. Jadual yang berikut menunjukkan jenis-jenis alatan tangan yang digunakan untuk membina sesuatu projek.

Alatan tangan a. Penggarit

Kegunaan

Cara menggunakan

digunakan untuk menanda garisan pada permukaan logam

b. Playar gabung

digunakan untuk memegang, mencengkam, membentuk, dan memotong benda kerja

memegang memotong

membentuk

c.

Playar muncung tirus

digunakan untuk memegang benda kerja kecil dan memotong dawai

memegang memotong

d. Playar kacip digunakan untuk memotong dawai dan wayar elektrik

e. Playar sendi kalih digunakan untuk memegang dan mencengkam benda kerja

f.

Gunting logam digunakan untuk memotong kepingan logam nipis

g. Kikir digunakan untuk meratakan permukaan logam

h. Gandin kayu digunakan untuk mengetuk kepingan kayu semasa memasang

i.

Gandin getah digunakan untuk mengetuk permukaan kepingan logam

j.

Gergaji lengkung halus digunakan untuk memotong lengkok pada kepingan kayu

k.

Plat keluli digunakan untuk memotong kepingan logam nipis

l.

Penanda pusat digunakan untuk membuat tanda titik sebelum menggerudi

m. Gerudi tangan digunakan untuk menggerudi lubang pada bahan

n. Gergaji besi digunakan untuk memotong logam

5.02.1.4 Menentukan Jenis Bahan dan Kuantiti


1. Antara bahan yang sesuai digunakan untuk membina projek ialah: a. bahan-bahan logam; b. bahan-bahan kitar semula. 2. Kuantiti bahan yang akan digunakan bergantung pada saiz dan ukuran bahan dalam lukisan projek.

Bahan Logam
1. Bahan logam yang biasanya digunakan untuk membuat projek adalah keluli, zink, plat timah, dan aluminium. 2. Logam-logam ada dalam bentuk kepingan, ketulan, dan dawai.

kepingan

ketulan

dawai

Bentuk-bentuk logam

3. Logam keluli digunakan untuk membuat pintu, jeriji, dan pagar rumah.

Contoh kegunaan keluli

4. Zink (kepingan besi bergalvani) digunakan untuk membuat atap rumah, saluran, takungan, baldi, dan kotak pensel. 5. Logam zink tidak sesuai digunakan untuk membuat bekas makanan kerana sifatnya yang beracun.

Contoh kegunaan logam zink.

6. Plat timah adalah logam yang berat, kukuh, dan tidak mudah berkarat. 7. Plat timah dapat dibuat tin minyak, tin biskut, tin minuman, dan tin cat. 8. Plat timah tidak beracun.

Contoh kegunaan logam plat timah.

9. Aluminium bersifat ringan, mudah dibentuk, dan tidak berkarat. 10. Aluminium digunakan untuk membuat badan kenderaan seperti bas, bekas makanan dan minuman, perkakas dapur seperti pinggan, mangkuk, dan periuk.

Contoh kegunaan aluminium.

11. Anda juga dapat memperoleh sumber bahan secara percuma menggunakan bahan terbuang yang dapat dikitar semula.

5.02.1.5 Mengukur, Menanda, dan Memotong Bahan Projek


1. Bahan-bahan untuk membuat projek perlu diukur, ditanda, dan dipotong mengikut saiz serta ukuran dalam lukisan projek. 2. Kerja-kerja ini dilakukan dengan menggunakan alatan tangan yang sesuai.

Mengukur
1. Mengukur adalah proses memindahkan ukuran daripada lukisan projek bahan yang akan digunakan. 2. Proses mengukur bahan dibuat menggunakan pengukur keluli. 3. Ukuran yang dibuat mestilah tepat sebagaimana yang dicatatkan di dalam lukisan projek.

Mengukur papan.

Menanda
4. Bahan-bahan yang telah diukur perlulah 5. Bahan kayu ditanda dengan pensel. 6. Bahan-bahan logam ditanda dengan penggarit.

pensel pengukur keluli

papan

Mengukur dan menanda papan.

Memotong 7. Memotong adalah proses mengubah bentuk bahan ke bentuk yang dikehendaki. 8. Bahan-bahan kayu dipotong dengan menggunakan gergaji puting. 9. Untuk bahagian kayu yang memerlukan bentuk yang lengkok, gergaji lengkung halus digunakan.

gergasi besi

penahan tepi

papan

Memotong papan.

gergasi besi

ketulan logam

Memotong lengkok.

3. Bahan-bahan logam yang nipis dan berbentuk kepingan dapat dipotong menggunakan gunting logam. Manakala logam yang tebal dan berbentuk ketulan sesuai dipotong menggunakan gergaji besi.

gergaji lengkung halus

apit G

Memotong kepingan logam.

kepingan logam gunting logam

Memotong ketulan logam.

4. Bahan-bahan kitar semula yang dibuat daripada kadbod atau plastik dapat dipotong menggunakan gunting biasa atau pisau NT cutter.

kadbod gunting

botol plastik

NT cutter

Menggunting kadbod.

Memotong plastik.

5.02.1.6 Memasang Komponen Projek


Memasang bahagian-bahagian projek dilakukan dengan menggunakan bahan pemasangan iaitu: a. paku; b. skru; c. glu.

Paku 1. Paku digunakan untuk mencantum dan memasang kepingan kayu. 2. Kebanyakan paku kayu dibuat daripada keluli. 3. Ada dua jenis paku, iaitu: a. paku kepala rata; b. paku panel. 4. Paku kepala rata digunakan untuk memaku kayu biasa manakala paku panel sesuai digunakan untuk memaku papan lapis.

paku kepala rata paku panel

5. aku diketuk dengan menggunakan tukul kuku kambing atau tukul warington. Lihat rajah yang berikut.

tukul kuku kambing

Skru 1. Skru memberikan cantuman yang lebih kukuh daripada paku. 2. Skru mencantum bahan-bahan projek daripada kayu, logam, dan plastik. 3. Cantuman yang dibuat dengan menggunakan skru dapat dibuka semula. 4. Rajah yang berikut menunjukkan bahagian-bahagian skru dan cara menggunakannya. a. Tandakan titik untuk memasang skru

alur kepala batang pensel

ulir hujung b. Buat lubang skru dengan menggunakan senggerek.

c.

Pasang skru dengan menggunakan pemutar skru.

Glu 1. Glu digunakan untuk mencantum bahagian projek secara kekal. 2. Glu dapat digunakan untuk mencantum pelbagai bahan sama ada bahan logam atau bahan bukan logam. 3. Antara jenis glu yang biasanya digunakan ialah glu sentuh dan glu PVA.

Jenis-jenis glu.

4. Glu sentuh mudah digunakan, cepat kering, dan menghasilkan cantuman yang kukuh. 5. Glu PVA lambat kering tetapi cantumannya kukuh dan sesuai digunakan untuk mencantum permukaan kayu. 6. Rajah yang berikut menunjukkan cara menggunakan glu PVA.

kertas las

a. Gosok permukaan kayu yang akan dicantum dengan kertas las.

glu

b. Sapu glu sentuh pada kedua-dua permukaan kayu yang akan dicantum.

c.

Cantumkan kedua-dua permukaan yang berglu. Biarkan permukaan itu kering.

5.02.1.7 Membuat Kemasan


1. Kemasan adalah langkah menyapu, menyembur, atau melekatkan sesuatu bahan pada projek yang telah siap. 2. Proses kemasan dilakukan untuk: a. mencantikkan projek; b. menghilangkan kesan kecacatan projek; c. menjadikan projek tahan lebih lama. 3. Bahan kemasan yang akan digunakan bergantung pada jenis bahan projek. 4. Antara bahan kemasan yang dapat digunakan ialah: a. kertas las; b. cat sembur; c. foil aluminium; d. kertas bergambar (pelekat bergambar).

foil aluminium

kertas las

kertas hiasan

cat sembur

5. Jadual dan rajah yang berikut menunjukkan contoh-contoh bahan kemasan dan cara menggunakannya.

Bahan kemasan a. Kertas las Kertas las digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.

Cara Menggunakannya

kertas las bongkah kerts las kayu

arah menggosok

b. Cat sembur Cat sembur ialah bahan kemasan jenis sedia guna yang pelbagai warna. goncang projek

surat khabar lama

tekan

sarung tangan

penutup

Goncangkan tin cat sembur sebelum menggunakannya. c. Foil aluminium foil aluminium Foil aluminium adalah kepingan logam aluminium yang nipis yang dapat dilekatkan pada projek dengan menggunakan glu. glu

gunting mengukur dan memotong menyapu glu projek melekatkan projek Menampal foil aluminium pada permukaan projek.

d. Kertas hiasan mempunyai pelbagai corak hiasan yang menarik. Lekatkan kertas hiasan pada projek dengan menggunakan glu. gunting Mengukur dan memotong kertas hiasan projek menyapu glu kertas hiasan melekatkan projek projek kertas hiasan glu

Menampal kertas hiasan pada permukaan projek.

5.02.1.8 Mereka Bentuk dan Membuat Projek Berdasarkan Minat


1. Apabila anda telah memahami langkahlangkah mereka bentuk dan membina sesuatu projek, anda bolehlah memikirkan idea untuk membina projek sendiri.

2. Projek dibina berdasarkan minat kerana minat setiap orang adalah berbeza. Idea dan minat yang berbeza akan menghasilkan rupa bentuk projek yang berbeza. 3. Jadual yang berikut menunjukkan langkahlangkah yang perlu anda ikuti dalam mereka bentuk dan membina sesuatu projek hasil daripada idea dan minat anda sendiri.

Langkah a. Mengenal pasti masalah

Kaedah Memikirkan apa masalah yang dihadapi Hasil masalah yang dihadapi, idea dapat dikembangkan melalui: pemerhatian mengadakan lawatan bacaan bacaan berkaitan projek perbincangan berbincang dengan rakan-rakan dan guru bimbingan daripada orang yang mahir

b. Menjana, memilih, dan memperbaiki idea

c.

Merancang pembinaan

Menyediakan: lukisan projek jadual kerja

d. Membina projek

Membina mengikut langkah-langkah: memilih bahan dan alatan mengukur, menanda, dan memotong bahan memasang komponen projek membuat kemasan menguji pengubahsuaian

e. Pendokumentasian

Mengumpul dan menyimpan maklumat berkaitan projek. Membuat persembahan secara lisan berkaitan dengan projek kepada rakan-rakan dan guru.

f.

Membuat persembahan

Tahun 5.03 Elektrik & Elektronik


5.03.1 Penghasilan Projek Elektronik

1. Sesebuah projek elektrik dan elektronik dapat dibina dengan mudah sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan: a. komponen elektronik; b. litar elektronik; c. alatan tangan. 2. Pengetahuan dan kemahiran di atas dapat membantu anda menghasilkan projek elektronik.

5.03.1.1 Nama, Fungsi, dan Simbol Komponen Elektronik


1. Komponen elektronik mempunyai fungsinya yang tersendiri. 2. Setiap komponen perlu disambungkan dalam litar agar berfungsi. 3. Antara komponen yang harus diketahui adalah: a. diod pemancar cahaya; b. diod; c. perintang tetap; d. perintang boleh laras; e. perintang peka cahaya; f. transistor; g. motor arus terus.

Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)


1. Diod pemancar cahaya (L.E.D) adalah diod yang dapat memancarkan isyarat cahaya. 2. Diod pemancar cahaya membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya dalam satu arah. 3. Ada tiga jenis warna diod pemancar cahaya yang biasa digunakan iaitu merah, kuning, dan hijau. 4. Diod pemancar cahaya mempunyai sepasang kaki iaitu kaki anod (+) dan kaki katod (-). 5. Kaki yang panjang adalah kaki anod (+) manakala kaki yang pendek ialah kaki katod (-). 6. Kaki anod (+) hendaklah disambung ke punca positif (+) litar. 7. Kaki katod (-) pula disambung ke punca negatif (-) litar.

bentuk bendera besar katod

bentuk bendera kecil anod

anod

katod

simbol L.E.D

L.E.D mengeluarkan cahaya

Sambungan kekutuban L.E.D yang betul.

L.E.D tidak mengeluarkan cahaya

Sambungan kekutuban L.E.D yang salah.

8. Terdapat juga diod pemancar cahaya yang dapat mengeluarkan dua cahaya yang berlainan. Diod ini adalah diod pemancar cahaya dwi-warna yang mengeluarkan dua warna.

Simbol L.E.D dwi warna.

9. Diod pemancar cahaya memerlukan voltan yang kurang daripada 3 V untuk mengeluarkan cahaya. 10. Diod pemancar cahaya digunakan sebagai penunjuk isyarat pada radio, televisyen, serta perkakas elektronik yang lain.

Diod
1. Diod mempunyai dua kaki yang berkutub, iaitu kaki anod (+) dan kaki katod (-). 2. Diod membenarkan arus mengalir melaluinya hanya dalam satu arah sahaja, iaitu dari kaki anod (+) ke kaki katod (-). 3. Kaki katod diod dapat dikenal pasti berpandukan tanda gelang yang terdapat pada badannya. Kaki yang bersambung dengan tanda ini adalah kaki katod (-). 4. Kaki anod (+) hendaklah disambung ke punca positif (+) litar. 5. Kaki katod (-) hendaklah disambung ke punca negatif (-) litar.

katod katod anod katod anod simbol diod anod

diod

diod

diod

diod

Contoh penggunaan diod.

Perintang Tetap
1. Perintang tetap digunakan untuk mengawal atau mengehadkan pengaliran arus elektrik di dalam litar. 2. Keupayaan perintang untuk menghalang aliran arus elektrik dalam litar dinamakan rintangan. 3. Nilai rintangan perintang disukat dalam unit ohm. 4. Simbol ohm adalah . 5. Jalur-jalur berwarna pada badan perintang tetap menentukan nilai rintangan pada sesebuah perintang.

Perintang tetap.

Simbol perintang tetap.

6. Arus elektrik dalam litar bergantung kepada nilai rintangan perintang. 7. Jika nilai rintangannya tinggi, maka kuranglah arus yang mengalir melaluinya. 8. jika nilai rintangannya rendah, maka bertambahlah arus yang mengalir melaluinya.

perintang 100

terang

perintang 1000

malap

Contoh penggunaan perintang tetap.

9. Perintang tetap dapat dipasang pada litar tanpa perlu menentukan kekutuban kakinya.

Perintang Boleh Laras


1. Perintang boleh laras mempunyai nilai rintangan yang tidak tetap tetapi boleh diubah. 2. Nilai rintangan perintang boleh laras berubah jika spindelnya diputarkan. 3. Perintang boleh laras digunakan untuk mengawal aliran arus elektrik di dalam radio, televisyen, dan kipas angin.

spindel

tamatan

Perintang boleh laras.

atau

Simbol perintang boleh laras

terang perintang boleh laras atau malap mentol

perintang bol rintangan rendah eh laras rintangan tinggi

Contoh penggunaan perintang boleh laras.

Perintang Peka Cahaya (L.D.R)


1. Perintang peka cahaya sensitif terhadap cahaya. Nilai rintangannya berubah mengikut kadar kecerahan cahaya. 2. Jika permukaan perintang peka cahaya di dedahkan kepada cahaya yang terang, maka nilai rintangannya akan menjadi rendah. 3. Sebaliknya, jika permukaan L.D.R dihalang daripada menerima cahaya, nilai rintangannya akan berubah menjadi tinggi. 4. L.D.R dapat dipasang pada litar tanpa perlu menentukan kekutuban kakinya.

permukaan peka cahaya

atau kaki L.D.R tidak menerima cahaya simbol perintang peka cahaya (L.D.R) terang rintangan tinggi mentol padam rintangan rendah mentol terang

Penggunaan perintang peka cahaya.

Transistor
1. Transistor meninggikan arus, voltan, dan kuasa di dalam litar. 2. Transistor mempunyai tiga kaki yang dikenal sebagai kaki pemungut (C), kaki tapak (B), dan kaki pemancar (E).

Bentuk-bentuk transistor.

C: pemungut B: tapak E: pemancar

3. Kaki pemungut (C) transistor perlu 4. Kaki tapak (B) pula berfungsi mengawal aliran arus dari kaki pemungut (C) ke kaki pemancar (E). Kaki tapak perlu disambung dengan punca positif (+) litar. 5. Kaki pemancar (E) pula perlu disambung dengan punca negatif (-) litar. 6. Ada dua jenis transistor yang biasa digunakan iaitu: a. transistor PNP; b. transistor NPN.

Simbol transistor PNP.

Simbol transistor NPN.

7. Transistor digunakan dalam peralatan elektronik seperti radio, televisyen, dan komputer.

5.03.1.2 Membaca dan Memahami Litar Skematik


1. Litar skematik ialah lukisan yang menunjukkan sambungan komponen dalam bentuk simbol. 2. Selain litar skematik, sambungan komponen elektronik juga dilukis dalam bentuk lukisan litar bergambar.

simbol perintang

simbol L.E.D

simbol wayar simbol suis simbol bateri

Litar skematik.

bateri

perintang

suis

wayar L.E.D bongkah penyambung

Litar bergambar.

a. Dengan membaca dan memahami lukisan skematik atau lukisan litar bergambar, anda akan dapat menentukan: 1. jenis bahan dan komponen yang digunakan di dalam litar; 2. jumlah bahan dan komponen yang terdapat di dalam litar; 3. spesifikasi bahan dan komponen; 4. cara membuat sambungan bahan dan komponen di dalam litar.

5.03.1.3 Penyambungan Litar


1. Sambungan litar yang melibatkan komponen dapat dibuat secara: a. litar siri; b. litar selari, c. litar siri selari. 2. Selain komponen dan wayar, bahan lain yang diperlukan ialah bongkah penyambung.

pena ujian komponen elektronik

skru

bongkah penyambung

Contoh penggunaan bongkah penyambung.

Litar Siri
1. Litar siri adalah sambungan komponen elektronik yang lebih daripada satu. 2. Litar siri membolehkan arus elektrik mengalir melalui komponen dalam satu saluran atau cabang. 3. Jika salah satu komponen atau peralatan di dalam litar siri rosak, komponen atau peralatan yang lain tidak dapat berfungsi. 4. Rajah yang berikut menunjukkan contohcontoh litar bergambar dan litar skema beberapa komponen yang disambung secara siri.

L.E.D

perintang tetap

suis pisau perintang boleh laras

Sambungan litar siri antara L.E.D dengan perintang tetap dan perintang boleh laras.

L.D.R

L.E.D

bateri LED

papan litar

LDR

bongkah penyambung

suis suis

Sambungan litar siri antara L.E.D dengan perintang peka cahaya.

perintang tetap motor arus terus perintang boleh laras

L.E.D

bateri

L.E.D suis pisau papan litar motor arus terus

Sambungan litar siri antara L.E.D dengan perintang tetap, perintang boleh laras, dan motor arus terus.

Litar Selari
1. Litar selari mempunyai sambungan lebih daripada satu komponen atau peralatan. 2. Sambungan litar selari membolehkan arus elektrik mengalir melalui saluran yang lebih daripada satu. 3. Dalam litar selari, jika salah satu komponen atau peralatan rosak, arus elektrik masih dapat mengalir melalui saluran yang lain.

buzer bongkah penyambung L.E.D wayar suis togel (SPST)

bateri motor arus terus papan alas

Litar bergambar.

4. Oleh kerana litar ini mempunyai beberapa kelebihan, sambungan pendawaian litar elektrik di rumah dan bangunan dibuat secara selari. 5. Rajah yang berikut menunjukkan contoh beberapa komponen yang disambung secara selari.

buzer

L.E.D

motor

suis 1

bateri

Litar skematik.

Litar Siri Selari


1. Litar siri selari adalah gabungan litar siri dan litar selari. 2. Litar ini mempunyai ciri-ciri litar siri dan litar selari. 3. Litar siri selari banyak digunakan dalams pembinaan litar peralatan elektronik seperti radio, televisyen, dan komputer. 4. Rajah yang berikut menunjukkan contoh sambungan komponen elektronik yang dibuat secara litar siri selari.

L.E.D bongkah pentambung buzer suis togel (SPST)

motor arus terus

bateri

Litar bergambar

buzer

L.E.D2

Motor arus terus suis 1 bateri

Litar skematik.

5.03.1.4 Membaca dan Menterjemahkan Litar Projek


1. Anda harus tahu membaca dan menterjemahkan litar skematik. 2. Kebolehan membaca dan menterjemahkan litar skematik akan memberikan anda maklumat berkaitan: a. komponen elektronik yang digunakan untuk membina sesebuah litar; b. spesifikasi komponen elektronik yang digunakan seperti jenis dan nilai sukatannya; c. kaedah penyambungan dan susunan antara komponen dalam litar.

Contoh Latihan Membaca dan Menterjemahkan Litar Projek


1. Perhatikan litar projek suis sentuh. Kemudian, cuba anda kenal pasti jenis komponen yang digunakan. 2. Bandingkan litar skematik yang ditunjukkan dengan litar bergambar yang disediakan. Kenal pasti komponen yang digunakan melalui simbol dalam litar skematik dengan bentuknya dalam litar bergambar.

Projek: Litar Suis Sentuh

Plat sentuh (aliminium)

Litar bergambar.

Litar skematik.

5.03.1.5 Memilih Alatan, Bahan, dan Komponen


1. Setelah anda dapat membaca dan menterjemahkan litar projek elektronik, anda perlu menyediakan alatan tangan dan bahan-bahan yang sesuai untuk membina projek tersebut.

5.03.1.6 Mengukur, Memotong, dan Menjalur Wayar


1. Wayar lembar tunggal perlu diukur, dipotong, dan dijalurkan. 2. Anda perlu memilih alatan yang sesuai untuk kerja-kerja tersebut.

5.03.1.7 Memasang Komponen Mengikut Litar Projek


1. Pasanglah komponen yang telah anda pilih kepada bongkah penyambung. 2. Buat pemasangan mengikut litar skematik projek suis sentuh. 3. Pasang kaki komponen dengan betul di dalam lubang sebelum diskrukan.

5.03.1.8 Menguji Litar Projek dan Membuat Pembaikan


1. Projek suis sentuh yang telah siap dipasang hendaklah diuji. 2. Cara mengujinya ialah dengan membekalkannya dengan arus elektrik daripada bateri. 3. Projek suis sentuh ini perlu diuji dengan bateri 9 V. 4. Cuba sentuhkan jari anda kepada kedua-dua plat sentuh. 5. Adakah L.E.D bernyala dan buzer berbunyi. Hal ini menunjukkan sambungan komponen yang telah anda buat adalah betul.

bateri 9v

Menguji litar suis sentuh.

6. Sekiranya projek anda gagal berfungsi setelah diuji, anda perlu memeriksa semula projek tersebut. 7. Projek yang gagal berfungsi perlu disemak dan dilakukan pembaikan. Uji semula selepas projek dibaiki.

Tahun 5.04 Baik Pulih & Penyelenggaraan


5.04.1 Penyelenggaraan Bahagian Bangunan 5.04.1.1 Bahagian Bangunan yang Perlu Disenggara
1. Pintu, tingkap, dan perabot bangunan perlu disenggara dari semasa ke semasa. 2. Bahagian-bahagian pintu, tingkap, dan perabot yang perlu disenggara termasuklah: a. kaca tingkap; b. kerangka tingkap; c. pemegang pintu; d. engsel, mangga, dan selak pintu; e. aksesori perabot seperti tombol kunci, penarik laci, penyangkut, perumah kunci, dan roda.

tingkap

pengunci tombol Contoh aktiviti menyenggara

mangga

engsel

pendakap

3. Bahagain-bahagian bangunan ini perlu disenggara kerana:

a. tercemar sebagai akibat habuk atau kotoran; b. berkarat pada bahagian-bahagian yang dibuat daripada logam. 4. Bahagian-bahagian pintu, tingkap, dan perabot yang perlu disenggara dapat dikenal pasti melalui: a. warna yang telah pudar sebagai akibat kotoran; b. terdapat bahagian logam yang telah berkarat; c. bunyi sebagai akibat geseran bahagianbahagian bergerak yang tidak lincir; d. bahagian yang longgar sebagai akibat gegaran atau selalu digunakan.

5.04.1.2 Memilih Bahan Pembersih


1. Kerja-kerja penyenggaraan memerlukan bahan dan peralatan yang sesuai. 2. Kerja-kerja menyenggara yang biasa dilakukan termasuklah membersih, menggilap, dan meminyak.

Bahan dan Peralatan Membersih


1. Kotoran yang melekat pada pintu, tingkap, dan perabot ini dapat dibersihkan dengan menggunakan bahan pembersih. 2. Bahagian bangunan yang dibuat daripada kayu, kaca, cermin, plastik, jubin, atau konkrit dapat dibersihkan dengan menggunakan bahan pembersih seperti: a. air; b. sabun; c. bahan pembersih detergen. 3. Manakala bahagian bangunan yang dibuat daripada logam dapat dibersihkan dengan turpentin. 4. Rajah yang berikut menunjukkan contoh bahan-bahan pembersih.

5. Peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja membersih adalah seperti:

botol penyembur

baldi

reja kain berus sabut berus dawai

Alatan untuk membersih.

Bahan dan Peralatan Meminyak


1. Bahagian-bahagian bangunan dan perabot yang bergerak seperti engsel pintu dan tingkap, selak, roda kerusi, dan kunci perlu diminyakkan dari semasa ke semasa.

engsel

mangga

pendakap

selak perumah kunci

roda

Aksesori perabot yang dapat digerakkan.

2. Bahagian yang bergerak akan mengalami geseran. Kadar geseran yang tinggi akan menyebabkan bahagian berkenaan sukar digerakkan dan akan mengeluarkan bunyi. 3. Minyak pelincir digunakan untuk mengurangkan geseran, melicinkan bahagian yang bergerak dan mencegah terjadinya karat. 4. Jadual yang berikut, menunjukkan jenis minyak dan fungsinya.

Jenis Minyak Pelincir Brasso Minyak pelincir perabot Gris

Fungsi

meminyak bahagianbahagian bangunan atau perabot yang bergerak

meminyak bahagian-bahagian yang bergerak

5. Minyak pelincir diisikan ke dalam botol minyak atau pam minyak untuk memudahkan penggunaannya. 6. Gris dapat disapu terus pada bahagianbahagian yang bergerak dengan menggunakan jari.

5.04.1.3 Cara Membersih, Menggilap, dan Meminyak Cara Membersih


1. Kotoran yang terdapat pada permukaan bahagian bangunan atau perabot yang dibuat daripada kaca, cermin, atau plastik dapat dibersihkan menggunakan bahan pembersih seperti sabun atau pembersih detergen. 2. Kerja membersih dilakukan dengan menggunakan berus, span, dan air. Kotoran digosok dan dilap supaya tanggal. Kemudian, biarkan permukaan tersebut mengering. 3. Ada bahan pembersih yang dapat digunakan dengan menyembur terus daripada botol penyemburnya kemudian dilap. 4. Bagi permukaan lantai konkrit atau jubin, kotoran yang terdapat dapat dibersihkan dengan cara mengemop dengan sabun dan dibilas dengan air bersih. 5. Kotoran yang terdapat pada permukaan logam dapat dibersihkan dengan menggunakan turpentin.

Membersihkan kaca tingkap dengan menggunakan air sabun.

Membersihkan cermin dengan menggunakan pembersih semburan.

Membersihkan jubin bilik air dengan menggunakan bahan pembersih jubin.

Membersihkan bahagian logam dengan menggunakan turpentin.

Cara Meminyak
1. Bahagian bangunan seperti pintu, tingkap, dan perabot yang dapat digerakkan, diminyakkan dengan cara menggunakan botol minyak atau pam minyak. 2. Minyak pelincir diisikan ke dalam botol atau penyembur, kemudiannya dititis atau disembur ke bahagian-bahagian yang bergerak untuk mencegah karat dan melincirkan pengerakkannya. 3. Minyak pelincir yang meleleh dan berlebihan pada bahagian bangunan atau perabot perlu dibersihkan dengan menggunakan kain.

Meminyakkan bahagian tingkap kaca.

Meminyakkan engsel pendakap.

Tahun 5.05 Jahitan


5.05.1 Membaiki Pakaian 5.05.1.1 Alatan dan Bahan Jahitan
1. Antara alatan atau bahan yang biasa digunakan dalam kerja membaiki pakaian ialah seperti yang berikut: a. Jarum tangan

boleh didapati dalam pelbagai ukuran panjang, kasar, dan bentuk matanya. jarum yang biasanya digunakan bernombor 7, 8, dan 9.

b. Gunting fabrik

hujung runcing

saiz

hujung bulat

berukuran 20 cm 25 cm. ukuran atau saiz gunting ditentukan berdasarkan ukuran antara sendi gunting hingga ke hujungnya.

c.

Benang

didapati dalam bentuk berbuku, berlembaran, dan gelendung. nombor pada benang menentukan ketebalan benang.

nombor yang kecil menunjukkan jenis benang yang kasar. benang bernombor 40 atau 50 biasanya digunakan untuk jahitan biasa.

d. Penetas jahitan

penutup

pemegang plastik

mata penetas dibuat daripada keluli manakala pemegangnya daripada plastik. hujung penetas jahitan hendaklah sentiasa ditutup kerana hujungnya tajam.

e. Jarum peniti

f.

dibuat daripada keluli berkilat, halus, dan tajam. dapat dibeli di dalam kotak atau bungkusan. Pita ukur

sejenis alat mengukur yang mempunyai ukuran panjang 150 cm. pita ukur yang baik mempunyai bacaan yang jelas, tidak mudah memberi, dan mempunyai kepingan logam pada kedua-dua hujungnya.

5.05.1.2 Kegunaan Alat Jahitan


Jadual yang berikut menunjukkan kegunaan alatan dan bahan dalam kerja jahitan. Alatan/Bahan Kegunaan

a. Jarum tangan

menjahit dengan tangan

b. Gunting fabrik

menggunting fabrik

c.

Benang jahit

menjahit jelujur atau kekal dengan jahitan tangan atau mesin menanggalkan mata jahitan mesin atau jahitan tangan seperti jelujur menyemat fabrik buat sementara sahaja menyemat pola kertas dan lapisan fabrik untuk menetapkan kedudukannya untuk mengambil ukuran badan dan fabrik

d. Penetas jahitan

e. Jarum peniti

f.

Pita ukur

5.05.1.3 Kegunaan Jahitan Asas


1. Jahitan asas juga dikenal sebagai jahitan tangan. 2. Jahitan tangan adalah jahitan yang dibuat dengan menggunakan jarum dan benang. 3. Terdapat tiga kegunaan jahitan asas iaitu jahitan sementara, jahitan penyambung, dan jahitan pengemas. 4. Jahitan sementara ialah jahitan jelujur. 5. Jahitan penyambung ialah jahitan kia, lilit ubi, jelujur halus, dan jahitan mesin. 6. Jahitan pengemas ialah jahitan sembat, sembat susup, insang pari, dan silang pangkah.

5.05.1.4 Mengenal Pasti Mata Jahitan Asas


1. Ada pelbagai jenis mata jahitan asas yang dapat digunakan untuk membaiki pakaian. 2. Antara mata jahitan asas tersebut adalah : a. jelujur halus; b. kia; c. sembat; d. lilit ubi.

Jelujur halus

1. Jahitan jelujur halus dapat menggantikan jahitan mesin. 2. Jarak jahitan adalah antara 3 mm 5 mm. 3. Jelujur halus digunakan untuk membuat kedut atau sulaman. 4. Rajah di bawah ini menunjukkan cara menjahit jelujur halus.

a. Mulakan jahitan dengan jahitan kia.

b. Selepas itu, mula menjahit dari kanan ke kiri.

c.

Bawa jarum dan cucuk pada fabrik. Kemudian, keluarkan selepas 3 mm atau 4 mm.

d. Ulangi langkah tadi sehingga selesai. Matikan dengan jahitan kia.

Jahitan kia

Jahitan kia.

1. Jahitan kia hampir serupa dengan jahitan mesin jika dilihat pada sebelah luar. 2. Jahitan kia dapat menggantikan jahitan mesin. 3. Jahitan ini digunakan untuk memulakan dan mengakhiri jahitan. 4. Jahitan ini lebih kukuh dan rapat jika dibandingkan dengan jahitan jelujur halus. 5. Yang berikut menunjukkan cara menjahit jahitan kia.

a. Mulakan jahitan dari arah kanan ke kiri iaitu dari poin K. Keluarkan ke poin L kira-kira 2 mm dari poin K.

b. Masukkan jarum sekali lagi di poin K dan keluarkan ke poin ketiga (M) sejarak 4 mm dari poin pertama (K).

c.

Ulangi proses jahitan dengan menjahit lurus sehingga ke hujung fabrik.

d. Matikan dengan jahitan kia sebanyak dua kali pada poin yang sama.

Jahitan sembat

Jahitan sembat

1. Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet. 2. Kelepet dihasilkan dengan melipat tepi fabrik ke sebelah dalam. 3. Hasil jahitan ini biasanya halus, kecil, dan rapat. 4. Jahitan ini dijahit dari arah kanan ke kiri. 5. Proses menjahit jahitan sembat adalah seperti yang berikut:

a. Sediakan kelepet terlebih dahulu. Mulakan dengan jahitan kia di sebelah bawah kelepet.

b. Cucuk jarum di poin A pada kelepet. Keluarkan jarum pada poin B.

c.

Jarum hendaklah dicondongkan 30 apabila dicucuk pada kelepet fabrik.

d. Ulangi langkah di atas sehingga ke hujung fabrik dan matikan dengan jahitan kia.

Jahitan lilit ubi

Jahitan lilit ubi

1. Jahitan lilit ubi digunakan untuk mencantumkan dua helai tepi fabrik yang berlipat supaya tidak berbulu. 2. Jahitan ini kukuh dan kemas. 3. Rajah di bawah ini menunjukkan cara menjahit lilit ubi.

a. Sebelum menjahit, lipat kedua-dua tepi fabrik.

b. Mulakan menjahit dengan meninggalkan 1 cm benang di antara dua lipatan di sebelah kanan.

c.

Jahit dari kanan ke kiri. Masukkan jarum pada fabrik lapisan bawah A ke arah penjahit dan keluarkan pada fabrik lapisan B.

d. Untuk mematikan jahitan, jahit ke kanan semula di atas 3 atau 4 jahitan lilit ubi.

5.05.2 Kancing
1. Kancing digunakan untuk membuka dan menutup belah pada pakaian. 2. Bahagian pakaian tersebut ialah pada leher, pergelangan tangan, pinggang, dan artikel rumah tangga.

5.05.2.1 Kegunaan Kancing


1. Kancing digunakan untuk merapatkan belah pada pakaian. 2. Kancing digunakan untuk mengekalkan bentuk asal pakaian 3. Kancing biasanya dijahit pada dua lapisan fabrik. 4. Kancing juga dapat dijahit dengan menggunakan jarum tangan atau mesin.

5.05.2.2 Jenis-jenis Kancing


1. Ada pelbagai jenis kancing yang biasa digunakan pada pakaian dan artikel rumah tangga. 2. Yang berikut adalah antara jenis-jenis kancing yang biasanya digunakan.

Butang
dijahit pada baju supaya mudah dipakai dan dilucutkan dibuat daripada plastik, kayu, dan kulit. contoh beberapa jenis butang dan bentuknya adalah seperti yang berikut.

butang dua lubang

butang empat lubang

biasanya dijahit pada bahagian pinggang seluar dan skirt pakaian. merupakan jenis kancing yang paling kukuh.

Cangkuk dan palang

cangkuk

palang

biasanya dijahit pada bahagian pinggang seluar dan skirt pakaian. merupakan jenis kancing yang paling kukuh.

5.05.2.3 Mata Jahitan untuk Menjahit Kancing


1. Mata jahitan yang sesuai dapat mengelakkan kancing daripada cepat tertanggal. 2. Antara mata jahitan yang digunakan untuk menjahit kancing adalah jahitan lilit kemas dan jahitan lubang butang. 3. Jahitan lilit kemas digunakan untuk menjahit butang, kancing, cangkuk, dan palang. 4. Jahitan lubang butang digunakan untuk menjahit butang katup, cangkuk, atau palang.

5.05.2.4 Cara Menjahit Butang


a. Mulakan jahitan kia pada tapak butang yang tertanggal.

b. Cucukkan jarum melalui satu daripada lubang butang.

c.

Letakkan jarum peniti di atas butang. Masukkan jarum ke lubang kedua hingga menembusi kain dan keluar pada lubang pertama.

d. Keluarkan jarum peniti setelah menjahit berulang kali. Keluarkan jarum di antara kain dan butang. Lilitkan benang di sekeliling tangkai.

e. Cucuk jarum ke belakang kain dan matikan dengan jahitan kia.

5.05.3 Kelim
1. Kelim digunakan untuk mencantum atau menjahit pakaian, artikel, atau kelengkapan rumah. 2. Bahagian bahu, badan, dan tepi seluar adalah antara contoh bahagian pakaian yang biasa dibuat kelim.

5.05.3.1 Maksud Kelim


1. Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan tangan atau jahitan mesin. 2. Yang berikut adalah antara contoh kelim yang terdapat pada bahagian pakaian.

bahu

rusuk

tepi seluar

Bahagian kelim pada pakaian

5.05.3.2 Bahagian Pakaian yang Meretas pada Kelim


1. Pakaian yang sering dipakai akan mengalami kerosakan seperti koyak dan kelim serta kelepet yang meretas. 2. Kelim yang meretas perlu dibaiki sebelum dicuci untuk mengelakkan kerosakan yang berlanjutan. 3. Rajah yang berikut menunjukkan contoh kelim yang meretas pada bahagian pakaian.

blaus

kelim yang meretas pada bahu dan rusuk

bahagian tepi seluar kelim yang meretas

5.05.3.3 Mata Jahitan untuk Membaiki Kelim yang Meretas pada Pakaian
1. Ada pelbagai mata jahitan yang dapat digunakan untuk menjahit kelim yang meretas antaranya:

a. jahitan jelujur halus; b. jahitan kia.

jahitan jelujur halus

jahitan kia

5.05.4 Kelepet 5.05.4.1 Maksud Kelepet


1. Kelepet adalah penyudah tepi yang dibuat untuk mengemas tepi lurus atau tepi melengkung pada pakaian atau artikel seperti di hujung seluar, hujung lengan, bawah blaus, dan tepi artikel. 2. Yang berikut menunjukkan contoh-contoh kelepet pada pakaian.

hujung lengan

hujung skirt hujung blaus

5.05.4.2 Bahagian-bahagian Kelepet yang Meretas pada Pakaian

hujung lengan hujung blaus hujung skirt

kelepet yang merentas

5.05.4.3 Mata Jahitan untuk Membaiki Kelepet yang Meretas pada Pakaian
Mata jahitan yang digunakan untuk membaiki kelepet yang meretas adalah jahitan sembat susup dan jahitan silang pangkah.

Jahitan sembat susup


1. Jahitan sembat susup adalah berbeza daripada jahitan sembat kerana jahitannya disembat dua kali bersama-sama dan diselangkan. 2. Hasil jahitannya kemas dan tidak kelihatan dari sebelah luar. 3. Jahitan ini sesuai dijahit pada kelepet pakaian. 4. Rajah yang berikut menunjukkan langkahlangkah menjahit sembat susup.

a. Mulakan jahitan kia di bawah lipatan kelepet dari kanan ke kiri.

b. Ambil beberapa urat benang fabrik lapisan bawah daripada kelepet dan tarik jarum keluar.

c.

Susup jarum ke dalam lipatan sepanjang 4 mm 6 mm. Teruskan sehingga habis dan matikan jahitan dengan jahitan kia.

Jahitan silang pangkah 1. Jahitan ini sesuai untuk menjahit kelepet. 2. Jahitan ini dijahit dari kiri ke kanan. 3. Langkah-langkah di bawah ini menunjukkan proses menjahit silang pangkah pada kelepet.

a. Mulakan jahitan dengan jahitan kia. Susup jarum pada A dan keluar pada B kira-kira 1 mm.

b. Angkat jarum dan susupkan pada lipatan di C dan keluarkan pada D dengan jarak 1 mm. Teruskan jahitan dan matikan dengan jahitan kia.

Tahun 6.01 Kreativiti & Reka Cipta


6.01.1 Penghasilan Projek Reka Cipta
1. Reka cipta bermaksud usaha menyusun bahan-bahan secara terancang untuk menghasilkan suatu produk baru. 2. Anda perlu kreatif untuk mencipta sesuatu. Kreativiti anda dapat mencetuskan idea-idea baru. 3. Anda perlu mempunyai idea-idea yang kreatif untuk mereka cipta. 4. Idea kreatif ialah idea luar biasa yang anda fikirkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang belum difikirkan oleh orang lain.

Sempoa

Kalkulator

Reka cipta yang baru dapat menyelesaikan masalah.


5. Reka cipta melahirkan insan yang kreatif, inovatif, dan inventif serta berupaya menghasilkan produk yang sesuai dengan peredaran masa. 6. Reka cipta juga bertujuan untuk menyemai nilai dan sikap kerja yang baik dan bertanggungjawab, tekun, rajin, berdaya saing, dan menyedari keagungan Tuhan.

6.01.1.1 Mengenal Pasti Masalah


1. Projek yang akan dibina mestilah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. 2. Projek itu juga harus dapat memenuhi kehendak diri sendiri dan pengguna yang lain. 3. Anda boleh mengenal pasti masalah dengan cara: a. melihat dan memerhatikan keadaan persekitaran; b. membuat kajian terhadap masalah orang lain. Contoh Masalah:

Duit syiling bersepahan.

Kunci mudah hilang.

Tiada tempat untuk menyimpan surat.

Tiada tempat untuk menyimpan alat tulis.

6.01.1.2 Mengumpulkan Maklumat


1. Masalah yang telah dikenal pasti perlu mempunyai jalan penyelesaiannya. 2. Anda boleh mendapat dan mengumpulkan maklumat dengan cara: a. membuat pemerhatian; b. membaca ; c. melayari internet. d. melakukan temu bual; e. mengunjungi pameran yang berkaitan; f. mengadakan perbincangan dengan guru dan rakan-rakan; 3. Langkah permulaan dalam membuat projek reka cipta ialah mengenal pasti masalah. 4. Masalah yang dikenal pasti membuatkan minda anda berfikir cara-cara untuk mendapatkan idea bagi mengatasinya. 5. Rajah yang berikut dapat membantu anda untuk mencetuskan idea. Pemerhatian dan pengamatan Pembacaan dan penyelidikan Soal selidik

CETUSAN IDEA

Secara kebetulan

Bakat semula jadi

Pengalaman

Galakan daripada pihak tertentu

Cara-cara memperoleh idea. 6.01.1.3 Menyelesaikan Masalah melalui Lakaran

Contoh lakaran idea: Idea 1 (Lukisan Isometrik) Idea 2 (Lukisan oblik) papan lapis petak memo dan alat tulis papan papan lapis penggantung kunci penggantung kunci bekas alat tulis Idea 3 (Lukisan Isometrik) kayu papan lapis aluminium kotak syiling dan alat tulis bekas surat

bekas surat aluminium penggantung kunci bekas menyimpan pemadam dan klip kertas papan lapis

kotak syiling

1. Idea-idea yang tercetus dalam minda perlulah dilakarkan dalam buku idea. 2. Lakaran itu harus menunjukkan rupa bentuk objek. 3. Idea dapat digambarkan dengan cara: a. melakarkan idea yang terfikir dalam minda anda; b. melakarkan idea yang anda fikirkan dalam lukisan oblik atau bentuk lukisan isometrik; c. menandakan nama bahagian dan fungsi setiap bahagian; d. menyatakan bahan-bahan yang digunakan.

6.01.1.4 Memilih Lakaran yang Paling Sesuai


1. Pilih lakaran idea yang terbaik untuk dibina. 2. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada guru dan rakan-rakan untuk memilih lakaran. 3. Lakaran yang terbaik mestilah: a. dapat menyelesaikan masalah;

b. elok dan menarik berbanding dengan lakaran-lakaran yang ada; Idea 3 (Lukisan Isometrik) bekas alat tulis bekas surat aluminium penggantung kunci

papan kotak syiling

papan lapis bekas menyimpan pemadam dan klip kertas

c. d. mampu dibina; e. bahan-bahan yang akan digunakan mudah diperoleh; f. kos pembinaan tidak terlalu tinggi; g. rupa bentuk projek menarik perhatian orang lain.

6.01.1.5 Merancang dan Menyediakan Lukisan Projek


1. Namakan projek anda dengan nama yang bersesuaian dengan fungsinya. 2. Ketika merancang sesuatu projek, anda perlu mengambil kira beberapa aspek iaitu: a. menyediakan lukisan projek; b. menentukan jenis bahan yang akan digunakan; c. menentukan jenis alatan yang akan digunakan; d. menyediakan jadual kerja. 3. Lukisan projek disediakan sebelum sesuatu projek dibina. 4. Lukisan projek mengandungi butiran yang lengkap berkaitan dengan projek yang akan dibina, iaitu: a. ukuran projek; b. rupa bentuk projek; c. bahagian-bahagian projek;

d. kaedah pemasangan projek. e. bahan-bahan pembinaan projek; 5. Panduan yang berikut dapat membimbing anda dalam menyediakan lukisan projek: a. anda boleh menyediakan lukisan projek sama ada dalam bentuk lakaran atau lukisan; b. lakaran atau lukisan projek anda haruslah terdiri daripada unjuran isometrik dan unjuran ortografik; c. sediakan dimensi (ukuran) yang lengkap bagi setiap bahagian projek.

Contoh lukisan projek: Projek: Rak Serba Guna

aluminium

papan lapis

ukuran dalam unit mm papan lapis Unjuran isometrik.

pelan

Pandangan hadapan

Pandangan sisi

Unjuran ortografik.

6.01.1.6 Merancang dan Menyediakan Lukisan Projek


1. Sediakan alat yang akan digunakan untuk membina projek. 2. Patuhi peraturan keselamatan ketika menggunakan peralatan tangan. 3. Pilih bahan yang mudah diperoleh dan murah. 4. Contoh bahan yang biasanya digunakan adalah seperti kayu, papan lapis, plastik, dan aluminium. 5. Perkara-perkara yang perlu dilakukan adalah: a. menyenaraikan bahan yang akan digunakan dengan berpandukan lukisan kerja projek; b. mengenal pasti sumber bahan-bahan itu diperoleh; c. menggunakan bahan-bahan lebihan atau bahan-bahan terbuang. d. selain itu, sediakan juga bahan-bahan pemasangan seperti paku, skru, atau glu.

Bahan-bahan terbuang sesuai digunakan untuk membina projek.

6.01.1.7 Membina Projek


1. Membina projek perlu mengikut langkahlangkah yang betul dan bersistematik. 2. Jadual yang berikut menunjukkan langkahlangkah yang bersistematik untuk membina sesuatu projek. 3. Langkah (a) Mengukur dan menanda Keterangan Ukuran dibuat pada bahan mengikut saiz yang ada dalam lukisan projek. Ukuran yang telah dibuat perlu ditanda di atas permukaan bahan. Alatan/Bahan

pensel

kayu

Mengukur pengukur keluli kayu

sesiku L Menanda

pisau penanda

penggarit (b) Memotong kayu Bahan yang telah ditanda dipotong dengan tepat.

gergaji puting garisan tanda

gunting logam aluminium (c) Membentuk kayu Membentuk adalah langkah mengubah bentuk asal bahan ke rupa bentuk yang baru. Proses membentuk termasuklah: i. mengikir; ii. melipat; Mengikir iii. memotong lengkuk.

kikir parut

gergaji lengkung halus

Memotong lengkuk gandin getah

kepingan logam

Melipat (d) Membina tanggam paku Tanggam dibina pada kayu untuk memudahkan cantuman dibuat. Antara tanggam yang biasanya dibina ialah: i. tanggam temu; tanggam temu ii. tanggam parit. pensel sesiku L gergaji puting

pahat tepi serong

tanggam parit

gandin kayu (e) Melicin (melelas) kayu Bahagian-bahagian projek yang telah siap dibentuk dilicinkan supaya menjadi lebih kemas.

kertas las

kepingan logam (f) Memasang Bahagian-bahagian projek yang berasingan dicantumkan

kikir rata

paku

paku

dan dipasangkan bersama

skru glu

glu

tukul warrington

Cara memasang pemutar skru

6.01.1.8 Membuat Kemasan


1. Kemasan adalah bahan yang digunakan pada permukaan projek yang telah siap dipasang. 2. Tujuan membuat kemasan adalah untuk: a. mencantikkan projek; b. menghilangkan kesan kecacatan pada projek; c. supaya projek tahan lebih lama. 3. Jadual yang berikut menunjukkan contoh bahan kemasan dan bahan pelarut yang digunakan. Bahan Kemasan kegunaan Bahan Pelarut

Lilin

digunakan pada permukaan kayu

turpentin

Syelek

digunakan pada permukaan kayu

spirit

Cat

digunakan pada permukaan kayu dan logam

turpentin dan thinner

Cat sembur

digunakan pada permukaan kayu dan logam

thinner

6.01.1.9 Menguji Kefungsian Projek dan Membuat Pembaikan


1. Projek yang telah dikemaskan, perlu diuji kefungsiannya. 2. Untuk projek yang statik seperti rak serba guna, anda perlu menguji kesesuaiannya dengan mengisi barang-barang keperluan anda seperti alat tulis, surat, duit syiling, dan sebagainya.

3. Sekiranya terdapat mana-mana bahagian projek yang kurang sesuai, anda boleh membaiki projek-projek tersebut. 4. Setelah menyiapkan projek, anda perlulah membuat persembahan. 5. Tujuan membuat persembahan adalah untuk: a. menerangkan maklumat berkaitan dengan projek kepada rakan-rakan dan guru; b. menerima komen dan cadangan yang membina daripada rakan-rakan dan guru. 6. Sediakan maklumat dan bahan-bahan yang berikut untuk dipersembahkan. a. lukisan projek; b. fungsi projek; c. kos projek; d. buku idea. e. jadual kerja; f. kaedah pembinaan projek; g. bahan-bahan binaan projek; h. tempoh masa menyiapkan projek;

6.01.2 Pendokumentasian
1. Pendokumentasian adalah proses mengumpulkan, merekodkan, dan menyimpan maklumat yang berkaitan dengan projek yang telah direka cipta. 2. Tujuan pendokumentasian adalah: a. sebagai suatu dokumen lengkap berkaitan dengan projek; b. sebagai suatu dokumen untuk rujukan pihak yang berminat dengan projek yang telah direka cipta.

6.01.2.1 Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat


1. Segala maklumat berhubung projek reka cipta direkodkan di dalam buku idea. 2. Buku idea adalah buku catatan untuk merekodkan maklumat dan data sebelum dan semasa melakukan sesuatu aktiviti.

6.01.2.2 Membuat Buku Idea


1. Buku idea perlu disediakan ketika anda memulakan projek reka cipta. 2. Buku idea boleh dibuat dengan menggunakan buku nota biasa sahaja. 3. Sediakan butiran diri dan nama projek di luar buku idea seperti yang berikut: Nama: Tahun: Sekolah: Nama projek reka cipta: Nama guru Kemahiran Hidup:

4. Buku idea hendaklah disediakan dengan kemas, lengkap, teratur, dan sistematik. 5. Buku idea perlu disimpan dengan selamat sebagai bahan rujukan. 6. Mintalah kerjasama guru kemahiran Hidup anda untuk memeriksa buku idea anda dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai