Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Biodata



Nama : Effa Hasfa Rina Binti Sahari
Jantina : Perempuan
No Kad Pengenalan : 871011526416
No Matriks : 201211010
Status Perkahwinan : Bujang
Kumpulan : KDPM-KDC
Semester : 2
Stesyen : Kem Alapong, Lundu
Alamat : No 163 Taman Bunga Mawar Lorong
Mawar 4 93050 Kuching
No Telefon Pejabat : 082-449682
No Telefon Bimbit : 014-6858543
Nama Waris Terdekat : Sahari Bin Lamat
Perhubungan Dengan Waris : Bapa
No Telefon Waris : 013-8121242
2.0 Pengenalan
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar kursus Diploma
Perguruan Malaysia (KDPM) . Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti
luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui
aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan . Program ini diharapkan dapat melahirkan
guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah, kuasa professional yang tinggi serta
sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus
globalisasi.

3.0 Matlamat
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan
akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta
aura keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi, serta aura keguruan yang selaras
dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Pembinaan insane guru merupakan usaha berterusan sepanjang
program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan
adalah mulia dan guru adalah Pembina Generasi negara

4.0 Objektif
1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran berkenaan.
2. Menghayati cirri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
3. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
4. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
5. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan sosial.
6. Memupuk semangat berpasukan , bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas dalam kumpulan.
7. Berupaya berfikir secara realistik , kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri dan mengambil tindakan penambahbaikan.

5.0 Jadual Pelaksanaan Program atau Tarikh :
Tarikh : 14 Hingga 16 November 2013
Hari : Khamis hingga Sabtu

6.0 Tempat
Tempat : Kem Alapong, Lundu

7.0 Kandungan
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Bina Insan
Guru di Alampong bermula pada 14 hingga 16 November 2013 di Kem Alapong.
Program ini mendidik guru pelatih supaya mempunyai daya ketahanan tinggi dengan
memperoleh kemahiran-kemahiran serta memenuhi aspirasi dan kehendak pelajar,
masyarakat dan Negara yang semakin kompleks, meningkat , progresif dan
berkembang. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di Kem Alapong ini, guru
pelatih telah diberi kesedaran mengenai tugas dan tanggungjawab yang tidak hanya
terhad di dalam bilik darjah sahaja, bahkan turut meliputi pembentukan
perkembangan murid dari pelbagai aspek seperti jasmani, intelek, rohani , emosi
dan sahsiah supaya menjadi murid yang berilmu pengetahuan , harmonis dan
seimbang.
Aktiviti Kandungan
1. Pembinaan Rakit dan
Keyakinan di Air
- Meningkatkan semangat sentiasa sedia untuk
mempelajari sesuatu yang baru (ikatan balak,
ikatan manok)
- Menggunakan teknik penyelesaian masalah
- Membina semangat kerjasama berpasukan.
- Membina keyakinan diri semasa berada di air
- Memperkukuhkan kepercayaan di antara ahli
kumpulan
2. Latihan Dalam Kumpulan,
LDK
Ice Breaking
Mengenal potensi Diri
Motivasi Kepuasan
Kerja
- Menggalakkan semua individu memberikan
pendapat dan berani tampil
- Kesediaan untuk berkerjasama dalam
kumpulan.
- Memupuk semangat kepimpinan.
- Menghargai ahli kumpulan
- Kenal akan amanah dan tanggungjawab
3. Tazkirah dan Moral - Pemupukan Nilai Moral dan keTuhanan
- Guru diberikan kesedaran mengenai
tanggungjawab dan amanah yang telah dipikul.

4. Malaysia Cergas &
Pemupukan Semangat
Patrotisme
Nyanyian Lagu Negaraku &
Ibu Pertiwiku
Menaikkan Jalur Gemilang
dan Bendera Negeri Sarawak
Aktiviti Senam robik
Lagu-lagu rakyat
- Menyemai semangat cintakan tanah air.
- Menghidupkan kembali Lagu-lagu rakyat
- Meningkatkan keyakinan diri untuk menyanyi dan
menari di hadapan kawan lain.






5. Orienteering & Aktiviti Air
Rentas Desa
Berlari
Penyelesaian Masalah
Bermasak
- Meningkat semangat juang sedia menghadapi
cabaran
- Memupuk kerjasama di antara rakan
- Meningkatkan ketahanan fizikal dan rohani.
- Melatih diri untuk sedia menerima arahan .
- Bersikap terbuka dalam menimba ilmu.

6. Persembahan Kumpulan - Merancang Bentuk Persembahan
- Kreativiti dalam persembahan seperti penyediaan
bahan
- Menggalakkan sikap berani untuk tampil ke
hadapan



8.0 Laporan Reflektif
Pertama sekali syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat
saya melalui pengalaman indah sepanjang menjadi peserta Bina Insan Guru di Kem
Alapong Lundu. Pengalaman berada di sana adalah berbeza sama sekali dengan
apa yang saya bayangkan. Pada mulanya, saya membayangkan kami akan
ditempatkan di sebuah bilik yang selesa di mana semua keperluan kami terjaga.
Saya juga tidak membawa lebih banyak pakaian dan tudung kerana beranggapan
akan dapat mencuci di sebelah malam. Sebagai seorang pesakit asthma yang
sedang menjalani rawatan, saya akui pada mulanya memang agak takut apabila
melihat jadual program. Walaubagaimanapun ia bukanlah satu penghalang buat
saya untuk melakukan aktiviti yang mengujakan.
Sepanjang melakukan aktiviti, saya dapat merasakan keyakinan diri saya
semakin meningkat. Semasa berada di Kem Alapong saya turut didedahkan dengan
aktiviti air, yang mencabar diri saya kerana selama ini saya tidak pernah mengikuti
aktiviti seumpamanya. Melalui aktiviti tersebut, saya mulai menghubungkan
pengalaman serta memahami kebanyakan masalah yang timbul dari bilik darjah
adalah disebabkan sifat kurang yakin guru itu sendiri.
Keluar daripada zon selesa, pada mulanya agak sukar untuk saya. Hal ini
kerana saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan di dalam
pergaulan dengan rakan, tambahan pula saya seorang yang pendiam. Semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti di Kem Alapong, saya merasakan seorang guru haruslah
mempunyai sifat sabar yang mendalam. Saya amat teruja dan saya turut percaya,
imej seorang guru juga turut dapat dipertingkatkan sekiranya saya sentiasa
melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti
pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan dan sebagainya. Oleh
yang demikian, saya percaya guru yang berjaya pada masa kini bukanlah hanya
Berjaya dari segi sifat dan kualiti peribadi semata-mata, tetapi juga dari segi sosial.
Ini termasuklah sifat ramah mesra yang merupakan kualiti yang patut ada untuk
mendapat kerjasama orang lain.
Semasa melakukan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) , saya mula
belajar cara memimpin. Kriteria ini perlu ada di mana seorang guru merupakan
pemimpin murid. Seseorang guru haruslah mewarisi sifat kepimpinan, supaya murid-
muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru. Murid-murid akan
menghormati guru yang menunjukkan sikap kepimpinan, dengan ini segala aktiviti
pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan berkesan.
Semasa orienteering atau rentas desa, pelbagai flora dan fauna telah saya
temui di dalam hutan. Melalui kajian flora dan fauna tersebut, kami telah
mengelaskan jenis tumbuhan dan fauna . Ada di antaranya tidak diketahui spesies
dan nama saintifiknya. Semasa mengisi borang kajian flora, kami tersekat semasa
mengisi ruangan bina rangkaian makanan. Ini kerana, kami percaya rangkaian
makanan ialah gabungan di antara beberapa rantai makanan. Terima kasih
diucapkan kepada Encik Michael kerana telah menerangkan apa sebenarnya yang
dimaksudkan dengan rangkaian makanan. Alhamdulillah, kini saya mulai sedar
peranan utama saya sebagai seorang guru. Saya perlulah berilmu pengetahuan
yang luas sebelum menguasai kemahiran mengajar, seperti apa yang pernah J.M.
Cooper nyatakan, seorang guru berkesan perlulah menguasai ilmu pengetahuan
dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia.
Semasa aktiviti memegang tongkat amanah dilaksanakan, saya mula dicuit
kembali oleh pengalaman. Sorang guru harus punyai sifat bertanggungjawab yang
sentiasa berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sempurna.
Semasa diuji dengan tongkat amanah, saya turut melihat perlunya ada sifat
bertanggungjawab. Betapa pentingnya kesabaran kerana guru yang mempunyai
sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Seorang guru yang
berkredibiliti tinggi tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan manakala guru
yang mudah menunjukkan kemarahan ialah guru yang tidak akan dapat menjalin
perhubungan yang erat dengan muri-muridnya. Akibatnya sifat kurang sabar ini akan
menjejaskan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi
dengan melihat keprihatinan jurulatih yang adakalanya berbeza bangsa , membantu
semasa saya berakit dan aktiviti, memperkuatkan lagi keazaman saya untuk
mendidik anak bangsa Malaysia.
Menjadi seorang pengacara majlis sudah semestinya perkara yang paling
digeruni oleh saya. Seorang yang pendiam, perlu menjadi juruacara? Saya akui
juga, saya kurang terdedah dengan protokol, dan secara tiba-tiba nama saya
tersenarai menjadi pengacara. Dengan mengambil peluang ini, pastinya menjadi
cabaran untuk saya. Pengalaman pertama kali menjadi pengacara majlis sudah
pastinya akan menjadi kenangan terindah sehingga bila-bila. Kata-kata perangsang
daripada Encik Michael, akan saya ingat Tidak apa. Proses Pembelajaran untuk
awak. Nasib turut menyebelahi saya, apabila Puan Puspaleela dan Encik Murugan
berdekatan dengan kami sedia membantu. Saya berazam untuk belajar mengenai
protokol dan teknik pengacaraan pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya
bolehlah saya mengacara majlis konvokesyen anak murid saya nanti.
Sesi berjaga malam secara bergilir pastinya menjadi sesi yang
menyeronokkan. Pada malam terakhir berada di khemah Kem Alapong ada diantara
kami yang mengambil keputusan untuk tidak tidur. Sepanjang malam kami
berbincang mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Ada juga yang mengambil
kesempatan untuk melelapkan mata kerana penat setelah berakit pada siang
harinya.
9.0 Penilaian Kendiri
Matlamat individu adalah berbeza. Ada yang menjadikan kebendaan, harta
benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan
kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Tetapi
lain pula aspirasi dan matlamat saya sebagai seorang guru. Melalui aktiviti yang
telah dilalui, saya merasakan sebagai seorang guru, saya perlulah menjadi seorang
guru intektual penyayang dan intelektual bukanlah bermakna memiliki kelayakan
akademik yang tinggi tetapi seorang yang memahami dan mengambil berat dalam
segala aspek terhadap orang lain. Saya akan menanamkan perasaan empati yang
tinggi dalam menghayati dunia dalaman orang yang disayangi dengan secara
mendalam.
Saya kadangkalanya memiliki sikap simpati yang terlalu tinggi berbanding
empati dan ini adalah tidak wajar. Sebagai seorang guru, seharusnya seimbang.
Saya harus mendidik anak-anak murid saya dengan pembentukan akhlak yang
mulia supaya menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang diingini.
Sekiranya saya hanya mempunyai rasa simpati yang tinggi, ini tidak membantu
dalam membentuk kepribadian anak murid saya, kerana mereka pastinya tidak akan
belajar untuk berdikari.
Saya akan menanam semangat sukakan budaya ilmu, berminat mengajar
serta berdedikasi, dan melaksanakan aktiviti pengajaran dengan bersungguh-
sungguh. Maka, sebagai guru penyayang, dengan penuh iltizam dan demi
menyampaikan pelajaran yang terbaik, saya akan sentiasa mengejar ilmu dan
memainkan peranan sebagai seorang guru.

10.0 Penutup
Saya merasakan matlamat serta objektif Bina Insan Guru ini tercapai
sepenuhnya. Kini saya sedar, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, saya
harus menyedari tugas dan amanah yang diberikan kepada saya untuk mendidik
generasi yang akan menjadi dewasa di satu hari nanti. saya perlu mengubah
pandangan, sikap dan daya usaha disamping melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasi saya
dalam profession keguruan yang semakin mencabar dari semasa ke semasa
walaupun kadangkala hanya diejek sebagai guru pra. Apa yang penting adalah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Saya
yakin akan usaha utama saya untuk menyediakan seseorang individu yang bukan
hanya berjaya dari segi inteleknya bahkan juga pembangunan jasmani, rohani,
emosi, dan sahsiahnya.

Anda mungkin juga menyukai