Anda di halaman 1dari 11

1

Bahagian Pertama

Wasiat
Wakaf
Hibah dan Hadiah




Sumber rujukan
Pengajian Syariah Islamiah


Penulis:
Ustaz Muhammad bin Ariffin
Ustaz Muhammad Zaini bin Yahya
Ustaz Muhammad Affendi bin Sahi


Penyusun:
Ustaz Zulhazam bin Othman

2

1. WASIAT









Maksudnya:
Daripada Saad bin Abi Waqas r.a, daripada bapanya dia berkata, Aku telah sakit yang teruk ketika
di Mekah. Kemudian aku sembuh dari sakit yang boleh membawa mati. Maka Rasulullah saw
sentiasa datang melawatku, kemudian aku bertanya Rasulullah saw, Wahai Rasulullah! Aku
mempunyai harta yang banyak dan tidak ada yang akan mewarisiku melainkan seorang anak
perempuan. Apakah boleh aku sedekahkan dua pertiga (2/3) daripada hartaku? Jawab Rasulullah
saw, Tidak!. Aku berkata; Bagaimana kalau separuh (1/2)? Jawab Rasulullah saw, Tidak! Aku
berkata, Kalau satu pertiga (1/3)? Jawab Rasulullah saw, Satu pertiga (1/3) itu sudah banyak.
Sesungguhnya adalah lebih baik kamu meninggalkan anakmu kaya dari meninggalkan mereka
miskin, meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya apa yang kamu belanjakan akan diberi
pahala walaupun sesuap makanan kepada isterimu.

1.10 Huraian Ringkas
Wasiat merupakan amalan yang digalakkan dalam Islam. Amalan ini merupakan amalan yang
dilakukan sejak zaman berzaman. Biasanya amalan berwasiat berkaitan dengan harta yang
ditinggalkan. Umat Islam digalakkan berwasiat dengan cara dan syarat yang tertentu sebagaimana
memenuhi tuntutan ayat Al-Quran. Firman Allah swt:





3



Maksudnya: Diwajibkan keatas kamu berwasiat dengan cara terbaik kepada ibu bapa dan keluarga
yang hampir, apabila seseorang kamu hampir mati dan sekiranya ada meninggalkan harta. Ia
adalah kewajipan orang yang bertaqwa. [Surah Al-Baqarah (2) : 180]

Nota Tambahan: [Walaubagaimanapun hukum didalam ayat ini telah dimansuhkan dan digantikan
dengan ayat-ayat Al-Quran yang turun selepasnya yang berkaitan dengan pembahagian harta
pusaka mengikut Hukum Faraidh (Miroz)].
Sabda junjungan kita Rasulullah saw maksudnya:
Daripada Abi Umamah r.a katanya, Aku mendengar
Rasulullah saw bersabda. Sesunggunya Allah telah
menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris)
mendapat haknya. Dengan itu, tidak ada hak wasiat
bagi ahli waris.
(Diriwayatkan oleh lima Imam Hadis melainkan Imam
An-Nasai)

1.12 Latar Belakang Peristiwa Berkenaan Hadis ( )
Saad bin Abi Waqas telah bertanya kepada Rasulullah saw tentang wasiat harta yang akan dibuatnya
semasa beliau sakit di Mekah. Beliau tidak mempunyai waris kecuali seorang anak perempuan. Maka
Rasulullah saw menjelaskan bahagian-bahagian dan peraturan-peraturan membuat wasiat.
1.13 Pengertian Wasiat
Wasiat dari segi bahasa ialah berpesan. Menurut pengertian syara pula ialah pesanan yang dibuat
oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang
dimilikinya selepas dia meninggal dunia.
1.14 Hukum Wasiat
Wasiat yang diamalkan pada zaman jahiliyyah mempunyai unsur-unsur penganiayaan kerana orang-
orang Arab mewasiatkan harta mereka kepada orang asing dengan tujuan untuk bermegah-megah.
4

Setelah Islam datang, ia mewajibkan berwasiat kepada kedua ibu-bapa dan kerabat. Apabila Hukum
Miroz (Pusaka) disyariatkan maka tidak diwajibkan lagi mewasiatkan harta untuk ahli waris.
Hukum wasiat:
1. Wajib bagi orang yang berhutang.
2. Sunat untuk keluarga yang tidak mendapat bahagian dari harta pusaka.
3. Harus untuk orang kaya dan kaum keluarga.
4. Makruh untuk orang fasik.

1.15 Rukun dan syarat wasiat
RUKUN SYARAT
1. Orang yang berwasiat
( )
Berakal dan baligh
Merdeka
Pilihan sendiri (tidak dipaksa)

2. Penerima wasiat
(

)
Ada semasa berwasiat
Hendaklah ditentukan jika diwasiatkan kepada orang
perseorangan
Hendaklah yang boleh memiliki harta dan berhak
Bukan pembunuh kepada pemberi wasiat
Bukan untuk perkara maksiat
Beragama Islam

3. Barang yang diwasiatkan
(

)
Harta yang boleh dipusakai seperti rumah atau tanah
Bernilai pada syara
Layak untuk dimiliki. Maka tidak sah wasiat barang yang tidak
boleh pindah milik seperti hukuman Qisos dan Hudud.
Kepunyaan orang yang berwasiat
Bukan barang haram

4. Sighah/Lafaz
(

)
Terbahagi kepada dua:
Ijab (Penawaran)
1. Lafaz Yang Jelas ( ): Seperti kata seseorang:
Aku berwasiat rumahku kepada Zaim selepas aku
mati.
2. Lafaz Yang Samar ( ): Seperti kata seseorang:
Hartaku ini untuk Zuhdi, berserta dengan niat.
Kabul (Penerimaan)
1. Para Fuqaha bersepakat bahawa tidak disyaratkan
Qabul (Lafaz terima) pada masa yang tertentu dan
tidak disyaratkan bersegera menerima atau menolak


5

1.16 Kadar Wasiat
(1). Jumhur Fuqaha berpendapat bagi orang yang meninggalkan ahli waris kadarnya tidak lebih
daripada satu pertiga (1/3) harta.
(2). Bagi orang yang tidak mempunyai ahli waris pula ulama berselisih tentang kadarnya:
i. Jumhur ulama termasuk Mazhab Maliki dan Syafie:
= [Tidak lebih daripada satu pertiga (1/3) harta]
ii. Mazhab Hanafi:
= [Harus lebih daripada satu pertiga (1/3) harta]

(3). Wasiat yang dilakukan kepada kepada orang lain yang melebihi 1/3 harta, boleh dilaksanakan
dengan beberapa syarat:
i. Keizinan daripada ahli waris hendaklah diperolehi setelah orang yang berwasiat meninggal
dunia. Ini kerana sebelum ia meninggal dunia, ahli waris tidak berhak terhadap harta yang
diwariskannya
ii. Orang yang memberi keizinan itu mempunyai Ahliyatu Tasorruf
1
(

) untuk
berbuat demikian.
iii. Hendaklah dipastikan bahawa orang yang menerima wasiat itu bukan ahli waris. Ini
kerana, ahli waris tidak boleh menerima harta melalui wasiat. Mereka mendapat bahagian
tertentu dalam pembahagian harta pusaka.
iv. Orang yang menerima wasiat bukanlah orang yang membunuh pemberi wasiat.
v. Harta yang diwasiatkan itu boleh dimiliki setelah pemberi wasiat meninggal dunia.

1.17 Wakil Penerima Wasiat
Wakil penerima wasiat bermaksud orang yang menerima wasiat bagi pihak penerima wasiat.
2

Keadaan ini terjadi jika penerima wasiat tidak dapat menerima wasiat daripada si mati (pewasiat)
kerana sebab-sebab tertentu seperti berada jauh daripada tempat menerima wasiat.




1
Ahliatu Tasorruf (

) ialah orang yang berkemampuan dan memenuhi syarat untuk menguruskan


haknya seperti hak mengurus harta.
2
Antara orang yang dihalang daripada memasuki syurga ialah mereka yang tidak menunaikan wasiat.
6

Wakil penerima wasiat wajiblah menunaikan wasiat yang diserahkan kepadanya selagi tidak
terdapat halangan-halangan daripada sudut syara. Kewajipan ini berdasarkan kepada firman Allah
swt:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu untuk menunaikan amanah kepada ahlinya
(orang yang berhak). [Surah An-Nisa (58) : 4]

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah memerintahkan setiap muslim menunaikan amanah yang
dipertanggung-jawabkan keatasnya. Termasuk dalam perintah di atas ialah menunaikan amanah
wasiat yang dipertanggung-jawabkan kepada setiap muslim.
3


1.18 Kaedah Istinbath (Pengeluaran) Hukum
Terdapat beberapa hukum yang dapat diambil daripada hadis Saad bin Abi Waqas iaitu:
i. Lafaz

dan jawapan Rasulullah saw membuktikan amalan wasiat adalah


digalakkan.
ii. Kadar maksimum harta yang boleh diwasiatkan ialah 1/3 dan itu pun dikira banyak
berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh Saad dan jawapan Rasulullah saw (

(
boleh berwasiat 1/3, tetapi itu pun sudah banyak. Ini menunjukkan hukum wasiat yang
melebihi kadar yang tersebut tidak boleh dilaksanakan.

1.19 Pembahagian harta selain daripada wasiat
i. PUSAKA (Miraz/Faraidh)
a. Pengertian Pusaka
i. Dari segi bahasa ialah peninggalan si mati.
ii. Menurut istilah Fuqaha pula ialah sesuatu yang ditinggalkan oleh si
mati daripada harta benda dan hak-hak yang berhak diterima oleh
warisnya dengan sebab kematian
b. Dalil disyariatkan pusaka
Firman Allah swt:



3
Tuliskan wasiat di hadapan saksi untuk mengelakkan pertelingkahan dan salah faham.
7








c. Contoh pembahagian harta pusaka
4

Apabila berhimpun semua waris dari pihak lelaki dan perempuan maka yang
berhak menerima pusaka adaah seperti berikut:
Masalah 12 36
Suami

3
9
Bapa

1/6 2
6
Ibu

1/6 2
6
Anak perempuan
Asabah
(baki harta)
5
5
Anak lelaki

10
ATAU,
Masalah 24 72
Isteri

1/8 3
9
Bapa

1/6 4
12
Ibu

1/6 4
12
Anak perempuan
Asabah
(baki harta)
13
13
Anak lelaki

26


4
Golongan waris yang menerima harta pusaka ada dua. Pertama, ashabul furud (

) iaitu penerima
pusaka yang telah ditetapkan kadarnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Bilangan mereka seramai 12 orang.
Kedua, ahli asabah (

) iaitu mereka yang mewarisi semua harta peninggalan si mati apabila dia
seorang diri atau penerima baki semua harta selepas dibahagi kepada ashabul furud (

). Mereka
terbahagi kepada 3 golongan.
Maksudnya: Allah telah mensyariatkan bagi kamu tentang pembahagian harta
pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai
bahagian dua orang anak perempuan. [Surah An-Nisa (11) : 4]
8

d. Hikmah disyariatkan pusaka
i. Menyempurnakan hak kepada orang yang berhak.
ii. Mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim dengan kaum keluarga.
iii. Mengelakkan daripada berlaku ketidakadilan dan penganiayaan
terhadap waris.
iv. Menjamin kehidupan dan membantu ahli waris.
v. Mengelakkan harta milik keluarga daripada hilang atau berpindah ke
tangan bukan waris.

e. Syarat mendapat pusaka
i. Yakin mati Muwarris ( ) iaitu orang yang meninggalkan harta
pusaka.
ii. Yakin hidup waris selepas kematian
iii. Mengetahui hubungan waris dengan
iv. Mengetahui pihak yang boleh menyelesaikan harta pusaka.
ii. WAKAF
a. Pengertian wakaf
Menurut bahasa ialah menahan. Wakaf menurut syara ialah menahan harta
benda yang berfaedah yang masih kekal ainnya dari diurusi oleh tuan harta
tersebut atau orang lain untuk tujuan yang harus kerana mendekatkan diri
kepada Allah (

)
Contohnya seseorang yang mewakafkan tanah untuk didirikan masjid
kepada badan-badan tertentu. Maka selepas diwakaf, dia tidak lagi
mempunyai hak milik ke atas tanah tersebut, termasuk juga orang lain yang
tidak berkenaan.

b. Hukum dan dalil wakaf
i. Menurut jumhur ulama selain Hanafiah, hukum wakaf adalah sunat.
ii. Dalil disyariatka wakaf. Firman Allah swt:








Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum
kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa-apa yang kamu nafkahkan
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. [Surah Al-Imran (3) : 92]
9

iii. HIBAH (

) DAN HADIAH
a. Pengertian Hibah atau hadiah
Hibah menurut syara ialah satu aqad yang dapat memindahkan milk sesuatu
barang tanpa perlu menukar ganti, kerana ia dibuat secara suka rela.

Menurut Doktor Wahbah Az-Zuhaili, Hibah atau pemberian mencakupi
hadiah dan sedekah. Ini adalah kerana Hibah (

) dan hadiah, sedekah


dan Atiyyah (

) membawa membawa makna yang hampir sama.


Memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan
mendekekatkan diri kepada Allah, ia dipanggil sedekah. Jika memberi
sesuatu kerana sebab penghargaan atau kasih sayang ia disebut hadiah atau
(

) dan jika pemberian ketika sakit pula di ia dipanggil Atiyyah (

).
b. Hukum dan dalil
Hukum

atau hadiah adalah sunat berdasarkan Al-Quran dan As-


Sunnah (

)
i. Firman Allah swt

Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan sesuka hati memberikan kepada kamu sebahagian
daripada mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagaimana
nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya. [Surah An-Nisa (4) : 4]

ii. Sabda Rasulullah saw

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulullah saw, Berilah hadiah kamu akan
berkasih sayang. [Riwayat Bukahri]


10

1.20 Wasiat Dalam Situasi Biasa, Sakit Dan Musafir
Walaupun wasiat disunatkan ketika hampir mati, namun Islam menggalakkan umatnya sentiasa
membuat wasiat sama ada dalam situasi biasa atau sakit, atau ketika hendak bermusafir. Ini disebut
oleh hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a beliau berkata; Rasulullah saw bersabda, Hak seseorang
Muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, sesudah bermalam selama dua malam
tidak ada yang lain hanyalah wasiatnya itu tertulis pada amal kebajikan. Ibnu Umar berkata; Tidak
berlalu satu malam pun bagiku sejak aku mendengar Rasulullah saw mengucapkan hadis itu kecuali
wasiatku selalu berada disisiku. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

1.21 Wasiat Yang Biasa Diamalkan Dalam Masyarakat Di Malaysia
1. Wasiat Perkahwinan

Terdapat sebahagian dari kalangan masyarakat di Malaysia yang mengamalkan wasiat
perkahwinan. Seorang bapa atau datuk sebelum kematiannya telah berpesan atau berwasiat
untuk menjodohkan anak atau cucunya dengan seorang yang tertentu. Amalan seperti ini
lebih membawa kepada maksud janji dan tidak dianggap sebagai wasiat seperti yang
dinyatakan dalam kebanyakan hadis dan perbahasan ulama.

Wasiat seperti yang dimaksudkan dalam hadis adalah yang berkaitan dengan harta benda
seperti wang, tanah, rumah dan sebagainya. Walaubagaimanapun ia tidak menjadi satu
kesalahan untuk diamalkan sekiranya tidak menimbulkan masalah atau bertentangan
dengan syara.

2. Wasiat Penjagaan Anak
Mewasiatkan anak untuk dipelihara oleh orang tertentu yang dipercayai merupakan amalan
yang biasa diamalkan dalam masyarakat. Amalan seperti ini juga tidak termasuk dalam
11

wasiat yang dinyakatan dalam hadis dan perbincangan ulama. Namun harus dilakukan
sekiranya tidak mendatangkan masalah dan tidak bertentangan dengan syara.


1.22 Akibat Tidak Melaksanakan Wasiat Yang Diamanahkan

Wasiat yang mencukupi syarat dan rukun serta tidak bertentangan dengan syara hendaklah
disempurnakan. Cuai atau ingkar melaksanakannya akan menimbulkan kesan yang negatif
antaranya:
1. Mendapat kemurkaan Allah
2. Dibalas dengan balasan azab
3. Mempunyai salah satu ciri-ciri munafik iaitu tidak amanah
4. Menimbulkan perbalahan dalam keluarga
5. Orang yang berhak menerima wasiat terhalang daripada mendapat haknya.


Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata berkata; sabda Rasulullah
saw, Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan
dipersoalkan setiap apa yang dijaganya.
(Mutaffak alaih)

1.23 Hikmah Wasiat Kepada Individu Dan Masyarakat
1. Mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan.
2. Dapat menambah pahala dan menampung kekurangan dalam ibadah yang dilakukan
semasa hayatnya.
3. Melahirkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt.
4. Membantu menampung keperluan orang-orang fakir yang tidak bernasib baik.
5. Mengeratkan silaturrahim dengan kaum kerabatnya yang tidak menerima pusaka
6. Dapat mengekalkan hubungan baik dan persaudaraan antara pemberi wasiat dengan orang
yang menerima wasiat.
7. Mengurangkan kadar kemiskinan dan membangunkan negara.

Anda mungkin juga menyukai