Anda di halaman 1dari 47

Fakto-faktor

pengertian

Ciri-ciri Ajaran sesat

Contohcontoh Kesan dan akibat Langkah pencegahan

Sesuatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan dari ajaran Islam Bahkan bertentangan dengan ajaran Islam Bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. Mereka menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti:
Musailamatul Kazzab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad al-Aswad al-Anusi di Yaman

bermula dengan ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang (ajaran paling tua)

AJARAN SESAT INI BERKAIT RAPAT DENGAN AKIDAH OLEH ITU,,,, MARI KITA JENGUK SEBENTAR apa itu akidah????? BAGAIMANA AKIDAH KITA DI MALAYSIA..

merupakan ilmu yang membicarakan perkaraperkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

usuluddin

Tauhid

ILMU AKIDAH

makrifat

kalam

akidah

1.

Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya 2. 3. 4. 5. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya Mengagung-agungkan keturunan Yahudi Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi

Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w 6. 7. 8. 9. Mempercayai semua ajaran adalah sama Mengaku dirinya sebagai wali

Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk

Bahai.

Ayah Pin.

Contohcontoh Ajaran Sesat

Qadyani.

Tasnim.

Black Metal.

asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi. Nama Qadiani diambil sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India. mula muncul pada tahun 1889 Masihi. dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

ciri-ciri ajaran Qadiani

Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu). Beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah. Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat; Menghapuskan jihad;

Mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;

Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;


Mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji; Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India; Menghukum kafir selain penganut Qadiani

diasakan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah. lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 dan dibawa oleh Yan Kee Leong.

beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.; Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai; Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal); Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi; beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;

Mengagungkan kod 19 hingga kononnya AlQuran dipengaruhi oleh kod tersebut;


Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka; Memansukhkan agama Islam;

Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;


Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali menghapuskan jihad.

Ajaran ini diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang. merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah

Beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad; Beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim Mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu

Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin


Menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka Solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan) Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum

Diasaskan oleh Arifin bin Muhammad. Berpusat di negeri Terengganu. Ajaran ini telah difatwakan merupakan ajran sesat kerana ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

Tuhan adalah manusia

Tidak perlu percaya kepada Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah adalah manusia dan kita boleh mengatasinya dengan berzikir.

Berzikir lebih afdal dari sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, sembahyang lima waktu digugurkan. Syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan kunci syurga hanya ada pada tangan beliau sahaja (Ariffin bin Mohamad). Adapun orang lain adalah seperti babi belaka iaitu kotor.

Sembahyang lima waktu tidak wajib.

berada.

Guru ajaran ini berada di mana sahaja makhluk

Pernah mendakwa dirinya Tuhan.

Cuma dirinya sahaja berkuasa melantik dari kalangan muridnya bagi menyandang gelaran wali Allah serta menentukan darjatnya. Pengikut jika hendak sembahyang, berzikir mestilah dahulu ingat dan menggambarkan wajah guru sebelum mengingati Allah. Mendakwa dirinya diresapi roh nabi dan sampai waktunya nanti dia akan bertukar menjadi Imam Mahadi.

Pengikut mesti mengorbankan harta benda bila diperlukan olehnya.

Mendakwa dirinya sudah mikraj ke langit dan duduk di atas Arasy. Mendakwa ada menerima satu senarai dari Tuhan nama-nama pengikutnya. Tidak sah sembahyang beriman orang lain kerana mertabatnya lebih tinggi dari orang lain. Mendakwa diri akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.

Pergi ke Mekah mengerjakan Haji adalah sia-sia sahaja.

Waktu Sembahyang Subuh berpanjangan hingga masuk Zuhur.

Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.

Seorang anak Adam apabila hampir hendak mati, Allah datang bersalaman dengannya dan tidak payah lagi mengajar mengucap kepadanya.

Kalau seseorang itu hendak jadi Islam kenalah jadi kafir dahulu.

Al Quran yang ada sekarang adalah tidak benar.

Semua alim ulamak, tok guru sekarang penipu kerana menyembunyikan ilmu yang sebenar.

Sembahyang Jumaat tidak wajib.

Ayah Pinlah satu-satunya orang yang boleh membawa Islam yang sebenar sebagaimana zaman Rasulullah S.A.W.

Black Metal adalah muzik yang muncul pada awal 1980-an, sama era muzik Heavy Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal. Pengasas muzik Black Metal ialah seperti kumpulan Venom, Mercyful Fate, Bathory, Hellhammer, Bulldozer, Celtic Frost dan Mayhem. Merupakan satu ajaran yang diasaskan di Barat jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya yang liar, ganas, mengagungkan syaitan serta perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan (anti agama) dan alam ghaib.

Pakaian serba hitam yang dilambangkan dengan kepala tengkorak, bintang lima bucu dengan kepala kambing dan salib terbalik. Tanda-tanda yang nyata sebagai ahli kumpulan ini ialah parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling. Memakai aksesori perempuan serba hitam dan apabila sudah matang sebagai ahli, mereka akan diminta memijak al-Quran sebagai tanda menghinanya.

Ahli kumpulan terdiri dari kalangan remaja Melayu antara 15-35 tahun sebagai division satu, manakala umur 13-19 tahun dinamakan division dua.
Berzikir nama-nama syaitan dengan mengangkat tangan (lambing syaitan). Masa berkumpul mereka ialah waktu lewat malam hingga menghampiri waktu subuh dengan memasang lilin, muzik yang agak pelik di samping mengangkat kedua-dua tangan dengan jari berbentuk (lambing syaitan).

ASPEK AKIDAH : Memijak al-Quran Memuja iblis dan syaitan serta membenci Tuhan Beramal dengan fahaman tiada agama (free thinker) Anti ketuhanan dan anti agama Mengaku dirinya telah murtad Merosakkan minda dan memesongkan akidah

ASPEK SYARIAH :

Bakar dan hina al-Quran Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api Meminum arak dan darah Mengamalkan seks bebas Menggalakkan amalan bunuh diri Menggalakkan pembunuhan

Negara akan mundur.

Kesan Ajaran Sesat Terhadap Negara

Masyarakat memberontak dan negara menjadi tidak aman

Ekonomi negara menjadi kurang stabil.

perkara ghaib adalah sesuatu yang sememangnya diasaskan oleh Al-Quran dan Al-hadith, kerana akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri adalah perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-hadith. penganut-penganut ajaran sesat amat mudah sekali percaya kepada sesuatu perkara ghaib yang dikemukakan oleh guru-guru ajaran sesat apabila perkara-perkara ghaib itu disandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith yang telah diputar belitkan sehingga pengikut-pengikut ajaran sesat itu tidak lagi dapat melihat kesesatan yang disampaikan.

Maksudnya : Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan sembahyang yang menafkahkan sebahgian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.

Kini terlalu ramai mereka yang tidak mahir dengan ilmu Islam lantas mendabik dada bahawa ia telah pandai dan bertaraf ulama dan mula mengumpulkan murid-murid Ada pula antara mereka yang baru setahun jagung berkecimpung dalam tarikat dan tasauf tertentu terus ingin menjadi syeikh memimpin orang-orang lain di dalam mengamalkan tarikat

Jalan singkat yang mudah diperolehi untuk mencari wang ialah dengan mengekploitasikan murid-murid yang setia dengan mengeluarkan ajaran pengabdian diri kepada guru Untuk menghasilkan pendapatan yang banyak bagi mendapatkan pasport dan visa ke syurga seperti mana yang disarankan oleh guru-guru ajaran sesat, pengikut-pengikutnya terpaksa membanting tulang dan bekerja keras

Di antara mereka yang tidak dapat membendung luapan nafsu syahwat sekadar mengerjakan amal ibadat Mendorong sesorang itu mengajar ilmu batin yang sesat mempersoalkan tentang kesalahan nikah biasa hingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikutnya Setiap bakal isteri dinikah batinkan dahulu (bersetubuh) dengan guru, kemudian barulah sah nikah zahir dengan bakal suami

berlaku konflik persaingan yang hebat di antara guru-guru agama di dalam mencari murid dan meluaskan pengaruh masingmasing di dalam sesuatu masyarakat. mereka terpaksa mencipta ajaran-ajaran yang lebih menarik dan dari yang lain Martabat guru ajaran sesat ini juga biasanya lebih mulia, tinggi dan mengatasi segala guruguru yang ada, malah mengatasi Rasulullah s.a.w. dengan gelaran Mursyid (pembimbing) atau sebagainya.

Guru-guru ajaran sesat, biasanya terdiri daripada orang-orang yang terlalu pandai bercakap, bernas fikiran dan mempunyai sejenis Charismatic Leadership atau kebolehan luar biasa didalam menyelesaikan permasaalahan masyarakat batin pengukur yang dapat menentukan sesuatu hukum yang hendak dikeluarkan oleh sesorang guru itu ialah Al-Quran dan Hadith terutama rukun Islam yang lima dan rukun Iman yang enam

Mental guru ajaran sesat biasanya kurang sihat diganggu oleh faktor yang sukar ditentukan seperti terlalu banyak amal ibadat, kurang makan, kurang minum, kurang tidur dan sebagainya yang menyebabkan jasmaninya tidak berdaya untuk memberi tenaga yang cukup untuk berfikir secara waras

Keinginan untuk mempertahankan diri dengan ilmu-ilmu batin yang bertentangan dengan Islam seperti ilmu kebal dan sebagainya telah menyebabkan ramai umat Islam yang tersesat. mengelirukan umat Islam, bacaan di dalam upacara ilmu batin dan sihir biasanya disadur atau dipakaikan jubah Islam iaitu diadakan supaya kelihatan tidak bertentangan dengan ajaran Islam Ilmu batin yang bertentangan dengan Islam pula disebarkan oleh guru-guru yang berpengaruh dalam masyarakat atau orang-orang yang berpangkat.

Anda mungkin juga menyukai