Anda di halaman 1dari 127

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS

KBC3013
PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF (MODUL 2)

[2013]

Kandungan Modul 2
Modul ini dibangunkan untuk memenuhi rangka kurusus KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif. Unit 1 hingga 8 mengandungi perbincangan yang berbeza dan saling melengkapi untuk mencapai objektif pengajaran dan berkesinambungan daripada Modul 2.

Unit 1 Membincangkan teori dan model pintar cerdas. Unit 2 Membincangkan instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai. Unit 3 Membincangkan instrumen kecerdasan. Unit 4 Membincangkan ujian pengesanan menggunakan senarai semak. Unit 5 Membincangkan definisi ujian kecerdasan, kepentingan dan keperluan ujian, prinsip pembinaan ujian dan rubrik. Unit 6 Membincangkan definisi, ciri-ciri keperluan khas, cara mengenal pasti dan strategi pendidikan dan pengajaran. Unit 7 Membincangkan kurikulum, kaedah dan pengajaran, peranan pihak yang menyokong dan penglibatan golongan profesional terhadap pelajar pintar cerdas. Unit 8 Membincangkan strategi pengajaran pintar cerdas dan kemahiran berfikir kreatif dan kritis.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 1

UNIT 1 TEORI DAN MODEL PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Teori-teori Pintar Cerdas Mengenal Pasti Konsep Penting Bagi Setiap Teori Pintar Cerdas Menghuraikan Model yang Dibangunkan dalam Setiap Teori Menjelaskan Aspek dan Domain Pintar Cerdas yang Ada Dalam Setiap Teori

PENGENALAN
Teori kecerdasan telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang terlibat dalam kajian yang berkaitan dengan pintar cerdas. Teori-teori ini telah banyak memberi sumbangan besar dalam dunia pendidikan pintar cerdas. Berdasarkan toeri, banyak kajian dijalankan terhadap sampel tertentu yang mempunyai potensi tertentu dilabel sebagai pintar cerdas. Pada awalnya, teori kecerdasan menekankan pencapaian mental dengan memperkenalkan ujian IQ. Tokoh-tokoh terlibat menjalankan banyak kajian yang menyokong teori mereka. Zaman semakin mengalami perkembangan, begitu juga dengan perkembangan teori kecerdasan yang semakin meluas konsepnya. Konsep kecerdasan mengikut teori dijadikan asas untuk membentuk program dan pendekatan yang sesuai agar keperluan individu pintar cerdas dapat dipenuhi dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 2

ISI KANDUNGAN

Setiap tokoh pendidikan pintar cerdas telah memperkenalkan pelbagai teori. Bagaimanakan mereka memperkenalkan dan melaksanakannya? Adakah pelaksanaannya berkesan? Apakah medium penyampaian yang digunakannya? Kebanyakan tokoh menggunakan model tertentu untuk menghuraikan setiap konsep dengan baik.

Setiap konsep kecerdasan yang diperkenalkan didasari oleh teori yang tertentu. Dalam unit ini akan menyentuh pelbagai jenis teori yang menekankan konsep kecerdasan yang tersendiri. Teori dalam unit ini meliputi Teori Renzulli (kreativiti), Teori Tannenbaum (faktor dalaman dan luaran), Teori Sternberg (kreativiti), Teori Gagne(motivasi dan peluang, pelbagai domain), Teori Dabrowski (perkembangan cepat), Teori Howard Gardner (kecerdasan pelbagai) dan Teori Guilford (struktur kecerdasan).

TEORI RENZULLI
Renzulli merupakan tokoh terkenal dalam bidang pintar cerdas. Beliau memperkenalkan Triad Model iaitu mempunyai 3 ciri 1) kebolehan yang tinggi 2) komitmen yang tinggi 3) kreativiti yang tinggi. Beliau mengatakan Giftedness consist of an interaction among three basic clusters of human traits -these clusters being above-average general abilities, high levels of task commitment, and high levels of creativity. Gifted and talented children are those possessing or capable of developing the composite set of traits and applying them to any potentially valuable area of human performance. Children who manifest or are capable of developing an interaction among the three clusters require a wide variety of educational opportunities and services that are not ordinarily provided through regular instructional programs.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 3 Teori Renzulli mempunyai tiga bulatan dan konsep pintar cerdas dilihat pada tindihan ketigatiga bulatan tersebut. Teori ini menegaskan, seseorang pintar cerdas itu mempunyai kebolehan sederhana, kreativiti dan komitmen tugas yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara atau projek khusus. Konsep ini diperkenalkan oleh beliau kerana ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini boleh dipraktikkan dalam sesuatu pekerjaan. Terdapat tiga sebab atau perkara yang mendasari konsep pintar cerdas beliau. Iaitu, pertama, definisi ini diperolehi daripada kajian penyelidikateori in yang dijalankan terhadap ciri-ciri individu pintar cerdas dan berbakat. Kedua, teori ini memberi panduan dan bimbingan untuk memilih atau membina instrumen dan menggunakan proses itu untuk membangunkan sistem yang sesuai untuk membuat pengesanan kepada golongan ini. Ketiga, konsep ini menyediakan hala tuju untuk program yang sesuai kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas dan memenuhi kehendak program; memberi pelajar pintar cerdas satu perhatian yang khu sus sebagai pelajar berkeperluan khas. Sasaran Renzulli adalah menghasilkan produk yang kreatif iaitu merujuk kepada pelajar pintar cerdas ini. Menurut beliau, tiada keunikan atau keistimewaan pintar cerdas terhasil pada satu ciri sahaja. Tetapi interaksi ketiga-tiga ciri tersebut adalah asas atau perkara penting untuk menghasilkan produk yang kreatif. Beliau menekankan kesilapan yang sering berlaku dalam prosedur pengesanan ialah apabila terlalu memfokuskan kepada kebolehan yang luar biasa berbanding dua ciri lain. Oleh yang demikian, untuk memastikan hasil pengesanan yang baik diperolehi berdasarkan konsep ini, perlu mengambil kira ketiga-tiga ciri tersebut dalam masa yang sama. Teori ini telah banyak digunakan secara meluas di sekolah-sekolah melalui pembinaan modul dan akademi.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 4 Antara model yang telah dibangunkan berdasarkan konsep Renzulli adalah; 1) Enrichment Triad Model (Renzulli, 1977) - mencadangkan bahawa pelajar berbakat harus menerima dan menjalani tiga jenis pengayaan:

Objektif: diperlukan produktif.

Membolehkan pelajar pintar cerdas Aktiviti I - Aktiviti penerokaan potensi kecerdasan kreativiti yang dan Aktiviti II- Aktiviti Latihan Berkumpulan untuk mendorong

membangunkan

Aktiviti III- Penyiasatan secara individu atau kumpulan kecil.

2) Revolving Door Identification Model - bertujuan untuk memberi model yang lebih fleksibel dan menggunakan pendekatan inklusif untuk mengesan pelajar pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 5 3) Schoolwide Enrichment Model (SEM)

Kelebihan SEM

1) SEM menawarkan pelbagai perkhidmatan pengayaan kepada pelajar

Objektif

1) Andaikan pintar cerdas mencerminkan tingkah laku yang terhasil daripada interaksi tiga ciri-ciri ( kebolehan sederhana, komitmen tugas, dan kreativiti) 2) Menganggap bahawa tingkah laku yang berbakat boleh lebih maju, dan perkhidmatan harus diberikan kepada mana-mana pelajar ini apabila tingkah laku yang dipamerkan, dan bukan hanya kepada pelajar yang skor baik dalam ujian standard.

Kumpulan Sasaran

Model direka untuk kanak-kanak dan digunapakai di kebanyakan sekolah rendah.

4) The Secondary Triad Model

Rekabentuk

Pelaksanaan Model Enrichment Triad dan Model Revolving Door Identification Model

Prosedur

1) Pembentukan pasukan perancangan disiplin 2) Merancang dan mengatur matlamat program dan aktiviti, pilihan mencakupi kurikulum dan peluang pengayaan keseluruhan sekolah.

Sasaran

Direka untuk dilaksanakan di sekolah menengah.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 6 Akademi yang dicadangkan oleh) selari dengan sekolah adalah Academy of Inquiry and Talent Development.

Pendekatan

1) Menggunakan kategori pengayaan sebagai mod penghantaran, pelajarpelajar dan guru-guru memilih kelompok di mana mereka yang mengambil bahagian supaya semua pelajar dan guru-guru yang terlibat. 2) Semua aktiviti yang ditadbir menuju ke arah pengeluaran produk atau perkhidmatan. 3) Satu kaedah yang sama seperti penyiasat profesional akan digunakan untuk meneruskan kedua-dua produk dan pembangunan perkhidmatan.

Kelebihan

1) Tiada pelajaran berasingan atau memfokus kepada unit mentadbir akademi, tetapi menekankan pelajar supaya kepentingan peserta yang benar-benar dilaksanakan. 2) Semua pelajar tidak melakukan benda yang sama dalam masa yang sama 3) Mengkhususkan kepada ketepatan masa dan mencapai kestabilan masa. 4) Peraturan persekolahan ditangguhkan agar akademi ini dapat membantu dalam aktiviti dan kerja yang diberikan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 7 Kekuatan The Triad Model ialah:

Bersifat empirikal kerana ia dibangunkan selepas satu kajian menyeluruh ciri-ciri dewasa terkenal dari pelbagai bidang. Dalam pembentangan asal, ia adalah sangat mudah untuk difahami kerana ia hanya termasuk tiga komponen: keupayaan melebihi purata, kreativiti dan komitmen tugas.

Berbentuk inklusif dan membuka peluang kepada pendidikan berbakat untuk setiap pelajar dan aktif berkhidmat sekurang-kurangnya 25-30% daripada pelajar-pelajar di sekolah. Lebih baik daripada IQ biasa yang menekankan konsep skor cut-off yang mengenal pasti hanya 1-2% daripada pelajar pintar cerdas.

Telah membawa kepada petunjuk yang sangat khusus untuk program pendidikan untuk memupuk dan melahirkan produk yang kreatif yang merangkumi kebanyakan masa di sekolah dan bergerak ke peringkat lebih tinggi dalam proses kedewasaan seorang pelajar.

Memberi panduan yang lebih teguh tentang bagaimana untuk mencari remaja berbakat dengan mempelajari setiap tingkah laku yang mereka tunjukkan dan membangunkan bakat mereka dengan mengatur perkara yang sepadan dengan sifat-sifat tersebut.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 8 Kelemahan The Triad Model Renzulli ialah:

Masalah kemungkinan banyak disebabkan faktor persekitaran, terutamanya jika ia dilaksanakan melalui pendekatan bilik sumber, dan pelajar-pelajar keluar dari kelas biasa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pengayaan yang boleh menjejaskan tumpuan..

Sesuai pada peringkat awal sahaja, di sekolah rendah sudah mencapai peringkat pencarian dan pembangunan bakat, berbanding aspek yang lebih khusus di peringkat menengah yang sepatutnya ditumpukan. Ini adalah kerana model asas adalah domain umum dan kebanyakan sekolah menengah menawarkan kurikulum domain tertentu.

Hanya memberi tumpuan kepada pembangunan produktiviti kreatif. Sesetengah pelajar berbakat kekurangan minat dan bakat kreatif atau produktif. Model ini mungkin tidak begitu sesuai untuk pelajar-pelajar yang ingin menjadi profesional dalam bidang-bidang seperti undang-undang atau perubatan.

TEORI PSIKOSOSIAL TANNENBAUM


Teori ini mengemukakan hubungan antara potensi dan pencapaian iaitu dikatakan sebagai hubungan antara harapan dan kepuasan . Tannenbaum menyatakan bahawa ramai orang yang menggunakan pengetahuan yang ada dan keberkesanannya pada awalnya gagal untuk mengembangkan penjanaan idea yang sedia ada. Teori psikososial pintar cerdas ini melihat penglibatan isu moral dan etika sebagai halangan kepada pelajar. Tannenbaum menyatakan pengembangan idea boleh dikembangkan sejak di peringkat awal walaupun hasilnya dapat dilihat apabila dewasa. Tannenbaum menjelaskan kanak-kanak yang mempunyai potensi untuk berjaya sebagai orang dewasa yang pintar cerdas dan berbakat bukan hanya memerlukan kebolehan secara umum atau

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 9 khusus, tetapi juga perlu ada sifat personaliti dan suatu pertembungan istimewa dengan persekitaran untuk mencungkil bakat yang ada. Bagaimana untuk mencapai tahap pintar cerdas? Apakah faktor dan sumber yang diperlukan? Terdapat aspek dalaman dan luaran ini yang merangkumi proses ini. Memperkenalkan 5 faktor iaitu kebolehan umum, kebolehan khusus, faktor personaliti, faktor persekitaran, faktor kemungkinan atau nasib (peluang).

Kebolehan umum

Merupakan perbezaan pelbagai tahap kebolehan intelektual yang diperlukan untuk kepelbagaian jenis kejayaan. Tahap yang paling tinggi dalam sesuatu kebolehan diperlukan untuk sesetengah aktiviti dan sebahagian bidang pembelajaran. Contohnya, terdapat aktiviti yang memerlukan kebolehan yang sederhana kerana ia tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah.

Kebolehan khusus

Apabila individu itu dikenal pasti sebagai cerdas, kebolehan pemikirannya mesti diperkukuhkan menjurus kepada bidang yang khusus. Selagi kebolehannya berfikir dengan tinggi, individu pintar cerdas mesti mempunyai keupayaan khusus dan tarikan kepada kerja yang tertentu. Sesetengah kebolehan istimewa boleh dikenal pasti pada usia di peringkat awal kanak-kanak. Selain itu, ada yang tidak nampak berapa jelas kebolehannya pada perigkat awal sehingga kanak-kanak membesar pada peringkat akhir umur kanak-kanaknya, kebolehannya terserlah.

Faktor personaliti

Keupayaan seseorang semata-mata tidak akan menghasilkan suatu kejayaan. Tannenbaum menyatakan bahawa ia memerlukan faktor lain iaitu faktor keperluan seperti motivasi, konsep kendiri, keupayaan melakukan tugas, kehendak untuk berkorban dan perasaan puas hati dalam jangka masa pendek

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 10 untuk kejayaan jangka masa panjang. Selain itu, individu pintar cerdas yang ada keupayaan tinggi juga memerlukan kesihatan mental yang baik, keinginan untuk memberi persembahan sesuatu perkara dan juga berkongsi satu bakat yang sama.

Faktor persekitaran

Bukan sahaja tahap kebolehan kanak-kanak yang akan berkembang tetapi jenis bakat yang akan dihormati oleh masyarakat. Maka, sejumlah pelaburan berguna masa hadapan yang masyarakat akan cuba pupuk ke dalam pemahaman pintar cerdas dan berbakat ini. Faktor persekitaran yang mempengaruhi termasuklah bukan sahaja keluarga kanak-kanak tetapi juga hubungannya dalam kumpulan kelas sosialnya, sekolah dan komuniti, tetapi juga ekonomi, undang-undang, institusi politik dalam negara di mana kanak-kanak akan membesar dan berpendidikan. Oleh itu, faktor persekitaran seperti ini membantu perkembangan kanak-kanak pintar cerdas.

Faktor

Merupakan suatu keadaan yang tidak dapat dijangka dalam hidup seseorang

kemungkinan atau yang mana boleh menjadi penting untuk membolehkan potensi istimewa ini nasib (peluang). dikenal pasti dan diberi galakan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 11 Tannenbaum menekankan faktor yang bersesuaian dengan potensi pintar cerdas individu yang ditunjukkan dalam bentuk pencapaian iaitu bakat. Tannenbaum terkenal dengan teori star kerana model yang dikemukakan seperti bentuk bintang atau tapak berbucu lima. Tannenbaum mengemukan 5 faktor yang membantu pintar cerdas itu dikenal pasti dalam diri individu. Beliau telah membahagikan kepada dua bahagian merangkumi 5 faktor tersebut. Iaitu dimensi statik dan dimensi dinamik (Porter, L, 1999). Apakah definisi konsep statik dan dinamik? Statik bermaksud keadaan yang menunjukkan kekuatan dalaman individu yang tetap dan sentiasa ditunjukkan dalam kehidupannya. Manakala dinamik pula bermaksud situasi atau keadaan yang boleh berubah-ubah. 5 faktor ini ada dalam keduadua dimensi ini dan membawa konsep yang berbeza mengikut dimensi statik dan dinamik. Faktor tersebut adalah, a) kebolehan umum; b) kebolehan khusus c) personaliti d)persekitaran; dan e) kemungkinan atau nasib (peluang).

5 Faktor Psikososial Pintar Cerdas Dimensi Statik Portal, L (1999) Dimensi Statik: a) Kebolehan umum, -merujuk kepada kehebatan fungsi otak, iaitu struktur biologi dan fungsinya berdasarkan faktor genetik (Plomin, 1997) dan persekitaran (Clark, 1997) Dimensi Dinamik

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 12 b) Kebolehan khusus, - kebanyakan individu mempunyai bakat tertentu dan berkembang sepenuhnya berbanding kemahiran lain yang dimiliki. Bakat istimewa ini memerlukan kebolehan luar biasa (di atas normal), pengaruh yang sesuai. c) Faktor personaliti, - ciri personaliti kanak-kanak pintar cerdas merupakan satu faktor atau hasil kepada pintar cerdas, aspek personaliti tidak berkurangan kerana kesan yang diterima semasa ujian IQ, malah ia sebenarnya adalah sebahagian apa yang diukur semasa ujian. Tiga aspek personaliti adalah kawalan dalaman lawan kawalan luaran, kebebasan lawan kebergantungan dan masa kini lawan masa hadapan. Termasuk juga motivasi, harga diri, fleksibel dan penyesuaian diri (Tannenbaum, 1997). d) Faktor persekitaran, - keluarga pelajar, sekolah dan persekitaran sosial akan mempengaruhi bagaimana ciri pintar cerdas itu mencapai kematangan. Kunci utama pengaruh ini ialah kelas sosial dan peluang pembelajaran yang diberi (Tannenbaum 1997). e) Faktor kemungkinan atau nasib (peluang), - melibatkan kejadian dalam keadaan tidak disangka atau kebetulan dalam hidup yang kemungkinan mengubah sejarah seseorang dan kebanyakannya dikawal. Baik atau buruk yang berlaku adalah bergantung kepada apa yang individu itu hendak jadi dan berlaku pada masa yang betul (Tannenbaum, 1997) Dimensi dinamik : a) Kebolehan umum,

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 13 - Pada sudut dinamik ini, kebolehan umum ini merujuk kepada bukan apa yang boleh dilakukan oleh individu itu tetapi sejauhmana dia boleh melakukan itu dengan baik. b) Kebolehan khusus, - merujuk kepada bagaimana individu memproses maklumat dalam bidang yang dipercayainya mempunyai kebolehan istimewa. Perkara ini dilihat dengan hasil kreativiti seseorang dalam bidang tertentu kerana bakat istimewanya (Tannenbaums, 1997) c) Faktor personaliti, - Faktor personaliti dilihat berubah mengikut keadaan. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi semasa berada dalam bidang akademik. Namun dia akan hilang keyakinan dalam bidang sukan atau semasa bersosial. d) Faktor persekitaran, - merujuk kepada peranan ibu bapa dan guru-guru, bagaimana mereka melepasi dan menekankan nilai pendidikan kepada anak-anak, dengan melalui interaksi mereka dengan anak-anak, melalui galakan dalam bahasa dan pembelajaran, dan membuat orientasi berkaitan model-model pencapaian. e) Faktor kemungkinan atau nasib (peluang), - merujuk kemungkinan atau nasib yang dipengaruhi oleh tindakan individu. Tannenbaum (1986,1997) menekankan tiga perkara utama dalam hubungan penting setiap faktor dalam model ini. Iaitu : 1) Setiap faktor adalah perlu, jika secara tersendiri ia tidak mencukupi mencapai potensi pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 14 2) Tiada kombinasi antara empat faktor ini yang boleh mengganti kekurangan yang serius dalam faktor yang kelima. 3) Hubungan setiap lima faktor ini penting dan merentasi bakat pelbagai domain yang berbeza.

TEORI KREATIVITI STERNBERG


Sternberg (1995) telah memberi pandangan yang berbeza mengenai maksud pintar cerdas. Beliau tidak selari dengan tokoh yang mendefinisikannya bersandar kepada Kecerdasan IQ semata-mata. Terdapat tiga sumbangan beliau dalam bidang pintar cerdas melalui teori dan model. The Triarchic Model adalah model yang mengkhususkan pintar cerdas melalui ciri-ciri dan sifatnya. Iaitu ciri yang membezakan individu pintar cerdas. Beliau berpendapat melalui The Triarchic Model, konsep pintar cerdas tidak dapat diekspresikan menggunakan hanya skor ujian IQ, tetapi lebih baik difahami konsepnya melalui tiga jenis kecerdasan analitik, sintetik dan praktikal. The Triarchic Model 1)Kecerdasan Analitik - Kecerdasan analitik diperlukan untuk kebanyakan tugasan sekolah dan ia diukur oleh ujian kecerdasan, terutama tugasan melibatkan pemikiran analitik dan bacaan dan kefahaman. 2) Kecerdasan sintetik - Kecerdasan sintetik ditonjolkan dalam kreativiti, gerak hati, melakukan pembaharuan. Sternberg menyatakan, walaupun skor ujian IQ tidak tinggi, individu yang mempunyai daya pemikiran sintetik mampu melakukan sumbangan yang besar dalam masyarakat kerana idea inovasi yang dimiliki. 3) Kecerdasan praktikal

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 15 - Kecerdasan praktikal melibatkan kemahiran daripada kedua-dua analitik dan sintetik untuk dipraktikkan, dalam aktiviti seharian. Setiap perkara yang dilakukan setiap hari, tidak menjadi masalah jika tidak mencapai target yang disasarkan atau tidak mampu melakukannya. Hal ini ditekankan oleh Sternberg yang melihat pintar cerdas ini adalah keseimbangan antara ketiga-tiga kecerdasan (analitik, sintetik dan praktikal) yang dinyatakan di atas. Jelas menunjukkan individu pintar cerdas bagus dalam mengurus mental diri. Teori Implisit (Mutlak)-Perkembangan Pakar, Sternberg (2000) menyatakan konsep pintar cerdas adalah membangunkan kepakaran. Iaitu memfokuskan bagaimana seorang individu itu bermula dan menjadi seorang yang pakar yang kuat berusaha. Beliau telah memperkenalkan satu model yang berkaitan dengan perkembangan pintar cerdas (A. Dixon dan M.Moon, 2006). Model perkembangan ini menekankan bagaimana pintar cerdas berkembang. Model ini mencadangkan beberapa ciri pelajar dari segi; Pembelajaran Motivasi Kemahiran berfikir Pengetahuan Metakognisi

Kesemua ciri ini memainkan peranan yang penting sebagai seorang individu yang bermula dari asas menjadi seorang yang pakar dalam bidangnya. Model ini juga mengambil kira faktor kontekstual seperti nilai budaya, pengaruh perkembangan seorang pakar. Melalui model ini, pelajar boleh menjadi pakar dalam satu atau lebih domain jika mereka lebih mempraktikkan pengetahuan yang ada dalam bidang tersebut.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 16 Model WICS Sternberg telah membina model yang lebih komprehensif iaitu Model WICS ( Wisdom, Intelligence and Creativity Synthesized). Sternberg melihat kebijaksanaan, kecerdasan dan kreativiti sebagai aspek asas yang perlu disintesiskan untuk menghasilkan individu pintar cerdas (Sternberg, 2003). WISC adalah model berasaskan ciri dan sifat. Apakah yang dimaksudkan dengan Kecerdasan dan kreativiti dalam model ini?

1) Kecerdasan - Kecerdasan dalam model ini merujuk kepada konsep kecerdasan berjaya atau kebolehan untuk mencapai matlamat dalam hidup dengan menguatkan semangat dan mengatasi kelemahan untuk menyesuaikan, membentuk dan memilih persekitaran melalui gabungan tiga kecerdasan analitik, kreatif dan kebolehan praktikal. Konsep kecerdasan ini dilihat lebih luas berbanding IQ. 2) Kreativiti - Konsep kreativiti ini selari dengan konsep yang dibawa oleh Renzulli. Individu pintar cerdas dalam model WICS ini adalah yang memberi sumbangan kepada masyarakat dan latihan kepimpinan yang berkesan. Sumbangan ini memerlukan kreativiti. Sternberg percaya pekerjaan yang kreatif memerlukan penggunaan dan keseimbangan tiga kebolehan intelektual daripada teori The Trarchic. Individu yang kreatif akan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut; Kebolehan mengenal pasti masalah Menyoal siasat dan menilai suatu tanggapan Kesanggupan untuk memberi idea

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 17 Mengenal pasti kepentingan penguasaan pengetahuan asas dalam sesuatu bidang Kesanggupan mengatasi rintangan Kesanggupan mengambil risiko Bertolak ansur dengan sesuatu yang tidak jelas atau kesamaran Menyukai apa yang sedang dilakukan Kesanggupan untuk tidak cepat berpuas hati Keberanian

TEORI PERBEZAAN GAGNE


Konsep pintar cerdas yang diperkenalkan Gagne adalah kebolehan atau kepintaran semulajadi yang melebihi individu normal. Ia tidak dilatih dan lebih spontan. Kepintaran merupakan sebahagian daripada genetik. Ia adalah satu ekspresi. Bakat pula penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang dan aktiviti serta lebih sistematik. Pada tahun 1985, Gagne memperkenalkan Model Perbezaan Pintar Cerdas dan Berbakat atau dikenali sebagai DMGT ( The Differentiated Model of Giftedness and Talent). Apakah perbezaan yang dimaksudkan itu? Perbezaan dalam Model ini merujuk kepada perbezaan antara pintar cerdas dan bakat. DMGT ialah model perkembangan pintar cerdas yang membezakan aspek pintar cerdas dan bakat. Gagne sentiasa memperhalusi setiap aspek dalam model yang diperkenalkan oleh beliau. Berdasarkan definisi konsep kepintaran (kebolehan semulajadi) dan bakat (penguasaan pengetahuan yang tinggi), Gagne melihat kedua-dua konsep ini menjadi satu proses untuk melahirkan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 18 bakat pelajar dalam bidang yang khusus. Kebolehan semulajadi yang dimiliki boleh dikembangkan dengan lebih baik. Oleh yang demikian, DMGT menekankan latihan dan praktikal yang berterusan untuk mengembangkan kepintaran manusia kepada bakat dalam bidang yang khusus. Iaitu melalui; Pembelajaran tidak formal Pembelajaran formal di luar sekolah Pembelajaran formal di dalam sekolah Proses perkembangan

Terdapat beberapa perkara penting dalam teori Gagne. Iaitu pertama, Gagne menekankan pelbagai aspek dalaman seseorang dan persekitaran yang memberi kesan menterjemah aspek kepintaraan menjadi bakat. Gagne menggelarnya faktor pemangkin. Apakah dia faktor pemangkin? Faktor Pemangkin adalah faktor yang membolehkan atau menghalang individu menunjukkan keupayaan semulajadi (Gagne,1991). Motivasi adalah pusat pemangkin ke arah perkembangan bakat. Adanya motivasi, ia akan menentukan samada akan menunjukkan kecerdasan itu atau tidak . Walau bagaimanapun, ia tidak menentukan potensi pintar cerdas itu dengan sendiri. Kedua, Gagne telah membahagikan aspek kepintaran dan bakat ke dalam pelbagai domain seterusnya memberi kepelbagaian pemahaman tentang kecerdasan. Domain Gagne secara amnya selari dengan Gardner (1983) dalam kecerdasan pelbagai. Terdapat dua kategori pemangkin yang membantu dalam proses perkembangan dan perubahan kepada bakat iaitu faktor interpersonal dan faktor persekitaran Faktor Interpersonal melibatkan 5 jenis iaitu: Fizikal, motivasi, kerelaan, pengurusan diri dan personaliti.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 19 Faktor Persekitaran melibatkan 4 kategori iaitu: persekitaran masyarakat, individu, persediaan dan keadaan. Komponen terakhir dalam DMGT ialah aspek peluang atau nasib. Gagne percaya peluang yang dimiliki dapat membolehkan mereka mengembangkan lagi bakat yang ada secara berterusan, dalam keadaan tertentu. Peluang atau nasib juga merupakan komponen terbesar dalam konsep pintar cerdas oleh Tannenbaum.

Kekuatan Teori Gagne

Memperkenalkan kematangan dan pengalaman pembelajaran yang sistematik menukar kebolehan untuk memperkembangkan bakat .

Elegant dan menyeluruh, digunapakai kepada semua bidang bakat samada secara dalaman iaitu faktor-faktor kognitif dan juga luaran, termasuk faktor-faktor alam sekitar.

Definisi operasi istilah yang yang jelas dan sering digunakan.

Kelemahan

Kebanyakan

tenaga

pengajar

tidak

cukup

untuk

memahami

teori

ini

untuk

mengaplikasikannya kepada kurikulum dan pengajaran di dalam kelas.

Kurang pelaksanaannya. Ia tidak memberi panduan yang lebih khusus untuk melaksanakan program pendidikan untuk remaja pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 20

TEORI KECERDASAN DABROWSKI


Potensi perkembangan terbentuk daripada gabungan bersama daripada bakat dan kebolehan istemewa dengan rangsangan yang berlebihan (overexcitabilities). Potensi ini menunjukkan diri sebenar dan tahap perkembangan yang lebih tinggi. Pendekatan Kazimierz Dabrowski membuat pemerhatian terhadap overexcitabilities sangat relevan pada peringkat kanak-kanak. Terdapat lima aspek overexcitabilities iaitu psikomotor, sensual, imaginasi, intelektual dan emosi.

Overexcitabilities(OEs) mengandungi istilah seperti keupayaan luar biasa, perasaan tidak puas dalam belajar, imaginasi yang terang, tenaga yang tidak berkurang dan sangat menonjol. OEs ini mengandungi tenaga yang banyak dalam aspek psikomotor, sensual, imaginasi, intelektual dan emosi. Ini bererti menunjukkan perkembangan yang cepat dalam aspek-aspek ini. Dabrowski (1983) telah memperkenalkan Advance Development yang berlaku apabila mencapai potensi perkembangan. Kekuatan OEs ini adalah terutama pada imaginasi, intelek dan emosi yang berkait rapat dengan perkembangan cepat aspek emosi semasa dewasa ( Silverman L.K. 2000). Oleh yang demikian, teori ini berperanan melihat perkembangan cepat dalam pelbagai aspek perkembangan. Di dalam teori ini, beliau telah membuat analisis yang menyatakan tiga OEs yang lebih berkaitan dengan pintar cerdas adalah aspek intelektual, imaginasi dan emosi. Artis dan kanak-kanak kreatif sangat berbakat tinggi dalam aspek imaginasi dan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai imaginasi yang lebih tinggi berbanding rakan-rakan sebayanya. Dalam aspek intelektual pula, ia sangat berkaitan dengan sifat ingin tahu, penumpuan, pemikiran teori, suka belajar, penyelesai masalah dan mengambil berat tentang moral. Beliau menekankan kelebihan sifat kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri lebih berbanding kanak-kanak biasa. Ini bersesuaian dengan Advance development yang boleh dikesan pada peringkat kanak-kanak. Aspek yang ketiga adalah OEs dalam emosi. Menurut Dabrowski, kanak-kanak pintar cerdas mempunyai tahap emosi yang lebih

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 21 Dabrowski mengekalkan bahawa apabila aspek emosi, imaginasi dan intelek melebihi aspek sensual dan psikomotor maka di situ terdapat potensi perkembangan yang lebih besar untuk mencapai tahap yang tinggi bagi perkembangan personaliti. Walaupun banyak kajian yang mengesahkan kajian Dabrowski ini dan menumpukan kajian terhadap OEs kanak-kanak pintar cerdas, kajian kes berdasarkan Teori Dabrowski telah menunjukkan seseorang yang memperolehi atau mencapai perkembangan cepat (Advance Development) adalah jelas dikesan sebagai pintar cerdas Teori Dabrowski ini menekankan pemerhatian kepada aspek perkembangan yang berbeza selain menumpu semata-mata kepada ujian IQ untuk mengukur kecerdasan. Ia juga menekankan potensi perkembangan untuk mencapai tahap perkembangan yang tinggi dalam rangka teoritikal Dabrowski sendiri. Potensi perkembangan ini menambah dimensi baru kepada pemahaman sifat dan ciri kanakkanak pintar cerdas dan menyediakan arah baru untuk memahami perkembangan seseorang pintar cerdas dalam tempoh hidupnya. Potensi perkembangan kanak-kanak pintar cerdas jelas menunjukkan terdapatnya perkembangan cepat (Advance Development) dalam pelbagai aspek perkembangan selain intelek (IQ) semata-mata.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER


Menurut Borland, 1986 Roedell, Jackson dan Robinson, 1980, Silverman, 1993, dan Tannenbaum, 1983 (dalam Harrison. C. 2003), kanak-kanak pintar cerdas ialah seorang yang menunjukkan atau mempunyai kebolehan menunjukkan pada suatu tahap dengan nyata sekali melebihi rakan sebaya umur kronologinya dan mempunyai kebolehan dan ciri-ciri unik memerlukan peruntukan khusus, dan sokongan dari segi emosi dan sosial oleh keluarga, masyarakat dan bidang pendidikan. Kebolehan yang dilakukan meliputi pelbagai aspek perkembangan sama ada satu atau lebih aspek perkembangan. Oleh yang demikian, teori ini berperanan menunjukkan pelbagai kecerdasan dalam domain yang pelbagai. Teori ini cuba mengembangkan konsep kebolehan ability dengan mengenal pasti pelbagai bidang potensi manusia yang sama pentingnya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 22 Di dalam Teori Pelbagai Kecerdasan ini, Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai potensi biopsikologikal dan memproses maklumat dalam keadaan tertentu. Manakala domain pula didefinisikan sebagai satu set aktiviti atau disiplin dan mengandungi operasi di mana pelakunya mempunyai kemahiran. Gardner menekankan potensi kebolehan manusia dikembangkan dan membolehkan perspektif baru tentang konsep kebolehan. Beliau menggunakan istilah kecerdasan untuk menerangkan istilah ability. Gardner mendefinisikan ability sebagai bidang potensi (areas of potential). Gardner mengembangkan konsep kecerdasan termasuk domain logik matematik(kognitif), verbal dan bahasa, interpersonal (sosial), motor (body kinesthetic, intrapersonal (pengetahuan sendiri), ruang dan naturalistik. Konsep kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner sangat relevan dengan pengesanan terhadap pelajar pintar cerdas yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam domain yang tertentu. Berdasarkan teori ini juga, perkembangan tidak sekata (asynchrony) dari segi intelek adalah ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas. Perkembangan tidak sekata juga dikenali sebagai asynchronous development , iaitu kadar perkembangan yang berbeza antara kognitif, emosi dan perkembangan fizikal kanak-kanak. Tannenbaum menjelaskan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai asynchronous development adalah walaupun mereka mempunyai kogntif yang lebih maju namun kemahiran sosial dan motor adalah selari dengan usia mereka. Selain itu, terdapat kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sosial yang lebih tinggi berbanding kemahiran kognitif atau emosi iaitu, lebih suka bergaul dan berhubung dengan orang yang lebih dewasa. Tetapi bermasalah komunikasi dengan rakan yang sebaya dengannya (Silverman, L.K (2000). Ini bererti kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kebolehannya berbeza-beza mengikut domain perkembangan. Mereka menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam domain interpersonal (sosial) namun seperti kanak-kanak normal dalam domain perkembangan yang lain. Justeru, kebolehan kanak-kanak ini perlu dikenal pasti dan dikesan agar ia dapat dikembangkan dengan lebih

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 23 baik. Walaupun mereka menunjukkan kebolehan dalam satu atau lebih domain, maka di situ sudah jelas menunjukkan sudah ada potensi pintar cerdas dalam diri kanak-kanak tersebut. Berdasarkan teori ini, setiap kecerdasan mempunyai laluan perkembangannya tersendiri.

TEORI STRUKTUR KECERDASAN GUILFORD


Tiga dimensi asas struktur kecerdasan Guilford (1985), ialah operasi, iaitu operasi mental yang dilakukan. Kedua, kandungan iaitu bidang maklumat sesuatu operasi bertindak dan ketiga, hasil iaitu hasil yang wujud dengan mengaplikasi sesuatu operasi ke atas kandungan Guilford. Operasi mental merujuk kepada proses pemikiran, kandungan merujuk kepada apa yang difikirkan dan hasil adalah hasil daripada pemikiran. Operasi mental mempunyai enam subkategori seperti berikut: 1) Kognitif- menyimpan maklumat lama dan yang baru. 2) Pemikiran pemusatan- apabila hanya ada satu jawapan atau kaedah sahaja. 3) Pemikiran mencapah- apabila banyak jawapan atau kaedah yang hamper sama. 4) Pentaksiran- keputusan berkenaan dengan bagaimana baiknya, ketepatannya atau kesesuaiannya kepada sesuatu. 5) Merakam ingatan- ingatan segera 6) Pembendungan ingatan- ingatan bertahan selama beberapa ketika atau hari. Aspek kandungan pula mempunyai lima subkategori iaitu visual, auditori, simbolik, semantik, dan tingkah laku. Produk pula mempunyai enam subkategori iaitu unit, kelas, hubungan, sistem, transformasi dan implikasi. Tugas kognitif memerlukan performan operasi mental pada beberapa kandungan spesifik untuk menghasilkan produk. Contohnya, bagi menjawab apakah nombor selepas angka-angka 3, 6, 12, 24, memerlukan pemikiran pemusatan, kerana hanya satu jawapan yang betul.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 24 Perlu juga kandungan simbolik, iaitu dalam bentuk nombor untuk menghasilkan produk hubungan atau turutan, iaitu tambahkan nombor sebelumnya sebanyak dua kali.

RUMUSAN
Semua teori yang telah dibincangkan dalam unit ini memperkenalkan konsep yang berbeza dan memenuhi semua keperluan ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai kepelbagaian keistimewaan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 25

1. Nyatakan empat model yang dibangunkan berdasarkan konsep Renzulli. 2. Jelaskan konsep Dimensi Statik dan Dinamik oleh Tannenbaum. 3. Huraikan faktor persekitaran dan faktor interpersonal yang diperkenalkan Gagne? 4. Nyatakan lima aspek overexcitabiities. 5. Jelaskan maksud asynchronous development.

Isi kotak dengan jawapan yang sesuai. 1.

Konsep Kecerdasan Sternberg

2.

Operasi Mental 1._________ 2._________ 3._________ 4._________ 5._________ 6._________

Kandungan 1._________ 2._________ 3._________ 4._________ 5._________

Struktur Kecerdasan Guilford

Hasil

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 26

Rujukan
Dixon F.A. dan Moon S.M (2006). The Handbook of Secondary Gited Education.Texas: Prufrock Press Inc. Gagne (1991). Toward a differentiated model of giftedness and talent in Handbook of Gifted Education eds.MA: Boston. Harrison, C. (2003). Giftedness in Early Childhood 3rd Edn. Sydney: A GERRIC Publication. Plomin, R. (1997).Genetics and intelligence in Handbook of Gifted Education 2nd Edn, Merrill: Upper Saddle River. Porter, L. (1999). Gifted Young Children: A guide for teachers and parents. Buckingham: Open University Press. Silverman L.K. (2000). Counseling The Gifted & Talented. Denver: Love Publishing Company. Renzulli (1977). The Enrichment Triad Model: A Guide for developing defensible programs for the gifted and Talented. Mansfield Center, CT:Creative Learning Press.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 27

UNIT 2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN KECERDASAN PELBAGAI

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Konsep Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai Menghuraikan Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai

PENGENALAN
Kecerdasan dikupas daripada pelbagai sudut dan huraian meliputi pelbagai jenis aspek perkembangan. Pada abad ke 20-an, konsep kecerdasan lebih meluas dan tidak terlalu menumpu kepada aspek intelektual. Pentaksiran telah berkembang kepada pentaksiran pelbagai domain kecerdasan. Pengesanan dilakukan dengan lebih konsisten agar kecerdasan dapat dikesan atau dinilai dalam semua aspek. Instrumen untuk mentaksir kecerdasan pada ketika ini telah dibangunkan oleh pakar-pakar psikologi, penyelidik dan ahli-ahli akademik di seluruh dunia. Kecerdasan adalah suatu kelebihan yang ada dalam diri pelajar. Walau bagaimanapun, ia boleh dilihat dengan mata kasar berdasarkan pencapaiannya, keputusan peperiksaannya atau kejayaan yang ditunjukkan. Tidak dinafikan, memiliki pelajar yang berkebolehan tinggi adalah satu anugerah bagi pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Setiap kecerdasan ada cara tersendiri untuk mengesan dan menilainya. Kecerdasan ini suatu yang tersorok dan perlu dikenal pasti dengan cara

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 28 yang betul. Perkara yang betul dilakukan adalah menggunakan instrumen yang sesuai dengan tujuan yang sesuai kepada domain kecerdasan yang tepat. Setiap instrumen mempunyai tujuan yang jelas terhadap bidang perkembangan apa yang akan dikesannya. Kepentingan instrumen kecerdasan adalah mengenal pasti tahap kebolehan yang dikuasai dalam bidang kecerdasan tertentu. Sekiranya pelajar berupaya membuktikannya pada tahap tertentu, maka ia menepati instrumen tersebut.

ISI KANDUNGAN

Apakah situasi yang sesuai untuk mentadbir sesuatu instrumen kepada pelajar pintar cerdas? Adakah semua perkara yang dilakukan perlu diperhatikan dan dinilai? Apakah bentuk kecerdasan yang boleh dilihat? Dalam kategori instrumen yang mengukur banyak domain perkembangan dikenali sebagai instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai domain dan mempunyai konsep yang perlu dipatuhi untuk menggunakannya.

Instrumen pentaksiran yang akan dikupas dalam unit ini merujuk kepada instrumen yang berupaya mentaksir pelbagai kecerdasan. Dalam unit ini akan menyentuh beberapa jenis instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai jenis domain perkembangan manusia yang berasaskan kecerdasan pelbagai domain. Unit ini menekankan instrumen yang berupaya mengesan kecerdasan pelbagai domain perkembangan selain domain intelektual atau kognitif. Instrumen meliputi enam jenis instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai iaitu HAPI, MICA, MIDAS, DISCOVER, TIMI DAN MIAT.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 29

INSTRUMEN PENTAKSIRAN KECERDASAN PELBAGAI

HAPI

MIAT

MICA

Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai TIMI MIDAS

DISCOVER

HAPI dibangunkan oleh Shearer. Instrumen ini mengandungi tujuh domain kecerdasan (kecuali domain naturalis). Instrumen ini digunakan untuk mentaksir kecerdasan pelajar dalam domain kecerdasan pelbagai.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 30 MICA (Multiple Intelligences Checklist for Adult) dibangunkan oleh Amstrong (2000), untuk mentaksir tujuh domain kecerdasan iaitu visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, muzik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Instrumen MICA mempunyai 49 item. Shearer kemudiannya mengubahsuai instrumen HAPI kepada instrumen MIDAS atau Skala Pentaksiran Perkembangan Kecerdasan Pelbagai yang dibangunkan pada tahun 1987. Objektif MIDAS adalah untuk mentaksir kecerdasan pelbagai individu. Instrumen MIDAS mempunyai lima versi yang sesuai dengan peringkat umur tertentu. 1) MIDAS for Adults/College Students (20 tahun ke atas), 2) MIDAS for TEENS (15-19 tahun), 3) MIDAS for KIDS: All About Me (11-14 tahun) 4) MIDAS for KIDS: My Child (8-10 tahun), 5) MIDAS for KIDS: My Young Child (4-7 tahun). Instrumen-instrumen mentaksir kecerdasan pelbagai yang lain dan telah dibangunkan adalah DISCOVER (Discovering Intellectual Strenghts and Capabilities through Observation while allowing for Varied Ethnic Responses), TIMI (Teele Instrumen for Multiple Intelligence), dan MIAT (Multiple Intelligence Assessment Technique). Tiga instrumen seterusnya ini berbentuk performan. DISCOVER yang dibangunkan oleh Maker et.al (1994) merupakan pentaksiran berasaskan performan yang dibangunkan khusus untuk mengenal pasti kebolehan pelajar pintar cerdas menyelesaikan masalah dalam kecerdasan pelbagai. Instrumen ini sesuai untuk kanak-kanak gred K-2, 3-5, 6-8 dan 9-12. Intipati proses pentaksiran DISCOVER memerlukan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti penyelesaian masalah dalam kelas biasa. Untuk tiga daripada aktiviti berkenaan, mereka

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 31 menggunakan bahan-bahan seperti novel, alat permainan, dan alat pelbagai guna. Kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya dan pemerhati merekodkan tingkah laku penyelesaian masalah dan penerangan yang diberi kepada produk yang dihasilkan. Instrumen DISCOVER mengandungi lima aktiviti untuk mentaksir lima domain kecerdasan pelbagai (Sarouphim, 2001) iaitu, 1)Pablo untuk mentaksir kecerdasan, 2)Tangrams untuk mentaksir kecerdasan logik-matematik dan visual-ruang, 3)Storytelling untuk mentaksir kecerdasan verbal-linguistik, dan Dua aktiviti yang tidak memerlukan pemerhati, iaitu 4)Penulisan kreatif untuk mentaksir kecerdasan verbal-linguistik serta 5) Lembaran kerja matematik untuk mentaksir kecerdasan logik-matematik TIMI dibangunkan oleh Teele yang kemudian disemak semula pada tahun 1997 merupakan instrumen mentaksir tujuh domain kecerdasan pelbagai iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visualruang, interpersonal, intrapersonal, kinestetik dan muzik. Instrumen TIMI mempunyai 56 keping gambar panda bear yang diletakkan berpasang-pasang sebanyak 28 pasang. Pelajar dikehendaki memilih satu gambar yang diminati daripada setiap pasang gambar yang ditunjukkan kepada mereka. Pengkaji merekodkan pilihan sampel dan diakhirnya menghitung frekuensi gambar yang mewakili setiap domain kecerdasan pelbagai. Kecerdasan yang dominan ditentukan oleh bilangan gambar yang pelajar pilih. MIAT mengukur empat domain kecerdasan pelbagai, iaitu verbal-linguitik, logik matematik, visual-ruang, dan interpersonal. Instrumen mengandungi 13 aktiviti berasakan performan, rating guru,

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 32 dan senarai semak dengan domain verbal-linguistik tiga aktiviti, domain logik-matematik tiga aktiviti, domain visual-ruang lima aktiviti, dan domain interpersonal dua aktiviti.

RUMUSAN
Instrumen yang telah dibincangkan dalam unit ini meliputi aspek pentaksiran pelbagai domain kecerdasan dan bukan intelektual semata-mata. Terdapat enam instrumen yang membantu mencapai objektif mentaksir domain-domain kecerdasan. Domain kecerdasan pelbagai telah ditaksir dengan jumlah yang berbeza mengikut instrumen. Sesungguhnya pentaksiran ini memenuhi pelbagai kriteria yang dikesan mempunyai potensi pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 33

1. Huraikan lima versi Instrumen MIDAS. 2. Pada pendapat anda, mengapakah instrumen penting untuk mengesan kecerdasan? 3. Nyatakan domain kecerdasan yang ditaksir oleh DISCOVER. 4. Menggunakan ayat anda, jelaskan domain pekembangan yang perlu dijadikan domain utama untuk dimasukkan dalam instrumen kecerdasan.

Isi tempat kosong.

Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 34

Rujukan
Armstrong, T. (2000). Multiple intelligence in the classroom. Ed. Ke-2. Virgina: Association for Supervision Curriculum Development. Maker, C.J., Nielson, A.B. & Rogers, J.A. (1994). Giftedness, diversity, and problem solving. Teaching Exceptional Children. 27 (1): 4-19 Sarouphim, K.M. (2001): DISCOVER: Concurrent validity, gender differences and identification of minority student Gifted Child Quarterly 45(2): 130-138.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 35

UNIT 3 INSTRUMEN KECERDASAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengenal pasti Instrumen yang Mengesan Kebolehan Kognitif Menghuraikan Kandungan Setiap Instrumen Menjelaskan Kumpulan Sasaran Bagi Setiap Instrumen

PENGENALAN
Seorang dewasa perlu melalui zaman kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Perkara penting yang membezakan individu adalah perkembangan otak dan bagaimana menyalurkannya melalui kematangan peranan yang dimainkannya. Sesetengah kanak-kanak menjadi seorang yang berbeza berbanding rakan sebayanya. Perbezaan ini disebabkan oleh cara mereka berfikir dan mempunyai kebolehan tertentu yang menjadikan mereka seorang yang advance dari segi tingkah laku, pergaulan dan kemahiran. Dalam istilah lain ialah mempunyai kecerdasan sama ada kekuatan mental (IQ) atau kecenderungan kepada kecerdasan yang pelbagai. Sejarah ujian kecerdasan ini telah lama bermula dan telah melalui pelbagai evolusi yang dianggap lebih releven. Walau bagaimanapun, ujian kecerdasan ini telah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang telah menjalankan banyak kajian dan mengumpulkan profil murid pintar cerdas yang menjadi rujukan di seluruh dunia.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 36

ISI

Kecerdasan adalah perkara yang subjektif untuk diukur dan dinilai. Walau bagaimanapun, sudah ada instrumen yang telah dibina untuk mengesan kecerdasan. Adakah ia sesuai untuk mengesan semua budaya dan bangsa? Adakah kandungannya memenuhi kumpulan sasaran? Paling penting, adakah ia sah digunakan?

Instrumen kecerdasan sedia ada termasuk Stanford-Binet Intelligence Scale: Fourth Edition (SBIC:FE), Wechsler Adult Intelligence Scale III (WAIS III), Wechsler Intelligence Scale for Children-Revised (WISC-R), Ravens Standard Progressive Matrices (Ravens SPM), dan Emotional Intelligence (EQ-i) dibina melalui pendekatan tertentu. Unit ini akan membincangkan pendekatan-pendekatan dari aspek tujuan instrumen dibina, asas-asas pembinaan, pemilihan item, kaedah penskoran, kesahan dan kebolehpercayaan, norms dan kelemahan instrumen berkenaan.

INSTRUMEN SBIC:FE
Instrumen ini dibangunkan menggunakan model three level hierarchical. Tujuan instrumen adalah menguji kebolehan kognitif dalam kalangan individu yang berumur dua tahun ke atas. Instrumen ini mengandungi 15 subujian kebolehan kognitif yang dikelompokkan kepada empat domain: 1) Pemikiran verbal - terdiri daripada perbendaharaan kata, pemahaman, logik, dan hubunan verbal, 2) Pemikiran abstrak atau visual - terdiri daripada analisis corak, menyalin, matriks, melipat dan menggunting kertas. 3) Pemikiran kuantitatif

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 37 - terdiri daripada kuantitatif, siri nombor, membina persamaan. 4) Ingatan Jangka pendek - terdiri daripada mengingat manik, mengingat ayat, mengingat digit, dan mengingat objek. Prinsip penting yang ditekankan adalah: 1) g (general intelligence factor) berada pada tahap tertinggi, 2) Faktor crystallized, fluid dan ingatan jangka pendek berada pada tahap kedua, dan, 3) s (specific factor) terdiri daripada penaakulan verbal, penaakulan kuantitatif, dan penaakulan abstrak visual berada pada tahap ketiga. Setiap item diberikan skor 0 jika salah dan skor 1 jika betul. Skor mentah ditukar kepada tiga jenis skor piawai, iaitu skor skala bagi setiap subujian, skor bidang (area), skor komposit. Skor komposit menjangkakan faktor g dalam skala ini.

INSTRUMEN WAIS-III
Instrumen ini bertujuan mentaksir kebolehan intelek orang dewasa. Ia dibentuk berasaskan definisi kecerdasan yang dikemukakan oleh Weschler. Menurutnya, kecerdasan adalah kapasiti untuk bertindak secara betul, berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan dengan persekitaran. Sebanyak 14 subujian dibentuk oleh Wechsler bertujuan untuk mencungkil seberapa banyak fungsi intelek dalam pelbagai cara dan kaedah. Daripada 14 subujian, tujuh daripadanya dikelompokkan kepada skala verbal, antaranya perbendaharaan kata, persamaan arithmatik, digit span, maklumat, pemahaman, dan urutan nombor-huruf. Manakala tujuh subujian lagi dikelompokkan kepada skala performan, iaitu melengkapkan gambar, mengekodkan simbol digit, mereka bentuk bongkah, penaakulan matriks, menyusun gambar, mencari simbol, dan mencantum objek.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 38 Menurut ahli psikologi, instrumen WAIS-III mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu. McDermott et. al. (1990) menyatakan analisis profil bagi subskala WAIS-III adalah terhad disebabkan subujian tidak mentaksir kebolehan spesifik (s) yang mencukupi. Sternberg (1993) berpendapat instrumen WAIS-III dibentuk berdasarkan teori lama dan perlu menggunakan pendekatan baru dalam mentaksir kecerdasan. Manakala Wechsler (1991) menyatakan hasil analisis item yang dijalankan menyedari bahawa WAIS-III bias kepada kumpulan minoriti.

WISC-R
Instrumen ini diterbitkan pada tahun 1974 dan mempunyai sepuluh bahagian yang dikelompokkan kepada verbal IQ, performan IQ dan full IQ. Subujian dalam verbal IQ adalah perbendaharaan kata, persamaan, arithmatik maklumat dan pemahaman, urutan nombor-huruf. Manakala subujian performan IQ adalah melengkapkan gambar, mengekodkan symbol, mereka bentuk bongkah, menyusun gambar, mencantum objek. Full IQ adalah jumlah keseluruhan subujian iaitu sepuluh. Jika WAIS-III diguna menguji kecerdasan dewasa, WISR-R pula diguna untuk menentukan kecerdasan kanak-kanak.

RAVEN SPM
Mengandungi 60 item berbentuk matrik dan pelajar memilih matrik yang ganjil atau tidak sesuai. Instrumen ini terdiri daripada lima set yang mempunyai 12 item setiap set. Setiap set mempunyai lima hingga tujuh bentuk matrik berasaskan sesuatu tema dengan satu bentuk ditinggalkan untuk dijawab. Item-item disusun mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Skor-skor IQ mempunyai nilai min 100 dengan sisihan piawai 15. Kebolehpercayaan Ravens SPM melalui uji dan uji semula dalam masa setahun adalah antara 0.55 hingga 0.84 dan melalui split-half antara 0.60 hingga 0.97 (Raven 1977). Ketekalan dalaman mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.89 setelah diuji ke atas 274 orang dewasa pelbagai peringkat umur dan pekerjaan di New Zeland (Fletcher & Hattie 2003). Kesahan serentak yang diukur secara korelasi antara Ravens SPM dengan WISC-R bagi skala verbal IQ, performan IQ

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 39 dan full IQ adalah antara 0.74 hingga 0.82. Jumlah varians yang dikongsi oleh kedua-dua instrumen lebih kurang 65%. Ini menunjukkan kedua-duanya mengukur konstruk kecerdasan yang sama (Abd. Majid 1994).

EQ-i
Instrumen ini bertujuan mengukur konstruk dalam kecerdasan emosi dan bukan mengukur trait atau kapasiti kognitif seseorang individu. Konstruk kecerdasan emosi yang diukur dalam instrumen EQ-I adalah: 1) Menyedari emosi kendiri 2) Mengawal emosi kendiri 3) Motivasi kendiri 4) Empati 5) Kemahiran sosial. Asas pembinaan instrumen EQ-i adalah berdasarkan Bar-On-Model of Emotional & Social Intelligence. Pendekatan yang digunakan pula melibatkan empat fasa. Fasa pertama adalah mengenal pasti faktor-faktor utama yang berkaitan dengan emosi yang berkesan dan fungsi sosial. Fasa kedua adalah mendefinisi faktor-faktor ini dengan sejelas-jelasnya. Fasa ketiga adalah membina instrumen yang menepati ciri-ciri psikometrik untuk mentaksir faktor-faktor tersebut. Faktor keempat adalah mengesahkan dan membina norma instrumen dengan menjalankan kajian ke atas sampel pelbagai bangsa dan lingkungan budaya (Bar-On 1997).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 40

RUMUSAN
Instrumen kecerdasan membantu mengesan kebolehan pelajar pintar cerdas. Langkah dan panduan tertentu perlu dipatuhi agar skor yang diperolehi benar-benar mengesan kebolehan yang dimiliki pelajar pintar cerdas. Sesungguhnya, setiap pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan yang tinggi dan instrumen kecerdasan dapat mengesan bidah kebolehan itu.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 41

1. Berdasarkan kefahaman anda, nyatakan definisi instrumen kecerdasan. 2. Nyatakan kumpulan sasaran bagi instrument WAIS-III dan WAIS-R. 3. Huraikan asas pembinaan instrumen EQ dan pendekatan yang digunakannya.

Isikan kotak dengan kandungan setiap instrumen.

Instrumen SBIC:FE

Kandungan instrumen -

WAIS-III

WAIS-R

RAVEN SPM

EQ-i

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 42

Rujukan
McDermott, P.A., Fantuzzo, J.W. & Glutting, J.J (1990). Just say no to subtest analysis: A critique on Weschler Theory and Practice. Journal of Psychoeducational Assessment 8 (3):290-302. Sternberg, R.J. (1993). Encyclopedia of human intelligence. New York: Macmillan Publishing Company. Weschler, D. (1991). Manual for the Wechsler Intelligence Scale for Children. Ed. Ke -3. (WISC-III). San Antonio, TX: The psychological corporation.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 43

UNIT 4 UJIAN PENGESANAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Tujuan Ujian Pengesanan Menjelaskan Ciri-ciri Ujian Pengesanan Menggunakan Senarai Semak Menghuraikan Item-Item yang Mewakili Sifat Pelajar Pintar Cerdas dalam Senarai Semak

PENGENALAN
Ujian pengesanan perlu dilaksanakan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas kerana masalah akan wujud jika kanak-kanak tidak mencapai objektif pembelajaran kerana pemikiran kognitifnya yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal yang lain. Pelaksanaan ujian pengesanan bukan perkara yang dianggap mudah kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi yang membolehkannya melaksanakan ujian itu. Penilaian dan ujian pengesanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan kanak-kanak. Proses mengumpul maklumat melibatkan pemerhatian terhadap interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan, temu bual dengan kanak-kanak dan mereka yang berhubung rapat dengannya; meneliti rekod pembelajaran dan keputusan penilaian yang pernah dijalankan; menilai

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 44 sejarah perkembangan dan perubatan; menggunakan maklumat berdasarkan senarai semak; menilai keperluan dan pilihan kurikulum; menilai jenis dan tahap pembelajaran kanak-kanak semasa tempoh tertentu; menggunakan analisis tugasan bagi mengenal pasti komponen yang dikuasai dan kemahiran yang belum dikuasai; dan penerimaan rakan sebaya. Pengumpulan maklumat berkaitan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai teknik dan sumber maklumat perlu memberi gambaran tentang kekuatan dan keperluan kanak-kanak, dan kesan terhadap pencapaian dalam pembelajaran. Matlamat dan objektif yang realistik dan sesuai perlu ditentukan bagi kanak-kanak pintar cerdas

ISI KANDUNGAN

Senarai semak merupakan salah satu ciri ujian pengesanan yang boleh digunakan dalam bidang pintar cerdas. Persoalannya, apakah kandungan senarai semak yang digunakan? Apakah perkembangan pelajar yang dikesan dan diukur? Adakah kandungan itu sesuai dan mencapai objektif aspek kecerdasan? Ujian pengesanan membantu pihak-pihak tertentu mengesan cirri-ciri yang boleh dilihat pada seorang pelajar pintar cerdas. Dalam unit ini akan menekankan tujuan ujian pengesanan, ciri-ciri senarai semak yang ada dan item-item yang mewakili sifat pelajar pintar cerdas.

TUJUAN UJIAN PENGESANAN


Ujian pengesanan bertujuan bagi: Menapis dan mengenal pasti kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak sama ada kecacatan yang dialami berkaitan perkembangan yang lambat ataupun masalah pembelajaran seperti pintar cerdas. Menilai kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dan perkembangan keseluruhan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 45 Kelayakan dan diagnosis dijalankan bagi menentukan sama ada kanak-kanak itu mengalami kecacatan yang disyaki dan layak diberikan perkhidmatan pendidikan khas dan dilakukan diagnosis masalah yang dihadapi. Perkembangan Rancangan Pendidikan Individu dan penempatan. Ia menyediakan maklumat supaya Rancangan Pendidikan Individu dapat dibentuk dan keputusan yang sesuai dibuat bagi menentukan pendidikan murid itu. Memberikan perancangan yang sesuai bagi keperluan murid dalam pelbagai aspek seperti social, akademik, fizikal dan pengurusan diri.

PENGESANAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK PINTAR CERDAS (THE GIFTED CHECKLIST) .


Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. Namun begitu terdapat tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak yang disyaki pintar cerdas. Glynis Hannel (2006) menyenaraikan senarai semak pengesanan untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas merangkumi semua aspek. Struktur Senarai Semak Setiap senarai semak dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil. Struktur ini akan membantu individu-individu mentadbir pengesanan dengan lebih memahami kanak-kanak tersebut berdasarkan kebolehan mereka. Melengkapkan senarai semak

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 46 Senarai semak ini boleh digunakan untuk kanak-kanak atau awal remaja dia antara umur 4 tahun hingga 18 tahun. Setiap item yang digunakan terhadap kanak-kanak ini perlu disemak. Item-item yang digunakan untuk mengukur tahap atau kemampuan haruslah dicatatkan. Kebanyakan bahagian, petunjuk-petunjuk awal adalah sangat penting untuk melihat gambaran hasil ujian keseluruhan. Salah satu senarai semak utama adalah dicipta khusus untuk digunakan oleh professional di peringkat awal bagi kanak-kanak dan awal remaja ini. Borang senarai semak boleh juga diguna pakai dalam menjalankan sesi soal jawab. Melalui cara ini, mereka akan duduk berbincang bersama-sama dengan ibu bapa atau golongan yang terlibat untuk membincangkan tajuk satu persatu. Perbincangan ini akan memberi gambaran awal tentang sesi soal jawab yang telah dibuat meliputi kesemua topik yang hendak diperkatakan. Memahami perbezaan Setiap kanak-kanak adalah unik dan tersendiri. Perhatian kepada setiap perkembangan dan cara hidupnya sangat penting. Para profesional dan ibu bapa akan mengisi maklumat ini untuk mengenal pasti kecenderungan individu sama ada ia normal atau berbeza atau mengalami masalah pembelajaran. Penyeliaan tindak balas dari segi personaliti, tingkah laku dan persekitarannya. Kanak-kanak di Malaysia lebih beruntung kerana hak dan keperluan mereka diambil tahu dan dititikberatkan. Analisis keputusan Senarai semak yang dibuat menitikberatkan tentang sesuatu ciri topik yang ingin dikaji. Ini akan dapat memberikan gambaran tentang perwatakan dan keistimewaan yang ada dan berusaha mencari cara mengatasinya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 47 Merujuk nasihat pakar Berdasarkan senarai semak itu, golongan profesional perlu memberikan panduan dan nasihat yang berguna serta sokongan. Kebanyakan kanak-kanak bekeperluan khas seperti kanakkanak pintar cerdas perlu dibantu dan diberi sokongan khas bagi menjalani proses demi proses ke arah perkembangan mereka. Terdapat beberapa pusat dan hospital khas yang dapat menjalankan ujian pengesanan kanak-kanak ini.

SENARAI SEMAK PINTAR CERDAS


(The Gifted Checklist) Glynis Hannel. BA (Hons.). MSc Registered Psychologist Nama Kanak-kanak : . Umur : Tarikh Nama Pemerhati : Masa Pemerhatian Dijalankan : .. : ..

Hubungan Dengan Pelajar :

Setiap item merujuk kepada kanak-kanak hendaklah disemak dengan menggunakan skala kadar seperti berikut. 0 1 2 3 Tidak langsung, tidak berkait rapat. Sedikit, kadangkala dapat diperhatikan dan adakala timbul dan dapat dilihat. Sederhana, kerap dapat diperhatikan dan adakala dapat dilihat. Serius, kerap diperhatikan dan jelas dapat dilihat.

Sila gunakan 0 jika item yang ditunjukkan tidak bersesuaian dengan klien.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 48 A. Peringkat Awal 1 2 3 4 5 6 7 Berwaspada terhadap bayi Berjalan awal Bercakap awal Menunjukkan kecekapan berbahasa pada peringkat awal kanakkanak Belajar awal untuk membaca Kefahaman matematik pada peringkat awal Kanak-kanak dilihat oleh guru atau penjaga sebagai murid yang pintar 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3

B. Kemampuan Kognitif Yang Tinggi 1 2 3 4 5 Skor lebih daripada 130 IQ skala kepintaran Skor pada 98 percentil atau ke atas di dalam ujian kepintaran atau pencapaian Mampu untuk memahami lebih lanjut, konsep yang kompleks Menikmati permainan kompleks seperti catur, permainan computer Menggunakan dan memahami perbendaharaan kata dengan lebih lanjut. 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3

C. Perasaan Ingin Tahu 1 2 3 4 5 Kekerapan bertanya soalan untuk pemahaman sesuatu atau yang membawa sesuatu pembaharuan Terhibur dalam membaca buku berbentuk fakta, menonton dokumentari, melawat muzium Tidak puas terhadap jawapan ringkas: ingin tahu sesuatu topik dengan lebih mendalam Suka untuk mengetahui bagaimana sesuatu kerja Suka untuk merekacipta dan eksperimen 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 49

D. Pencapaian Akademik Lanjutan 1 2 3 Cemerlang dalam membaca kefahaman Cemerlang di dalam matematik Cemerlang di dalam penulisan bahasa E. Bakat Istimewa 1 2 3 4 5 6 7 Mempunyai kemampuan artistik Mempunyai kemampuan muzikal Mempunyai kemampuan dalam sukan Mempunyai kemahiran binaan konstruksi/ bangunan Mempunyai kemahiran kepimpinan Merupakan seorang yang berfikiran lateral dan inovatif Mempunyai sifat jenaka 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 0 0 0 1 1 1 2 2 2 3 3 3

F. Cara Pembelajaran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Apabila berminat, suka meluangkan masa yang lama di dalam satu aktiviti Tidak suka kepada kerja yang ringkas Mempunyai kesungguhan dalam meminati sesuatu topic Cepat dalam membuat kerja baru Tidak suka ulangan dan latihan Suka sesuatu yang baru dan cabaran Kecenderungan untuk merumitkan tugas yang ringkas Suka lihat dan ingin menggunakan jalan yang mudah Tidak suka menunjukkan jalan kerja dalam matematik : sudah mengetahui atau memahami jawapan 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 50

G. Ketidakserasian Dalam Kumpulan Yang Sama Umur 1 2 3 4 Mencari kumpulan sebaya yang kecewa; memilih kawan lama Lebih suka bersendirian, seperti membaca buku di perpustakaan semasa waktu rehat Tidak suka kerja kumpulan; lebih suka kepada kerja bersendirian Tidak faham dengan kanak-kanak lain dengan baik, yang mana berfikir bahawa lelaki@perempuan adalah ganjil 0 0 0 0 1 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3

H. Kesukaran Akademik 1 2 3 4 5 6 7 Mempunyai kesukaran dalam membaca, menulis atau mengeja Mempunyai kesukaran dalam matematik terutama dalam arimetik Tidak menumpukan sepenuh perhatian, walaupun semasa kurikulum dikhususkan Terlalu inginkan kesempurnaan:enggan melakukan kesilapan walaupun berbakat Enggan melakukan kerja pada tahap/ umur yang sama(walaupun berjanji melakukan kerja yang lebih penting) Akur pada norma: Cemerlang apabila dijangkakan sahaja Konsisten dalam persembahan (sederhana dengan seorang guru, sangat pintar selepas itu) 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3

I. Kesukaran Dalam Emosi dan Sikap 1 2 3 Memahami isu kompleks orang dewasa dan berasa bimbang seperti keamanan dunia Menjadi tidak sabar dengan rakan yang lebih lambat Berdebat dengan orang dewasa, sentiasa ada jawapan yang tersendiri 0 0 0 1 1 1 2 2 2 3 3 3

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 51

4 5 6

Gunakan sindiran apabila bercakap dengan rakan sebaya atau orang dewasa Mudah bosan dan kemudian mendiamkan diri atau suka mengganggu Menjadi sangat marah atau kecewa dengan sesuatu yang dianggap ketidakadilan (mempunyai sifat etika yang matang)

0 0 0

1 1 1

2 2 2

3 3 3

RUMUSAN
Untuk menjalankan suatu ujian pengesanan, kita perlu mengenali ujian atau instrumen yang hendak digunakan. Seperti yang dibincangkan tadi, tujuan pengesanan perlu ditentukan terlebih dahulu agar objektif pengesanan akan tercapai. Contoh instrumen berdasarkan senarai semak adalah asas penting untuk mengenali sifat-sifat pelajar pintar cerdas melalui item-item dalam senarai semak tersebut. Oleh yang demikian, pelajar pintar cerdas boleh dikesan dengan berpandukan ciri-ciri unik yang ditunjukkan olehnya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 52

1. Berdasarkan kefahaman anda, mengapakah kita perlu mengumpulkan maklumat kecerdasan pelajar? 2. Nyatakan tujuan ujian pengesanan. 3. Jelaskan langkah/cara menyediakan senarai semak untuk ujian pengesanan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 53

Rujukan
Hannel, G. (2006). Identifying Children with Special Needs: Checklist and Action Plans for Teachers. UK: SAGE publications

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 54

UNIT 5 UJIAN KECERDASAN BERASASKAN PERFORMAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat Menjelaskan Definisi Ujian Kecerdasan Berasaskan Performan. Mengenal Pasti Keperluan Dan Kepentingan Ujian Ini. Membincangkan Prinsip Pembinaan Ujian Ini. Menghuraikan Jenis Ujian dan Rubrik

PENGENALAN
Ujian kecerdasan yang bertujuan mengesan pelbagai aspek selain intelektual memerlukan ciri pengukuran yang tertentu iaitu performan. Performan akan ditunjukkan oleh sampel ujian dan tahap pencapaiannya diberi melalui skor tertentu. Ujian ini lebih sesuai dan tidak memerlukan pelajar menjalani ujian pensel kertas, tapi hanya melakukan seperti yang diperlukan dalam item ujian.

ISI

Apakah konsep yang sesuai untuk memilih ujian kecerdasan?Bagi kanak-kanak, perlukah ia tidak melibatkan ujian pensil kertas atau melibatkan peperiksaan seperti ujian biasa yang sering dilihat? Kebanyakan pengkaji mendapati aspek yang sesuai adalah mematuhi konsep penilaian dan pengukuran dan menentukan objektif ujian kecerdasan yang ingin kita capai.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 55

Ujian kecerdasan berasaskan performan mempunyai item-item berbentuk performan, iaitu bagi domaindomain perkembangan. Unit ini membincangkan ujian performan daripada beberapa aspek, termasuklah definisi, keperluan dan kepentingannya, prinsip pembinaan instrumen pentaksiran performan, jenis-jenis pentaksiran performan, dan juga teknik penskoran rubrik.

DEFINISI
Mengikut Mohamad Sahari (2002), mentaksir dan menilai performan bukanlah satu perkara baru. Tambahnya lagi, sejak berabad lamanya kecekapan seperti berenang dan memainkan alat muzik telah pun mempunyai cara-cara tersendiri untuk ditaksirkan. Sungguhpun begitu, pentaksiran performan yang difahami sekarang adalah perkembangan baru dalam system pendidikan Negara. Sebelum perbincanganmengenai keperluan, kepentingan serta syarat-syarat pentaksiran performan dalam pendidikan diteruskan, diutarakan beberapa definisi pentaksiran performan mengikut tokoh dalam bidang ini: Pentaksiran berasaskan performan mengikut Hibbard et. al. (1996), adalah

mempersembahkan satu set strategi untuk ...... mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan tabiat kerja melalui tugasan tugas-tugas performan yang melibatkan pelajar secara bermakna. Mengikut Nitko (2003), pentaksiran performan didefinisikan sama dengan pentaksiran

alternatif (alternative assessment) dan saling bertukar penggunaan mengikut konteks tertentu. Pentaksiran alternatif adalah suatu tugas yang memerlukan murid menunjukkan pencapaian melalui hasil keluaran dalam bentuk tulisan dan percakapan sama ada secara berkumpulan atau secara individu. Menurut Nitko (2001) lagi, pentaksiran performan memerlukan murid menjalankan kerja secara hands on, aktiviti-aktiviti yang memerlukan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dengan menggunakan criteria yang jelas. Definisi Nitko diperjelaskan lagi oleh Mohamad Sahari (2002), di

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 56 mana beliau mendefinisikan pentaksiran performan sebagai proses pengukuran dan penilaian yang meminta murid mencipta satu jawapan atau produk untuk menampilkan pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari olehnya. Mohamad Sahari (2002) menjelaskan lagi, semua bentuk tingkah laku, baik yang berkaitan dengan kemahiran kognitif yang kompleks sehinggalah cara murid bertingkah laku dalam situasi social adalah merangkumi konsep pentaksiran performan. Beliau kemudiannya mendefinisi pentaksiran performan sebagai usaha sistematik dan berterusan untuk mengukur dan menilai pencapaian proses atau produk murid, sama ada berbentuk konsep atau kemahiran yang rumit dan kompleks.

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN


Dalam jangka pendek, pentaksiran berasaskan performan menghasilkan maklumat berguna berkenaan apa pelajar dapat buat. Dalam jangka panjang, murid akan menjadi seorang warganegara yang baik, pekerja produktif dan semuanya mencapai matlamat yang dikehendaki (Brand, 1997). Pendapat ini disokong oleh Wigdor dan Gardner (1982) dalam Toff (1997) dengan menyatakan berapa baik sekalipun ujian piawai atau ujian kebolehan kognitif, puratanya hanya menyumbang empat peratus daripada varian dalam performan kerja, 96% lagi tidak ditunjukkan dalam ujian-ujian berkenaan. Nitko (2001), mempercayai bahawa pentaksiran performan dalam kecerdasan pelbagai domain mempunyai potensi untuk mengundang murid menunjukkan pencapaian dan boleh dinilai dalam pelbagai cara yang berbeza. Taksiran berasaskan performan memerlukan individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam konteks, tidak semata -mata melengkapkan tugasan sebagai syarat sahaja. Mengikut Gardner (1993), kebanyakan pihak yang pakar dalam pengujian percayakan performan berasaskan kebolehan. Kebolehan pula sepatutnya ditunjukkan oleh seseorang individu semasa pengujian dijalankan.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 57 Kelebihan ujian performan mengikut Nitko (2001, 2003) antaranya dapat mencapai matlamat pembelajaran yang kompleks, mentaksir kebolehan untuk membuat, di mana dapat melihat pelajar menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar, penilaian menjadi lebih konsisten dengan teori pembelajaran moden. Menurut Linn dan Gronlund (1995), teori pembelajaran moden mengesyorkan pelajar aktif terlibat dalam membentuk sesuatu makna. Penilaian performan mengambil kira latar belakang pengetahuan pelajar dalam penglibatannya membina makna. Penilaian performan dapat mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan, boleh diselitkan dalam aktiviti pengajaran, meluaskan pentaksiran pelajar dan menggalakkan guru-guru menilai proses pelajar melaksanakan sesuatu tugasan, berbanding menilai produk yang dihasilkan. Penilaian proses dan prosedur membuat sesuatu, mendedahkan kekuatan dan kelemahan pelajar serta boleh mengetahui teknik dan strategi melakukannya. Menurut Linn dan Gronlund (1995) lagi, penilaian performan melibatkan objektif pembelajaran yang kompleks serta performan yang ditunjukkan di sekolah sama dengan di luar sekolah (school smart vs street smart). Penilaian performan juga boleh menilai hasil pembelajaran yang kompleks dan menyeluruh di mana ianya tidak dapat dilakukan oleh kaedah lain (Mohamad Sahari 2002). Kaedah lain yang dimaksudkan di sini adalah kaedah ujian piawai atau ujian kertas dan pensel yang mempunyai kelemahan tertentu. Keperluan kepada penilaian performan adalah bertitik tolak daripada ujian piawai atau ujian-ujian rujukan norma yang dikesan. Gardner (1983) mengesyorkan, supaya menggunakan penilaian alternatif bagi pentaksiran kecerdasan, kerana ujian kertas pensel mempunyai kelemahan dalam mentaksir kemahiran bagi kemahiran bagi setiap kecerdasan, antaranya,

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 58 1) Ujian kertas pensel mentaksir secara konvergen, iaitu satu jawapan betul sahaja. Sedangkan Gardner mendefinisi setiap kecerdasan dalam bentuk konvergen dan divergen (aspek kreatif). 2) Ujian kertas pensel kelihatan menguji kecerdasan tertentu tidak secara langsung, tetapi menerusi kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik. Dengan demikian, sesorang individu yang lemah dalam kedua-dua kecerdasan ini tidak berpeluang menonjol dalam ujian ini. 3) Ujian pensel kertas dikonstrukkan sebagai pentaksiran saintifik bagi pengetahuan berfakta dan kemahiran dalam keadaan decontextualized dan situasi formal. Berbeza dengan realiti bahawa kecerdasan pelbagai domain diandaikan seseorang individu mampu menyelesaikan masalah dan menghasilkan barangan dalam keadaan persekitaran yang kaya. Semua ini agak berbeza dengan tujuan pentaksiran kecerdasan dimana pentaksiran kecerdasan adalah untuk menyediakan seseorang individu dengan maklumat yang berguna bagi mencapai matlamat hidupnya. Contohnya, melalui kekuatan yang dimiliki, seseorang itu boleh memilih bidang kerjaya yang sesuai. Ujian tradisional seperti ujian pencapaian, ujian persediaan dan ujian kecerdasan selalunya direka bentuk untuk menapis (sort) dan menentukan kedudukan (ranking) berdasarkan skor tunggal (Single score). Ujian tradisional memberi kesan dalam pemilihan pelajar. Kelemahan pentaksiran seperti apa yang berlaku dalam peperiksaan sekarang adalah lebih merupakan satu terminal untuk menyingkirkan pelajar yang tidak dapat mencapai satu piawai yang telah ditetapkan oleh oleh sesuatu peperiksaan awam. Apabila percaya bahawa tujuan pentaksiran untuk menapis, sebagai wadah menentukan ranking dan menyingkir pelajar, menyebabkan ahli-ahli psikologi menggunakan banyak masa untuk menetapkan kedudukan pelajar daripada membantu mereka. Para pendidik

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 59 selalunya fokuskan pemulihan pelajar lemah berbanding meningkatkan atau membawa pelajar kepada kekuatan dan kecenderungan mereka yang sebenar. Tujuan pentaksiran kecerdasan adalah untuk menyokong pelajar berdasarkan profil kecerdasan yang lengkap, iaitu kedua-dua aspek, kekuatan dan kelemahan mereka (Gardner 1993). Pentaksiran alternatif diguna bukan sahaja merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan, tetapi boleh menjangkakan tahap kesukaran dihadapi pelajar.

PRINSIP PEMBINAAN UJIAN


Pembinaan tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti pentaksiran performan seharusnya menggunakan pendekatan yang sistematik (Nitko, 2001). Proses yang sistematik ini mempunyai tiga tahap (Stiggins 2001): 1) sangat jelas apakah performan yang dikehendaki untuk ditaksir, 2) membina tugas atau aktiviti dan 3) membentuk pemberian skor dan merekod keputusan pentaksiran.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PERFORMAN


Pentaksiran performan mempunyai pelbagai bentuk dan kaedah untuk mendapatkan jawapan pelajar. Antara jenis-jenis dan kaedah berkenaan termasuklah tugasan individu, kumpulan atau kedua-duanya dengan menggunakan kertas pensel dan tugas-tugas yang memerlukan bahan dan sumber melebihi kertas pensel. Bentuk projek dalam jangka panjang, portfolio, demonstrasi, eksperimen, persembahan lisan atau lakonan, dan simulasi (Nitko 2003).

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 60

TEKNIK PENSKORAN RUBRIK


Mengikut Nitko (2003), pentaksiran performan memerlukan dua komponen utama: 1) Tugas performan 2) Rubrik penskoran yang jelas Tugas performan yang perlu dipenuhi dalam aktiviti pentaksiran memerlukan pelajar menunjukkan pencapaian melalui penghasilan jawapan dalam bentuk penulisan, percakapan, atau melalui penciptaan produk yang spesifik. Manakala rubrik penskoran pula adalah satu set peraturan yang jelas dan mudah difahami. Rubrik penskoran pula adalah satu set peraturan yang jelas dan mudah difahami. Rubrik hendaklah mampu mentaksir kualiti jawapan pelajar. Rubrik memberi garis panduan untuk penghakiman dan menentukan peraturan pemarkahan diikuti secara tekal antara pelajar. Rubrik penskoran mengikut Siti Rahayah (2003), merupakan satu panduan atau format untuk menjalankan pentaksiran ke atas sesuatu perkara. Pentaksiran boleh dibina dalam bentuk skala pemeringkatan atau senarai semak. Skala pemeringkatan mengandungi angka-angka seperti 0-3, 1-4, bergantung kepada kualiti tahap setiap pilihan. Angka yang lebih tinggi merujuk kepada tahap paling tinggi, manakala angka kecil merujuk kepada tahap yang lebih rendah. Setiap angka mewakili penerangan mengenai tahap kualiti kriteria yang hendak dicapai bagi item berkenaan. Kesahan dan kebolehpercayaan skor-skor yang diberikan pelajar meningkat apabila menggunakan kerangka umum penskoran sebagai panduan membina rubric penskoran yang spesifik. Jika mempunyai beberapa objektif pentaksiran dalam sesuatu tugas, maka beberapa rubric penskoran perlu disediakan, iaitu satu rubrik penskoran bagi satu objektif pentaksiran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 61 Contoh, Objektif: Kebolehan menggunakan pelbagai sumber maklumat untuk mengumpul data. Rubrik seperti berikut: Skor 4 3 2 1 Penerangan Tahap Kriteria Penskoran Menggunakan akhbar, majalah, radio, TV dan juga saksi atau individu yang menulis laporan (sumber primer) dalam melengkapkan tugasannya. Menggunakan akhbar, radio dan TV untuk melengkapkan tugasannya. Gagal menggunakan beberapa sumber yang dilaporkan oleh media untuk menyelesaikan tugasannya. Gagal menggunakan kebanyakan sumber atau teknik mengumpul maklumat untuk menyelesaikan tugasannya.

RUMUSAN
Bagaimana kita dapat memastikan sesuatu ujian kecerdasan itu dapat mengesan dengan tepat potensi pintar cerdas sesorang pelajar? Semua ini bergantung kepada objektif ujian yang ditetapkan. Unit ini telah membincangkan ujian kecerdasarkan berasaskan performan yang dapat membantu pelajar pintar cerdas menunjukkan kelebihan dengan lebih maksimum. Kelebihan itu dapat dilihat pada skala rubrik yang dapat melihat kebolehan pelajar pintar cerdas samada sama dengan pelajar lain atau lebih lagi. Sesungguhnya, ujian seperti ini penting dan memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas dan golongan pengkaji yang perlukan pelajar pintar cerdas menunjukkan kebolehannya pada tahap maksimum.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 62

1. Nyatakan definisi pentaksiran berasaskan performan. 2. Nyatakan prinsip pembinaan ujian. 3. Jelaskan jenis-jenis pentaksiran performan. 4. Huraikan teknik penskoran rubrik

Isikan tempat kosong dengan kelemahan ujian kertas pensel.

1. 2. 3.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 63

Rujukan
Brand, R., (1997). Teaching for authentic student performance perspective:on authentic performance assessment. Alexandria, VA: Association for supervision and curriculum development. Gardner, H., (1993). Multiple Intelligence: The Theory in Practice. New York: Basic Book. Hibbard, K.M., Wagenen, L.V., Lewbel, S.,Wyatt, S.W., Shaw, S. Maeir, J., Johnson, D.,Honan, M., Nelson, D.M., & Wislocki, J.A. (1996). A teachers guide to performance-based learning and assessment. Alexandria, VA : Association for supervision and curriculum development. Linn, R.L., & Gronlund, N.E., (1995). Measuring and assessment in teaching. Ed. Ke-7. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Mohamad Sahari (2002). Pengujian dan penaksiran di bilik darjah. Kuala Lumpur: Penerbit UIAM. Nitko, A.J., (2001). Educational assessment of students. Ed. Ke-3. New Jersey: Prentice-Hall. Nitko, A.J. (2003). Alternative assessment in teaching and learning. Ucaputama dalam 2nd International Conference on Measurement and Evaluation in Education, Pulau Pinang, 27-30 Ogos. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan dalam pengukuran dan penilaian . UKM: Penerbit Pusat Pembangunan Akademik. Stiggins, R.J., (2001). Student involved classroom assessment. Ed. Ke-3. New Jersey: Prentice-Hall. Toff. B. (1997). Multiple intelligence and assessment: A collection of articles Illinois : Skylight Publishing.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 64

UNIT 6 PELAJAR PINTAR CERDAS DENGAN KEPERLUAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Definisi Keperluan Khas Yang Dimiliki Oleh Pelajar Pintar Cerdas Mengenal Pasti Ciri-Ciri Keperluan Khas Pelajar Pintar Cerdas Menjelaskan Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Dengan Keperluan Khas Menghuraikan Pendidikan Dan Strategi Pengajaran Yang Sesuai

PENGENALAN
Terdapat pelbagai faktor yang saling menjalin dan memberi kesan kepada hidup kita, masalah yang pelbagai akan menjadikan kemusykilan itu semakin mencabar. Di sini letaknya kepentingan penilaian holistik, guru perlu percaya kepada penilaian yang tidak formal seperti pemerhatian di samping penilaian formal untuk mengelakkan keadaan terlepas pandang kanak-kanak yang berpotensi. Kanakkanak pintar cerdas akan menghadapi masalah lain selain yang telah disebut sebelum ini. Mereka juga menjadi satu cabaran dari segi pengenalpastian. Bayangkan seorang kanak-kanak mempunyai masalah pendidikan khas, dia mungkin susah menjadi cemerlang dalam akademik sedangkan dia mempunyai kebolehan lain yang melebihi pelajar normal. Oleh yang demikian, dia memerlukan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 65 sokongan untuk menjadi menonjol. Akibat kekurangan sokongan (permintaan yang lebih tinggi, pembetulan pada kelemahannya) mereka akan kehilangan kelebihan mereka. Dan ini membawa kepada masalah sosioemosi yang lain.

ISI KANDUNGAN

Keistimewaan seorang pelajar pintar cerdas bukan sahaja bergantung kepada kekuatan IQ, termasuk kebolehannya menggunakannya pada cara yang betul. Walau bagaimanapun, terdapat aspek keperluan khas yang dimiliki oleh sesetengah mereka. Bagaimana kita boleh membantu mereka, jika kriteria pintar cerdas jelas dilihat bersama keperluan khas yang lain? Apakah langkah yang perlu diambil? Masyarakat kita sering kali melihat golongan kanak-kanak pintar cerdas sebagai golongan kanak-kanak yang berjaya dalam bidang akademik. Selain itu, anggapan biasa kita adalah, kanak-kanak pintar cerdas terdiri daripada kanak-kanak yang dari segi fizikalnya normal. Jarang sekali kita menganggap bahawa golongan pintar cerdas boleh juga terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai ketidak upayaan. Unit ini akan mengulas tentang kanak-kanak yang pintar cerdas walaupun mereka mempunyai kekurangan. Berikut merupakan antara golongan berkeperluan khas yang mempunyai potensi pintar cerdas.

MASALAH PENGLIHATAN
Definisi Definisi untuk masalah penglihatan adalah sangat luas. Menurut, Hardman, Drew, Egan dan Wolf (1993), masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu (1) masalah kebolehan mata untuk melihat; katarak,masalah otot mata contohnya tidak dapat mengawal pergerakan mata ke atas dan ke bawah atau ke tepi); (2) masalah penerimaan mata seperti retrolental fibroplasias yang

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 66 berlaku apabila terlalu banyak oksigen dibekalkan kepada bayi yang tidak cukup bulan dan (3) rabun/buta mempunyai tahap penglihatan rendah atau terhad atau tidak dapat melihat sama sekali. Selain itu, masalah penglihatan juga termasuklah kekurangan dari segi fizikal iaitu kehilangan mata. Terdapat juga satu masalah penglihatan yang dikenali sebagai legal blindness di mana penglihatan bagi kedua-dua belah mata cuma 20/200 berbanding penglihatan normal boleh mencapai sehingga 180/200. Dianggarkan 3-5 peratus masyarakat adalah pintar cerdas. Manakala, golongan pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan dianggarkan 1:1000 atau 0.1 peratus daripada populasi di sekolah. Oleh itu, beliau menyimpulkan bahawa seorang pintar cerdas dengan masalah penglihatan akan muncul dalam 1: 20 000. Walaubagaimanapun, golongan pintar cerdas dalam populasi golongan normal tidak dapat dikenal pasti kelebihannya kerana dibayangi oleh ketidak upayaannya. Kebanyakan golongan yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai tahap intelek yang normal seperti golongan normal dan tahap akademik mampu mencapai peringkat yang tinggi dengan peralatan bantuan yang mencukupi. Ini menunjukkan bahawa untuk memperoleh golongan pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan adalah sukar sekali. Ciri-Ciri Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah Penglihatan Pelajar pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep abstrak dan fungsi. Beliau juga menyatakan bahawa pendengaran dapat membantu dalam meramal kemampuan intelek golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai kebolehan dari segi pendengaran, penyelesaian masalah kompleks dan mahir dalam kemahiran berkomunikasi secara verbal. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai masalah penglihatan mempunyai ingatan dan tahap tumpuan yang tinggi terhadap sesuatu tugasan. Selain itu, golongan ini

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 67 mempunyai kemahiran komunikasi verbal dan fungsi ingatan yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang boleh melihat. Pelajar pintar cerdas dan bermasalah penglihatan bergantung sepenuhnya ke atas pendengaran mereka dalam memproses maklumat. Ini membantu mereka menterjemahkan maklumat dengan tahap tumpuan yang tinggi dan membantu mereka membentuk strategi pembelajaran secara individu. Pelajar pintar cerdas dan bermasalah penglihatan ini sangat peka kepada persekitaran, ingin tahu dan suka belajar. Mereka sering kali mencari kebebasan untuk menunjukkan ekspresi mereka dan mencari jalan untuk membantu mereka mencapai tujuan dan matlamat mereka. Mereka memiliki ingatan yang baik, pengetahuan perkataan yang luas dan mempunyai kemahiran komunikasi verbal yang baik. Ciri-ciri ini merupakan petunjuk yang menunjukkan mereka merupakan golongan pintar cerdas. Dari segi kreativiti pula, golongan ini mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan mampu menerangkan dan mengembangkan sebarang maklumat atau idea. Mereka juga mampu menyesuaikan diri dengan keadaan mereka dan membuat penyesuaian atau perubahan yang perlu untuk membolehkan mereka berjaya dalam akademik. Apabila dibandingkan dengan murid-murid lain yang tidak mempunyai masalah penglihatan, mereka mampu menyamai pelajar tersebut. Ini menunjukkan bahawa mereka berupaya merapatkan jurang dengan pelajar normal dalam pembelajaran asas. Selain itu, pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan mampu mempelajari Braille dengan cepat dan mereka seronok membaca. Mereka boleh mempunyai motivasi yang tinggi tapi pada masa yang sama, mereka akan kecewa sekiranya mereka gagal untuk memahami konsep atau sekiranya merasakan bahawa konsep tersebut tidak diterangkan dengan baik. Mereka boleh

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 68 menyesuaikan diri dengan cepat dalam sesuatu situasi tetapi pada masa yang sama juga mereka cepat merasa bosan sekiranya melakukan perkara yang rutin dan sama. Pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan boleh mempunyai bakat dan kecerdasan dalam muzik. Ini adalah kerana kelebihan daripada pembelajaran secara tidak langsung dari pendengaran mereka. Ini membolehkan mereka mempunyai satu kelebihan dalam mengingat bunyi dan sensitif terhadap perubahan dalam notasi muzik. Mereka akan mempunyai keinginan dan memberikan komitmen yang tinggi dan juga tahap tumpuan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang menarik minat mereka. Perkara yang membezakan pelajar pintar cerdas normal dengan pelajar pintar cerdas yang kurang upaya adalah dari segi kebolehan mereka untuk memahami perkataan yang mereka gunakan. Keadaan ini dikenali echolalia iaitu mereka mengulangi perkataan yang mereka dengar tanpa memahami cara penggunaan sebenar perkataan tersebut. Situasi ini biasa yang berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Kanak-kanak ini perlu mengatasi

masalah ini kerana ini mampu mempengaruhi proses mengenal pasti sama ada mereka adalah golongan pintar cerdas atau tidak. Pemikiran kreatif dan produktif dan kebolehan untuk melihat pelbagai sudut perhubungan merupakan ciri utama yang bagi kanak-kanak pintar cerdas. Namun begitu, kekurangan pengalaman visual sejak awal lagi akan menyebabkan kanak-kanak kekurangan pengalaman visual akan menjadi kekangan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan dan ini akan melambatkan perkembangan mereka. Masalah Dalam Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah Penglihatan Terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam usaha mengenal pasti golongan pintar cerdas yang kurang upaya. Bagi golongan yang mempunyai masalah penglihatan tetapi pintar cerdas, mereka sukar dikenal pasti kerana adanya streotyping, perkembangan yang terbantut (spatial awareness) dan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 69 maklumat yang tidak sempurna. Hal ini kerana, golongan ini tidak selalunya mempunyai peluang untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dalam persekitaran yang bersesuaian, ujian yang terhad kepada sesetengah golongan pintar cerdas sahaja dan juga tanggapan orang ramai terhadap mereka. Ibu bapa dan golongan profesional selalunya mempunyai pengetahuan yang terhad dan sukar memahami kanak-kanak yang mempunyai dua kualiti yang berbeza- kurang upaya dan berbakat. Disebabkan oleh peratusan yang rendah bagi pelajar pintar cerdas yang kurang upaya, guru selalunya tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengajar kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dan juga mungkin kurang senang dengan adanya golongan kurang upaya yang berada dalam program pintar cerdas. Metod dan instrumen yang tidak bersesuaian digunakan untuk mengenal pasti tidak merangsang atau tidak memfokus kepada kelebihan pelajar pintar cerdas. Pembiayaan dan kos untuk membekalkan kemudahan kepada pelajar pintar cerdas dan kurang upaya ke dalam program pintar cerdas adalah terhad terutamanya golongan masalah penglihatan yang memerlukan bajet yang tinggi. Melalui pemantauan yang dibuat oleh beliau menyatakan masalah untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan adalah masalah yang dihadapi sendiri oleh guru dalam mengenal pasti murid-murid yang pintar cerdas dan bermasalah penglihatan. Bagi kebanyakan kes pintar cerdas, kebolehan kognitif akan selari dengan ujian intelek yang disediakan dan sekaligus akan menunjukkan bahawa mereka layak masuk ke dalam program pintar cerdas.Walau bagaimanapun, ujian tersebut dibangunkan untuk golongan normal dan bukan untuk golongan yang mempunyai masalah penglihatan. 70 hingga 80 peratus pembelajaran bermula dengan pengalaman visual. Maka, apabila kekurangan pengalaman visual ini akan memberikan ketidakadilan kepada kanak-kanak bermasalah penglihatan untuk dinilai dengan cara yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu berdasarkan kepada bahasa dan pengalaman semata-mata.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 70 Kebergantungan mereka terhadap deria lain untuk pemahaman, murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan akan ketinggalan di belakang berbanding dengan kanak-kanak normal iaitu ketinggalan sebanyak 2 tahun dari segi perkembangan intelek. Jurang ini boleh menjadi lebih luas apabila kajian mereka menunjukkan bagi kanak-kanak buta perkembangan pembelajarannya boleh ketinggalan sebanyak lapan tahun berbanding kanak-kanak normal. Keadaan ini wujud kerana kebolehan mereka dibayangi atau dikaburi oleh kekurangan mereka. Penilaian intelek bagi kanakkanak yang mempunyai masalah penglihatan dilakukan dengan menggunakan metod dan cara baru yang moembolehkan kebolehan mereka diterokai. Badan Kebajikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (Omdal, Ruconich, Ferrell, & Corn, 2003) menyatakan bahawa adalah perlu untuk mencari alternatif lain dalam mengenal pasti golongan yang bermasalah penglihatan yang pintar cerdas. Hal ini kerana ujian intelek yang diadakan untuk mereka adalah tidak dibangunkan atau disediakan selari dengan keperluan kanak-kanak ini, contohnya, dari segi penggunaan Braille dan juga pita rakaman. Mereka mencadangkan supaya penilaian lain untuk kanak-kanak ini dibangunkan dengan mengambil kira pandangan guru-guru, ibu bapa, portfolio kanakkanak tersebut dan kajian ke atas tahap penyelesaian masalah dan teknik yang sedia ada pada murid terbabit. Cara Mengenal Pasti Murid-Murid Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah Penglihatan

Strategi untuk mengenal pasti murid-murid pintar cerdas yang bermasalah penglihatan ini adalah dengan mengenal pasti peotensi yanga ada pada mereka dan bukannya mahukan mereka menunjukkan potensi mereka. Maksudnya, kenal pasti potensi mereka terlebih dahulu, kemudian barulah potensi tersebut dikembangkan. Ini merupakan konsep yang amat penting dalam mengenal pasti kanak-kanak ini. Hal ini kerana, kebiasaannya kanak-kanak ini diperlukan untuk melalui satu ujian untuk membuktikan mereka pintar cerdas, tapi bagaimana mereka ingin menunjukkan kebolehan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 71 mereka sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengenal pasti bakat tersebut? Maka, adalah tanggungjawab kita untuk mengenal pasti potensi tersebut dan kemudian menggilap potensi tersebut. Walau bagaimanapun, untuk menggunakan metod ini, pelajar-pelajar ini perlu berupaya untuk menangani ketiday upayaannya supaya tidak mengaburi potensi yang dimilikinya. Proses mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas untuk dimasukkan ke dalam program pintar cerdas selalunya dimulakan dengan pencalonan yang dilakukan sama ada oleh guru, ibu bapa, kakitangan sekolah atau kanak-kanak itu sendiri berdasarkan penilaian dari segi kognitif dan kebolehan akademik. Proses ini perlu dilalui terlebih dahulu kerana kebanyakan guru yang mahir dalam bidang ini berkemungkinan besar tidak dapat mengenal pasti golongan pintar cerdas yang bermasalah penglihatan dan tidak tahu perkembangan kognitif golongan ini. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita menyediakan instrumen yang bersesuaian bagi mengenal pasti potensi yang ada pada mereka. Oleh itu, ramai yang mengemukan instrumen-instrumen baru yang bersesuaian untuk mengenal pasti golongan pelajar-pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan. Maka, kesedaran adalah amat penting terutamanya bagi golongan yang menilai pelajar ini. Berikut adalah antara perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan penilaian; (a) sedar bahawa penilaian tidak boleh dilakukan dengan menggunakan hanya satu instrumen sahaja sebaliknya gabungan antara instrumen; (b) memerhatikan murid sehingga ke tahap di mana guru dapat menggambarkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut; dan (c) sedar bahawa pemerhatian merupakan langkah pertama dalam usaha untuk menempatkan kanak-kanak pintar cerdas yang bermasalah penglihatan ke dalam program pintar cerdas. Berikut merupakan antara instrumen dan juga senarai semak yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar ini;

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 72 Mereka akan diuji dengan menggunakan metod atau instrumen berikut; 1. The Wechsler Intelligence Scale for Children Third Edition (WISC-111). Skala ini boleh membantu memahami maklumat yang disampaikan secara verbal, berfikir dengan perkataan dan menyampaikan fikiran dengan perkataan. Objektif bagi skala secara verbal ini adalah untuk mengukur Kepintaran Verbal (Verbal Intelligence). 2. Piers-Harris Childrens Self Concept Scale (Piers 1984) pula digunakan untuk menguji keyakinan murid. 3. Blind Learning Aptitude Test (BLAT) (Newland, 1969) 4. Childrens Tactual Progressive Matrices (CTPM) (Rich & Anderson 1965) 5. Ravens Colored Progressive Matrices (CPM) (Rich & Anderson, 1965 6. Intelligence Test for Visually Impaired Children (ITVIC), developed in Holland (Dekker, 1989) golongan yang pintar cerdas yang buta menunjukkan potensi intelek yang tinggi bagi kebolehan spatial. Ibu bapa perlu melengkapkan senarai semak seperti berikut; 1. The Parents Identification Checklist 2. Multiple Intelligences Parent Inventory 3. Social Skills Rating System-Parent Form

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 73 Guru-guru perlu melengkapkan senarai semak berikut; 1. The Renzuli-Hartman Scale for Rating Behavioural Characteristic of Superior Students 2. The Social Skills Ratings System-Teacher Form Dua kesimpulan berkaitan dengan instrumen yang digunakan untuk menilai kanak-kanak pintar cerdas yang bermasalah penglihatan iaitu; (a) perlulah bersesuaian dengan kanak-kanak bermasalah penglihatan dan bukan hanya untuk golongan yang boleh melihat- contohnya The Wechsler Scale; dan (b) ujian yang dibangunkan dan direka khas untuk golongan yang buta atau bermasalah penglihatan. Namun, apa yang lebih penting di sini ialah perkembangan dan pembangunan peralatan dan instrumen untuk kanak-kanak pintar cerdas yang bermasalah penglihatan. Freidrichs (2001) menyatakan bahawa disebabkan oleh peratusan golongan pintar cerdas yang boleh ditemui dalam golongan kurang upaya menyebabkan perhatian yang diberikan oleh masyarakat lebih tertumpu kepada ketidak upayaan mereka dan bukannya kebolehan yang mereka miliki (Maker,1977). Tambahan pula dengan tanggapan biasa dalam masyarakat bahawa golongan kurang upaya tidak mungkin mempunyai potensi atau kebolehan. Oleh itu, kesedaran dalam masyarakat merupakan antara faktor penting untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang baik dan bersesuaian dengan kebolehan mereka. Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas Dengan Masalah Penglihatan Sejak tahun 1980-an, ramai murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan menyertai sekolah utama dengan sokongan dan bantuan daripada guru-guru yang menguruskan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan. Murid-murid ini diajar teknik-teknik belajar dengan visual dari segi bahasa. Di sekolah utama atau biasa, mereka berpeluang dan juga lebih terdedah kepada rakan-rakan yang dapat melihat dan ini memberikan mereka lebih banyak peluang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan normal.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 74 Perkara paling penting semasa mengajar pelajar yang mempunyai masalah penglihatan adalah untuk memperkembangkan sensori mereka yang lain terutama pendengaran dan sentuhan. Dalam usaha untuk mengaplikasikan kurikulum yang bersesuai bagi murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan dan pintar cerdas, guru perlulah bekerja secara rapat dengan golongan profesional. Guru perlulah membekalkan persekitaran bilik darjah yang sesuai, sumber-sumber teks Braille, dan latihan penilaian. Bagi latihan penilaian, murid-murid boleh diberi masa tambahan dalam menjawab soalan dan latihan yang dilakukan lebih kepada verbal dan bukannya bertulis. Walau bagaimanapun, terlebih dahulu, murid-murid ini perlu mengenal pasti kebolehan yang mereka miliki. Selain itu mereka juga berhak untuk menyertai program-program yang disediakan untuk kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya ini juga perlu melalui ujian untuk melihat kebolehan atau kelebihan yang mereka miliki, sama ada dari segi intelek, seni, muzik dan lain-lain. Dengan pengenalpastian tersebut, guru boleh membuat Rancangan Pengajaran Individu bagi memenuhi keperluannya. Contohnya, dengan pelancaran Permata Pintar UKM, pelajar-pelajar yang kurang upaya juga mempunyai berhak untuk menyertainya, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Hal ini kerana, dari segi inteleknya mereka tidak bermasalah dan kajian menunjukkan bahawa kebolehan intelek mereka sama dengan yang normal tetapi satu-satunya perkara yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain adalah ketidakfungsian mata mereka. Walau bagaimanapun, penyertaan mereka dengan ujian Permata Pintar UKM perlulah melalui ujian saringan yang telah dilakukan di sekolah yang boleh melayakkan mereka untuk menyertai ujian Permata Pintar UKM. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Seperti pelajar normal yang lain, golongan ini juga mahukan pengajaran dan pembelajaran yang setanding dengan kebolehan mereka. Selepas mengenal pasti kelebihan mereka tanpa memikirkan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 75 kepada kekurangan mereka adalah amat penting bagi kita merancang aktiviti yang boleh mencabar kebolehan mereka. Persekitaran pembelajaran perlulah bersesuaian dengan kelebihan yang dimiliki oleh murid tersebut bagi membayangi kelemahan yang dimiliki oleh mereka. Perkara yang paling penting dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas dengan masalah penglihatan adalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan fokus kepada kekuatan atau kelebihan pelajar tersebut dan bukannya kelemahan atau kekurangan yang dimilikinya. Untuk membentuk aktiviti bagi pelajar tersebut, perkara yang perlu lakukan terlebih dahulu adalah (1) membuat perhatian dan melibatkan diri denganpelajar tersebut; (2) menyediakan protfolio penilaian ke atas kerja atau karya pelajar tersebut; (3) tahu secara mendalam mengenai kekurangan pelajar tersebut dan (4) berinteraksi dengan keluarga pelajar tersebut. Proses p&p yang sesuai untuk pelajar-pelajar ini adalah p&p yang berupaya untuk memenuhi keperluan kebolehannya dan sekaligus mampu membekalkan program yang boleh mendorong pelajar tersebut sehingga berjaya. Kebanyakan trait bakat atau potensi yang dimiliki oleh golongan yang bermasalah penglihatan ini mungkin tidak dapat dilihat pada usia yang muda. Pelajar-pelajar ini mungkin mempunyai tahap perkembangan yang perlahan jika dibandingkan dengan golongan yang normal dan kebolehan yang dimilikinya mungkin tidak akan dipamerkan sepenuhnya sehingga mencapai satu peringkat usia yang bersesuaian. Oleh yang demikian, satu siri perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu dan mengembangkan potensi dalam pelajar pintar cerdas yang bermasalah penglihatan. Antaranya ialah (a) memberikan kelebihan dan tanggungjawab kepada mereka sama seperti pelajar yang normal bagi mengelakkan mereka terlalu dilindungi atau dijaga; (b) memberikan mereka cabaran dan menambahkan pengalamannya dalam kadar yang bersesuaian; (c) mengelakkan perkembangan bakat yang boleh menyebabkan dia mengabaikan tahap perkembangan lainnya sebagai pelajar; dan (d) pertimbangan ke atas penerapan kemahiran asas seperti Braille dan abacus sebelum menempatkannya dalam program pendidikan pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 76 Strategi lain yang dicadangkan adalah menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah berdasarkan kepada minat dan kebolehan murid tersebut. Selain itu, rancangan dan aktiviti yang disediakan perlulah mampu memberikan peningkatan dan kekuatan dan memberikan ruang memperkembangkan kreativiti dan pemikiran mereka. Antara aktiviti yang sesuai untuk murid-murid pintar cerdas yang bermasalah penglihatan ialah (1) kepadatan kurikulum (Curriculum Compacting) murid diberi peluang untuk mempelajari isi mengikut tahapnya secara individu dan (2) arahan mengikut tahap kepantasan (acceleration) murid boleh tidak melalui sesetangah kurikulum sekiranya dia mencapai tahap atau level yang lebih tinggi. Selain itu, aktiviti yang berkaitan kajian atau projek boleh diadakan untuk mengelakkan mereka terlalu bergantung dengan bantuan orang lain dan sekali gus untuk membantu mereka mengembangkan kemahiran kajian dan juga meningkatan keyakinan dalam diri mereka. Beliau menyatakan bahawa melalui aktiviti projek yang diadakan berdasarkan minat dan kebolehan pelajar tersebut, ia mampu membantunya lebih yakin dan kebolehannya semakin berkembang. Aktiviti lain yang dicadangkan adalah aktiviti yang melibatkan mentor. Ini adalah kerana kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai masalah untuk bergaul. Maka, melalui aktiviti mentor, ia boleh mengembangkan sosial, kepimpinan dan kemahiran bekerja murid tersebut dan juga sekaligus memberikan keyakinan kepada murid-murid tersebut untuk mencapai dan menggilap potensi mereka, seterusnya menyumbang kepada masyarakat.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 77

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)


Definisi Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) boleh didefinisikan sebagai ketidak upayaan yang berlaku apabila menunjukkan tingkah laku berikut secara konsisten bagi satu tempoh masa; (1) tidak dapat menumpukan perhatian (innattention); (2) hiperaktif (hyperactivity); dan (3) impulsif (impulsivity). ADHD sering kali dikaitkan dengan aktiviti dan kesukaran untuk memberikan tumpuan yang bermula dari usia tujuh tahun (Barkley, 1990). Manakala, America Psychiatric Association (1987) pula mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan/atau hiperaktiviti-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dapat dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya. Terdapat tiga jenis ADHD iaitu; 1. ADHD, kurang tumpuan-predominantly inattentive type;- tidak memberi tumpuan dan meninggalkan bahagian penting dalam tugasan, kerap mengelamun dalam kelas, tidak teratur dan pelupa. 2. ADHD, hiperaktif impulsif - predominantly hyperactive-impulsive type;-jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Sentiasa banyak bercakap, berlari-lari, mengetuk meja, menggoyang kerusi dan tindakan lain yang mengganggu. 3. ADHD, gabungan - combined type mempunyai kedua-dua ciri bagi kedua-dua jenis di atas. Jenis ADHD yang ketiga merupakan jenis ADHD paling biasa dan kajian banyak kajian dijalankan tentangnya. Diagnostic and Statistical Manual-IV(DSM-IV) menyatakan bahawa pelajar perlulah memenuhi sekurang-kurangnya enam kriteria daripada kedua-dua jenis ADHD yang lain untuk menjadi ADHD jenis gabungan. Selain itu, simptom-simptom tersebut perlulah wujud lebih kurang selama 6 bulan sebelum pelajar tersebut berusia tujuh tahun. Oleh itu, adalah penting bagi sedar

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 78 bahawa walaupun ada pelajar yang mempunyai kriteria tersebut, mereka tidak semestinya mempunyai ADHD. Kadang kala, pelajar ini sebenarnya pintar cerdas tetapi di salah anggap sebagai ADHD. Oleh kerana kesilapan yang sering timbul ini, ADHD sering kali dikaitkan dengan pintar cerdas. Kadang kala, golongan professional membuat anggapan bahawa pelajar tersebut adalah ADHD dengan hanya mendengar kepada pernyataan dan penerangan yang dibuat oleh guru dan ibu bapa tanpa membuat pemerhatian lanjut ke atas pelajar tersebut. Oleh itu, adalah amat penting bagi ibu bapa dan guru-guru untuk menjalankan penilaian fizikal dan juga penilaian psikologi termasuklah dari segi intelektual, pencapaian dan emosi pelajar bagi memastikan hasil pengenalpastian adalah tepat. Ini kerana pelajar tersebut berkemungkinan pintar cerdas tetapi juga mempunyai ADHD. Tanpa melalui penilaian profesional, agar sukar untuk mengenal pasti keadaan sebenar pelajar tersebut (Parker, 1992). Ciri-Ciri Pelajar Pintar Cerdas Dengan ADHD Oleh kerana pintar cerdas sering kali dianggap sebagai ADHD dan sebaliknya, mari lihat terlebih dahulu ciri-ciri pintar cerdas dan ADHD berdasarkan pendapat golongan yang mengkaji perkara ini.

Ciri-ciri pelajar pintar cerdas (WEBB,1993) 1. Kurang perhatian, bosan, mengelamun dalam sesetengan keadaan spesifik 2. Kurang bertoleransi terhadap tugasan yang dirasakan tidak releven. 3. Penilaian menurun berdasarkan perkembangan intelek 4. Intensiti mungkin mendorong kepada kesukaran dengan golongan yang mempunyai autoriti. 5. Tahap aktiviti yang tinggi; kurang

Ciri-ciri pelajar ADHD (Barkley, 1990) 1. Tidak dapat menumpukan perhatian dalam kebanyakan situasi. 2. Tidak mempunyai ketahanan untuk melalui tugasan yang tidak mempunyai penyelesaian segera 3. Impulsif, suka bertangguh 4. Tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh menyesuaikan diri dan tingkah laku yang tidak bersesuaian dari segi sosial. 5. Lebih aktif dan tidak berehat seperti

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 79 memerlukan tidur pelajar normal

6. Mempersoalkan peraturan, adat dan tradisi 7. Sensitif terhadap kritikan 8. Seakan-seakan tidak kisah 9. Kehilangan kerja, terlupa kerja sekolah, tidak terurus

6. Sukar untuk mematuhi peraturan 7. Sensitif terhadap kritikan 8. Seakan-akan tidak tumpukan perhatian terhadap maklumat 9. Sering kali kehilangan barang yang diperlukan untuk tugasan atau aktiviti sama ada di rumah mahupun di sekolah.

Sesetengah ciri-ciri minda pelajar ADHD berguna dan berfaedah kepada pembangunan kreativiti mereka atau orang lain. Ini termasuklah keadaan huru-hara dan keadaan yang sukar kita fahami dan tempat mereka meletakkan idea dan imaginasi tersebut tidak ada yang tepat. Situasi ini boleh membawa kepada kombinasi imaginasi dan idea yang boleh membawa kepada cara baru dalam melihat sesuatu. Hiperaktif dalam minda golongan ADHD merupakan sesuatu yang menarik perhatian. Idea mereka banyak dan mampu bertukar dari satu topik atau perkara kepada perkara yang lain, dan berkembang dengan pantas. Manakala, bagi ciri-ciri impulsif, boleh membimbing golongan ADHD mencipta apa sahaja yang mereka inginkan. Ini merupakan keinginan mereka yang menginginkan kesempurnaan. Apabila digabungkan tahap fokus yang tinggi bagi golongan ADHD, ia boleh menghasilkan keputusan yang mengagumkan bagi satu tempoh masa. Walau bagaimanapun, akan terdapat gangguan untuk mengimbangkan tumpuan dalam usaha menghasilkan atau mencipta sesuatu. Cramond dan Piirto dalam buku mereka Understanding Those Who Create menyatakan bahawa beliau menyedari memberi definisi kepada ciri-ciri ADHD merupakan salah satu cara untuk mengetahui ciri-ciri golongan yang kreatif. Tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsive merupakan anatara ciri-ciri yang sering dikaitkan dengan penulis, artis, pengarang, pencipta dan juga

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 80 composer. Ini menunjukkan bahawa ciri-ciri tersebut telah tersebar kepada kreativiti dan bukannya hanya untuk ADHD. Pelajar ADHD sering kali ketinggalan selama 2-3 tahun dari umur mereka dalam pergaulan sosial dan kematangan emosi berbanding pelajar lain (Barkley, 1990). Dalam kumpulan pelajar pintar cerdas yang tidak mempunyai ADHD, mereka mempunyai perkembangan kognitif, sosial dan emosi yang sama iaitu cara pemikiran 2-4 tahun lebih awal dari usia sebenar mereka. Manakala, apabila pelajar ADHD diletakkan dalam kumpulan pelajar pintar cerdas yang tidak mempunyai ADHD, mereka akan menyedari kematangan dalam rakan mereka dan mereka tidak bersedia menghadapinya. Begitu juga bagi pelajar pintar cerdas yang tidak mempunyai ADHD, mereka mungkin sukar untuk berhadapan dengan pelajar ADHD yang masih kurang matang dari segi emosi dan juga pergaulan sosial. Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD tidak patut diletakkan bersama pelajar pintar cerdas, cuma kekurangan cabaran dari segi intelek dan kurangnya persamaan minat, kebolehan boleh membawa risiko masalah sosial dan emosional kepada pelajar pintar cerdas (Neihart, Reis, Robinson, & Moon, 2002). Masalah Dalam Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah ADHD Untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD, kita tidak boleh membiarkan ADHD yang dimiliki oleh pelajar tersebut mengaburi atau menutupi kelebihan atau potensi yang dimiliki oleh pelajar terbabit dan penggunaan ujian dan penilaian dari segi akademik yang cemerlang di sekolah akan menyebabkan kita gagal mengenal pasti pelajar tersebut adalah pintar cerdas. Selain itu, guru juga sering kali memberikan tumpuan kepada tingkah laku distruptif yang dilakukan oleh pelajar pintar ADHD sehingga gagal untuk mengenal pasti potensi yang ada padanya. Kegagalan untuk mengenal pasti potensi yang ada pada pelajar ADHD ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dari segi akademik dan sosial dan mereka berisiko gagal untuk mengembangkan bakat mereka dan mengalami pencapaian yang tidak memuaskan (Moon et. al. 2001). Selain itu,

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 81 pelajar pintar cerdas yang mempuyai ADHD gagal menerima perkhidmatan pendidikan yang sesuai. Maka, sekiranya pelajar tersebut di diagnosis mempunyai ADHD adalah digalakkan untuk diuji pula dengan ujian untuk pelajar pintar cerdas. Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Masalah ADHD Untuk membezakan pelajar pintar cerdas sahaja dan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD bukanlah satu perkara yang mudah, terutamanya dari segi mood dan juga tingkah laku. Ciri-ciri yang biasa ditunjukkan oleh pelajar pintar cerdas boleh disalah anggap sekiranya golongan yang bertindak untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas gagal untuk membezakan perkembangan pelajar pintar cerdas dengan pelajar ADHD atau pelajar tersebut mempunyai kedua-duanya sekali. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya pelajar pintar cerdas menggunakan masa yang tidak diperlukan atau tidak bersesuaian. Intensiti, kawalan, kesempurnaan, rasa ingin tahu dan ketidaksabaran yang sering kali dilihat dalam pelajar pintar cerdas disalah anggap sebagai. Pelajar pintar cerdas yang kreatif pula akan menunjukkan sikap yang membantah, hiperaktif dan suka membuat argumen atau hujahan. Oleh itu, dalam mengenal pasti ADHD dalam pelajar pintar cerdas perlulah dilakukan secara pelbagai yang sekurang-kurangnya memasukkan ujian klinikal di mana seorang ahli klinikal pakar dalam perbezaan psikopatelogi dan seorang lagi mahir dalam perkembangan ciri-ciri pelajar pintar cerdas. Selain itu, penilaian berkaitan dengan kegagalan belajar atau tekanan yang sering kali dihadapi oleh pelajar ADHD juga perlu diadakan (American Academy of Pediatrics, 2000). Berikut merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk mengenal pasti golongan ini; 1. Rujukan awal - dilakukan dengan berjumpa dengan doktor atau ahli psikologi. 2. Penilaian dilakukan dalam lima proses iaitu; a. Penilaian perubatan doktor mengasingkan masalah-masalah lain yang mungkin mempunyai tanda yang sama dengan ADHD atau pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 82 Doktor juga perlu mendapatkan semua maklumat tentang sejarah perkembangan dan juga bagaimana keadaaan ibu semasa mengandungkan pelajar tersebut. b. Ujian Pencapaian Berterusan (Continuous Performance Tests) direka di mana ia memerlukan pelajar tersebut boleh mengekalkan tumpuan untuk menjawab item-item ujian tersebut. Di antara ujian pencapaian berterusan adalah Integrated Visual and Auditory Continuous test(IVA), dan Test of Variable of Attention Continuous Performance Test(TOVA) c. Penilaian ibu bapa setiap kali anak mereka diuji, ibu bapa memberikan maklumat. Ini boleh dilakukan secara temu bual, soal selidik dan juga menjawab senarai semak. Antaranya ialah Conner;s Parent Rating Scale Revised dan juga Child Behaviour Checklist. d. Penilaian guru dan sekolah guru melakukan penilaian di dalam bilik darjah. Selepas membuat pemerhatian, guru melengkapkan senarai semak dan juga menjawa penilaian skala tingkah laku Conners Teacher Rating Scale Revised. e. Tentukan sama ada pelajar tersebut ADHD atau pintar cerdas atau keduaduanya. Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas Dengan Masalah ADHD Kajian menunjukkan bahawa kita tidak boleh menganggap bahawa semua intervensi yang dicadangkan untuk pelajar ADHD sesuai dengan pelajar ADHD yang pintar cerdas. Penemuan awal menunjukkan bahawa intervensi atau pendidikan yang bersesuaian untuk berurusan dengan pelajar ADHD yang pintar cerdas adalah yang mampu mengembangkan dan sudah diubah suai berdasarkan kepada keunikan, kekuatan dan keperluan individu terbabit.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 83 Perkara yang paling penting dalam menangani pelajar ADHD yang pintar cerdas adalah dengan memberi fokus kepada pembangunan dan perkembangan bakat dan pada masa yang sama mengawal kelemahannya. Fokus terhadap potensi dan bukannya membetulkan atau memperbaiki kelemahannya kerana dengan cara ini hasilnya lebih positif dan mampu meminimumkan masalah penyesuaian dari segi sosial dan emosi. Selain itu, pelajar pintar cerdas selalunya mahukan tugasan atau aktiviti yang kompleks, ringkas, masa yang tidak panjang mungkin akan memberikan tekanan kepada pelajar ADHD yang pintar cerdas yang lebih gemar menangani tugasan yang lebih sukar dan mampu menarik minat mereka. Oleh itu, dengan mengurangkan stimulasi akan menyebabkan pelajar pintar cerdas ADHD menyembunyikan pencapaian dan keinginan ingin dicapai memandangkan mereka lebih selesa dengan bekerja secara bersungguh-sungguh malah bekerja dengan lebih baik dengan tahap stimulasi yang tinggi. Selain itu, pelajar pintar cerdas yang ADHD umumnya lebih berpotensi dan cemerlang dibandingkan pelajar pintar cerdas biasa yang tidak ada ADHD. Oleh yang demikian kebanyakan pelajar ADHD yang pintar cerdas menunjukkan keputusan akademik yang baik dalam ujian tetapi tingkah laku mereka di sebalik kecermelangan tersebut adalah cerita yang berbeza. Hal ini kerana semakin mereka berjaya dan cemerlang, simptom-simptom ADHD mereka juga akan turut meningkat. Maka, apabila mereka meninggalkan rumah dan belajar sendiri di universiti atau kolej, mereka terpaksa membiasakan diri dengan struktur, dan rutin di tempat baru sedangkan pelajar ini paling tidak suka akan sesuatu yang bersturktur, rutin dan perkara yang berulang dan tidak mencabar minda mereka. Selain itu, bantuan dan sokongan dari keluarga telah tiada dan ini akan menyebabkan mereka tertekan dan ketika inilah simptom-simptom ADHD mereka semakin ketara. Oleh itu, kebanyakan pelajar pintar cerdas yang ADHD menghadapi masalah tekanan walaupun mereka cemerlang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 84 Namun begitu, pelajar pintar cerdas dengan ADHD sering kali tidak dicalonkan untuk menyertai program-program pintar cerdas. Ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD yang menyebabkan mereka dikecualikan dari program pintar cerdas ialah; Gemar bermain atau membuat lawak pada masa yang tidak sesuai Bosan dengan tugasan rutin dan tidak mahu melakukannya Tidak boleh menerima atau bertimbang rasa terhadap kegagalan Suka menguasai orang lain Suka melakukan kerja seorang diri atau suka menyendiri Sukar untuk bertukar kepada topik lain apabila sudah mula mendalami sesuatu topik Sering menyatakan rasa tidak setuju secara terus dan bersikap mengarah Sensitif dari segi - overreact Tidak berminat terhadap sesuatu yang spesifik dan melakukan kerja yang tidak kemas. Tidak mahu menerima autoriti, tidak pasti dan degil.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar ADHD sukar untuk menyedari akan kegagalan akademik atau kesalahan tingkah laku yang mereka lakukan. Walau bagaimanapun, menurut beliau, dari segi positifnya pula sekiranya pelajar ini layak untuk diletakkan dalam program pintar cerdas, ia boleh membantu membentuk tingkah laku dan meningkatkan keyakinan mereka. Pelajar ADHD akan kurang hiperkatif dan kurang menimbulkan masalah sekiranya perkara yang mereka lakukan tugasan yang cepat, dan mempunyai motivasi seperti yang dilakukan dalam bilik darjah golongan pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 85 Oleh itu, aktiviti p&p yang bersesuaian dengan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD adalah aktiviti yang memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan memberikan cabaran dari segi mental dan psikologi serta persekitaran yang mencabar untuk membantu pelajar tersebut berjaya. Keadaan ini merupakan sesuatu yang jarang sekali disediakan oleh kebanyakan sekolah. Kebanyakan pelajar pintar cerdas mempunyai masalah dengan persekitaran sekolah yang membekalkan peluang yang sedikit untuk perkembangan kreativiti dan hanya membekalkan arahan yang berturutan dan konkrit, mengajar hanya tahap taksonomi yang rendah dan melakukan kerja yang memerlukan perkara yang berulang dan hanya mengingat serta aktiviti yang tidak membenarkan perkembangan individu mengikut tahap kemampuannya sendiri. Situasi p&p sebegini merupakan yang paling tidak sesuai tetapi ianya adalah praktikal sekiranya digunakan untuk pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD. Pelajar ini akan mendiamkan diri bila diberikan tugasan yang berulang dan mereka tahu kesan yang akan mereka hadapi (rasa bosan melakukan perkara yang sama). Sekiranya pelajar ADHD tidak menyukai sekolah, pelajar pintar cerdas adalah sebaliknya. Bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD mempunyai beberapa mata pelajaran yang mereka gemari antaranya mata pelajaran Sains dan ini akan menyebabkan mereka mengabaikan mata pelajaran yang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan pelajar terbabit berusaha di sekolah dan di rumah apabila ibu bapa dan guru menyedari bahawa mereka boleh menghadiri sesetengah keadaan dan tidak boleh bagi keadaan yang lain. Situasi ini akan menyebabkan kegagalan untuk mencapai kecemerlangan akan bermula dan bagi pelajar ADHD, keadaan ini boleh dikenal pasti sekurangkurangnya semasa mereka dalam gred 6 iaitu bersamaa dengan sekolah rendah di Malaysia. Bagi pelajar pintar cerdas pula, mereka sering kali meghadapi masalah dari segi sosial dan psikologi bagi usia mereka. Hal ini kerana mereka lebih cepat matang berbanding rakan sebaya mereka yang lain. Bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD pula, mungkin menghadapi lebih masalah dari segi

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 86 perbezaan intelek, sosial dan emosi mereka berbanding rakan-rakan yang sebaya dengan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat memperkembangkan diri. Oleh yang demikian, pada tahu 1950, Passow dan Goldberg menyuarakan pandangan mereka tentang bagaimana untuk menangani kegagalan untuk mencapai kecemerlangan. Oleh itu, untuk mengelakkan pelajar pintar cerdas yang mempunyai ADHD menghadapi kegagalan dalam mencapai kecemerlangan,guru-guru dan juga ibu bapa perlulah memainkan peranan. Berikut merupakan antara aktiviti yang boleh diadakan untuk membantu mereka. 1. Aktiviti Stimulasi 2. Pengayaan 3. Penggunaan komputer/ICT 4. Terapi Kognitif memperkembangkan idea, menyelesaikan masalah 5. Ganjaran

DISLEKSIA
Definisi Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys yang bermaksud kesukaran dan lexia yang bermaksud perkataan. Apabila diterjemahkan, dua perkataan ini membawa maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Pelajar yang mengalami ciri-cri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Manakala, masalah pembelajaran merujuk kepada beberapa ciri iaitu; 1) kesukaran belajar bahasa; 2) ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual; 3) tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak; 4) tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat; dan 5) daya tumpuan yang terhad. Hammond & Hughes (1990) pula menyatakan bahawa perkataan disleksia merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 87 kemahiran membaca. Secara keseluruhannya, disleksia boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu; 1) disleksia perolehan dan 2) disleksia perkembangan. Bagi golongan pintar cerdas yang mempunyai disleksia, mereka telah lama dikenal pasti. Thomas G. West, dalam bukunya The Abilities Of Those With Reading Disabilities menyatakan bahawa; In 1896, in the first description of developmental reading disabil ity in the medical literature, it was noted that a certain student could not learn to read in spite of laborious and persistent training. However, his headmaster observed that this student would be the smartest lad in the school if the instruction were entirely oral. Pernyataan beliau tersebut menunjukkan bahawa pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia telah lama wujud dan apa yang membezakan mereka dengan pelajar disleksia yang lain adalah mereka mempunyai bakat tersembunyi yang lebih daripada pelajar disleksia yang bukan pintar cerdas. Sekiranya pelajar disleksia yang bukan pintar cerdas mempunyai keupayaan IQ yang normal seperti pelajar biasa, pelajar disleksia yang pintar cerdas mempunyai tahap IQ dan bakat yang memberansangkan. Perkara yang menjadi penghalang kepada mereka adalah ketidak upayaan mereka sama ada untuk membaca, menulis, mengeja, dan mengira. Walaupun mereka tidak boleh membaca, tetapi mereka dapat melakukan sesuatu atau melaksanakan sesuatu tugas sekiranya tugas tersebut berbentuk oral dan bukannya bertulis. Perbezaan Ciri-Ciri Pelajar Disleksia Dengan Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia Pelajar disleksia biasa mempunyai ciri-ciri seperti berikut; 1. Masalah fizikal/pengurusan diri/sosial Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 88 Butang baju salah butang Tali kasut tidak diikat rapi Kidal Tidak berminat dalam pelajaran Perhatian singkat keliru depan/belakang; kiri/kanan

2. Masalah dalam pembelajaran Lemah dalam bacaan Lemah dalam menyelesaikan masalah matematik Suka mengigit jari, pen, merenung buku seolah-oleh tidak faham Bahan lisan lebih baik dari penulisan Tulisan (tidak suka menulis/buruk/menekan semasa menulis dan tidak memulakan huruf besar di awal perkataan) 3. Masalah semasa membaca Pura-pura membaca Teragak-agak Menunjukkan teks bacaan dengan jari Pembalikan perkataan Keliru kedudukan perkataan Keliru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Penambahan Kependekan perkataan (bunga buna) Pembalikan perkataan Pembalikan huruf dalam perkataan (naik naki)

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 89 Manakala, bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia, mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pelajar disleksia. Berikut merupakan antara ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia; 1. Kebolehan Verbal 1) fungsi linguistik mereka masih boleh berfungsi; 2) bahasa mereka adalah tinggi; 3) kemahiran yang tinggi dalam komunikasi verbal dan boleh memberi sebab secara verbal; 4) gemarkan pembacaan dan mencipta cerita; 5) mempunyai memori yang jangka panjang bagi verbal; 5) menggunakan strategi pemikiran yang tinggi 2. Kebolehan visual 1) kebolehan spatial; 2) boleh membuat gambaran 3D; 3) gemarkan visual; 4) imaginasi visual yang tinggi (boleh membuat gambaran); 5) lemah bagi gambaran visual 2D Masalah Dalam Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia Pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia sering kali mempunyai masalah dalam membaca dan ini menyebabkan kekurangannya iaitu disleksia lebih mudah untuk dikenal pasti berbanding dengan potensi yang dimiliki olehnya. Namun, sekiranya dia boleh membaca dengan baik, disleksia pula tidak dapat dikenal pasti dan ini boleh membawa kepada kegagalan pelajar tersebut untuk menumpukan perhatian dan tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kebolehan mereka untuk membaca sering kali dianggap sebagai cara mengenal pasti yang tidak berkesan dan tidak tepat. Hal ini kerana, pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia mempunyai stail dan ciri-ciri yang berbeza. Berikut merupakan dua graf yang menunjukkan perbandingan antara pelajar disleksia dengan pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia. Graf tersebut menunjukkan bagaimana IQ yang tinggi boleh membawa perbezaan dalam pelajar disleksia. Graf tersebut menunjukkan bahawa pelajar pintar cerdas dengan disleksia boleh menulis huruf jika dibandingkan dengan pelajar disleksia dan bagi kategori lain, pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia mengalami lebih banyak perkembangan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 90 walaupun mereka mempunyai kekurangan, iaitu disleksia. Oleh kerana mereka mempunyai banyak persamaan, adalah perlu bagi kita melihat dan memerhati serta membuat penilaian yang teliti bagi memastikan mereka berhak menerima pendidikan yang setimpal. Ini bukan sahaja untuk golongan pintar cerdas disleksia tetapi juga untuk golongan disleksia sahaja.

Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia Terdapat dua cara untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia iaitu, 1) dengan memerhatikan sama ada pelajar tersebut berjaya mengembangkan penggunaan symbol atau bunyi di dalam bilik darjah biasa dan 2) melihat sama ada pelajar tersebut mampu menamakan atau menyebut bunyi huruf. Pelajar disleksia selalunya dapat membaca atu mengenal huruf lewat dan sekiranya mereka mampu berbuat sedemikian sekalipun mereka akan berada pada tahap bacaan bagi pelajar lapan tahun buat satu tempoh masa sekiranya tidak ada bantuan diberikan. Oleh yang demikian, cara untuk mengenal pasti pelajar ini adalah dengan; 1) melihat kepada hasil kerja atau tulisan mereka. Sekiranya mereka masih memerlukan bantuan dalam penulisan walaupun pada ketika itu mereka sepatutnya boleh menulis, mereka perlu diberikan perhatian; 2) sekiranya pelajar tersebut mempunyai kebolehan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 91 yang tinggi tetapi dalam penulisan pelajar tersebut mempunyai kelemahan, maka berkemungkinan besar pelajar tersebut adalah pintar cerdas tetapi disleksia; 3) lihat kepada perubahan dalam ejaan yang dilakukan. Walaupun pelajar disleksia melakukan perubahan ejaan, namun bagi pelajar pintar cerdas, sekalipun mempunyai kesilapan ejaan, penggunaan atau vocabulary mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan pelajar disleksia. Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Disleksia Kebanyakan pelajar disleksia menghadapi masalah dalam membaca, mengeja, dan mengira. Walaupun mereka merupakan pelajar pintar cerdas, sekiranya mereka mempunyai disleksia, mereka akan menghadapi masalah yang dinyatakan di atas, sama ada kesemua sekali atau satu sahaja masalah di atas. Oleh itu, pendidikan atau program yang bersesuaian perlulah disediakan untuk pelajar ini terutama pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa terdapat perbezaan dari segi pendidikan untuk pelajar disleksia biasa dengan pelajar disleksia yang pintar cerdas. Silverman (1989), menyatakan bahawa Gifted children may have learning disabilities or other handicaps, and these dual exceptionalities tend to mask each other so that the child appears average . Pernyataan di atas menunjukkan bahawa kekurangan yang dimiliki oleh pelajar pintar cerdas ini membantutkan perkembangan bakat mereka yang sedia ada. Oleh itu, di sini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka. Mereka perlulah mengenal pasti sama ada anak mereka hanyalah disleksia atau disleksia dan juga pintar cerdas. Ini bagi memudahkan pihak sekolah untuk menyediakan intervensi yang bersesuaian dan mampu memenuhi kelebihan dan juga kekurangan pelajar ini. Beberapa program yang boleh dijalankan di sekolah untuk membantu pelajar pintar cerdas yang mempunyai disleksia. Antaranya ialah MultiSensory Mouth Training Programme, Alphabetic-

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 92 Phonic-Syllabic-Lingustic Programme dan Teaching Reading Through Spelling Programme. Programprogram ini adalah untuk membantu pelajar disleksia yang pintar cerdas menguasai kemahiran 4M yang merupakan masalah utama yang mereka hadapi. Dengan adanya program sebegini di sekolahsekolah pelajar ini akan dapat mengembangkan bakat mereka sekali gus mengatasi kekurangan mereka. Jika di perhatikan berdasarkan graf 1 dan graf 2 di atas, pelajar disleksia yang pintar cerdas ini mempunyai pola pembelajaran yang lebih tinggi berbanding pelajar disleksia yang biasa. Maka, dengan bantuan program sebegini, mereka boleh menguasai pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan setanding dengan pelajar pintar cerdas yang lain. Selain itu, program-program lain yang boleh diadakan ialah program-program yang berunsurkan motivasi dan berdasarkan kepada minat mereka. Motivasi dan juga minat pelajar boleh mempengaruhi pembelajaran dan juga sikap pelajar disleksia yang pintar cerdas ini. Minat mereka merupakan motivasi atau pendorong kepada mereka untuk mengatasi kekurangan mereka. Ini kerana mereka sedar bahawa, sekali pun mereka gagal menguasai pembacaan, pengejaan dan pengiraan, mereka masih lagi mempunyai kelebihan yang lain. Namun begitu, adalah perlu bagi guru untuk memastikan bahawa 4M mereka dan juga bakat mereka seimbang dan saling menyokong antara satu sama lain. Kegagalan pelajar untuk mencapai tahap perkembangan sepatutnya akan menyebabkan mereka berhenti daripada mencuba. Sebagai contohnya, sekali pun mereka mempunyai bakat tetapi mereka bertarung dengan kegagalan membaca dan mengira akan menyebabkan mereka tidak bermotivasi lagi. Oleh itu, adalah penting bagi pihak sekolah dan juga ibu bapa bekerjasama untuk memastikan pelajar ini dapat mengembangkan bakat dan juga kebolehan mereka serta mengatasi kekurangan yang mereka miliki pada masa yang sama. Kita perlu sedar bahawa pelajar disleksia yang pintar cerdas ini perlu mendapatkan perhatian yang tinggi untuk membolehkan mereka melakukan tugasan sama seperti pelajar yang lain

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 93 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Menurut teori Davis, golongan disleksia merupakan golongan yang berfikir dengan menggunakan gambar iaitu melalui mental atau sensori imej berbanding penggunaan huruf, perkataan atau dialog dalaman dalam minda mereka. Oleh kerana penggunaan metod ini adalah separa sedar, kebanyakan golongan disleksia tidak sedar akan perkara yang mereka lakukan. Oleh kerana golongan disleksia berfikr dengan gambar atau imej, mereka sering kali menggunakan logik dan memberi sebab kepada setiap perkara yang berlaku. Mereka bagus dalam membuat strategi, kreatif, bijak dalam penyelesaian masalah sebenar tetapi mereka lemah dalam sesuatu yang berturutan atau aktiviti yang perlu mengikut langkah demi langkah. Oleh kerana pemikiran mereka lebih kepada imej, mereka mampu memperkembangan imaginasi yang berunsur gambar dan menggunakan gambar dan juga perasaan untuk menyelesaikan masalah berbanding dengan menggunakan kemahiran verbal mereka. Oleh yang demikian, salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk diaplikasikan ke atas golongan disleksia ialah pendekatan multisensori. Pendekatan ini akan membantu pelajar disleksia untuk mengabungkan beberapa deria sensori seperti auditori, visual, oral dan kinestetik. 1. Auditori pendekatan auditori adalah apabila guru menyebut huruf atau perkataan secara berulang-ulang dan murid-murid akan mendengar. 2. Visual menggunakan bahan-bahan visual untuk mengajar pelajar disleksia dan pintar cerdas. 3. Oral murid-murid menyebut kembali huruf-huruf yang telah disebut oleh guru. 4. Kinestetik murid-murid belajar dengan menggunakan pergerakan. Contohnya dengan berlatih menulis; menulis di atas pasir selepas melihat guru menulis huruf di papan tulis.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 94 Manakala, bagi yang menghadapi masalah dalam menguasai pembacaan terdapat beberapa cara yang boleh membantu. Antaranya ialah;

Membekalkan aktiviti pembacaannya dengan bahan-bahan multimedia; seperti menonton novel yang berbentuk DVD.

Merekod atau merakam bahan-bahan bacaan untuk didengarkan kepadanya semasa membaca bahan bertulis.

Pastikan pelajar tersebut boleh membentuk semula ayat yang dibaca. Ubah suai bahan bacaan; contohnya, gunakan buku bacaan yang lebih pendek, atau buku yang mempunyai cetakan tulisan yang lebih besar.

Elakkan keadaan yang boleh menyebabkan pelajar merasa tidak selesa seperti meminta dia membaca secara kuat dalam kumpulan.

SINDROM ASPERGER/ASPERGER SYNDROME


Definisi Sindrom Asperger dinamakan sempena Hans Asperger pada tahun 1944, yang menjelaskan bahawa sindrom tersebut merupakan pelajar yang kurang dari segi kemahiran bukan verbal, menunjukkan kekurangan empati dengan rakan sebaya dan secara fizikalnya cemerkap. Henderson (2001) melaporkan bahawa sindrom Asperger merupakan perkembangan daripada Autism Spectrum yang dikategorikan sebagai masalah sosial, perkembangan bahasa dan kognitif secara normal dan mempunyai kehadiran minat secara persendirian. Golongan sindrom Asperger ini mempunyai sesetengah trait autism seperti lemah dalam kemahiran sosial, lebih sukakan sesuatu yang rutin dan tidak sukakan perubahan. Tetapi tidak seperti pelajar autism, pelajar yang mempunyai sindrom Asperger selalunya mula bercakap sebelum berumur 2 tahun iaitu permulaan normal bagi setiap perkembangan percakapan. Sindrom Asperger merupakan satu keadaan yang jarang dijumpai iaitu

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 95 hanya 3 daripada 10, 000 orang boleh menghidapnya. Sindrom Asperger ini selalunya dikenal pasti pada umur 3 tahun dan ke atas. Simptom-simptomnya adalah pelbagai dan tidak sama bagi setiap pelajar. Perbezaan Ciri-Ciri Pelajar Sindrom Asperger/Asperger Syndrome Dengan Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Asperger/Asperger Syndrome Ciri-Ciri Pelajar Sindrom Asperger

Berikut merupakan ciri-ciri pelajar yang mempunyai sindrom Asperger; a. Kemahiran sosial kurang b. Perkembangan proses kognitif perlahan c. Kemahiran verbal dan non-verbal kurang d. Minat terhadap sesuatu perkara adalah terhad Kebanyakan individu sindrom Asperger mempunyai tahap IQ yang sederhana sehingga ke tahap IQ yang yang lebih tinggi daripada sederhana dan lebih tinggi daripada tahap kemahiran bahasa yang dijangka atau diramal. Mereka masih lagi kekurangan dari segi memanjangkan tahap fokus mereka secara paktikal atau ke dalam situasi atau keadaan sebenar. Ciri-Ciri Murid-Murid Sindrom Asperger Yang Pintar Cerdas

Walaupun terdapat banyak halangan dari segi perkembagan pelajar yang mempunyai Sindrom Asperger, namun, adalah tidak mustahil golongan ini merupakan golongan pintar cerdas. Selain itu, , dianggarkan bahawa pelajar pintar cerdas yang mempunyai sindrom asperger adalah seramai 72 orang daripada 1000 pelajar. Pelajar pintar cerdas yang mempunyai sindrom Asperger adalah little professors who cant understand social cues. Pengenalpastian populasi pintar cerdas Asperger meningkat, malahan diagnosis yang dijalankan juga menunjukkan bahawa kemungkinan untuk

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 96 golongan pintar cerdas mempunyai Asperger adalah tidak mustahil. Diagnosis yang dijalankan telah menunjukkan ciri-ciri berikut bagi pelajar pintar cerdas yang mempunyai Asperger, malahan terdapat persamaan di antar pintar cerdas dan sindrom Asperger seperti; a. Kosa kata yang tinggi b. Pengasingan sosial c. Ingatan yang bagus d. Sensitif terhadap sensori/deria e. Gagal melihat keadaan daripada pandangan orang lain f. Gemarkan sesuatu yang rutin

g. Pemahaman bahasa lemah

Manakala, Neihart (2002) pula menyenaraikan ciri-ciri di bawah sebagai ciri-ciri pelajar pintar cerdas yang mempunyai Sindrom Asperger; a. Kemahiran verbal yang tinggi b. Ingatan yang baik c. Obses terhadap subjek yang mereka minati; gemar bercakap tentang perkara yang mereka minati d. Mempunyai IQ yang tinggi e. Sensitif terhadap keperluan sensori f. Kosa kata yang tinggi g. Menghadapi kesukaran dalam gambaran abstrak (Neihart, 2002) Melihat kepada kedua-dua ciri-ciri yang disenaraikan atau yang dikenal pasti oleh pengkaji berikut, tidak banyak perbezaan yang ditunjukkan. Ini menunjukkan bahawa pengenalpastian golongan ini telah mula dijalankan secara berperingkat dan semakin berkembang.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 97 Masalah Dalam Mengenal Pasti Dan Cara Mengenal Pasti Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Asperger/Asperger Syndrome Beberapa cara untuk mengenal pasti individu Asperger yang pintar cerdas. Berikut merupakan antara cara pengenalpastian yang boleh dikatakan sangat berjaya yang telah dijalankan atau diuji oleh beliau. Antaranya ialah; (a) Australian Scale for Aspergers Syndrome (Garrett & Attwood, 1998), (b) Aspergers Syndrome Diagnostic Scale (Myles, Jones-Bock, & Simpson, 2000) (c) Gilliam Asperger Disorder Scale (Gilliam, 2001). (d) Gifted and Talented Evaluation Scale (GATES; Gillam, Carpenter, & Christensen, 1996)

Pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi daripada IQ sederhana boleh menyebabkan kekeliruan terutamanya dalam mengenal pasti golongan pintar cerdas yang mempunyai sindrom Asperger. Untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai sindrom Asperger merupakan satu pengetahuan professional. Berikut merupakan senarai cara pengenal pastian mengikut urutan yang dicadangkan; a. Latihan dan pengetahuan diberikan kepada guru b. Senarai Semak yang perlu diisi oleh guru, ibu bapa, dan golongan profesional; Scales for Rating the Behavioral Characteristics of Superior Students Revised (SRBCSS-R) (Renzulli, Smith, White, Callahan, Hartmen, & Westberg, 2002). Manakala, dua langkah yang perlu diikuti untuk membantu dalam mengenalpasti pelajar pintar cerdas yang mempunyai Asperger dengan lebih tepat iaitu (1) membentuk atau menyediakan sejarah perkembangan pelajar tersebut dan (2) menggunakan skala tingkah laku (behavioural scales). Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dapatkan sejarah perkembangan pelajar termasuklah semasa (a) kehamilan; (b) sejarah kesihatan pelajar; (c) sejarah penyakit atau perkembagan keluarga; (d) sejarah

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 98 psikologi keluarga; dan (f) sejarah kemahiran komunikasi keluarga. Ini bagi membolehkan ibu bapa, pendidik dan pakar psikologi mendokumentasikan perubahan tingkah laku dan mengenal pasti keberkesanan strategi yang disediakan oleh mereka. Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah menggunakan instrumen pemerhatian. a. Kanner Criteria (1943); b. Rutters (1978); c. International Classification of Diseases (World Health Organization, 1992) (ICS-10)
th

d. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders 4 edition (DSM-TR-IV; American Psychiatric Association, 1994), e. Autism Behavior Checklist. Pendidik perlulah menggunakan lebih daripada satu instrumen dalam usaha mengenal pasti golongan ini. Berikut merupakan pendekatan yang boleh digunakan; (a) authentic assessment; (b) portfolios; (c) interviews with the individual in question, parents, and teachers; (d) standardized behavioral checklists; (e) Standardized measures of intelligence.

Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas Yang Mempunyai Asperger/Asperger Syndrome Kebanyakan murid-murid sindrom Asperger mempunyai tahap IQ yang sederhana dan kebanyakan mereka belajar di sekolah biasa. Beliau menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas Asperger perlulah mempunyai RPI (Rancangan Pengajaran Individu) atau IEP yang telah dibentuk dan boleh diaplikasikan berdasarkan kepada keperluan murid tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan pelajar pintar cerdas Asperger memerlukan RPI yang bersesuaian dengan bakat dan kekurangan mereka untuk kekal dalam bilik darjah biasa. Namun begitu, untuk memastikan keberkesanan RPI yang disediakan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 99 guru-guru perlulah memahami ciri-ciri pelajar pintar cerdas Asperger. Selain itu, guru-guru juga perlu menyampaikan bahan-bahan yang digunakan secara adil dan tidak mewujudkan sebarang persekitaran sosial yang tidak diingini oleh murid-murid pintar cerdas Asperger dan juga murid-murid lain dalam dalam bilik darjah tersebut. Tanpa arahan yang bersesuaian, pelajar ini tidak mampu untuk mencapai tahap maksimum kebolehan atau potensi mereka. Selain daripada kekangan psikologi, Jackel juga menyatakan bahawa pelajar pntar cerdas Asperger juga menghadapi masalah dalam mengikuti kemahiran yang boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Antaranya ialah; (a) kemahiran sosial; (b) kemahiran komunikasi; dan (c) kemahiran kognitif. Bagi pelajar pintar cerdas Asperger, kemahiran sosial dan komunikasi merupakan halangan yang paling ketara. Beliau menekankan bahawa, program yang bersesuaian untuk pelajar ini adalah program yang boleh mengenal pasti kebolehan dan juga kelebihan pelajar tersebut. Seterusnya ini adalah program yang memberikan fokus kepada (a) kemahiran sosial; (b) minat peribadi; dan (c) kemahiran berbahasa. Selain itu, program lain yang boleh digunakan ialah program yang boleh membantu pelajar menjadi cekap atau mahir dari segi akademik dan juga sosial dan juga boleh membantu meningkatkan kawalan diri dan disiplin pelajar tersebut. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Pelajar pintar cerdas Asperger ini memerlukan persekitaran pembelajaran yang berfokuskan kepada murid. Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan untuk membangunkan atau menyediakan persekitaran yang bersesuaian untuk murid-murid pintar cerdas Asperger ini. Antara aspek yang perlu dipertimbangkan ialah (a) keadaan fizikal bilik darjah; (b) struktur/rutin; (c) metod persembahan p&p; dan (d) tujuan pengajaran. Situasi ini bergantung kepada keperluan individu pintar cerdas Asperger kerana ia akan mempengaruhi kemampuan mereka untuk belajar.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 100 a. Keadaan fizikal bilik darjah Perlulah menyediakan persekitaran p&p yang selamat dan selesa. Guru patut menyusun bilik darjah bagi murid-murid pintar cerdas Asperger jauh daripada gangguan semaksimum yang boleh. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mengelakkan gangguan seperti; (a) rakan-rakan yang membuat komen tidak sesuai; (b) ruang yang terhad; dan (c) imej atau bunyi yang tidak dingini. Oleh itu, guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha untuk menentukan cara untuk mengelakkan gangguan. Mereka perlu berbincang untuk menghasilkan persekitaran bilik darjah yang bersesuaian untuk murid-murid dan juga persekitaran yang mampu memangkin kebolehan dan potensi serta membantu mereka menghadapi kekurangan mereka. b. Struktur/Rutin Guru perlulah menyediakan satu persekitaran yang boleh diramal. Apatah lagi pelajar pintar cerdas Asperger ini sukakan perkara yang berstruktur dan rutin serta sukar menerima perubahan. Walaupun agak sukar untuk guru mengelakkan keadaan yang tidak diramal, maka perkara yang boleh dilakukan oleh guru adalah menyediakan atau melatih pelajar ini menghadapi situasi yang tidak diramal terutama di sekolah-sekolah biasa. Bagi membentuk atau menyediakan satu rutin dalam bilik darjah, perkara yang paling penting adalah mengajar atau melatih pelajar ini berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka bagi menyedarkan mereka bahawa terdapat banyak situasi yang dijangka boleh berlaku dalam hidup dan mereka perlulah bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan. c. Metod persembahan p&p Persembahan bagi bahan-bahan pengajaran memerlukan rancangan. Murid-murid pintar cerdas Asperger melalui p&p yang boleh memberikan kelebihan dari segi aktiviti pembelajaran dan juga pengajaran. Guru perlulah menggabungkan penggunaan visual dan juga penceritaan dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, guru juga perlulah membenarkan rehat pendek bagi pelajar terutamanya

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 101 bagi aktiviti yang memerlukan jangka masa yang panjang. Namun, perkara yang paling penting adalah memastikan murid-murid tahu akan kelebihan yang mereka miliki. d. Tujuan pengajaran Kepentingan dalam membantu pelajar pintar cerdas Asperger ini dalam mengimbangi kekurangan mereka dan juga kelebihan yang mereka miliki. Oleh yang demikian, untuk memastikan individu pintar cerdas Asperger ini boleh mengatasi atau menangani kelemahan mereka, perhatian amat penting sama ada daripada ibu bapa mahu pun guru. Maka, guru perlulah sedar akan tujuan mereka mengadakan sesuatu pengajaran untuk pelajar ini. Berikut merupakan antara tujuan pengajaran bagi pelajar pintar cerdas Asperger ini dijalankan; (a) mengajar pelajar pintar cerdas Asperger empati; (b) membekalkan maklumat baru untuk menambahkan pengetahuan sedia ada; (c) mengubah suai sebarang tingkah laku yang tidak bersesuaian; dan (d) membentuk jarak.

RUMUSAN
Sesungguhnya setiap pelajar ada keistimewaannya tersendiri. Walapun ada kekurangan fizikal, namun, keistimewaan itu sentiasa terserlah dengan kebolehannya yang semulajadi, unit ini telah membincangkan banyak perkara mengenai pelajar pintar cerdas yang mempunyai keperluan khas. Guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak istimewa ini menerima kemudahan seperti pelajar-pelajar lain.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 102 Berdasarkan kefahaman anda, isikan tempat kosong bagi setiap kategori keperluan khas berikut: 1) Masalah penglihatan Definisi Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai

2) ADHD Definisi Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 103

3) DISLEKSIA Definisi Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai

4) SINDROM ASPERGER Definisi Ciri-ciri keperluan khas pelajar pintar cerdas Cara mengenal pasti pelajar pintar cerdas dengan keperluan khas Pendidikan dan strategi pengajaran yang sesuai

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 104

Rujukan
American Psychiatric Association (1987). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (3rd ed., rev.). Washington, DC: Author. Barkley, R. A. (1990). Attention deficit hyperactivity disorder: A handbook for diagnosis and treatment. New York: Guilford Press. Hammond & Hughes (1990). When bright kids fails: how to help children overcome spesific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster. Hardman, M. L., Drew, C. J., Egan, M. W., Wolf, B. (1993). Human Exceptionality, (4th ed.). Boston, MA: Allyn and Bacon. Moon, S.M., Zentall, S.S., Grskovic, J.A., Hall, A., & Stormont, M. (2001). Emotional and social characteristics of boys with AD/HD and/or giftedness: A comparative case study. Journal for the Education of the Gifted, 24, 207-247. Neihart, M., S. Reis, N. Robinson, & S.Moon, (2002). The sosial and emotional needs of gifted students: What do we know? Waco,TX: Prufrock Press. Parker, I., (1992), Discourse dynamics: Critical analysis for social and individual psychology , London: Routledge Ruconich, Omdal, Ferrell, & Corn.( 2003). Education of Students who are Gifted and Visually Impaired. Presentation papers. Silverman L.K., (1989). Invisible gifts, invisible handicaps. Roper Review, 12,37-41. Webb, J. T. (1993). Nurturing social-emotional development of gifted children. In K. A. Heller, F. J. Monks, & A. H. Passow (Eds.), International handbook for research on giftedness and talent (pp. 525-538). Oxford: Pergamon Press.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 105

UNIT 7 KURIKULUM UNTUK PELAJAR PINTAR CERDAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Jenis Kurikulum Sesuai Untuk Pelajar Pintar Cerdas Mengenal Pasti Kaedah Dan Pengajaran Yang Sesuai Menjelaskan Peranan Pihak-Pihak Yang Menyokong Potensi Pintar Cerdas Menghuraikan Penglibatan Golongan Profesional Dan Pelan Tindakan Yang Dirangka

PENGENALAN
Kurikulum untuk pelajar pintar cerdas merangkumi banyak aspek. Namun fokus kepada kebolehan pelajar itu sendiri sangat penting. Dalam proses menentukan kurikulum ini, bukan sahaja melibatkan ahli akademik atau pentadbir, namun semua pihak berkepentingan menyumbang idea dan tenaga dalam melaksanakan kurikulum ini. Peranan semua pihak sangat diperlukan kerana kerjasama ini dapat menentukan keberkesanan kurikulum yang digunakan. Perancangan jangka pendek dan panjang perlu ditentukan agar pelaksanaannya mempunyai kesinambungan dan yang paling penting memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 106

ISI KANDUNGAN

Apakah perancangan yang sesuai untuk pelajar pintar cerdas? Bagaimana ia dilaksanakan untuk memenuhi keperluan mereka? Setiap perkara dan tindakan yang diambil perlu mengambil kira peranan dan penglibatan banyak pihak agar tanggungjawab digalas bersama mendidik generasi geliga ini. Terdapat pelbagai jenis kurikulum pendidikan yang dibina khusus untuk membantu perkembangan kognitif pelajar (Piirto 1999). Antaranya ialah Projek Zero, Kurikulum untuk Menghasilkan Pelajar Berwawasan (Curriculum as a Means of Producing Insight), Model Komponen Sternberg, Model SOI Meeker, dan Model Pelajar Berotonomi. Antara yang paling popular dan akan dibincangkan dalam unit ini ialah Projek Zero, seterusnya membincangkan tentang strategi pengajaran berasaskan pemprosesan kognitif, peranan pihak yang berkaitan, penglibatan golongan profesional dan pelan tindakan untuk pelajar pintar.

KURIKULUM BERASASKAN PROJEK ZERO


Projek Zero telah diasaskan oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Harvard, menekankan proses pengajaran untuk difahami. Suasana pengajaran dijuruskan agar pelajar boleh mengaitkan secara semula jadi (intuitive) maklumat yang telah ada pada mereka dengan maklumat yang disampaikan semasa pengajaran. Kaedah ini hampir menyerupai kaedah pengajaran konstruktivis (Piirto 1999). Kaedah ini merangkumi empat tahap perkembangan kefahaman pelajar; (1) mencari jawapan atau idea-idea yang intuitif berkaitan dengan perjalanan dunia ini; (2) berfikir mengikut disiplin tertentu; (3) mengabungjalinkan pelbagai pemikiran atau pelbagai disiplin ilmu; dan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 107 (4) penghasilan ilmu peribadi. Pelaksanaan program seumpama ini memerlukan guru-guru yang mempunyai ilmu, kesedaran serta kemahiran yang sesuai. Justeru program-program Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dikelolakan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Umpamanya, LDP boleh diintegrasikan didalam program perkembangan staff pada peringkat sekolah. Program-program tersebut meliputi penyampaian maklumat untuk menimbulkan kesedaran tentang kepelbagaian pelajar dalam pelbagai aspek, khususnya dalam aspek-aspek yang telah dikenalpasti melalui kajian ini. Selain itu LDP juga perlu memuatkan latihan-latihan kemahiran kepada guru-guru untuk menangani kepelbagaian pelajar dengan sebaik mungkin. Langkah-langkah pendekatan yang dicadangkan tersebut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan agar semua pelajar berjaya mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Selain itu kajian seumpama ini boleh dilakukan bagi mendapatkan prototaip pemprosesan kognitif pelajar-pelajar khas dalam kategori lain, seperti pelajar-pelajar khas dalam kategori bermasalah pembelajaran dan dalam kategori pemulihan. Maklumat yang diperolehi boleh membantu para guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menyesuaikan intervensi dalam P&P dengan keperluan unik para pelajar. Para guru boleh berusaha meningkatkan pemprosesan kognitif Perhatian dan Berturutan di kalangan para pelajar. Ini kerana bagi pelajar-pelajar yang kurang dalam pemprosesan kognitif Serentak yang juga merupakan ukuran keupayaan pelajar (Naglieri & Das 1997), kekuatan mereka boleh diimbangi dengan pemprosesan kognitif Perhatian, dan Berturutan. Proses Perhatian boleh dipertingkatkan dengan menggalakkan pelajar mengawal tingkah laku diri sendiri secara lisan (Kirby & Williams 1991). Kirby dan William (1991) juga menyarankan agar pelajar diajar bertutur pada diri sendiri untuk mengawal diri dan memberi perhatian pada pembelajaran. Menurut mereka lagi kaedah tersebut

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 108 diperhatikan telah dapat meningkatkan proses Perhatian pelajar dan juga prestasi pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari. Proses Berturutan boleh dipertingkatkan dengan latihan-latihan untuk menguruskan idea-idea dan konsep secara berturutan dalam pengajaran. Contohnya guru boleh memberikan rencana untuk dibaca dan pelajar diminta menyusun cerita yang terdapat di dalam rencana tersebut secara berturutan. Latihan seumpama ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguruskan idea secara berturutan.

PENGAJARAN BERASASKAN PEMPROSESAN KOGNITIF (PROCESS BASED INSTRUCTION-PBI)


Guru juga boleh mengadaptasi perancangan pengajaran mereka berdasarkan kaedah yang dikenali sebagai Pengajaran Berasaskan Pemprosesan -Kognitif (Process Based Instruction-PBI) yang telah diperkenalkan oleh Tujuan utama PBI ialah agar para pelajar boleh berfikir secara berdikari dan boleh membuat keputusan sendiri. Process Based Instruction (PBI) membantu guru dengan menyediakan strategi dan kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran. Kaedah PBI banyak memberi penekanan untuk mempertingkatkan proses Perancangan pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Pelajar pintar cerdas memperolehi ukuran perancangan yang lebih baik berbanding pelajar-pelajar yang sederhana. PBI boleh juga diubahsuai agar proses-proses kognitif yang lain seperti proses Perhatian dan proses Berturutan dapat diasah selain daripada proses Perancangan yang menjadi tumpuan utama kaedah pengajaran PBI. Secara amnya untuk meningkatkan pemprosesan kognitif, khususnya proses Perancangan di kalangan para pelajar, guru dicadang memberikan masalah-masalah yang sesuai untuk menggalakkan pemikiran reflektif dan penilaian kendiri di kalangan pelajar. Guru sebaiknya tidak bertindak sebagai penunjuk cara tetapi sebaliknya bertindak sebagai pemudah cara dalam aktiviti P & P. Pelajar

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 109 digalakkan untuk menerangkan secara lisan idea atau kaedah bagaimana sesuatu masalah itu telah diselesaikan. Pelajar pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, sangat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran serta berupaya untuk menggabungkan beberapa maklumat untuk menghasilkan sesuatu idea ( Susan K Golant, 1991 ). Pakar psikologi Francis Galton (1883) berpegang kepada konsep bahawa individu terutamanya pelajar yang pintar cerdas, berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Pembelajaran yang bersistem merupakan cara yang paling berkesan untuk mengembangkan daya pintar cerdas ke tahap yang optimum (Hassan Hj Mohd Ali, 1996).

PERANAN PIHAK-PIHAK MENYOKONG POTENSI PINTAR CERDAS


Kementerian Pendidikan memainkan peranan awal dan utama dalam memastikan agar sumber tenaga manusia yang ada di Malaysia dibangunkan seoptimum mungkin. Sekolah merupakan institusi pertama yang memberi perhatian terhadap potensi intelek pelajar. Pendidikan di sekolah sewajarnya tidak terlalu mementingkan sukatan pelajaran yang hendak diajar, sehingga kepentingan serta keperluan unik pelajar terabai (Siva Subramaniam, 2003). Justeru usaha harus dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam membangunkan sumber tenaga manusia. Antara usaha tersebut ialah untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas dan memberikan pendidikan yang menepati keperluan pembelajaran mereka.. Hanya apabila pelajar-pelajar ini telah dikenalpasti mereka boleh diberi bantuan dari suatu sistem sokongan yang terancang. Ibu bapa para pelajar terbabit juga perlu disedarkan tentang potensi anak-anak mereka dan keperluan unik anak-anak tersebut. Bukan sahaja pelajar pintar cerdas memerlukan sokongan, bahkan ibu dan bapa mereka juga memerlukan sokongan dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 110 tersebut. Mendidik anak-anak yang pintar cerdas adalah satu tanggung jawab yang mencabar. Kadang kala keperluan emosi dan keperluan pembelajaran mereka tidak difahami oleh ibu bapa. Justeru, para ibu bapa perlu kerap berbincang, bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain, dan merujuk kepada ahli dalam bidang pintar cerdas untuk mendapatkan pandangan. Semua ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan agar sumber tenaga manusia di Malaysia dapat dibangunkan seoptimum mungkin demi untuk kesejahteraan hidup semua. Ford (2000) menyatakan bahawa setiap individu wajar diberi cabaran yang sesuai agar mampu mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Justeru, semua yang terlibat dalam pendidikan pelajar bertanggung jawab untuk berusaha dengan bijak dan berkesan agar setiap pelajar mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Selain cabaran, para pelajar perlu diberi bimbingan serta dorongan (nurturance) yang sesuai dengan ciri unik mereka agar mereka berjaya menjadi pintar cerdas (talented) dalam bidang-bidang yang mereka berbakat didalamnya.

PENGLIBATAN GOLONGAN PROFESSIONAL


Terdapat beberapa golongan yang terlibat dan bertanggungjawab kepada pelajar pintar cerdas iaitu; Guru Guru dan pendidik sebagai contoh kepada pelajar pintar cerdas dan berbakat. Sekolah menyediakan program khusus untuk pelajar pintar cerdas dan pembelajaran khusus atau mentor kepada pelajar yang pintar cerdas dan berbakat. Kaunselor Memberi sokongan emosi dan sosial kepada pelajar pintar cerdas ini.

Organisasi Organisasi masyarakat perlu bagi sokongan

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 111 Mewujudkan aktiviti tambahan atau sumber kepada pelajar. Sokongan diberikan kepada ibu bapa pelajar pintar cerdas ini.

PELAN TINDAKAN UNTUK PELAJAR PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT


Mengenal pasti jenis pelajar. Menggunakan ujian verbal dan bukan verbal untuk mengesan pelajar yang berbakat dalam visual spatial. Menyediakan penilaian yang berterusan kepada pelajar yang menunjukkan ciri-ciri pintar cerdas dan berbakat dan termasuklah pelajar yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas di rumah juga dan sekolah. Pertimbangkan pelajar yang pasif dalam kalangan pelajar lain dalam kelas, kemungkinan mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang yang tertentu. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dapat menghalang keupayaan pelajar yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas untuk menunjukkan keupayaan mereka. Menyediakan kurikulum khas kepada pelajar yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas. Menyediakan kurikulum yang lebih khusus dan sesuai dengan tahap pelajar pintar cerdas. Kurikulum yang khusus dan lengkap dapat membantu pelajar untuk mengukuhkan potensi mereka. Menempatkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas di dalam kumpulan pelajar yang lebih tua supaya mereka dapat belajar pada tahap yang lebih tinggi. Mengadakan persekitaran pembelajaran usahasama dengan dengan menempatkan pelajar di dalam kelompok pelajar pintar cerdas yang lain dengan mengadakan aktiviti tambahan dan pengayaan. Memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk melibatkan diri dengan aktiviti kurikulum tambahan yang lebih mencabar dan menarik seperti muzik, tarian, seni dan sebagainya.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 112 Mengadakan program mentor dengan pelajar yang lebih pandai atau dengan orang yang telah berjaya dalam akademik supaya pelajar pintar cerdas dapat berkongsi minat dan meneroka sesuatu dengan lebih mendalam. Memastikan supaya pelajar pintar cetdas tidak diberikan harapan yang terlalu tinggi atau tidak munasabah. Mereka harus tahu bahawa mereka adalah pintar cerdas dalam sesetengah bidang dan hanya biasa bagi bidang yang lain.

RUMUSAN
Kesesuaian aktiviti yang dirancang membantu pelajar pintar cerdas menyerlahkan lagi bakat yang ada. Apabila guru membuat atau melaksanakan aktiviti dengan member kebebasan kepada pelajar pintar cedas, dapat memberi kesan positif kepada emosi pelajar ini. Sesungguhnya, peranan guru

melaksanakan kurikulum ini dapat membantu pelajar mempamelkan kebolehannya pada tahap yang lebih maksimum.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 113

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum pintar cerdas? 2. Nyatakan maksud Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). 3. Jelaskan kaedah Process Based Instruction (PBI) 4. Berdasarkan kefahaman anda, huraikan peranan ibu bapa dalam menyokong potensi pintar cerdas 5. Huraikan pelan tindakan yang sesuai untuk pelajar pintar cerdas.

Isi tempat kosong dengan tanggungjawab golongan professional.

Guru

Kaunselor

Organisasi

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 114

Rujukan
Naglieri, J. A.; Das, J. P. (1997). Cognitive Assessment System. Administration and Scoring Manual. Itasca, Illinois: Riverside Publishing. Piirto, J. (1999). Talented children and adults (2nd ed). Upper Saddle River, NJ: Merril, Prentice Hall.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 115

UNIT 8 STRATEGI PENGAJARAN PINTAR CERDAS DAN KBKK


HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, diharap pelajar dapat: Mengetahui Strategi Pengajaran Kepada Pelajar Pintar Cerdas Menjelaskan Cadangan-Cadangan Sebagai Usaha Untuk Membangunkan Pelajar Pintar Cerdas Menghuraikan Definisi Kemahiran Berfikir Kreatif Dan Kritis (KBKK) Mengaplikasikan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran KBKK PENGENALAN
Mengajar pelajar khas bukan perkara yang mudah tetapi mungkin menyeronokkan bagi sesetengah golongan yang mempunyai minat mendalam terhadap pelajar khas. Bagi yang tidak berminat tetapi terpaksa melibatkan diri dalam bidang ini, pastinya pengalaman ini adalah perkara yang merunsingkan malah mencabar. Mengajar murid dengan keperluan khas memerlukan strategi penilaian yang berbeza daripada yang dijalankan di arus perdana bagi menentukan keberkesanan pengajaran. Pemantauan keberkesanan pengajaran pengajaran biasanya adalah dengan mengumpul maklumat secara anekdot tentang perubahan-perubahan tingkah laku sebagai respon terhadap strategi pengajaran. Guru yang efektif adalah indvidu yang sentiasa memperdalamkan kemahiran dalam pengajaran dan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) bagi membolehkan pengajaran memberi faedah kepada murid khas yang mendapat hasil daripada pengajaran itu. Keberkesanan guru dapat dilihat dalam dua dimensi iaitu jumlah objektif pembelajaran

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 116 yang dicapai oleh murid dan corak pengajaran yang dikaitkan dengan pembelajaran seperti masa, tenaga dan usaha yang dicurahkan oleh guru. Keberkesanan pengajaran juga dapat dilihat daripada keberkesanan perkembangan sosialisasi dan kendiri murid khas. Semakin banyak yang dicapai oleh murid khas, semakin berkesan pengajaran guru itu. Ini bermakna guru yang efektif bukan sahaja yang membantu murid khas mencapai objektif pembelajaran tetapi juga memperkembangkan kemahiran yang perlu ada pada murid khas.

ISI

Sesungguhnya menghadapi pelajar pintar cerdas yang berkebolehan tinggi memerlukan persediaan yang cukup. Bagaimana untuk melakukannya? Adakah perlu menyediakan banyak aktiviti atau berbeza setiap satu aktiviti semata-mata untuk memenuhi keperluan khusus mereka? Seorang guru memainkan peranan membuat Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang sesuai mengikut keperluan pembelajaran pelajar. Setiap perancangan memerlukan idea yang berkesan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran. Unit ini menekankan strategi pengajaran yang sesuai dan perlu berfikir secara kreatif dan kritis untuk memaksimumkan suasana pembelajaran di bilik darjah.

STRATEGI PENGAJARAN PINTAR CERDAS


Pelajar pintar cerdas lazimnya mengetahui banyak maklumat pada sesuatu masa, kita cenderung untuk membuat andaian bahawa mereka menguasai strategi yang diperlukan bagi membolehkan mereka belajar secara bersendirian dengan berkesan. Namun begitu, mereka adalah sama seperti pelajar lain di mana perlu menerima latihan khusus untuk membolehkan mereka menguasai teknik belajar yang berkesan. Untuk menjauhkan diri daripada gaya pembelajaran yang pasif, para pelajar perlu meningkatkan tahap kepekaan terhadap perkembangan diri, perubahan dalam persekitaran, dan peluang pembelajaran untuk diri mereka.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 117 Menurut Gardner (1983), dalam sistem pendidikan hari ini hanya menekankan kecerdasan verbal dan kecerdasan logik matematik sahaja. Dengan itu, terdapat pelajar yang mempunyai potensi diri atau kecerdasan tertentu berasa bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang sama di dalam kelas. Ini kerana pendekatan yang dilaksanakan oleh guru tidak memberi rangsangan yang positif kepada pelajar tersebut. Pelajar yang mempunyai kebolehan bahasa dan logik boleh berjaya di sekolah tetapi mereka tidak cerdas sepenuhnya apabila keluar dari lingkungan persekolahan. Dengan mengenalpasti kecenderungan dan kecerdasan masing-masing, pelajar mungkin akan lebih bersemangat untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik manakala proses pengajaran guru yang berlangsung di dalam kelas akan menjadi lebih efektif dan berkesan. Satu aspek penting yang disarankan tentang pengajaran-pembelajaran ialah para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi mereka seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif, rasional dalam semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran yang kritis dan analitis akan menjadi salah satu aspek yang penting dalam tiap-tiap aktiviti pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum). Komitmen untuk menggalakkan kemahiran berfikir kritis telah menjadi satu agenda utama pendidikan di Malaysia. Kemahiran berfikir kritis ialah satu kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Para pendidik bersetuju bahawa kemahiran berfikir kritis dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar melalui proses pengajaran secara eksplisit yang menggunakan situasi harian sebagai konteks pembelajaran. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah direkabentuk untuk membantu perkembangan kemahiran berfikir kritis para pelajar. Mengikut sasaran, bahawa usaha-usaha untuk membangunkan para pelajar perlu dilakukan terancang dan tersusun serta bersepadu. Cadangan-cadangan adalah seperti berikut:

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 118 1. Pelajar perlulah mempunyai sikap inkuiri terhadap kecenderungan kecerdasan mereka terlebih dahulu melalui ujian Kecerdasan. Ini dapat membantu pihak yang berkaitan menyediakan program yang dapat membantu mengembangkan potensi bakat kendiri mereka ke tahap yang lebih cemerlang. 2. Pelajar perlu berkeyakinan terhadap kekuatan tahap kecerdasan yang mereka miliki tanpa menjejaskan kecerdasan yang lain. Mereka perlu yakin bahawa kecemerlang memang ada dalam diri sendiri serta menyakini dengan azam yang kental, mereka akan dapat mencapai kecemerlangan diri serta menjauhi tanggapan imaginasi negatif bahawa mereka akan gagal. 3. Pihak sekolah perlu menggilap kekuatan kecerdasan pelajar agar pelajar berkecenderungan ke arah kekuatan kecerdasan mereka tanpa menjejaskan dan mengabaikan kecerdasan yang lain. 4. Para pendidik perlu membantu merangsang kecerdasan yang dimiliki pelajar dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara terancang. 5. Para pendidik boleh mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk meningkatkan perkembangan kognitif pelajar mengikut Taksonomi Bloom. 6. Para pendidik harus memberi menerapkan aspek kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir secara kritis semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 119

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR


Menurut Edward de Bono, kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Menurut seorang pemikir tokoh lain, iaitu Chaffee (1988), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Berdasarkan beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapat dirumuskan bahawa : Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami ( Som & Mohd Dahalan, 1998). Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran yang dikemukakan oleh ahli-ahli pemikir dan penulis-penulis dalambidang berkenaan. Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagi kepada dua domain iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

BERFIKIR SECARA KREATIF


Pemikiran kreatif menekankan penggunaan hemisfera otak kanan, namun demikian otak kanan ini kurang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Manusia dilahirkan kreatif

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 120 cuma kita tidak sedar yang kita kreatif kerana kreativiti yang ada pada kita itu, kita biarkan hilang begitu sahaja dan tidak kita pupuk. Sebenarnya pemikiran yang kreatif dapat dipupuk dan dilatih serta diajar. Oleh itu, kemahiran-kemahiran yang menuju ke arah pemikiran kreatif perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya potensi pelajar untuk berkreatif dapat dikembangkan kepada tahap yang sewajarnya. Pemikiran kreatif menekankan penggunaan data atau maklumat yang sedia ada untuk mencetuskan idea-idea yang mungkin bagi memenuhi tujuan tertentu. Kemahiran-kemahiran yang boleh dikelaskan di dalam pemikiran kreatif ini termasuk mengeluarkan idea, membuat ramalan, membuat analogi, membuat hipotesis, membuat perkaitan,melihat perhubungan/pola/corak, membuat kesimpulan, membuat peta konsep dan mereka cipta sesuatu. Hasilan yang kreatif datangnya daripada pemikiran yang kreatif. Pemikiran yang kreatif tidak semestinya merupakan satu kurniaan bakat, tetapi boleh dipelajari dan dilatih. Orang-orang yang kreatif mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut : 1. Berfikiran terbuka dan tidak dikongkong oleh satu pemikiran yang ditetapkan. 2. Sanggup menerima kritikan dan risiko. 3. Mempunyai keinginan yang tinggi dalam usaha mencapai sesuatu. 4. Tidak dahagakan pengiktirafan, puji-pujian atau ganjaran daripada orang lain. Mereka ini mampu mengkritik dan memuji diri sendiri. Pendek kata mereka ini didorong oleh motivasi dalaman. 5. Berani membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab atas risiko keputusan mereka. 6. Mempunyai peribadi yang stabil dan tidak akan berubah sungguhpun mendapat atau menghadapi tekanan luar. 7. Suka menjelajah dan menerokai idea baru. 8. Mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 121 9. Sentiasa tertarik akan hal-hal yang misteri dan kompleks. 10. Meminati seni dan berjiwa halus.

BERFIKIR SECARA KRITIS


Kemahiran berfikir secara kritis boleh didefinasikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran berfikir semakin ditekankan dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diikuti dengan perkembangan dunia masa kini, teknologi maklumat semakin berkembang lalu berlakunya ledakan maklumat. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran berfikir supaya dapat membezakan maklumat yang berguna dan menggunakan maklumat itu dengan baik. Pemikiran yang kritis dapat membantu para pelajar menyelesaikan masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran lalu dari proses menyelesaikan masalah itu, pelajar dapat mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Pemikiran kritis merupakan satu domain pemikiran yang lebih menekankan penggunaan hemisfera otak kiri (HOKI). Pemikiran kritis ini penting dalam kehidupan seharian kerana dengan menguasai kemahiran ini, kita boleh mengumpul seberapa banyak maklumat dan menilai betul atau salah sesuatu idea itu. Seterusnya kita dapat membuat tindakan atau pilihan yang lebih tepat. Pemikiran kritis ini juga dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keuapayaan kita menggunakan maklumat dengan berkesan di samping membuat pertimbangan yang rasional. Perkataan kritis berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna mampu menilai. Seorang pemikir Amerika syarikat Robert H.Ennis dalam artikelnya yang bertajuk Goals for a critical thinking curriculum yang dimuatkan dalam buku Developing the Minds telah memberi definisi

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 122 kemahiran kritis sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, keesahan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Pemikiran kritis adalah asas kecemerlangan dan amat penting pada zaman yang penuh persaingan sains dan teknologi ini. Kemahiran ini boleh dikuasai, oleh itu kemahiran ini perlu dilatih dan dipupuk sejak kecil lagi. Ciri-ciri individu yang berfikiran kritis adalah seperti mempunyai daya usaha untuk melihat sesuatu secara lebih teliti dan terperinci, menganalisis idea untuk mencari huraian yang lebih tepat, membuat kesimpulan atau pendirian setelah yakin tentang kebenaran andaian, berhujah dengan berpandukan bukti-bukti yang sudah dikaji atau disiasat, berfikiran terbuka dan luas, dan akhir sekali ialah reaktif pada faktor atau idea yang diketahui. Kemahiran berfikir secara kritis sebenarnya tidak terhad bilangannya. Untuk memudahkan pemahaman, kita menumpukan perhatian kepada beberapa kemahiran seperti membanding dan membeza, membuat kategori, menyusun mengikut urutan, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab,membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab serta membuat kesimpulan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KBKK


Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diajarkan dengan pelbagai strategi yang memberikan penekanan kepada cara penyampaian yang menggalakkan pelajar berfikir dan menguasai kemahiran serta isi pelajaran yang sedang disampaikan. Secara amnya, KBKK dapat disampaikan melalui dua cara iaitu secara terpisah dan secara penyebatian. Pengajaran KBKK secara terpisah bermaksud membawa sesuatu kemahiran berfikir itu disampaikan secara bersendirian tanpa diajarkan bersama-sama dengan kandungan mata pelajaran. Sebagai contoh, apabila kita mengajar

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 123 menggunakan alat berfikir CoRT ( Cognitive Research Trusts) yang disarankan oleh de Bono, segala contoh yang digunakan dan latihan yang diberikan tiada kaitan dengan mata pelajaran, sebaliknya akan mengambil contoh-contoh daripada kehidupan seharian sebagai tajuk perbincangan. Biasanya pengajaran secara terpisah ini diajarkan untuk mendapatkan pengetahuan tentang ilmu berfikir secara am iaitu bagi tujuan kegunaan seharian. Pengajaran KBKK secara penyebatian pula membawa maksud KBKK diajar secara bersepadu dengan isi kandungan mata pelajaran dan ia akan dijalankan dengan menggunakan dua cara iaitu penyebatian sepenuh dan penyebatian separa. Penyebatian sepenuh bermaksud KBKK dapat disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenal pasti manakala penyebatian separa pula merupakan strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai.

RUMUSAN
Keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah kepada pelajar pintar cerdas adalah apabila mereka tidak berasa bosan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesungguhnya setiap aktiviti yang telah dirancang mengambil kira objektif pembelajaran agar boleh dicapai oleh setiap pelajar khususnya pelajar pintar cerdas. Aktiviti berbentuk kajian, atau eksperimen mampu menjana pemikiran yang lebih aktif dan memperoleh hasil tertentu agar apa yang berlaku seharian memberi kesan positif kepada mereka.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 124

1. Nyatakan saranan tentang pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar cerdas. 2. Nyatakan definisi kemahiran berfikir. 3. Berdasarkan kefahaman anda, mengapakah seorang guru perlu berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyediaan rancangan pengajaran pelajar pintar cerdas? 4. Jelaskan ciri-ciri seorang yang kreatif. 5. Menggunakan ayat sendiri, aplikasikan KBKK dalam merangka tiga aktiviti pengajaran untuk mengajar pelajar pintar cerdas subjek seni.

KBC3013 Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif (Modul 2)| 125

Rujukan
Gardner,H. 1983. Frames of Mind: A Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Book. Glover, J.A.,& Bruning, R.H. ( 1990 ). Educational Psychology: Principles and Applications. New York : Harper Collins Pub. Naglieri, J. A.& Das, J. P. 1997. Cognitive assessment system: Interpretive handbook. Illinois: Riverside Publishing. Ristow,R.S. (1988). The teaching of thinking skills : Does It Improve Creativity? Gifted Child Today, 11, 44-46.

Anda mungkin juga menyukai