Anda di halaman 1dari 2

Waalaikumussalam. Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh cikgu. Kecekapan berbahasa memang memerlukan latihan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan kemahiran bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala berbahasa pula membawa maksud mempunyai bahasa , menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Maka definisi Kemahiran Berbahasa boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan, kepandaian atau kecekapan seseorang individu itu berbahasa (bertutur) dalam suatu bahasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, latihan kecekapan berbahasa boleh dilaksanakan melalui aktiviti permainan bahasa. Pembelajaran akan lebih bermakna. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. memperolehi latihan intensif. Penglibatan murid dalam permainan telah memberi lebih peluang kepada mereka untuk Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam permainan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Guru juga dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapaan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa. Tujuan menggunakan teknik permainan sebagai bahasa alat membolehkan murid-murid bermain. bahasa perantaraan semasa

Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.

Anda mungkin juga menyukai