Anda di halaman 1dari 6

Karangan Contoh

Apabila musim perayaan menjelang tiba, anggota masyarakat di Malaysia begitu


ghairah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, terutamanya golongan perantau
yang mencari rezeki di kota raya. Perasaan mereka bagai digamit rindu untuk pulang ke
kampung dan bertemu dengan ahli keluarga yang sudah lama tidak ditemui. Namun
demikian, selain perasaan yang begitu teruja itu, anggota masyarakat pasti akan mendengar
berita tentang kemalangan maut yang sangat menyayat hati kita. Kemalangan maut yang
sering berlaku pada musim perayaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Dengan kata lain,
terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan ini dan cadangan
untuk mengatasinya.
Faktor pertama kemalangan jalan raya berlaku kebiasaannya disebabkan oleh
kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan. Mereka sering alpa untuk memastikan
kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan
tersebut untuk diselenggara di pusat servis. Akibatnya, keadaan kenderaan mereka itu akan
menjejaskan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung. Keadaan kereta yang tidak
diservis dan tayar yang botak ini akan mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan
terutamanya ketika hujan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan maut. Oleh
itu, kesan daripada manusia yang alpa dan tidak mengambil berat keadaan kenderaan
mereka itu menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.
Faktor kedua kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap manusia yang gagal
merancang perjalanan dan bersikap terburu-buru semasa berada di jalan raya. Anggota
masyarakat tidak merancang perjalanan mereka dengan teliti iaitu dengan menentukan
waktu yang sesuai untuk bertolak ke kampung supaya mereka tidak terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas yang merupakan suatu penyiksaan kepada pengguna jalan raya.
Perkara ini seterusnya akan menyebabkan sesetengah pengguna jalan raya yang tidak
sabar dan mengikut nafsu itu melakukan kesalahan seperti memotong kenderaan di garisan
berkembar atau di bahagian bahu jalan. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini
seterusnya akan menyebabkan kemalangan berlaku.
Faktor seterusnya yang menyebabkan kemalangan berlaku disebabkan oleh
keadaan jalan raya yang kurang memuaskan hati penggunanya. Walaupun masyarakat
sudah merancang perjalanan dan menyelenggara kenderaan mereka, kemalangan tetap
juga berlaku. Hal ini berlaku demikian kerana keadaan jalan raya yang berlubang-lubang
dan tidak rata akan menyebabkan tayar kereta tidak dapat mencengkam permukaan jalan
raya. Kesan seterusnya, apabila pengguna jalan raya melalui kawasan tersebut, kenderaan
mereka mungkin akan terbabas dan sukar untuk dikawal. Kenderaan mereka mungkin akan
berlanggar dengan kenderaan lain atau melanggar pembahagi jalan dan perkara ini akan
menyebabkan kemalangan berlaku. Oleh itu, keadaan atau faktor jalan raya yang tidak
diselenggara dengan baik turut menyebabkan kemalangan maut berlaku.
Kemalangan maut ini dapat diatasi dengan pelbagai kaedah, antaranya melalui
kempen-kempen di media massa dan papan iklan di tepi jalan atau lebuh raya. Radio dan
televisyen boleh memaparkan iklan kepada audien supaya mereka tidak lupa akan perkara-
perkara yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum memulakan perjalanan. Sebagai
contohnya, mereka boleh memaparkan iklan tentang pemandu yang letih dan mengantuk
ketika memandu kenderaan dan mereka perlu berhenti di kawasan rehat. Kempen dan iklan
seperti itu dirasakan berkesan kerana para pengguna jalan raya dapat melihat iklan tersebut
dengan mudah. Jelaslah di sini bahawa melalui kempen, perkara itu akan mengingatkan
mereka tentang bahaya kemalangan jalan raya.
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu melalui Jabatan
Kerja Raya adalah dengan memastikan jalan-jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan
yang baik. Perkara ini perlu dilakukan bagi memudahkan pengguna menggunakannya tanpa
perasaan bimbang atau takut. Semua jalan raya yang berlubang perlu diturap dengan
sempurna supaya dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Selain itu, permukaan
jalan yang tidak rata haruslah diratakan supaya pengguna berasa selesa ketika memandu
kenderaan serta melancarkan perjalanan anggota masyarakat yang hendak pulang ke
kampung halaman mereka. Jadi, keadaan jalan raya yang baik dapat mengurangkan
kemalangan maut yang berlaku di negara kita.
Konklusinya, pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati ketika
hendak memulakan perjalanan dan pandulah kenderaan dengan cermat keranapandu
cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat tidak mematuhi etika pemanduan yang betul
maka kemalangan maut ini boleh berlaku tanpa mengira masa. Mereka perlu ingat akan
orang yang tersayang yang sedang menanti kepulangan mereka di rumah atau di kampung.
Oleh itu, semua anggota masyarakat dan kerajaan haruslah berganding bahu untuk
memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat diatasi dengan memainkan
peranan masing-masing secara berkesan. Dengan cara itu kita berharap agar masyarakat di
Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah yang berpunca daripada
kemalangan jalan raya.



















Kebaikan kegiatan kokurikulum.
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darj
ah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kel
ab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-
kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memb
erikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyert
ainya.

Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat
meningkatkan daya kepemimpinan. Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang p
elajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya kepemimpinan ini juga amat berguna k
epada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesu
atu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk m
enjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu, daya kepemimpinan ini harusl
ah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan ko
kurikulum. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan d
isebabkan faktor-
faktor tertentu. Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pel
ajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. Sebagai contohnya, aktiviti
sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur
pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, ota
k cerdas.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalang
an pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman d
an makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bag
ai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakil
i pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasuk
an bola sepak. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh iba
rat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teg
uh bercerai roboh.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah p
elajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kele
bihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai cont
ohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyert
ai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang ak
hirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabn
ya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan
pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudi
annya negara.

Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas
dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan pelu
ang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semu
a pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilak
sanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dice
cah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya
pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di
sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan
dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak
faedah.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara
tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya,
jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum
dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai
jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan
aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal
yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.
Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.


Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan
kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk
bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan
mengeratkan hubungan sesamakita.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak
sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu
bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh
itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.











PENDAHULUAN 5 Ayat
[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat
dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di
corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa
manusia. [AR-A.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di
jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh
itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah
lagi. [80 pp]

Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri 5 Ayat
[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu
itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar
ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu
kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?]
Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa
pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal
Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]

Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya 5 Ayat
[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur jalan
raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti
mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-
bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan
terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil
inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya..
[AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih
dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]

Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan 5 Ayat
[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya
kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual
yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh,
brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal
kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan
berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP]
Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh
kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]

Perenggan Isi 4 : Undang-undang 5 Ayat
[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku
kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan
berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana
pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan
ketika musim-musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan
di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi
hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang
lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada
berlakunya kemalangan maut. [93 pp]

Kesimpulan.
[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu
kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan
istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga
sahaja. [Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka
untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata
sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang
produktif. [Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua
pengguna jalan raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai
gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang
perlu dihargai. [80 pp]

Anda mungkin juga menyukai