Anda di halaman 1dari 1

Hak & Tanggungjawab Isteri

1. Taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam.
Adalah menjadi tanggungjawab isteri bagi menurut kepada kehendak suami selama mana
apa yang dikehendaki oleh suami aalah dibenarkan di sisi agama Islam. Namun begitu,
adalah menjadi hak bagi isteri untuk mendapat keselesaan, ketenangan serta kebahagiaan
disamping taat kepada suami.
2. Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu
sebelum melakukan sesuatu perkara. Bagi setiap perkara sunat yang hendak dilaksanakan
oleh isteri, mestilah mendapat keizinan suami kerana suami adalah ketua dalam sesebuah
keluarga yang membuat keputusan untuk melaksanakan sesutau atau tidak daam sesebuah
keluarga. Bagi perkara-perkara yang wajib dilaksanakan seperti solat fardhu dan puasa di
bulan Ramadhan, seorang isteri tidak perlu keizinan suami untuk melaksanakan perkara
tersebut. Setiap keputusan yang dibuat akan mendatangkan kesan samada baik atau
buruk. Oleh itu sememangnya penting seorang isteri mendapat izin suami sebelum
melaksanakan sesuatu perkara.
3. Seorang isteri perlu melayan suami mereka dengan baik. Keselesaan dan kebahgiaan
seorang suami adalah suatu tanggungjawab seorang isteri. Tanggungjawab ini amat
penting dalam kehidupan rumahtangga. Jika tanggungjawab ini dilaksanakan dengan
tertib dan teratur, maka akan bahagialah rumahtangga dengan adanya juga persefahaman
antara suami dan isteri.
4. Hak bagi seorang isteri boleh juga dikatakan sebagai tanggungjawab seorang suami.
Seorang isteri mempunyai hak untuk menerima nafkah zahir dan batin dari suaminya.
Maka menjadi tanggungjawab suaminya untuk memenuhi nafkah tersebut. Toleransi dan
persefahaman antara suami dan isteri dapat meringankan beban kedua belah pihak bagi
memenuhi hak dan tanggungjawab masing-masing.





http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/tanggungjawab-isteri-terhadap-suami 11.50 am 4/9/2014

Anda mungkin juga menyukai