Anda di halaman 1dari 21

HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum

dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Isi Kandungan

Perkara muka surat

I Isi Kandungan 1
II Sekapur Sirih 2
III Soalan Tugasan 3
1.0 Pengenalan 6
2.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 7
3.0 Pendekatan Berpusatkan Guru 8
4.0 Pendekatan Berpusatkan Murid 9
4.1 Pendekatan Satu Konsep 9
4.2 Pendekatan Unit
10
4.3 Pendekatan Bersepadu 11
4.4 Pendekatan Bertema 13
4.5 Pendekatan Inkuiri 15
5.0 Pendekatan Projek 19
5.1 Rasional Pemilihan Tajuk 20
5.2 Peta Minda ms
5.3 Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) ms

6.0 Penutup ms

Rujukan 29

1
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sekapur Sirih

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta

keizinan-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan ini.

Pada kesempatan ini, ingin saya mengucapkan ucapan setinggi – tinggi

penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Puan Sharifah Hanim Binti Syed Akhbar

selaku tutor bagi Kursus HBPS2303 Pendekatan dan Kurikulum dalam Pendidikan Awal

Kanak-kanak di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam

memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan

tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga terutamanya suami dan anak-anak yang

amat mengambil berat dan memahami situasi saya sepanjang pengajian di OUM ini.

Begitu juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam memberi idea, dan

dorongan sehingga selesai tugasan ini dilaksanakan.

Segala sumbangan kalian akan dikenang sepanjang masa dan moga-moga

bimbingan, sumbangan, dan sokongan yang dihulurkan kepada saya dinilai sebagai

ibadah di sisi Allah SWT.

Wassalam….

2
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

3
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

4
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

5
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam perkembangan setiap individu


dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang seimbang dalam
semua aspek kehidupan. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat
awal usia kanak-kanak. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai
satu proses yang berterusan dan berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh
seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pembelajaran baginya
kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat
membezakan yang baik dan yang buruk.

Program pendidikan prasekolah memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran


dan nilai murni yang secara praktikal dan tidak formal di dalam suasana pembelajaran
yang menyeronokkan melalui pelbagai pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan
tahap kanak-kanak yang pastinya menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan mereka.
Pendidikan prasekolah adalah peringkat bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan
perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun.
Hal ini selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memastikan
perkembangan yang menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial agar mereka bersedia untuk menjalani pendidikan formal apabila menganjak
ke usia 7 tahun.

Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi,


kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi,
rohani dan nilai estetika. Oleh sebab itu, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang digubal
pada tahun 2003 menyatakan bahawa pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu
yang dirancang dengan menggunakan pendekatan yang menekankan kepada penggunaan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri,

6
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
kebolehan, bakat serta minat murid. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi
penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh kanak-kanak.
2.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan adalah cara untuk melaksanakan kurikulum. Dalam proses pengajaran


dan pembelajaran di prasekolah, pendekatan bermaksud cara pelaksanaan kurikulum
dengan menggunakan kaedah atau teknik diikuti dengan aktiviti sebagai pengukuhan.
Seseorang guru haruslah menggunakan pelbagai pendekatan mengikut prinsip dan
amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah perlu agar
pengajaran dan pembelajaran mampu mengembangkan diri, keupayaan, bakat dan minat
kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima
supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka. Misalnya sewaktu
mengajar guru perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar,
atau daripada konkrit kepada abstrak. Ini kerana otak manusia berkembang secara
berperingkat-peringkat.

Oleh itu, sewaktu berhadapan dengan kanak-kanak di kelas prasekolah, guru


haruslah bijak memilih pendekatan yang digunakan. Ini kerana kanak-kanak ini datang
dari pelbagai jenis latar belakang dan sosioekonomi keluarga yang berbeza-beza. Oleh
itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan
sistematik bagi menjamin setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kumpulan ataupun secara individu.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) mengesyorkan empat pendekatan


pengajaran berasaskan konsep dan prinsip dan amalan yang bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak di prasekolah iaitu Pendekatan Belajar Melalui Bermain,
Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu dan Pendekatan Projek. Walau
bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah
digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan.

7
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang lain digunakan semasa sesi
pengajaran di prasekolah, iaitu Pendekatan Tunggal atau Satu Konsep, Pendekatan Unit
dan Pendekatan inkuiri. Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan lima pendekatan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang disarankan di prasekolah iaitu pendekatan satu
konsep, Pendekatan Unit, Pendekatan Bersepadu, Pendekatan Bertema, dan Pendekatan
inkuiri. Semua pendekatan ini melibatkan sama ada berpusatkan murid atau berpusatkan
guru.

3.0 Pendekatan Berpusatkan Guru

Strategi berpusatkan guru ialah pendekatan yang melibatkan guru sebagai


peneraju utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses P&P, guru yang
akan mengawal persekitaran kelas, memberi penerangan dan murid hanya bertindak
sebagai pendengar sahaja.

Terdapat beberapa ciri di dalam pendekatan ini iaitu komunikasi antara guru dan
murid adalah sehala kerana guru bertidak sebagai penyampai dan murid hanya sebagai
penonton. Ciri kepimpinan guru adalah bersifat autokratik iaitu murid-murid tidak
berpeluang untuk menyumbangkan pendapat mereka kerana guru yang bertindak
mengawal keseluruhan kelas dan memberi arahan. Strategi ini lebih mengutamakan
pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih
diuatamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi.

Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan
peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian
fakta secara menghafal. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi
sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat
dipupuk.

8
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

4.0 Pendekatan Berpusatkan Murid

Murid memainkan peranan yang utama di dalam pengajaran dan pembelajaran


yang menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Murid digalakkan untuk bergiat aktif
dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam
menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Perkara yang menjadi
pertimbangan asas semasa menggunakan pendekatan ini adalah kaedah kumpulan, inkuiri
penemuan, perbincangan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan sumbangsaran.
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS).

Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan
untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada
pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan
mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat
melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

4.1 Pendekatan Satu Konsep

Pendekatan satu konsep atau pendekatan tunggal merupakan satu pendekatan


yang menekankan kepada menguasai satu konsep kemahiran sahaja. Pengajaran
kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur
kanak-kanak. Pendekatan ini dipengaruhi oleh teori behavioris. Pendekatan behavioris ini
berasaskan konsep pembelajaran yang diutarakan oleh beberapa tokoh seperti Pavlov,
Skinner, dan Bandura. Mengikut pendekatan Behavioris, pembelajaran kanak-kanak
perlu bermatlamat dan dapat diukur secara konkrit.

9
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah ( 2006 ), pendekatan ini lebih
berpusatkan kepada guru iaitu guru lebih banyak memberi arahan dan menentukan
aktiviti dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru memainkan peranan yang
utama di dalam kelas di mana gurulah juga yang mengawal dan menguasai segala aktiviti
pelajaran. Guru berperanan untuk menentukan kemahiran atau konsep yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak. Kebiasaannya melalui pendekatan satu konsep atau tunggal
ini, hanya satu konsep ataupun kemahiran yang ditekankan oleh guru dalam
pengajarannya. Skop pengajaran hanya bertumpu kepada konsep dan kemahiran yang
hendak dikuasai oleh kanak-kanak.
Contoh Pendekatan Satu Konsep :
Tema : Keluarga Saya
Subtema : Bapa Saya
Komponen : Perkembangan Bahasa Melayu
Kandungan : 4.1 Membina Kemahiran Menulis
Hasil Pembelajaran: 4.1.4 Menulis huruf mengikut cara yang betul.
Aktiviti/Alatan : Kanak-kanak menulis huruf b untuk bapa dengan cara menulis
yang betul/ Carta huruf b dengan langkah-langkah menulis,
lembaran kerja

4.2 Pendekatan Unit

Pendekatan unit merupakan pendekatan yang menekankan pada satu unit khusus
daripada topik yang besar. Kemahiran yang perlu dikuasai berfokus kepada sebahagian
daripada topik utama. Pendekatan unit ini juga dipengaruhi oleh teori behavioris
sebagaimana pendekatan satu konsep. Pendekatan unit ini lebih berpusatkan guru iaitu
guru lebih banyak memberi arahan dan menentukan aktiviti dan pembelajaran yang
hendak disampaikan.

Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah ( 2006 ), Biasanya hanya satu topik
kecil yang ditekankan oleh guru dalam pengajarannya. Skop pengajaran dan aktiviti tidak
luas hanya berkisar pada sub topik khusus yang hendak dikuasai oleh kanak-kanak.

10
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan unit ini, kandungan bidang
yang hendak disampaikan tentang sesuatu topik dikecilkan lagi. Kemahiran yang hendak
dicapai dijadikan sebagai satu unit.

Contoh Pendekatan Unit :

Tema : Negaraku Malaysia


Subtema : Lagu Negaraku
Komponen : Perkembangan Kreativiti & Estetika
Kandungan : 3.2 Nyanyian
Hasil Pembelajaran: 3.2.3 Menyanyi mengikut mod lagu
d. bersemangat
3.2.4 Menyanyi lagu dengan sebutan dan sesuai untuk sesuatu
upacara.
3.2.5 Menyanyi mengikut muzik.
Aktiviti/Alatan : Menyanyikan lagu Negaraku mengikut muzik instrumental yang
diperdengarkan melalui cd dengan penuh semangat/ Carta lagu
(powerpoint), LCD Projector.

4.3 Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu yang digunakan dalam mengendalikan sesuatu aktiviti


pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid memahami hakikat kehidupan
sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan
bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Ia juga turut melibatkan penyediaan persekitaran
bilik darjah yang sesuai dan kondusif ke arah mencapai objektif pembelajaran.

Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2008 ) menyatakan, Pendekatan bersepadu


melibatkan kesepaduan antara komponen, kesepaduan kemahiran dan nilai murni,
kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas, kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan

11
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
murid, dan kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik.Pendekatan ini penting kerana ia
memberi peluang untuk:

2.3.1 Penerokaan mendalam dan menyeluruh tentang satu tajuk atau tema.
2.3.2 Pembelajaran yang lebih aktif dan menyeronokkan
2.3.3 Guru belajar bersama murid dan memberi contoh pembelajaran sepanjang
hayat.
2.3.4 Penggunaan masa yang lebih berkesan untuk guru dan murid.
2.3.5 Memberi motivasi kepada murid untuk belajar.
2.3.6 Menyediakan lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan aktiviti
murid.
2.3.7 Peningkatan daya imaginasi dan kreativiti.
2.3.8 Perkembangan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

Menurut Bustam Kamri ( 2009 ), Pendekatan bersepadu atau gabung jalin


menekankan lebih daripada satu konsep kemahiran yang digabungkan. Kemahiran yang
dikuasai oleh kanak-kanak lebih daripada satu konsep kemahiran. Pegangan pendekatan
ini juga dipengaruhi oleh teori behavioris. Pengajaran kemahiran yang disampaikan
adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah ( 2006 ), pendekatan bersepadu ini
lebih berpusatkan guru iaitu guru lebih banyak memberi arahan dan menentukan aktiviti
dan pembelajaran yang hendak perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Sekurang-kurangnya
dua konsep atau kemahiran yang ditekankan oleh guru dalam pengajarannya. Skop
pengajaran dan aktiviti tidak luas hanya berkisar kepada konsep dan kemahiran yang
hendak dikuasai oleh kanak-kanak.

Menurut Nor Hashimah dan Yahya ( 2005 ), pendekatan pengajaran bersepadu


boleh digunakan dalam aktiviti harian. Guru perlu menggunakan pengalaman harian
kanak-kanak dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal.
Kanak-kanak pula melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Kanak-kanak juga

12
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
memperolehi ilmu, konsep, kemahiran dan nilai murni yang berkaitan antara satu sama
lain.
Contoh Pendekatan Bersepadu:

Tema : Haiwan Liar


Subtema : Haiwan di Zoo
Komponen : Perkembangan Bahasa Melayu

Kandungan Hasil Pembelajaran Aktiviti/Alatan


3.1 Mengecam dan 3.1.2 Memadankan gambar 1.Kanak-kanak melihat gambar
memadankan gambar dengan perkataan.
dan memadankan dengan
dengan perkataan.
perkataan.
4.2 Menguasai kemahiran 4.2.1 Menulis perkataan
2. Menulis semula perkataan.
menulis.
Alatan: kad gambar, kad
perkataan, kad imbasan, dan
lembaran kerja

4.4 Pendekatan Bertema

Pendekatan pengajaran an pembelajaran bertema adalah salah satu pendekatan


yang boleh digunakan oleh guru prasekolah bagi menyusunkan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak . Menurut Cummings (Nani Menon: 2007), pengajaran bertema sebenarnya
adalah pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif, berbanding dengan
pendekatan yang lain. Pendekatan bertema ini berfokuskan guru dan murid kerana dapat
memberi faedah kepada kedua-duanya iaitu:

4.4.1 Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu


kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri.
4.4.2 Kurikulum berdasrkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan
adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti,
bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan.

13
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
4.4.3 Guru tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang barkaitan
setiap kali marancang jadual aktiviti.
4.4.4 Selain daripada menambah pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran
dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri-ciri kepimpinan,
keyakinan diri, sikap saling membantu, bertolenrasi dengan pendapat yang
berbeza dan bekerjasama dengan rakan sebaya.
4.4.5 Memberi peluang kanak-kanak bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan
projek dan meningkatkan kesedaran sosial dan tanggung jawab sebagai
ahli kumpulan.

Menurut Bustam Kamri ( 2009 )Pendekatan tema atau bertema menekankan tema
pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan
dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka
kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pendekatan ini
dipengaruhi oleh teori behavioris. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara
berperingkat- peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.

Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006), Pendekatan bertema ini
mempunyai dua situasi. Kandungan topik pembelajaran boleh ditentukan oleh guru.
Pengalaman belajar digabungkan dalam bidang yang luas. Topik-topik pembelajaran
meliputi pelbagai bidang tetapi tidak mendalam. Pengajaran adalah berdasarkan tema
yang dipilih dengan melangkaui bidang atau komponen sesuatu konsep atau kemahiran.

Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2008 ) menjelaskan bahawa pendekatan


bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang
dipilih bersesuaian dengan masa, tempat dan minat dan latar belakang murid. Pemilihan
tema hendaklah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian
pelajar. Sebaik-sebaiknya tema hendaklah dipilih berdasarkan perkara yang dekat dengan
pelajar seperti diri saya, anggota badan saya, keluarga saya, rumah saya dan sebagainya
seterusnya sehinggalah kepada tema-tema yang lebih abstraks seperti institusi awam atau

14
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
cakerawala. Yang penting, aktiviti yang dirancang dapat mencerminkan kesinambungan
di antara tema supaya mesej yang khusus dapat disampaikan kepada pelajar.

Menurut Nani Menon ( 2007 ), keberkesanan dan kejayaan pengajaran bertema


bergantung kepada daya usaha , kemahiran, dan kesungguhan guru dalam meancang tema
dan memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai demi menhidupkan lagi suasana pembelajaran.
Selain itu, perancangan tahunan juga dapat membantu guru melaksanakan pengajaran
bertema dengan sistematik dan menyeluruh. Pendekatan bertema juga dapat
meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui beberapa cara
iaitu:

 Dalam pendekatan bertema, pengajaran gabung jalin adalah salah satu unsur
utama yang ditekankan. Di bawah satu unit tema,melalui aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, kanak-kanak akan memperoleh pelbagai hasil
pembelajaran.
 Guru juga perlu berpegang kepada falsafah dan tujuan pendidikan prasekolah
iaitu memberi peluang kepada kanak-kanak memperoleh pengalaman melalui
proses pembelajaran. Oleh itu, mereka perlu diberi pendedahan daripada
pelbagai aspek diri dan persekitaran.
 Pendekatan bertema juga adalah bermatlamat menambah pengetahuan kanak-
kanak dalam menangani kehidupan masa kini dan akan datang. Satu unit tema
kecil dapat meliputi pengetahuan konsep yang berkait dengan aspek estetika,
kemahiran afektif, kognitif, bahasa, fizikal, dan sosial.

4.5 Pendekatan Inkuiri

Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat


sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan ciri utama dalam
inkuiri. Pendekatan inkuiri penemuan membolehkan murid membina pengetahuan
melalui penyiasatan dan penyelesaian masalah. Pada peringkat prasekolah, inkuiri
penemuan adalah lebih kepada inkuuiri penemuan terbimbing. Melalui pendekatan

15
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
inkuiri penemuan, murid akan mencapai pembelajaran yang lebih membawa makna
kepada mereka.

Menurut Bustam Kamri ( 2009 ), pendekatan inkuiri atau arahan guru


menekankan penyelidikan dan penerokaan dalam pembelajaran. Kanak-kanak digalakkan
menyoal untuk mengukuhkan pengetahuan di samping membuat penerokaan. Guru
membimbing menerusi penyoalan terarah kepada jawapan yang dirancang. Oleh kerana
itulah pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan inkuiri arahan guru. Kemahiran
dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan topik berkaitan
dengan topik pembelajaran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi teori behavioris.
Pengajaran kemahiran juga disampaikan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap
umur kanak-kanak.

Pendekatan inkuiri adalah pendekatan berpusatkan murid dan mereka diberi


kebebasan yang luas untuk meneroka sesuatu fenomena dengan bimbingan guru.
Kebebasan yang diberikan guru kepada kanak-kanak akan mendorong kanak-kanak
meningkatkan motivasi supaya berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan
kejayaan dapat dicapai untuk menemui sesuatu konsep yang tepat pada akhir pelajaran.

Pendekatan inkuiri ini adalah lanjutan daripada pengajaran bertema. Menerusi


pendekatan inkuiri guru menggalakkan penerokaan dan membimbing untuk mendapatkan
maklumat menerusi aktiviti yang dibimbing oleh guru. Sekiranya guru merancang
menjalankan pendekatan inkuiri, guru hendaklah memastikan semua aktiviti dijalankan
oleh kanak-kanak sendiri dan elakkan daripada memberitahu mereka jawapan kerana
dengan cara ini guru akan dapat membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan kanak-
kanak hasil daripada aktiviti yang dijalankan.

Contohnya, Aktiviti yang melibatkan kemahiran proses sains merupakan


kemahiran asas dalam pendekatan inkuiri di peringkat prasekolah. Antaranya membuat
pengelasan objek mengikut warna, bau, saiz dan sebagainya. Sebelum memulakan
aktiviti kanak-kanak diberi penerangan dan arahan tentang aktiviti yang akan dijalankan.

16
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kemudian, kanak-kanak diminta keluar melawat di persekitaran sekolah untuk mencari
objek bagi membuat pengelasan. Setelah aktiviti selesai, guru dan kanak-kanak
mengadakan perbincangan mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Guru pula membantu
kanak-kanak mencari jawapan dan peneguhan hendaklah diberikan selepas aktiviti
pembelajaran selesai.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti sewaktu merancang aktiviti


pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini.

Kenal pasti topik Merancang alternatif Mengumpul


kajian penyelesaian maklumat
secukupnya

Menganalisis
Membuat generalisasi
maklumat/ membuat
dan rumusan
pemerhatian

Mengesahkan
penemuan

17
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
5.0 Pendekatan Projek

John Dewey merupakan pengasas kepada pendekatan projek. Kanak-kanak


mempunyai naluri ingin tahu dan suka meminta sesuatu benda dengan kebolehan serta
kecenderungannya. Mereka belajar melalui pengalaman, pemerhatian, dan percubaan.
Pendekatan projek melibatkan guru dan murid bekerjasama untuk mendapatkan satu
hasilan yang memenuhi objektif pembelajaran. Pendekatan ini melibatkan pembelajaran
yang mendalam tentang sesuatu topik atau konsep yang bermakna kepada kanak-kanak.
Perancangan melibatkan penentuan objektif, aktiviti, bahan/sumber, kaedah serta peranan
guru dan murid dalam projek tersebut.

Menurut Ee Ah Meng (2003), setiap projek yang dijalankan boleh mengambil


masa yang pendek atau panjang sama ada selama beberapa hari, beberapa minggu atau
berterusan sepanjang masa. Jangka masa itu diperlukan kerana setiap topik yang dipilih
akan dikaji secara mendalam. Pendekatan projek ini juga memberi banyak kebaikan
kerana ia meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor. Selain itu, melalui aktiviti
projek yang dijalankan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan inisiatif pada murid.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008), menyatakan bahawa pendekatan projek


ini penting kerana ia menggalakkan kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan
kemahiran perundingan serta dapat menyepadukan tema dengan pengetahuan, kemahiran,
serta nilai. Antara contoh aktiviti yang melibatkan pendekatan projek ialah membina
kolam ikan, taman herba, membuat puppet, membuat buku skrap dan sebagainya.

Bustam Kamri (2009), menerangkan bahawa pendekatan projek menekankan


penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak-kanak dalam pembelajaran.
Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak adalah pembinaan
pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi oleh
teori komstruktivis. Pembelajaran kemahiran yang diperolehi menerusi pengetahuan yang
dibina oleh kanak-kanak adalah mengikut inisiatif an minat kanak-kanak. Kanak-kanak
membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu menerusi pengalaman.

18
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
5.1 Rasional Pemilihan Tajuk Projek

TAJUK PROJEK : MEMBUAT ROTI SANDWIC DAN PUDING


KOKTAIL

Saya memilih tajuk projek ini kerana:

a. Memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak prasekolah tentang cara-


cara menyediakan sandwic dan puding koktail serta memberi peluang
kepada mereka melalui pengalaman memegang peralatan tajam seperti
pisau dan mengendalikannya dengan cara yang selamat. Mendorong
perasaan ingin tahu
b. Mengukuhkan pembelajaran yang dilalui kanak-kanak. Contohnya,
semasa mengajar tema makanan, kanak-kanak diberi pendedahan tentang
cara-cara membuat atau menyediakan makanan.
c. Kanak-kanak juga melalui aktiviti pembelajaran untuk komponen kognitif
di mana mereka turut diajar tentang zat-zat makanan yang terdapat pada
makanan yang sediakan serta faedahnya kepada tubuh badan kita.
d. Dapat memupuk nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, bekerjasama,
bertolak-ansur dan sebagainya.
e. Melalui aktiviti projek yang dijalankan, penglibatan ibu bapa adalah perlu
seperti datang ke kelas prasekolah membantu guru membimbing kanak-
kanak menyediakan sandwic dan puding. Hal ini dapat memberi peluang
kepada ibu bapa memahami secara lebih mendalam tentang corak
pembelajaran anak-anak mereka di prasekolah.
f. Dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak untuk mengendalikan
sesuatu projek, membuat keputusan, dan mengambil kira pendapat rakan-
rakan dalam kumpulan.
g. Mendedahkan kanak-kanak prasekolah kepada aktiviti berbentuk hands-on
dan minds-on yang terbukti dapat melahirkan kanak-kanak yang berfikiran
kritis dan kreatif.

19
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
RUJUKAN

Ee Ah Meng (2003). Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (semester


1), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bustam Kamri (2009). HBPS2303 Pendekatan dan kurikulum dalam pendidikan awal
kanak, Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Kasnani Ab Karim, Ramlah Jantan, Akmal Hisyam Ar Shad & Siti Norsyafika
Kamarudin (2006 . Perkembangan pendidikan prasekolah untuk kursus persediaan,
sarjana muda (PISMP), KPLI, dan kursus diploma perguruan malaysia, KEMAS dan
perpaduan, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Kurikulum prasekolah kebangsaan, Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan,


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2005). Panduan pendidikan prasekolah,
Bentong: PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008), Pelaksanaan kurikulum prasekolah kebangsaan


pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna jilid , Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2007). Panduan kurikulum
Prasekolah, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Rohizani & Mohd Zohir Ahmad ( 2003). Pedagogi strategi dan
teknik mengajar dengan berkesan,

20
HBPS 2303 Pendekatan dan Kurikulum
dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

http://www.insken.gov.my/html/themes/mec_ins/images/pdf/guidelines/02.PDF

21

Anda mungkin juga menyukai