Anda di halaman 1dari 3

BAHAN BACAAN

“MEMBINA INSAN YANG BERKESAN”

Kebiasaan Pertama, Proaktif.

Proaktif bukan sekadar berinisiatif. Proaktif beerti suatu keyakinan bahawa


apa pun yang kita perolehi dalam hidup merupakan akibat pilihan respons kita
sendiri.

Kebiasaan pertama merupakan kesedaran bahawa antara stimulus dan


respons terdapat ‘freedom to choose’.

Allah berfirman dalam Surah Ar-Rad 13:11,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga


mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri ”.

Ramai orang berfikir bahawa ketidakbahagiaan mereka disebabkan kerana


apa yang terjadi pada diri mereka. Padahal yang sebenarnya adalah kerana
cara mereka memberi makna atas apa yang terjadi. Selalu ada pilihan untuk
bereaksi secara positif terhadap situasi yang negative. Kemampuan untuk
memilih respons seperti yang dikemukakan di atas, merupakan fungsi dari
kemampuan kita memanfaatkan kurnia Allah berupa Furqon [berupa Al-Quran
yang membezakan antara respons yang haq dan yang batil ], ‘independent
will’ [ kehendak bebas ], ‘self awareness’ [ kesedaran diri ], ‘conscience’ [ kata
hati ] dan ‘imagination’ [ imaginasi ]. Dengan kata lain, kitalah yang
memprogramkan kehidupan kita sendiri. Kebiasaan Kedua, Bermula Dan
Berakhir Dalam Fikiran.

Kebiasaan kedua adalah kebiasaan memilikki visi, misi dan tujuan.

Kebiasaan ini menunjukkan arah dan cara menjalani hidup serta menentukan
hal-hal yang penting dalam hidup. Islam mengajar pentingnya goal setting
ketika Rasulullah Saw menyatakan setiap perbuatan yang tergantung niatnya.
Kebiasaan bermula dan berakhir dalam fikiran mengajar agar kita menulis
matlamat kita.

Kebiasaan Ketiga, Buat Perkara Pertama Dahulu.

Mendahulukan yang utama merupakan kebiasaan yang menuntut integritas,


disiplin dan komitmen.

Allah berfirman dalam Surah Al-Mukminun 23:1-3,

“Sungguh berhasil orang-orang mukmin, iaitu orang –orang yang khusyu’


dalam solat mereka dan orang-orang yang berpaling dari perbuatan dan
percakapan yang sia-sia ”.

Surah Al-Ashr 103:1-3,


“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang
beriman dan beramal soleh, saling berpesan dengan kebenaran dan saling
berpesan dengan kesabaran ”.

Surah Al-Insyirah 94:7-8,

“Maka apabila engkau telah selesai [ dari suatu urusan ], maka kerjakanlah
[ urusan lain ] dengan bersungguh-sungguh dan kepada Tuhanmulah kamu
berharap ”.

Kebiasaan ketiga menekankan pentingnya memanfaatkan waktu.

Kebiasaan Keempat, Berusaha Untuk Memahami Terlebih Dahulu-Baru


[minta ] difahami.

Kebiasaan Keempat menunjukkan bahawa “ the secret of living is giving ”


[ rahsia kehiduan adalah memberi ]. Rasulullah Saw bersabda bahwa tangan
di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah.

Allah berfirman dalam Surah Al-Zalzalah 99:7-8, “ Barang siapa mengerjakan


kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan menerima balasannya dan barang
siapa mengerjakan keburukan seberat zarah, nescaya dia akan menerima
balasannya ”

Ar-Rahman 55:60-61 “ Tiadalah balasan kebaikan, melainkan kebaikan pula,


maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ”.

Surah Al-Baqarah 2:261, “ perumpamaan orang yang memberi di jalan Allah,


adalah seumpama sebuah biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap
tangkai berisi seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang
dikehendaki- Nya, dan Allah Maha Luas [ kurnia-Nya ] lagi Maha Mengetahui.

Kebiasaan Kelima, Berfikir Menang–Menang.

Berfikir menang-menang berasal dari karakter yang dicirikan dengan


kejujuran [ menyesuaikan kata dengan perbuatan ], integritas [ menyesuaikan
perbuatan dengan kata ], matangan [keseimbangan antara ketegasan dan
toleransi ], dan mentalitas kelimpahan [ keyakinan bahawa kurnia Allah
tersedia tanpa batas bagi sesiapapun yang mengikuti sunnatullahatau
‘causality law’ ].

Kebiasaan Keenam, Wujudkan Sinergi.

Bersinergi beerti keseluruhan lebih bernilai daripada jumlah bahagian-


bahagianny a. Mengenai pentingnya bersinergi, Khalifah Umar bin Khattab
pernah berujar bahawa kejahatan yang terorganisir dapat mengalahkan
kebaikan yang tidak terorganisir. Yang harus diingat adalah agar dapat
bersinergi setiap anggota memiliki lima kebiasaan di atas iaitu proaktif,
bermula dan berakhir dalam fikiran, dahulukan yang utama,berfikir menang-
menang dan berusaha memahami dahulu baru difahami. Allah Swt
mengingatkan agar kita hanya bersinergi dalam melakukan kebaikan bukan
dalam berbuat dosa dan permusuhan [Al-Maidah 5:2]

Kebiasaan Ketujuh, Mengasah Gergaji.

Rasulullah mengajar agar kita terus mengasah gergaji fizik, mental, sosial /
emosional, dan spiritual ketika beliau bersabda:

“ Orang Islam adalah orang yng begitu sibuk memperbaiki diri, sehingga tidak
memilikki waktu lapang untuk mencari-cari aib orang lain. Orang Islam adalah
orang yang hari ini lebih baik daripada kemarin dan hari esok lebih baik
darihari ini. Amal perbuatan yang paling disukai Allah adalah amal yang
dilakukan terus-menerus walaupun sedikit ”.

Anda mungkin juga menyukai