Topik 10
Topik 10
TOPIK 10
PENGENALAN
Menurut Mahmod Nazar, 2000, golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Kanak-kanak istimewa ini tidak seharusnya terpinggir dalam kurikulum sekolah. Bagi menglakan pelajar terasa terpinggir pelajar istimewa akan mengikuti kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan khas.
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menghuraikan konsep, definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani suaian; menghuraikan keperluan psikologi orang kurang upaya dan pengubahsuaian; dan menghuraikan kategori pelajar dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani suaian.
PETA MINDA
OUM
139
TOPIK 9
10.1
Golongan istimiwa juga merupakan golongan yang berhak untuk mempelajari dan mengaplikasikan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan. Kanak-kanak istimewa tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi pendidikan. Memandangkan keupayan golongan ini yang agak terhad. dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani suaian di perkenalkan. Disebabkan ciri-ciri istimewa golongan ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka perlu disesuaikan mengikut batasan keperluan. Penyesuaian selalu dilakukan guru ialah menyediakan kemudahan, alatan, objektif dan aktiviti yang bersesuaian.
Apakah perasaan anda sekiranya anda tergolong dalam golongan orang istimewa?
10.1.1
Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani suaian membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau batasan. Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.
10.1.2
Pendidikan Jasmani suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan Pendidikan Jasmani suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.
10.1.3
Bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia, iaitu: Memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya
140
OUM
TOPIK 10
adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan. Pendidikan Jasmani suaian mempunyai persamaan matlamat dan tujuan dengan Pendidikan Jasmani yang di perkenalkan di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani suaian bermatlamat menyediakan keperluan Pendidikan Jasmani kepada pelajar istimewa. Berdasarkan maklumat diatas objektif-objektif pengajaran bagi pelajar istimewa haruslah nyata, bermakna dan dirancang unruk jangka masa yang pendek. Objektif ini mempunyai dua komponen iaitu: Tingkah laku yang dapat diperhatikan Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali berdasarkan peratus gerakbalas.
Ciri-ciri objektif pengajaran yang dicadangkan bersesuaian dengan Pendidikan Jasmani suaian, ialah: Khusus: Pelajar dapat memberi tumpuan selama 75 peratus ketika bermain bola Pencapaian utama yang di inginkan: Pelajar akan dapat berjalan diatas palang Tingkah laku yang dapat diperhatikan: Pelajar akan dapat berbaris menunggu giliran masing-masing Kriteria pencapaian yang jelas contohnya tiga orang pelajar dapat membaling kearah gol dengan tepat Syarat-syarat yang sesuai contohnya tiga orang pelajar dapat membaling kearah gol dengan tepat dari jarak satu meter Objektif haruslah berorentasi pelajar Jangkamasa yang diperlukan untuk mencapai setiap objektif berbeza dari satu hari ke satu hari.
Selain daripada objektif pembelajaran, dalam program Pendidikan Jasmani suaian objektif psikomotor juga perlu diberi perhatian. Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani suaian dari sudut psikomotor berkaitan fizikal, motor, kecergasan dan permainan. (a) Fizikal Pendidikan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek struktur anotomi individu, Kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagi membolehkan individu mengalami perkembangan, pertumbuhan dan kematangan motor bersesuaian dengan umur. Kawalan postur juga menyediakan pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks. Tumpuan utama dalam latihan fizikal ini ialah dua aspek iaitu postur statik dan juga postur yang dinamik.
OUM
141
TOPIK 9
(b)
Motor Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan motor. Aspek motor juga tertumpu kepada perihal kualiti pergerakkan individu dan perlakuan harus ke arah mencapai tahap berkemahiran. Faktor asas yang terlibat ialah: Imej tubuh Kawalan objek Orientasi spatial (ruang) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor Perkembangan kemahiran Kecergasan
(c)
Permainan Secara tradisinya aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi. Permainan merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan kecergasan. Aktiviti permainan memberi ruang kepada pelajar istimewa melibatkan diri dalam berkomunikasi dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.
Latihan 10.1
Berikan definisi Pendidikan Jasmani suaian?
10.2
Orang istimewa mempunyai keperluan hidup seperti manusia biasa. Seperti yang digambarkan mengikut Maslow (1970) keperluan hidup manusia tersusun mengikut hieraki iaitu keperluan hidup, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan ego dan penghormatan juga keperluan kendiri.
142
OUM
TOPIK 10
10.2.1
Namun setelah mengetahui serta menyederi kekurangan yang ada pada diri sendiri. Pelajar istimewa ini akan cuba mengasingkan diri, merasa malu, rendah diri, kurang yakin serta bimbang terhadap masa depan yang serba kekurangan. Pandangan negatif masyarakat, ibubapa, keluaraga dan rakan-rakan menjadikan keadaan yang lebih buruk. Di antara sikap negatif orang normal yang memburukkan lagi keadaan termasuklah: Kegelisahan atau keraguan melayan orang yang kurang upaya dalam interaksi Tidak menerima orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada masyarakt serta mengasingkan mereka daripada masyarakat. Mengambarkan orang kurang upaya sebagai orang yang terlalu tidak berupaya dan mengharapkan simpati daripada masyarakat. Menafikan hak orang kurang upaya dalam masarakat contohnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan. Mengejek, mencaci serta merendahkan nama baik orang kurang upaya
Sokongan daripada ibubapa, rakan-rakan, masyarakat dan institut pendidikan amat penting untuk mengembalikan sifat positif serta keyakinan diri kepada orang kurang upaya.
10.2.2
Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi ke tidak upayaan populasi khas melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga sekolah. 10.2.2.1 Pengubahsuaian Sikap di Peringkat Keluarga
Keluarga merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian pelajar istimewa. Keluarga perlu menerima situasi atau batasan yang wujud apabila salah seorang daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan orang kurang upaya. Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan ialah: