Anda di halaman 1dari 16

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

KANDUNGAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tugasan 1 Pengenalan Perubahan kurikulum pra kemerdekaan Perubahan kurikulum era kemerdekaan Fasa-fasa kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) Perubahan Kurikulum Pasca Kemerdekaan Transformasi Kurikulum Menjelang Wawasan 2020 Kesimpulan Tugasan 2 8. 9. 10. 11. 12. 13. Pengenalan Objektif Subjek Kajian Tempatan Organisasi Kurikulum Kajian Tempatan Kepentingan Kurikulum Kajian Tempatan Kesimpulan Bibliografi 12 12 13 14 15 16 M/S 2 3 5 6 7 9 11

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

TUGASAN 1 1. PENGENALAN Terdapat pelbagai definisi mengenai kurikulum. Merujuk kepada kajian Micheal Anak Ringgit (2007), menurut Tyler (1949) menyatakan kurikulum adalah alat berfungsi untuk pendidikan manakala Taba (1962), kurikulum adalah suatu pelan

pembelajaran. Menurut Stenhouse (1975) pula kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi mengenai amalan pengajaran dan Tanner & Tanner (1975) pula kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing (Micheal Anak Ringgit, 2007). Manakala Hirst (1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007), menyatakan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancang. Manakala David Warwick mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah sekolah yang bersesuai dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid, kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa (Rohani Abdullah et al., 2003). Merujuk kepada Laporan Kabinet 1979, kurikulum diistilahkan sebagai semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Perubahan kurikulum yang sentiasa berlaku ke atas sistem pendidikan negara kita adalah untuk memastikan agar kualiti dan standard sistem pendidikan negara kita sentiasa relevan dan memenuhi kehendak semasa dan persekitaran global yang kini semakin mencabar . Namun begitu, perubahan kurikulum yang dilakukan hendaklah mengambil kira aspek-aspek tertentu yang mana kurikulum yang digubal hendaklah bersesuaian dengan nilainilai, dan kepercayaan serta unsur-unsur kepercayaan masyarakat majmuk di Malaysia.Ini adalah aspek yang begitu signifikant ditekan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

2. PERUBAHAN KURIKULUM PRA KEMERDEKAAN Pada era pemerintahan British selepas perang dunia kedua dan menuju pra kemerdekaan Tanah Melayu (1946 1956), pihak British telah melaksanakan Rancangan Cheeseman sebagai salah satu instrumen bagi melicinkan sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Sistem pendidikan di Tanah Melayu yang tidak seragam pada waktu tersebut diselaraskan. Pendidikan Vernakular menjadi penekanan pihak British di mana sistem ini hanya bertumpu kepada kepentingan kaum masing-masing sahaja.Senario ini jelas menunjukkan polisi atau dasar pecah dan perintah pihak Britis terhadap kaum Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu. Kelemahan lain yang timbul ialah keseragaman yang ingin dilaksanakan dalam Rancangan Cheeseman hanya tertumpu kepada sekolah rendah. Salah satunya ialah bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar tetapi pada peringkat menengah bahasa pengantar adalah mengikut bahasa ibunda kaum masing-masing. Meskipun pihak British menitikberatkan kebajikan setiap kaum dengan menyediakan pendidikan percuma namun sistem ini tidak mampu memupuk perpaduan dan intergrasi kaum-kaum tersebut. Susulan daripada Rancangan Cheeseman, Laporan Barnes telah

dikemukakan di mana antara perkara yang dicadangkan laporan tersebut ialah; dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu, subjek bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar jika terdapat 15 atau lebih orang murid yang ingin mempelajari bahasa-bahasa tersebut.Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes juga mengemukakan beberapa syor dan antara ialah; sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina dan India akan ditukarkan kepada sekolah kebangsaan yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun demikian, Laporan Barnes mendapat tentangan hebat daripada kaum Cina dan India kerana fokus laporan tersebut lebih menitikberatkan kaum Melayu. Selain itu, kaum Cina menganggap laporan tersebut bertujuan untuk menghapuskan budaya dan bahasa kaum Cina.Dengan mengambil kira reaksi dari kaum Cina maka jawatankuasa FennWu telah ditubuhkan pada tahun 1951, jawatankuasa tersebut bertanggungjawab meneliti dan mengkaji kelemahan Laporan Barnes dan seterusnya mengemukakan Laporan Fenn Wu. Laporan tersebut antaranya mencadangkan sekolah vernakular
3

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

Melayu, Cina dan India dibenarkan beroperasi dengan bahasa ibunda masingmasing dan penambahan bahasa kebangsaan juga diadakan dan dalam masa yang sama sekolah kebangsaan terutamanya aliran bahasa Inggeris dikekalkan.

RANCANGAN CHEESEMAN (selepas perang dunia ke-2)

LAPORAN BARNES (1950)

ORDINAN PELAJARAN 1952 (1952)

LAPORAN FENN-WU (1951)

Rajah 1.1

Aliran carta menunjukkan polisi British yang bermula dari

rancangan Cheeman hingga ke penubuhan Jawatankuasa Barnes dan Fenn-Wu yang mengemukakan Laporan Barnes (1950) dan laporan Fenn-Wu (1951) sehingga tertubuhnya Ordinan Pelajaran 1952. Impak daripada laporan Barnes dan Fenn-Wu, maka pihak British telah menubuhkan Ordinan Pelajaran 1952 bagi mengkaji segala cadangan dan syor yang telah dikemukakan oleh dua laporan tersebut. Ordinan tersebut juga bertujuan mencari penyelesaian win-win situation atau mencapai kompromi yang dapat diterima oleh setiap kaum di Tanah Melayu.Ordinan tersebut telah menetapkan sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan dengan pengenalan bahasa Inggeris secara beransur-ansur di semua sekolah Melayu. Pada masa yang sama, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikuatkuasa ke atas sekolah-sekolah Cina dan Tamil.Selain itu, sekolah-sekolah jenis vokasional diperkembangkan. Namun, Ordinan ini gagal terlaksana disebabkan masalah kewangan dan situasi darurat yang berlaku di Tanah Melayu.

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

3. PERUBAHAN KURIKULUM ERA KEMERDEKAAN Setelah Kerajaan Perikatan yang terdiri daripada tiga parti utama iaitu UMNO, MCA dan MIC memegang tampuk pemerintahan Tanah Melayu pada tahun 1955, sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Tanah Melayu khasnya Dasar Pelajaran pihak British, seterusnya mencadangkan satu bentuk sistem pendidikan yang baru yang boleh diterima pakai oleh Persekutuan Tanah Melayu yang sedang menuju pemerintahan sendiri dari tangan pihak British. Jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Tun Abdul Razak bertanggungjawab mencari formula dalam pembentukan sistem pendidikan yang mampu menyatupadukan kaum-kaum di Tanah Melayu yang masih berpaksikan kepada ras masing-masing. Hasilnya Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan beberapa syor yang membawa kepada penghasilan Penyata Razak yang diluluskan di Parlimen pada tahun 1956. Terdapat 17 cadangan yang dikemukakan dalam penyata tersebut yang menjadi garis panduan dalam pembentukan sistem pendidikan yang baru di Tanah Melayu.Antara yang utama yang ditekankan adalah semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan pelajaran yang sama. Seterusnya, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Selain itu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah rendah dan menengah.Kesemua cadangan tersebut telah dimaktubkan ke dalam Ordinan Pelajaran 1957. Pada tahun 1959, satu jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula keberkesanan Laporan Razak dan strategi bagi melahirkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang mapan. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Abdul Rahman Talib telah

mengemukakan beberapa syor bagi penambahbaikan susulan dari Penyata Razak. Antara syor yang dicadangkan ialah; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk sekolah rendah,menengah dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa Melayu dan semua calon yang peperiksaan haruslah lulus bahasa Melayu sebelum memasuki sekolah menengah. Syor-syor tersebut seterusnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Antara dasar yang terkandung dalam akta ini adalah;semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira jenis aliran. Pada masa yang sama, bahasa Melayu
5

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

digunakan sepenuhnya dari peringkat rendah, menengah dan seterusnya institut pengajian tinggi. Selain itu, umur minimum yang ditetapkan bagi meninggalkan sekolah adalah 15 tahun. 4. FASA-FASA KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH Selepas penguatkuasaan Akta Pelajaran 1961, sistem pendidikan negara selepas kemerdekaan melalui tiga fasa dimana ketiga-ketiga fasa tersebut merupakan era Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Fasa pertama (19631965) merupakan fasa permulaan pelaksanaaan sistem pendidikan setelah Akta Pelajaran 1961 berkuatkuasa. Fasa kedua (1965-1970) adalah fasa pelaksanaan sistem pendidikan dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK1). Ketika ini, fokus sistem pendidikan bertumpu kepada mencari penyelesaian kepada kemelut ekonomi dan sosial yang berlaku. Selain itu, aspirasi lain yang ingin dicapai ialah memperkasakan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk intergrasi sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan prasarana pendidikan yang lebih efisien dan selesa kepada pelajar. Seterusnya meningkatkan mutu pendidikan negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum atau agama. Fasa ketiga (1971-1975), fasa ini bertumpu kepada pengubahsuaian sistem pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan perkembangan ekonomi sekaligus melahirkan lebih ramai tenaga pekerja mahir dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Antara aspek-aspek Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dapat diperhatikan ialah; dari aspek kemahiran, KLSR lebih bercorak umum dan lebih berfokus kepada hafalan dan pada masa yang sama teknik pengajaran guru juga lebih bertumpu kepada kaedah kelas di mana guru hanya menggunakan buku teks sebagai sumber tanpa pengunaan sumber alternatif. Selain itu, KLSR juga mengandungi banyak subjek dan sukatan pelajaran adalah tidak fleksibel,isi kandungan pelajaran tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. KLSR juga tidak memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah. Dari aspek penilaian pula KLSR lebih bersifat sumatif, semua pelajar wajib lulus bahasa Melayu dalam peperiksaan awam yang dijalankan.KLSR lebih berorientasikan kepada pemupukan perpaduan dengan penggunaan bahasa Melayu serta pembasmian buta huruf.

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

5. PERUBAHAN KURIKULUM PASCA KEMERDEKAAN Setelah pelaksanaan sistem pendidikan yang berpandukan kepada Laporan Rahman Talib berjalan untuk beberapa tahun, pihak kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 bagi mengkaji semula dasar pendidikan selepas berlakunya beberapa peristiwa penting dalam negara iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, pembentukan Rukun Negara (1970) dan Dasar Ekonomi Baru (1970). Implikasi peristiwa-peristiwa tersebut telah mendorong kerajaan untuk lebih menumpukan aspek perpaduan negara dan pada masa yang sama memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik. Susulan daripada itu, Laporan Jawatankuasa

Kabinet 1979 telah dikemukakan setelah melalui pelbagai kajian.Laporan tersebut telah menetapkan secara tersurat dan tersirat rupa dan jenis rakyat Malaysia yang akan dibentuk melalui sistem pendidikan Malaysia. Hasrat tersebut diterjemahkan seperti berikut: Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya individu yang lahir dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979) Laporan jawatankuasa tersebut memberi tumpuan penting kepada enam aspek dalam menaiktarafkan mutu pendidikan negara. Antaranya ialah memberi penegasan kepada aspek kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Selain itu, penegasan terhadap pendidikan agama yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini serta penegasan kepada kurikulum bercirikan Malaysia. Semua syorsyor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 diterjemahkan dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 bagi menggantikan KLSR.

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

PERBANDINGAN KLSR DAN KBSR

KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah) Sukatan pelajaran yang tidak fleksibel. P&P berpusatkan kepada guru. Pengajaran lebih kepada kaedah kelas.

KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) Berbentuk pendidikan asas. Mengutamakan kemahiran 3M. Aktiviti P&P berpusatkan murid.

Bergantung sepenuhnya kepada buku Terdapat sumber rujukan, alat bantu teks, kurang pengunaan sumber lain. Terlalu banyak subjek. mengajar selain buku teks. Penggabungjalinan antara subjek.

Jadual 2.1: Perbandingan antara Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Antara objektif yang ingin dicapai dalam KBSR ialah para pelajar dapat menguasai bahasa Melayu dan menghargainya sebagai bahasa kebangsaan serta sebagai instrumen dalam memupuk intergrasi dan perpaduan nasional. Selain itu menitikberatkan kepentingan penguasaan 3M. KBSR juga memberi fokus terhadap perkembangan menyeluruh individu yang meliputi aspek JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial). Penerapan nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga diberi perhatian dalam KBSR. KBSR juga terdiri daripada tiga komponen asas utama iaitu komponen komunikasi, kemanusiaan dengan alam sekitar dan perkembangan diri individu. Berdasarkan kepada objektif-objektif tersebut, jelas kelihatan matlamat KBSR yang ingin membentuk JERIS pelajar secara total yang mana selari dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu membangunkan negara dan menyemai perpaduan dikalangan kaum dan juga intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan sistematik. Setelah pelaksanaan KBSR selama 10 tahun, pada tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenal semula menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di mana ianya seiring dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020. Selain itu, globalisasi dan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) diperkenalkan. Aspek utama yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan bagi mewujudkan kesepaduan
8

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini turut menitikberatkan teori dan amali termasuk nilai murni dalam melahirkan insan yang seimbang. Selain itu, proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas diperkukuhkan dengan aktiviti kokurikulum. 6. TRANSFORMASI KURIKULUM MENJELANG 2020 Bagi memastikan aspirasi dan matlamat sistem pendidikan negara mampu bersaing dengan kehendak semasa, maka pada tahun 1995 pihak kerajaan telah mengemukakan Rang Undang-undang pendidikan 1995 bagi memastikan negara mampu menghasilkan sistem pendidikan yang mencapai taraf dunia dari segi kualiti.Dengan termaktubnya Akta Pendidikan 1996 maka pada tahun 1999, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang baharu telah digubal dan telah diberi beberapa penambahbaikan. Antara seperti pengenalan Sekolah Bestari di mana konsep pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid sebagai fokus utama. Dalam masa yang sama, pada tahun 2000 setiap sekolah menggunakan Sukatan Pelajaran edisi 2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diikuti dengan Huraian Sukatan Pelajaran pada tahun 2002. Semakan yang dilakukan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1999 juga adalah disebabkan oleh Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPMSI). PERBEZAAN ANTARA KBSR DAN KSSR KBSR KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Standard Sekolah Rendah 3M (Membaca, Menulis, Mengira) 4M (Membaca, Menulis, Mengira,

Menaakul) Pengunaan Sukatan Pelajaran Pengunaan Kurikulum Berbentuk linear Fokus kepada dan 3 Berbentuk modular bidang:Komunikasi, Fokus kepada 6 tunjang: Komunikasi, Alam Sekeliling, Kerohanian, Kemanusiaan, Sikap dan Nilai, Fizikal Dokumen Standard

Manusian

Perkembangan Diri Individu

Perkembangan

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

dan

Estetika,

Sains

dan

Teknologi,

Ketrampilan Diri Mengandungi elemen berfikir secara Mengandungi elemen kreativiti dan

kreatif dan kritis.

inovasi, keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara explisit.

JADUAL 3.1: Perbezaan di antara KBSR dan KSSR Setelah lebih kurang 53 tahun sistem pendidikan melalui pelbagai perubahan dan asimilasi bagi menuntut kehendak masa dan implikasi globalisasi dan dunia tanpa sempadan, maka berlaku sekali lagi transformasi dalam sistem pendidikan negara bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat mengadaptasikan diri dengan perkembangan dan persekitaran global. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal yang mana ianya berpandukan kepada keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR digubal kerana KBSR telah menjadi kurang relevan dan berkesan dalam penghasilan individu cemerlang yang mempunyai pengetahuan yang luas bersesuaian dengan warga negara masa hadapan. Transformasi ini juga bertujuan untuk mewujudkan intergrasi dan perpaduan yang lebih utuh di kalangan masyarakat majmuk Malaysia. KSSR direkabentuk dan memberi fokus kepada enam tunjang yang membawa kepada perkembangan insan secara seimbang ditambah dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Tunjang tunjang tersebut adalah pertama Tunjang Komunikasi. Kedua adalah Tunjang Kerohanian. Ketiga, Tunjang Kemanusiaan. Keempat, Tunjang Ketrampilan Diri. Kelima, Tunjang Fizikal dan Estetika serta yang keenam; Tunjang Literasi Sains. KSSR digubal berorientasikan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Penambahbaikan yang terkandung dalam KSSR adalah kesinambungan daripada KBSR yang sedia ada. Penambahan seperti elemen kreativiti dan inovasi, memberi fokus utama kepada kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal dan kognitif, sikap dan nilai untuk Tahap 1 dan 2. Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta kemahiran yang lebih kompleks.

10

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

KOMUNIKASI

KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

INSAN SEIMBANG SAINS DAN TEKNOLOGI (PEMIKIRAN KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF)

KEMANUSIAAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

KETRAMPILAN DIRI

RAJAH 4.1: Enam Tunjang yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 7. KESIMPULAN Anjakan era globalisasi menuntut transformasi yang seimbang ke atas sistem pendidikan negara ini di mana tujuan utama adalah agar murid-murid yang menjadi pelapis untuk generasi masa hadapan tidak ketinggalan dalam arus kemajuan perabadan dunia. Dengan pengenalan kurikulum yang terkini adalah diharapkan supaya mampu menyahut aspirasi negara dalam menuju kepada sebuah negara yang maju.

11

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

TUGASAN 2 8. PENGENALAN Berdasarkan kepada struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kajian Tempatan mampu melahirkan individu yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketrampilan. Kurikulum Kajian Tempatan yang berkait-rapat dengan bidang

kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam komuniti yang mengamalkan nilai moral dan etika yang utuh, mempraktikkan amalan demokrasi, penyayang , progresif, sejahtera serta bersemangat patriotik. Matlamat kurikulum Kajian Tempatan adalah bagi melahirkan murid yang patuh dan setia kepada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga menjadi rakyat Malaysia serta mampu berinteraksi secara efektif ke arah pewujudan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmonis, demokratik, progresif dan mensyukuri nikmat Tuhan. 9. OBJEKTIF SUBJEK KAJIAN TEMPATAN Objektif kurikulum Kajian Tempatan sekolah rendah dapat diperhatikan seperti berikut: OBJEKTIF 1. Mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam keluarga dan masyarakat; 2. 3. 4. Memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan negara; Mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara; Memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan negara; 5. mencintai dan menghargai alam sekitar;

12

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

6.

Mengenali

tokoh-tokoh

dan

menghargai

sumbangan

mereka

dalam

memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan; 7. 8. 9. Memahami dan menghargai sejarah negara; Menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir; Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik dan;

10. Mensyukuri segala nikmat Tuhan. JADUAL 5.1: Objektif Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah ( Sumber dipetik dari Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR, mukasurat 3-4) 10. ORGANISASI KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN Organisasi sukatan pelajaran Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan mengandungi program pembelajaran untuk tiga tahun bermula dari tahun 4 sehingga tahun 6 di mana kandungan subjek ini mencakupi tiga ruang liput.

KANDUNGAN MATAPELAJARAN KAJIAN TEMPATAN (TAHUN 4 , 5 DAN 6)

KEDUA (TAHUN 5) PERTAMA (TAHUN 4) KELUARGA, RUMAH, JIRAN DAN SEKOLAH KAWASAN TEMPAT TINGGAL , MUKIM, DAERAH/JAJAHAN, BAHAGIAN DAN NEGERI KETIGA (TAHUN 6) NEGARA KITA

RAJAH 6.1: Kandungan Kurikulum Kajian Tempatan KBSR (Sumber dipetik dari Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR, mukasurat 4) Ruang liput yang pertama memfokuskan kepada interaksi murid sesama keluarga dan masyarakat serta nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat.
13

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

Manakala ruang liput yang kedua pula menyedarkan murid mengenai identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal, mukim, daerah atau jajahan, bahagian dan negeri agar mereka cinta dan bangga akan persekitaran dan negeri mereka. Seterusnya, ruang liput yang ketiga, mendedahkan murid-murid kepada sejarah, keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ini akan melahirkan kesedaran kepada para murid mengenai usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Pengalaman pembelajaran yang diterima dari ruang liput tersebut dapat mencorak rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik dan berbangga menjadi warganegara Malaysia. 11. KEPENTINGAN KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN Subjek Kajian Tempatan adalah subjek yang membincangkan serta mengkaji interaksi manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar melalui aktiviti kemahiran belajar, berfikir dan sosial. Subjek ini diajar pada tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan nilai yang telah disepadukan secara sistematik dalam subjek lain di tahap 1 terutama dalam subjek bahasa Melayu dan Inggeris. Proses pembelajaran subjek ini dirancang bagi memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar dengan mengaplikasikan pelbagai teknik seperti teknik inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan pada diri murid-murid. Penggunaan pelbagai sumber khasnya teknologi maklumat adalah digalakkan untuk melatih murid-murid supaya mahir dalam penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada peringkat sekolah rendah, subjek ini turut memberi pendedahan kepada murid tentang pengalaman pembelajaran bagi menangani implikasi anjakan globalisasi, ledakan ilmu serta pengetahuan dan pada masa yang sama mempunyai wawasan merancang masa hadapan. Selain itu, mempunyai ketahanan diri yang kuat dan bersemangat patriotik bagi memenuhi aspirasi dan matlamat negara dalam menuju wawasan 2020 serta menjadi sebuah negara yang maju. Subjek Kajian Tempatan menjadi instrumen utama dalam memupuk semangat patriotik pada diri murid-murid supaya berbangga menjadi warganegara Malaysia yang cinta akan tanahair dan sentiasa bersyukur kepada nikmat yang diberikan Tuhan.

14

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

12. KESIMPULAN Bagi perancangan dan pelaksanaan kurikulum Kajian Tempatan, fokus hendaklah diberikan kepada penguasaan dan pengembangan dalam kemahiran belajar dan berfikir bagi memastikan para murid mampu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional ketika berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin rumit dan kompleks ini. Variasi kecerdasan murid hendaklah diambil kira bagi mengukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam membentuk insan yang peka kepada isu atau permasalahan. Pada masa yang sama, mereka juga mampu meramal, menjangka implikasi serta mengendalikannya ke arah kecemerlangan dan keharmonian hidup. Selain itu, para murid juga haruslah mampu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka kelak menjadi generasi yang celik akan teknologi seterusnya berupaya memanfaat sepenuhnya dengan penuh tanggungjawab demi aspirasi dan kesejahteraan semua.

15

TZ10103

RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

BIBLIOGRAFI

Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan . Jabatan Ilmu Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti.

Kamaruddin Hj. Husin (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan Kurikulum Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

16

Anda mungkin juga menyukai