Anda di halaman 1dari 3

Sarankan kesan pendemokrasian pendidikan yang sesuai dalam pengurusan sesebuah sekolah selaras dengan falsafah Pendidikan Negara.

Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistem pendidikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasi pendidikan. Pendemokrasian pendidikan adalah suatu program yang amat penting kepada semua lapisan masyarakat di Negara kita.Hal ini kerana pendemokrasian pendidikan ini memberikan banyak kesan kepada sistem pendidikan serta masyarakat di Negara kita tanpa mengira status, kedudukan, agama dan bangsa.

Melalui pendemokrasian pendidikan ini, kita dapat memberikan hak yang sama rata dari segi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang sama seperti rakan-rakan mereka yang lain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia tanpa mengira kaum, agama serta kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Ini membolehkan golongan miskin juga dapat menimba ilmu tanpa membimbangkan tentang masalah kewangan. Hal ini kerana kerajaan memberi bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang tidak berkemampuan. Dengan itu bukan sahaja dari golongan orang berada malahan golongan orang miskin juga boleh menimba ilmu, meluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kepekaan serta bersaing dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang semakin kuat melanda dunia pada hari ini.

Selain itu, pendemokrasian pendidikan ini juga memberi implikasi yang positif kepada golongan kurang berupaya. Program ini turut tidak melupakan atau

mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Dengan lain perkataan, kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanakkanak down syndrome juga diberi peluang untuk mendapat pendidikan seperti yang termaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita. Dengan itu dapatlah kanak-kanak daripada golongan istimewa juga dapat menimba ilmu seperti orang lain dan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Pendemokrasian pendidikan juga secara tidak langsung mewujudkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan kaum. Hal ini kerana Malaysia ialah sebuah Negara yang unik dimana penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, latar belakang, tradisi, bahasa dan budaya. Oleh itu pelbagai jenis sekolah telah didirikan untuk memenuhi keperluan dan ciri-ciri komuniti masing-masing melalui pendemokrasian pendidikan. Peranan utama sekolah-sekolah ini adalah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dam

memeliharakan hubungan yang baik antara satu sama lain. Ia juga telah dapat direalisasikan melalui penubuhan sekolah Wawasan, dimana sekolah melayu, cina dan india digabungkan menjadi satu. Melalui sekolah wawasan ini pendemokrasian pendidikan telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan anak murid yang belajar di sana tanpa mengira kaum.

Tambahan pula, Pendemokrasian pendidikan turut menyediakan kemudahan prasarana atau infrastruktur pendidikan yang seimbang di antara semua sekolah. Contohnya, kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran, asrama,Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya.kemudahan dan infrastruktur . Kemudahan-kemudahan ini bukan hanya disediakan di kawasan Bandar malah di kawasan pendalaman juga turut disediakan. Ini memboleh semua murid tidak kira dari kawasan Bandar ataupun dari kawasan luar Bandar turut menikmati kemudahan ini. Kemudahan infrastruktur yang lengkap membolehkan murid-murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa.

Sebenarnya, Pendemokrasian pendidikan bukan hanya memberi kesan positif malahan turut memberi kesan negatif kepada anak murid yang belajar di kelas bercantum. Apabila sesebuah kelas bercantum mengandungi ramai murid maka anak-anak murid tersebut tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa proses p&p dijalankan. Guru juga akan menghadapi kesulitan untuk menyampaikan sesuatu kepada anak murid mereka kerana bilangan yang ramai. Ini akan menyebabkan proses P&P tergendala dan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Murid juga akan mengalami kesukaran bertanya tentang masalah yang dihadapi dalam pelajaran kerana guru tidak dapat member perhatian sepenuhnya terhadap setiap individu di dalam kelas. Bilik darjah yang kecil sememangnya tidak dapat menampung jumlah besar anak murid. Maka anak-anak murid tidak dapat belajar

dalam keadaan yang selesa dan berasa rimas. Ini turut menjejaskan prestasi para murid.

Kesimpulannya, pendemokrasian pendidikan sememangnya sesuatu program yang member maanfaat kepada penduduk rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira status dan kedudukan seseorang. Justeru itu, warga Malaysia haruslah menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin menimba ilmu. Tambahan pula, Walaupun dapat disimpulkan bahawa dari segi pendekatan, pelaksanaan serta amalan pendemokrasian pendidikan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia berada di landasan yang betul, kita tidak harus cepat berpuas hati. Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan kita sebenarnya tidak hidup dalam satu kekosongan. Oleh itu, marilah kita bersamasama berusaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dengan melahirkan modal insane minda kelas pertama.

Anda mungkin juga menyukai