Anda di halaman 1dari 2

T (iii) Anak muda gemar melayari laman sesawang yang negatif kerana keinginan mengetahui sesuatu yang baharu.

Selain itu, memperoleh keseronokan walaupun menggunakan cara yang salah. [Pendapat yang sesuai diterima.] [4 markah] Soalan 2(b) Petikan Cerpen (i) Sangkaan Mak Timah yang meleset ialah dia tidak menyangka anak angkatnya itu bisu dan pekak. Selain itu dia tidak menjangkakan Pungut secacat itu. Akhir sekali, dia tidak menyangka kanak-kanak itu kemudiannya cacat segala- galanya. [Pilih 2 isi sahaja.] [2 markah] (ii) Masyarakat sekarang tidak suka memelihara anak angkat kerana bimbang apabila besar kelak, anak angkat tersebut akan kembali kepada ibu kandungnya. Seterusnya proses mendapatkan anak angkat melalui kerenah birokrasi menyebabkan masyarakat menjadi bosan. Akhir sekali, masyarakat kurang yakin dapat memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak yang baru dipelihara. [Pendapat yang sesuai diterima]. [3 markah] (iii) Perwatakan Mak Timah berdasarkan petikan ialah seorang yang memiliki sifat simpati, contohnya Mak Timah sanggup memelihara Pungut sebagai anak angkat walaupun Pungut cacat. Perwatakan Mak Timah daripada keseluruhan cerpen ialah mengamalkan sifat kemasyarakatan dan semangat bermasyarakat, contohnya Mak Timah menziarahi Siew Lan yang baru keluar dari hospital setelah melahirkan anak yang keenam. [4 markah] Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik (i) Rangkai kata hendak menguji pusaka membawa maksud mahu menilai peninggalan. [2 markah] (ii) Setelah rakyat berkumpul di dalam negeri, Puteri Jilan memakaikan Tuan Bujang alat kerajaan. Seterusnya, Tuan Bujang bersandarlah kepada tiang teras kayu jelatang. Akhir sekali, mahkota kerajaan pun diletakkan oleh Yang Dipertua Sakti kepada Tuan Bujang. [3 markah] (iii) Tuan Bujang tidak menolak anugerah yang diberikan kepadanya kerana dia tidak mahu mengecilkan hati orang yang memberi kumia kepadanya. Seterusnya, dia merasakan memang dia layak menerima anugerah tersebut. Akhir sekali, Tuan Bujang menganggap anugerah tersebut merupakan penghormatan pembesar kepadanya. [Pendapat yang sesuai diterima] [3 markah] Soalan 2 (d) Petikan Puisi i I i Ciri-ciri untuk memperoleh kejayaan ialah tahu menghargai masa. Selain itu, perlulah bersikap tekun ketika menjalankan sesuatu keija. Akhir sekali, timbulkan rasa seronok ketika bekerja. [3 markah] (ii) Apabila kita berhemat ketika berbelanja, kita akan membeli sesuatu barang berdasarkan keperluan, bukan berdasarkan keinginan. Selain itu, kita akan sentiasa memikirkan masa depan yang memerlukan sejumlah wang menyebabkan kita berkeinginan untuk menabung. Akhir sekali, kita tidak akan terpengaruh dengan potongan harga sesuatu barangan ketika hari perayaan. [Pendapat yang sesuai diterima]

[3 markah] (iii) Antara nilai murni ialah kerajinan, contohnya pekerja yang rajin sangat menghargai masa dan tidak suka bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Seterusnya kegigihan, contohnya sifat gigih sangat penting dalam usaha melahirkan pekerja yang produktif. Akhir sekali kesederhanaan, contohnya penyair mahu kita bersederhana yang boleh membawa kesejahteraan dalam kehidupan. [3 markah]

Info-Didik Sdn. Bhd.

J24

(iii) Nilai mumi yang diperoleh daripada petikan ialah keprihatinan, contohnya Pak Man menghargai kesusahan yang dihadapi oleh Jimah, sebab itulah dia mahu Sani menghargai ibu angkatnya itu. Nilai mumi daripada drama ialah keyakinan, contohnya Jimah yakin bahawa suaminya masih hidup lagi, sebab itulah dia sanggup menunggu kepulangan suaminya dari laut. [4 markah] Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik (i) Rangkai kata semuanya melihat laku ' bermaksud keseluruhannya memerhatikan perangai. [2 markah] (ii) Reaksi Raja Indera Bumaya setelah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berpantun ialah tersenyum memandang ke arah puteri tersebut. Kemudian, baginda mempelawa tuan puteri makan. Akhirnya, mereka berdua makan bersama-sama. [3 markah] (iii) Pada pendapat saya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berpantun di hadapan Raja Indera Bumaya untuk memikat baginda agar menyukainya. Selain itu, sebagai mukadimah sebelum dia dapat meluahkan hajat di hatinya. Akhir sekali, sebagai cara memujuk baginda dengan bahasa yang lembut agar baginda tergerak hati untuk memenuhi hasrat hatinya makan bersama-sama. [Pendapat yang sesuai diterima] [3 markah] Soalan 2(d) Petikan Sajak (i) Gambaran pada waktu pagi ialah pagi telah cerah dengan matahari sudah tinggi. Seterusnya burung-burung berterbangan di udara. Akhir sekali, pohon-pohon hijau merendangkan daunnya. [3 markah] (ii) Peluang yang perlu direbut oleh golongan remaja ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan untuk dimanfaatkan dalam keijaya. Selain itu, golongan remaja perlu melibatkan diri dalam dunia perniagaan tanpa bergantung kepada pekerjaan dengan sektor awam. Akhir sekali, golongan remaja perlu melibatkan diri dalam kerja- kerja kemasyarakatan sebagai satu cara membantu orang lain yang hidup dalam kesusahan. [Pendapat yang sesuai diterima] [3 markah] (iii) Persoalan daripada sajak ialah usaha meneroka kekayaan tanah air perlu ditegaskan kepada generasi muda, contohnya penyair menegaskan negara ini kaya dengan pelbagai sumber dan anak muda perlu merebut peluang yang ada. Seterusnya keperluan menggandakan usaha dan membuang sikap alpa dan malas, contohnya penyair mahu anak muda agar bangun segera dengan menepikan sikap alpa dan malas. Akhir sekali kebaikan memulakan langkah sebelum terlewat, contohnya penyair mahu kita memulakan langkah biarpun lambat daripada terus ketinggalan. [3 markah]

Info-Didik Sdn. Bhd.

J4

Anda mungkin juga menyukai