Anda di halaman 1dari 1

UTHM/FPTV/LM/02/06-02

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA JURNAL / REFLEKSI PROGRAM LATIHAN MENGAJAR TARIKH TAJUK PERISTIWA 24 Jun 2013 Pengajaran Topik 1 : Penyediaan & Pemasangan Komponen Komputer Menghadiri Kelas Pertama DTM 1 Diploma Teknologi Komputer & Rangkaian di Makmal MK1 dari jam 09.00 11.00 pagi

REFLEKSI: 1. 2. 3. 4. Bisikan Hati Menganalisis/ Menilai Kesedaran Baru Cadangan/ Tindakan

Hari ini merupakan hari pertama kelas bermula bagi sesi Jun 2013. Saya melangkah menuju ke makmal MK1 dengan niat untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan sebaik mungkin. Setelah masuk ke kelas, saya mendapati semua pelajar kelihatan berseri - seri dan ianya membuatkan saya merasa bertambah bersemangat untuk memulakan kelas pertama kami ini. Pada sesi pra pengajaran, kami beramah mesra buat seketika untuk bertanya khabar dan seterusnya saya memperkenalkan diri saya beserta latar belakang pendidikan kepada mereka secara spontan. Kemudian, saya turut meminta mereka memperkenalkan nama dan butir peribadi ringkas seorang demi seorang. Terdapat soal dan jawapan balas antara kami dan ianya berjalan dengan amat baik sekali kecuali seorang pelajar yang duduk di barisan hujung kelihatan agak pendiam dan kurang bercakap. Saya baru tersedar dengan keadaan ini apabila tiba giliran pelajar berkenaan memperkenalkan diri, dia kelihatan kurang bersemangat untuk bangun dan cara pelajar terbabit memperkenalkan diri juga kelihatan agak kurang mesra. Di dalam benak fikiran saya mula terdetik dan pelbagai soalan berlegar legar di minda. Saya mula tertanya tanya mengapa pelajar perempuan berkenaan kelihatan canggung di kalangan 19 orang pelajar yang lain. Pelajar ini kelihatan seperti sedang dirundung kesedihan atau mungkin juga sedang mengalami masalah. Saya bertekad di dalam hati bahawa saya akan cuba menarik perhatian pelajar ini untuk cuba mendekatinya dari semasa ke semasa. Pantauan terhadap perilaku dan prestasinya juga di dalam kelas akan turut saya pantau dan sebarang bantuan yang dirasakan perlu akan saya berikan demi memastikan pelajar ini tidak tercicir kelak.

Tandatangan Pelatih:

Tandatangan Pembimbing/ Penyelia

Nama : Tarikh :

Nama/ Cop:

Anda mungkin juga menyukai