Anda di halaman 1dari 20

ARTIKEL ILMIAH

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN, KAEDAH PELAKSANAAN SERTA CABARAN DALAM PELAKSANAAN

DITULIS OLEH :

MOHAMAD KHIRUDIN BIN AMDAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Strategi pengajaran memerlukan setiap pensyarah memahaminya dengan baik agar isi pengajaran dapat disampaikan. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga (3) iaitu berpusatkan pensyarah, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan pelajaran. Bagi setiap klasifikasikan tersebut ianya mempunyai ciri-ciri yang perlu diberi perhatian oleh pensyarah sebelum memulakan sesi pembelajaran. Pembelajaran yang mencapai objektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai perancangan dan segala mekanisma yang yang telah di kenalpasti seperti kaedah, pendekatan, teknik dan strategi. Pensyarah mesti benar-benar faham dan menghayati semua mekanisma tersebut agar pembelajaran itu dapat berkembang. Walaubagaimanapun dalam melaksanakan semua perkara itu terdapat barbagai cabaran dan halangan yang perlu dihadapi dengan bijak. Dalam artikel ini ada dihuraikan tentang ciri-ciri bagi klasifikasi strategi pengajaran, dan juga membincangkan kaedah serta cabaran yang dihadapi oleh setiap pensyarah sebagai seorang pendidik. Sekian.

PENDAHULUAN Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan untuk

memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh

terhadap aspek-

aspek rohani, aqli dan jasmani melalui aktiviti-aktiviti yang saling berkaitan iaitu pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah interaksi diantara pengajar atau pensyarah dengan pelajar dan pelajar adalah dikalangan seseorang atau sekumpulan orang sebagai pencari dan penerima pelajaran yang diperlukannya, manakala pengajar atau pendidik mahupun pensyarah merupakan seseorang atau sekumpulan orang yang profesionnya sebagai pengolah aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa komponen, iaitu pelajar, pensyarah, objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah pengajaran, media dan penilaian.Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai tahap yang optimal, untuk itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pensyarah dan salah satu diantaranya adalah strategi pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu dimiliki dan difahami oleh setiap pensyarah, ini kerana keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung pada cara mengajar pensyarahnya. Jika cara mengajar sesuai dan menepati kehendak pelajarnya, maka pelajar akan tekun dan rajin, dalam menerima pelajaran yang diberikan, malah diharapkan juga akan terjadi perubahan dan tingkah laku kepada pelajar tersebut baik dari tutur katanya, sopan santunnya dan juga gaya hidupnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai bentuk,

pensyarah semestinya arif dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran dengan kaedah mengajar yang bersesuaian agar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai. PENGAJARAN Menurut kajian Wan Zah Wan Ali ( 2000 ) pengajaran sebenarnya mempunyai pelbagai pengertian dan ianya boleh di ketegorikan kepada empat kategori, iaitu pengajaran sebagai : a. Menyampaikan maklumat b. Memindahkan maklumat c. Mendorong pembelajaran d. Membina manusia yang lebih baik. Kajian tersebut mengambarkan pengajaran adalah proses dua hala diantara pensyarah dan pelajar dalam memahami pelbagai pengetahuan yang diperlukan bagi membina manusia sebenar. Penyelidik lain dalam bidang ini Ramsden. 1993; Trigwel, Prosser & Lyons, (1997) memahami pengajara sebagai proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka yang berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenalpasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang berkesan dan berkualiti. Pengajaran secara keseluruhannya merupakan cara untuk membimbing pelajar bagi memperolehi sejumlah pengalaman yang terbaik dan bermutu. Pelajar perlu dibimbing untuk berfikir dan berusaha untuk mencari pengertian terhadap perkara yang dipelajari. PEMBELAJARAN Pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala perubahan tingkah laku akibat dari pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan

persekitaran. Perubahan ini hendaklah berlaku dalam masa yang agak lama, tekal dan kekal ( Abdul Rahim M.Ali,2001 ). Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman ( Salvin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987 ). Pembelajaran melibatkan kaedah baru dalam membuat sesuatu kerja. Ianya berlaku dalam percubaan individu untuk melepasi rintangan atau cuba untuk menyesuaikan diri kepada keadaan yang baru. Menurut Crow dan Crow ( 1983 ), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Apabila seseorang itu terdedah dengan persekitaran kebiasaannya pembelajaran akan berlaku dalam dirinya, ianya bermula dari rangsangan yang diterimanya melalui pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke bahagian otak untuk dianalisis, diberi makna dan disimpan sebagai pengalaman. Apabila pelajar atau individu itu mengeluarkan semula pengalaman itu dalam bentuk yang baru, maka ianya dianggap perubahan tingkah laku. Pembelajaran seseorang itu berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku yang kekal. Perubahan tingkah laku adalah hasil daripada kefahaman menerima maklumat, latihan, pengalaman, celik akal dan cuba jaya. Pembelajaran merupakan proses yang berterusan berlaku sepanjang hayat secara sedar mahu pun tanpa disedari. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi pengajaran dan pembelajaran, menurut J.R. David dalam Teaching Strategies for College Class Room (1976) ialah a plan, method, or series of activities designed to achicves a particular educational goal. Manakala mengikut terjemahan inggeris strategi bermaksud a plan of operation achieving something merangcang sesuatu operasi untuk mencapai sesuatu.

Berdasarkan pengertian di atas strategi pengajaran dan pembelajaran meliputi urutan, kaedah dan peringkat kegiatan yang dirancang untuk mencapai tujuan

dan objektif pengajaran tertentu. Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya ( Dick & Carey, 1996 ). Pensyarah sebenarnya perlu memikirkan semua proses pengajarannya. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran pada dasarnya adalah cara-cara yang dipilih untuk menyampaikan kandungan pelajaran dalam sesi pengajaran tertentu, yang meliputi sifat dan urutan kegiatan yang dapat memberikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar. Untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran ianya memerlukan kaedah. Kaedah menawarkan satu cara yang sistematik untuk melakukan sesuatu (Devies, 1981). Kaedah dalam pengajaran pula dijelaskan sebagai satu siri tindakan yang sistematik yang mana matlamat utamanya ialah untuk mencapai objektif pengajaran tertentu. Dengan kata lain keadah pengajaran ialah cara bagaimana pendekatan objektif pelajaran tertentu disampaikan melalui langkah-langkah yang tersusun. Tanpa kaedah yang betul maka pembelajaran adalah tidak terancang malah aktiviti akan berlaku secara rambang dan tanpa susunan yang sempurna. Kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha yang sepenuhnya, yang mana ia memerlukan satu set prosedur yang terancang berasaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih, Ini bermaksud kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih adalah berasaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkait dengan model, prinsip dan teori pembelajaran. Kaedah pengajaran pula merangkumi cara maklumat disampaikan atau cara aktiviti pengajaran dijalankan, seperti contoh kaedah kuliah, perbincangan, main peranan, simulasi dan lain-lain. Kemahiran spesifik dalam pengajaran pula dipanggil teknik pengajaran, seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan putih white board dan lain-lain. Melaksanakan dengan jayanya semua unsur-unsur yang diperlukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kemp and

Schwaller, 1988). Teknik pengajaran sebenarnya merujuk kepada satu kemahiran mengajar. Klasifikasi strategi pengajaran boleh dikelaskan kepada tiga (3) iaitu berpusatkan pensyarah, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan pelajaran. STRATEGI BERPUSATKAN PENSYARAH. Strategi pengajaran dan pembelajaran jenis ini telah dilaksanakan atau diamalkan oleh kebanyakan pensyarah sejak sekian lama lagi. Strategi jenis ini, pensyarah menjadi peranan yang utama. Bagi satu-satu sesi pengajaran pensyarah pengajaran. Ciri-ciri Strategi berpusatkan Pensyarah. Pengajaran a. berpusatkan Didalam sahaja. b. Tidak terdapat komunikasi dua hala diantara pensyarah dengan pelajar, yang mana pensyarah menggunakan masa untuk bercakap hampir c. kesemua waktu yang ada, manakala pelajar hanya mendengar sahaja. Pensyarah bertindak sebagai pemimpin yang autokratik sewaktu di dalam kelas pengajaran, dan pelajar pula tidak mempunyai peluang untuk menyuarakan pendapat mereka. d. e. Keutamaan objektif hanya kepada pensyarah sahaja dan tidak merangkumi objektif keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni dan perkembangan emosi pelajar. pensyarah mempunyai dan ciri-ciri seperti berikut, mengawal dan memanipulasi hampir semua aktiviti-aktiviti

antaranya ialah : aktiviti pengajaran pembelajaran, pensyarah memainkan peranan utama dan pelajar hanya menjadi penonton

f. g.

Pencapaian

pelajar

adalah

berasaskan

kepada

keputusan

peperiksaan para pelajar. Teknik mengajar terarah kepada penyampaian fakta-fakta sahaja. Pembelajaran lebih kepada mengingat dan menghafal fakta, dan pelajar gagal atau tidak berupaya untuk membuat interpritasi terhadap sesuatu isi pengajaran. h. Interaksi diantara pelajar lemah dan sifat-sifat positif sosial pelajar tidak dapat dibangunkan, dan pelajar menjadi kurang berinisiatif dan kreatif. Kaedah Strategi Berpusatkan Pensyarah. Kaedah pengajaran murupakan cara menjalankan aktiviti-aktiviti

pengajaran atau penyampaian maklumat, dan bagi melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah, beberapa kaedah pengajaran yang biasa digunakan antaranya kaedah kuliah. Kaedah ini memerlukan perangcangan yang baik oleh setiap pensyarah. Pensyarah mestilah memulakan set induksi yang baik, yang mampu menarik minta pelajar. Maklumat yang hendak disampaikan atau dikuliahkan mestilah mengikut susunan yang logik dan tersusun sama ada secara topikal, masalah dan penyelesaian, sebab dan kesan, urutan masa, perbandingan dan lain-lain lagi. Mengenal pasti perkara penting yang akan dikuliahkan seterusnya mengembangkan perkara ini semasa sesi kuliah supaya pelajar akan lebih jelas tetang apa yang dikuliahkan. Kemahiran pemerhatian terhadap komunikasi tanpa bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar perlu ada pada pensyarah, ini kerana ia dapat menentukan kefahaman pelajar terhadap kuliah. Demontrasi juga merupakan kaedah yang boleh digunakan bagi melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah. Demontrasi adalah kaedah mengajar dimana pensyarah menunjukkan sesuatu atau sekumpulan pelajar, ini bermakna pensyarah memainkan peranan penting di dalam sesi pengajaran tersebut. Walaubagaimanapun beberapa perancangan perlu diketahui dan

difahami dengan jelas oleh pensyarah sebelum melaksanakan kaedah ini. Pensyarah perlu memahami langkah-langkah demontarsi secara keseluruhan serta konsep dan prinsip kemahiran yang hendak diajar. Minat pelajar pada peringkat awal sangatlah penting supaya pelajar boleh memberi tumpuan sepanjang sesi pengajaran. Penerangan terhadap langkah-langkah atau prosedur perlulah jelas dan teratur, pensyarah mestilah mengelak daripada mengambil jalan singkat dalam menerangkan langkah-langkah tersebut. Pensyarah perlu memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba setelah selesai demonstrasi, masa perlu diberikan kepada pelajar untuk mempraktikkan apa yang telah diajar dan pengalaman tersebut perlu untuk membentuk kemahiran pelajar. Cabaran Pelaksanaan kaedah bagi strategi berpusatkan pensyarah juga

mempunyai cabaran yang mampu menggagalkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara cabarannya ialah tahap keupayaan, kebolehan dan kebijaksanaan diri pensyarah itu sendiri. Kuliah yang baik terhasil dari pensyarah yang berkeupayaan menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas, kebolehan pensyarah tersebut memotivasikan pelajar dalam mendengar kuliah dan menunjukkan penguasaan yang tinggi terhadap ilmu yang ada pada dirinya. Pelajar akan menjadi pasif, jika pansyarah terlalu mendominasi sesi pengajaran. Walaupun isi pengajaran kuliah baik namun tanpa penglibatan pelajar atau memberi ruang kepada penglibatan pelajar untuk menyoal atau memberi pandangan terhadap idea yang disampaikan akan tetap mewujudkan konflik terhadap pemahaman terhadap isi pengajaran. Penggunaan strategi ini juga boleh mengekang budaya berfikir kreatif dikalangan pelajar. Menurut Ned Herrmann (dalam Abdul Fatah Hasan, 1998) kreativiti ialah aktiviti keseluruhan otak yang melibatkan minda secara sedar conscious mind dan minda terpendam subconscious mind untuk mencabar

andaian, mengenal pola, ,melihat dengan cara yang baru, melihat hubungan, mengambil risiko dan merebut peluang atau kemungkinan. Tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk menyampaikan idea kreatif mereka dalam sesi pembelajaran akan menjejaskan perkembangan kognitif mereka. Melalui strategi ini juga pensyarah agak sukar menilai pencapaian pelajar. Dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, penilaian diklasifikasikan sebagai satu proses menentukan bagaimana objektif pengajaran dan pembelajaran itu tercapai. Justeru itu penilaian perlu dilakukan dengan sempurna, iaitu dengan mengadakan bukti-bukti emprik, iaitu bukti-bukti sahih tentang pengajaran dan pembelajaran yang diperolehi menggunakan pengukuran. STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR. Strategi aktif dalam berpusatkan proses pelajar merupakan Pensyarah strategi menjadi pengajaran pemimpin dan yang

pembelajaran yang mana pelajar memainkan peranan penting dan penglibatan pembelajaran. membimbing pelajar-pelajar dan memperuntukkan lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau individu. Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Pelajar. Strategi berpusatkan pelajar antaranya mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dibawah : a. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar memainkan peranan penting manakala pensyarah bertindak sebagai pemimpin atau fasilitator yang membimbing pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka. b. Komunikasi dua hala akan terhasil diantara mereka Pensyarah menggunakan teknik penyoalan untuk membiarkan pelajar berfikir dan member tindak balas terhadap soalan.

c. Pensyarah memimpin kelas atau pelajar secara demokrasi. Pelajar sentiasa diberi galakan untuk memberi pandangan dan pendapat. Pensyarah sebenarnya banyak melakukan perbincangan dengan pelajar. d. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada pencapaian objektif pelajar. e. Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dari segi

keseimbangan intelektual, rohaniah serta sosial dan fizikalnya. f. Kaedah pengujianan formatif digunakan, dan keputusan ujian digunakan untuk mengenal pasti pejalar yang lemah. g. Pensyarah menyampaikan isi pelajaran dengan memfokuskan

pengajaran bermakna, dengan ini pelajar boleh memahami fakta yang disampaikan dan mampu untuk membuat kesimpulan untuk satu-satu topik. h. Terdapat banyak ruang dan peluang untuk pelajar berinteraksi, dan juga nilai-nilai sosial dapat diperolehi seperti tolong menolong, bekerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain dapat di bina. i. Strategi ini juga terarah kepada kaedah pengurusan kumpalan pelajar yang berkesan, ini kerana pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan minat perlu diberi perhatian. j. Strtegi ini juga menjadikan pelajar kreatif dan berinovatif.

Kaedah Strategi Berpusatkan Pelajar. Sumbangsaran merupakan antara beberapa kaedah yang sesuai dan berkesan untuk dipraktikkan oleh pensyarah di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Kaedah ini berkesan untuk mendapatkan banyak idea dari pelajar dan pensyarah boleh memilih idea-idea yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pensyarah mestilah mendefinisikan masalah tersebut agar ia dapat difahami oleh pelajar dengan jelas. Pensyarah perlu memberi lebih masa untuk pelajar membincangkan masalah dan menggalakkan setiap pelajar untuk memberi idea mereka. Pensyarah perlu memilih idea yang dikehendaki dan pastikan semua pelajar dengan idea yang dipilih, dan semestinya idea yang dipilih adalah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Kaedah inkuiri-penemuan merupakan kaedah saintifik yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran sains. Kaedah ini sebenarnya memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah, kerana masalah merupakan asas kepada kaedah ini. Pensyarah perlu memberi maklumat yang berkaitan supaya pelajar dapat memahami masalah yang hendak dikaji. Pensyarah perlu menyediakan bahan-bahan untuk dipilih oleh pelajar bagi menyelesaikan masalah dan juga jangkaan kepada soalan-soalan yang akan disoal oleh pensyarah atau apa yang disebut soalan memandu, ini bagi mengarahkan proses pemikiran pelajar. Pensyarah juga perlu membuat kesimpulan dan cadangan terhadap hasil eksperimen yang telah dijalankan. Kaedah penyoalan merupakan satu perkara penting dalam pengajaran, dan ianya terlibat dalam semua kaedah pengajaran. Pensyarah perlu mahir dalam teknik penyoalan, ini kerana ia merupakan cara paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik penyoalan yang mana setiap satunya akan memberikan respon yang berbeza. Berdasarkan taksonomi Bloom, terdapat enam (6) tahap pembelajaran domain kognitif, dan

soalan-soalan pada setiap tahap memerlukan pelajar menjawab dengan menggunakan tahap proses yang berlaianan. Pensyarah perlu mahir dan berupaya membina soalan pada setiap tahap agar dapat menggalakkan pelajar terlibat dalam pelbagai tahap kognitif tersebut. Pensyarah adalah disarankan agar memahami enam (6) tahap yang telah dinyatakan di dalam domain kognitif taksonomi Bloom. Cabaran. Walabagaimanapun pensyarah akan berhadapan dengan beberapa cabaran dalam melaksanakan kaedah-kaedah bagi strategi berpusatkan pelajar ini. Kaedah ini memberi ruang kepada pelajar atau kumpulan pelajar yang suka bercerita, maka pensyarah haruslah mahir dalam mengawal pelajar-pelajarnya agar sesi pembelajaran tersebut tidak di dominasi oleh segelintir pelajar sahaja. Harus diberi perhatian juga bahawa strategi ini tidak begitu praktik untuk dijalankan bagi sekumpulan pelajar yang ramai, ini kerana sebilangan pelajar akan hilang tumpuan dan fokus kepada objektif pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya. Pensyarah juga tidak seharusnya membiarkan terlalu banyak masa diberikan kepada pelajar dalam membincangkan persoalan atau pun masalah, ini adalah kerana maklumat atau pun pengetahuan pelajar adalah terbatas. Pensyarah perlu tahu apa yang dibincangkan oleh pelajar itu tidak menyimpang dari topik asal pelajaran. Perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang tidak dikawal akan menyebabkan suasana didalam kelas akan bertukar kepada suasana yang membisingkan dan menggangu pelajar lain.

STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN PELAJARAN. Strategi berpusaktan bahan pelajaran merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mana bahan pelajaran memainkan peranan penting dan penggunaannya dijadikan sumber utama pensyarah dan pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan pelajaran dalam istilah moden hari ini juga di panggil media pengajaran, yang mana istilah baru ini mengambil kira semua aspek termasuk pelajar, pengembangan pembelajaran dan aspek penilaian. Reise dan Gagne (1983) mendefinisikan media sebagai cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Dengan menggunakan bahan pelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dengan mudah. Melalui latihan dengan menggunakan bahan pengajaran juga palajar akan dapat membina kemahiran dan juga dapat berdikari hasil aktiviti yang dijalankan tanpa bantuan pensyarah. Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran. Seperti juga strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pensyarah dan berpusatkan pelajar, strategi berpusatkan bahan pengajara juga mempunyai cirri-cirinya, antaranya ialah : a. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan pengajaran memainkan peranan yang penting ini kerana pensyarah atau pelajar menggunakan sepenuhnya bahan pengajaran tersebut untuk mencapai objektif pengajaran. b. Interaksi dan komunikasi berlaku diantara pensyarah dan bahan pengajaran, atau diantara pelajar dengan bahan pengajaran. dari

c.

Pengajaran dan pembelajaran memerlukan usaha dan perhatian kemahiran menggunakan bahan-bahan pengajaran bagi

terhadap

memastikan objektif pembelajaran tercapai. d. Strategi ini menekankan kepada pembangunan kognitif, fizikal dan

rohani. Pengajaran pensyarah juga lebih bermakna, menarik minat dan berkesan. e. Membuka ruang kepada pelajar untuk lebih banyak berinteraksi. Sifat-

sifat sosial juga boleh dibentuk melalui kerja berkumpulan yang melibatkan bahan pelajaran dalam menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji. f. Aktiviti pengajaran berdasarkan pengalaman yang sebenar melalui

bahan pelajaran dapat mengubah pengetahuan abstrak kepada situasi yang lebih konkrit. Kaedah Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran. Kaedah strategi berpusatkan bahan pelajaran yang tercangih pada abad ini ialah penggunaan komputer. Pensyarah perlu mahir dalam penggunaan komputer terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk sesi pengajaran mereka. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan interaksi secara terus diantara komputer dengan pelajar. Pensyarah bertanggung jawab untuk memantau segala aktiviti pelajar dan memberi aktiviti-aktiviti susulan yang telah dibentuk bagi memperkembangkan ingatan dan memindahkan pengajaran. Pelbagai cara dapat digunakan oleh pensyarah dalam melaksanakan kaedah ini. Dengan cara pemberian latih tubi dan latihan dapat memperkukuhkan pembelajaran pelajar dengan menyediakan ruang untuk mengulangi apa yang telah dipelajari. Tutorial juga boleh digunakan melalui perisisan atau program yang mudah difahami oleh pelajar. Sebelum cara ini digunakan oleh pensyarah,

pensyarah mestilah menjalankan ujian penetapan untuk menentukan tahap kesedian pelajar terhadap apa yang hendak dipelajari. Kaedah pengajaran dengan bantuan Liquid Crystal Display (LCD) Projector amat popular dikalangan pensyarah pada masa ini. Kaedah ini mudah dan senang untuk digunakan, dan penggunaannya amat praktik bagi sesi pengajaran yang jumlah pelajarnya ramai. Ianya juga boleh merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan melalui komuikasi lisan ini, ini kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit dan maklum balas pelajar lebih menyeluruh. Pensyarah perlu merancang bahan pengajaran dan data disimpan melalui komputer. Perancangan yang baik dapat menyediakan semua gambaran sebagaimana diperlukan semasa proses pengajaran dan akan membantu mencapai objektif pengajaran tersebut. Proses pengajaran kaedah ini, pensyarah dibekal senaskah atau bahan bercetak yang dikenali sebagai modul. Didalam modul bagi sesuatu topik, matlamat pengajaran biasanya telah ditetapkan. Modul juga mengandungi maklumat yang terarah, latihan dan soalan perbincangan. Pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai pelajaran didalam bahan atau modul tersebut. Pensyarah perlu membuat pendedahan pembelajaran mengikut pelbagai teknik dan cara didalam bahan tersebut. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan. Cabaran Penggunaan bahan pelajaran dalam pengajaran adalah sesuatu yang amat kritikal. Ini kerana sehebat atau secanggih manapun bahan yang digunakan atau media yang dihasilkan, jika ianya gagal digunakan maka kesan terhadap pembelajaran amatlah negatif. Kurang daya kreativiti pensyarah untuk menyediakan bahan pelajaran yang bersesuaian dengan objektif pengajaran

adalah sesuatu yang harus ditangani oleh pensyarah itu sendiri. Inisiatif pensyarah dalam usaha belajar menggunakan bahan haruslah dititik beratkan. Terdapat juga cabaran lain yang perlu dijawab oleh setiap pensyarah sebelum mereka dapat menggunakan bahan dalam pengajaran mereka. Persoalan seperti, adakah bahan pelajaran mudah diperolehi?. Jika ianya mudah dan adakah ia senang untuk dikendalikan ?. Jika senang diperolehi berapa kos dan masa diperlukan ?, dan adakah pihak pentadbiran meluluskannya?. Semua persoalan ini amat bergantung pensyarah kepada mesti pengurusan dan pentadbiran. ini dan Walaubagaimanapun menghadapi kesukaran

memikirkan cara untuk mengatasinya. Faktor pelajar juga dikatakan sebagai satu cabaran yang harus diambil kira oleh pensyarah dalam pemilihan bahan-bahan pelajaran. Dengan mengetahui siapa pelajar mereka, pensyarah akan dapat memilih bahan yang benar-benar sesuai untuk mereka. Model ASSURE ada mengatakan terdapat tiga (3) ciri-ciri dalam analisis faktor pelajar ini, iaitu ciri-ciri umum, keperluan khas dan stail pembelajaran. Daripada sudut ciri-ciri umum, khususnya umur , didapati pelajar dewasa memerlukan kurang panduan daripada pelajar muda. Bagi keperluan khusus pula didapati visual dapat menarik minat kepada pelajar yang tidak suka cara membaca. Mereka lebih suka melukis atau melakar buah fikiran mereka. Stail pembelajaran juga menyebabkan individu belajar dengan cara yang sesuai dengan mereka. KESIMPULAN Strategi dan kaedah pengajaran berfungsi sebagai satu panduan pengajaran kearah keberkesanan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada pelajar. Untuk mencapai berkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran, pensyarah perlu memilih kaedah yang paling tepat untuk di gunakan melalui kreativiti mereka sendiri. Dalam pemilihan tersebut terdapat pelbagai perkara

yang perlu dipertimbangkan, antaranya keadaan pelajar yang mencakupi penilaian tentang tingkat kecerdasan, kematangan dan perbezaan individu. Disinilah di tuntut agar pensyarah mampu menganalisis dan seterusnya memilih strategi pengajaran dan pembelajaran untuk diserasikan dengan kaedah pengajaran. Sebagai seorang pensyarah, ia perlu memikirkan bagaimana untuk menjadi pensyarah yang berketrampilan dengan memahami ciri-cirinya, iaitu yang berkaitan dengan kecekapan bidang, kepelbagaian pengetahuan dalam keadah pengajaran yang digunakan, penglibatan pelajar dalam pengajaran, enthusiasm serta susunan dan kejelasan penyampaian. Aspek-aspek lain yang perlu difikirkan ialah memahami prinsip pengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan perlaksanaannya dan juga persediaan mengajar. Dengan keupayaan untuk memahami diri pensyarah sendiri, strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah, teknik serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin baik, malah mampu menjadikan tahap pendidikan negara antara yang terbaik dan dapat memperkembangkan potensi pelajar atau individu kesempurnaan rohani, akal dan jasmani. bagi mencapai

RUJUKAN

1.

Ab. Rahman Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn, Bhd.

2.

Wan Zah Wan Ali (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications and distribution Sdn. Bhd.

3.

Eggen, P.D & Kauchak, D.P (1996). Strategies For Teachers : Teaching Content and Thinking Skills. Boston : Allyn & Bacon.

4.

Amir Awang (1986) Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya.

5.

Asmah bt Hj Ahmad (1989). Pedagogi 1. Petaling Jaya : Longman Malaysia.

6.

Sharifah Alwiah AlSagoff (1988) Psikologi Pendidikan 1. Petaling Jaya : Longman Malaysia.

7.

Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). OUM : Psikologi Pendidkan. Kuala Lumpur : Malindo Printers Sdn. Bhd.

8.

Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur : Budiman Sdn Bhd,

9.

Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi 1:Kurikulum dan pengurusan bilik darjah.


Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

10. 11.

http://www.scribd.com/doc/2466850/Strategi-Belajar-Mengajar. Kamarudin Hj. Husin. (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya : Longman Malaysia.

12.

Poh Swee Hiang (1996). KBKK : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur : Budiman.

13.

Devies, K.I (1981). Instructional Technique. New York : McGraw-Hill Book Company.

14.

Armstrong, D.G., Henson, K.T. & Savage,T.V.(1989). Education : An Introduction. New York : McMillan Publishing Company

Anda mungkin juga menyukai