Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika.

Tingkah laku yangtelah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral. Moral terbahagi kepada dua iaitu Baik yang disifatkan sebagai segala tingkah laku yangdikenal pasti oleh etika sebagai baik dan Buruk iaitu tingkah laku yang dikenal pastioleh etika sebagai buruk. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturanperaturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat,kebiasaan

masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkahlaku seseorang. Pendidikan Moral memberikan kita sebab dan pengertian tentang andaian danidea mengenai tindakan yang dianggap baik dan patut dilakukan oleh seseorang individu dalam hidupnya serta dalam hubungan dengan orang lain. Manakala psikologi moral meluaskan kefahaman kita tentang tingkah laku dan perkembangan kapasiti manusia dalam membuat pertimbangan moral dan bertindak sebagai agen moral yang bertanggungjawab. Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem tersebut menumpukan kepada pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi . Pembangunan modal insan memerlukan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu menjadi tenaga kerja terlatih dan berdaya saing di dalam negara dan di peringkat antarabangsa selaras dengan Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai