Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Artikel Jurnal : Participative Leadership : Perspectives Of Community College Presidents

Berdasarkan artikel jurnal ini, isu utama yang diutarakan adalah berkaitan tentang kepimpinan partisipatif, iaitu bagaimana cara presiden-presiden kolej mengaplikasikan teori kepimpinan ini dalam kepimpinan mereka terutamanya dalam membuat sebarang keputusan dalam organisasi sepanjang bergelar presiden kolej. Selain itu, artikel ini juga menghuraikan tentang 4 paksi utama yang menjadi teras dalam kepimpinan jenis ini.Persoalan yang dibincangkan ini menarik memandangkan stail kepimpinan partisipatif ini semakin dikenali dan menjadi satu teori yang sangat baik jika dijalankan dalam organisasi termasuklah organisasi pengurusan, bisnes dan sebagainya. Metodologi yang digunakan untuk kajian ini ialah secara kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah temubual. Seramai sembilan orang preseden yang mana tiga daripadanya telah bersara dan lima yang lain masih berkhidmat sebagai presiden kolej. Soalan yang diajukan adalah bagaimana mereka mempraktikkan kepimpinan partisipatif ini dalam komuniti mereka sebagai usaha membentuk budaya pentadbiran partisipatif? Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, pengarang menghuraikan bahawa terdapat 4 paksi utama dalam kepimpinan partisipatif ini. Paksi itu ialah : Bermatlamatkan organisasi partisipatif, rundingan ke arah organisasi partisipatif, pembinaan web partisipatif dan bermatlamatkan persekitaran yang partisipatif. Keempat-empat perkara ini adalah perkara utama dalam memastikan kepimpinan partisipatif ini dapat dibentuk dalam organisasi. Sebagai rumusannya, pengarang telah menggabungkan keempat-empat paksi tadi kepada satu, iaitu teras paling utama dalam kepimpinan partisipatif ini iaitu bervisikan persekitaran yang bersifat partisipatif. Persekitaran ini merangkumi semua perkara, dan bukan hanya dalam halhal yang tertentu sahaja. Kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada semua orang terutamanya yang terlibat dalam bidang kepimpinan organisasi sebagai panduan dalam mentadbir organisasi mereka mengikut stail partisipatif ini. Berdasarkan kajian tersebut, saya mendapati hujah yang diberikan oleh pengarang adalah benar dan meyakinkan. Ini kerana sebenarnya, dalam kita bermatlamatkan sesuatu perkara, kita perlu mempunyai visi yang lebih besar daripada apa yang kita matlamatkan itu. Maka, mengimpikan kepimpinan yang partisipatif dalam organisasi kecil, perlu kepada impian untuk mempartisipasikan persekitaran kita. Meskipun kita tidak mampu mencapai matlamat itu keseluruhannya, sekurang-kurangnya mungkin kita mampu mencedok atau mengaplikasikan sedikit daripada apa yang kita matlamatkan tersebut. Namun yang demikian, mungkin kajian ini adalah lebih baik atau berkesan sekiranya responden juga diambil daripada golongan orang bawahan, iaitu mereka yang dipimpin. Barulah tidak wujud unsur bias di situ. Ataupun mungkin kajian lain boleh dibuat khusus untuk mereka yang dipimpin ini. Ini kerana dalam kepimpinan partisipatif ini, ianya melibatkan dua pihak iaitu golongan pemimpin dan mereka yang di bawahnya.

Anda mungkin juga menyukai