Anda di halaman 1dari 1

Laporan Kemajuan Penyelidikan Nur Shahaneem Mohd Kassim (M20101000367)

Bagi bab 1, masih banyak perlu diusahakan untuk penambahbaikan terutamanya bagi Background of the Study. Dalam kajian ini, saya menggabungkan Writing Skill dan Blog di mana penggunaan blog boleh meningkatkan prestasi pelajaran dalam menghasilkan esei mengikut kehendak

peperiksaan SPM. Saya perlu dengan jelas mengutarakan isu writing skill dan segala permasalahan yang berkaitan dengannya bagi mengukuhkan kepentingan kajian saya terutamanya dalam konteks pendidikan di Malaysia. Saya perlu menambah pembacaan dari kajian-kajian penyelidik lain yang berkaitan dengan penyelidikan saya kerana kajian saya masih banyak kekurangan dari segi mengutarakan latar belakang kajian saya. Begitu juga dengan Problem Statement di mana saya perlu mencari bukti dan sokongan terutamanya dari penyelidik-penyelidik yang turut menyelidik kepentingan blog dalam meningkatkan prestasi pelajaran dalam penghasilan esei dalam Bahasa Inggeris. Bagi subtopik yang lain, banyak telah saya lengkapkan dan mungkin akan ada penambahan dari segi isi dan kepentingan kajian. Kajian literatur saya masih kurang lengkap terutamanya teori yang digunakan dalam kajian saya. Saya juga sedang mencari bahan-bahan kajian penyelidik lain yang mungkin ada menggunakan teori lain kerana saya menggunakan teori konstruktivis. Di samping itu, saya masih di dalam peringkat pencarian bahan untuk penggabungan teori konstruktivis dalam writing skill dan juga penggunaan blog. Saya juga masih menumpukan kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian saya untuk empirical studies sebagai bahan sokongan kepada kajian literatur saya. Bagi bab 3, kajian saya masih kurang lengkap terutamanya bagi research design dan juga methods yang akan digunakan dalam kajian saya. Saya menggunakan quasi-experimental design kerana pelajar yang dipilih dalam kajian saya bukanlah dipilih secara random. Di samping itu, saya masih perlu memberi penekanan kepada pre-test dan post-test di mana bagaimana ianya akan dinilai untuk mendapatkan mean score. Berdasarkan kajian ini, saya perlu menjalankan pilot test untuk kesahan kajian saya. Namun ianya masih belum dijalankan kerana pelajar-pelajar sedang bercuti kerana mereka sedang berada di cuti akhir tahun persekolahan. Selain itu, saya sedang menyusun dan merangka soalan bagi questionnaire untuk diteliti dan dikaji oleh penyelia saya. Secara keseluruhan, banyak lagi yang perlu saya lengkapkan dan penambahbaikan perlu diusahakan. Semua subtopik bagi setiap bab sudah dibuat walaupun masih banyak perlu diperbaiki dan dilengkapkan sebelum dihantar kepada penyelia.

Anda mungkin juga menyukai