Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A

1. Tiga hukum perkahwinan menurut islam :


Ulama bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau
bagaimanapun terdapat sebahagian Ulama membahagikan hukum nikah kepada 5 hukum
Antaranya ialah :
i. Harus : Merupakan hukum asal perkahwinan. Maksudnya disini kepada orang yang
tidak ada kepadanya yang menyuruh dan bantahan untuk berkahwin.
ii. Wajib : Sekirannya orang tersebut bimbang akan terjerumus kepada perlakuan
maksiat sedangkan ia seorang yang berkemampuan.
iii. Sunat : Ada kemampuan dan keinginan untuk berkahwin serta mampu mengawal
nafsunya.

2. Dua hak dan dua tanggungjawab suami terhadap isteri :


Hak suami terhadap isteri :
i. Isteri mentaati suami – Seorang isteri perlulah mentaati suami pada perkara
kebaikan selagi tidak menjejaskan pegangan agama atau perkara yang tidak
memudaratkan diri sendiri.

ii. Menjaga maruah suami – Isteri bertanggungjawab menjaga maruah suami.


Maksudnya seorang isteri tidak boleh bergaul bebas, mendedahkan aurat serta
menjaga kemulian dan kehormatan suami.

Tanggungjawab suami terhadap isteri :


i. Memberi nafkah kepada isteri – Seorang suami wajib memberikan nafkah ke atas
isterinya sama ada isterinya telah bekerja, mampu atau sebaliknya. Jumlah
nilaianya tersebut perlulah mengikut kemampuan suami.

ii. Memimpin dan memelihara isteri dengan nasihat dan pengajaran –


Tanggungjawab suami adalah memimpin isteri ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Suami perlu menegur dan perbaiki kesilapan yang dilakukan isteri dengan cara
kasih sayang dan belas kasihan.
3. Syarat-syarat pinangan menurut islam :
Meminang adalah ada keinginan untuk mengahwini wanita tertentu. Antara syarat-syarat
pinangan menurut islam adalah :-

i. Tidak harus meminang perempuan kecuali yang boleh diakadkan pada masa itu.
Pinangan adalah wasilah untuk berkahwin, apabila tujuan dilarang, maka wasilah
pun akan terlarang juga.

ii. Dilarang meminang perempuan yang dihukumkan haram dikahwini selama-


lamanya seperti haram dengan sebab keturunan (ibu, anak perempuan, cucu
perempuan, saudara perempuan seibu sebapa)

iii. Dilarang meminang perempuan yang dihukumkan sementara, perempuan yang


masih mempunyai suami dan perempuan yang sedang dalam iddah penceraian.

4. Implikasi putus tunang dari aspek tuntutan barangan atau hadiah pertunangan.

AKTA AUKI (Seksyen 15)


Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada
secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang
perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-
apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak
yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau
nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk
pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh
dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Mahkamah membenarkan tuntutan ganti rugi terhadap nilaian hadiah pertunangan. Pihak yang
mungkir janji kena bertanggungjawab memulangkan pemberian semasa pertunangan (jika ada
atau nilainya). Pihak yang membatalkan pertunangan ini boleh tuntut semula hadiah itu jika
masih wujud. Mahkamah syariah akan mmembuat nilaian terhadap hadiah yang telah digunakan
atau tidak wujud secara fizikal untuk dipulangkan semula. Selain itu pihak Mahkamah
membenarkan tuntutan ganti rugi pembatalan pertuanngan dan mengehadkan dengan ganti
rugi kebendaan yang berkaitan dengan persedian perkahwinan.
BAHAGIAN B
5. Langkah dan cara yang boleh dilakukan oleh pasangan Muslim bagi mempertahankan
kebahagiaan dan keharmonian dalam perkahwinan.

Dalam institusi perkahwinan, Allah SWT telah memberikan amanah kepada pasangan suami
isteri untuk membina sebuah kelurga yang harmoni. Tanggungjawab ini merupakan satu ibadah
yang mesti dilaksanakan berlandaskan syariat islam bagi memastikan ianya membawa
kebahagiaan kepada keluarga. Berikut adalah beberapa Langkah untuk mewujudkan
kebahagiaan dan keharmonian dalam berumah tangga :

i. Komunikasi yang lancar antara pasangan – Komunikasi yang berkesan antara pasangan
memainkan peranan utama. Tanpa komunikasi yang baik antara kedua pihak akan
mudah salah faham dan bermasam muka walupun perkara yang berlaku adalah hal yang
remeh. Kemesraan dalam hubungan akan jadi semakin lama semakin hambar. Antara
kata-kata yang perlu diambil perhatian, menyampaikan sokongan terhadap isteri,
berkomunikasi tanpa menyalahkan dan mendengar tanpa menyalahkan.

ii. Menerima kelebihan dan kelemahan pasangan – Belajar untuk tidak melihat kekurangan
pasangan ,tetapi melihat kekurangan yang ada pada diri kita sendiri. Kekurangan yang
ada pada pasangan hendaklah jangan dijadikan bahan untuk merendah-rendahkan.
Masing-masing mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.

iii. Rasa saling mempercayai antara suami isteri – Suami perlu belajar dan berusaha
mengenali isteri begitu juga isteri berusaha mengenali suami. Sumai isteri perlu
mendengar apa yang dimaklumkan oleh pasangan dan ambil berat setiap apa perkara
yang disampaikan walaupun hal kecil atau remeh. Bila kita sedia dengar apa yang
pasangan kita utarakanb, pasangan juga akan menjadi pendengar yang baik kepada kita.

iv. Sentiasa memberi kritikan malahan cadangan yang membangunkan – Memilih waktu
dan tempat yang sesuai untuk memberikan kesimpulan atau kritikan pada pasangan.
Contohnya, jika suami isteri dalam keadaan yang tengah penat sewaktu pulang dari
tempat kerja, sebaiknya biarkan situasi itu menjadi tenang dahulu sebelum berbincang
sesuatu perkara. Jika terus menegur, bimbang akan terkeluar kata-kata yang
menyakitkan hati dan ia juga bakal menyebabkan pergaduhan suami isteri. Jangan
mengungkit kesalahan yang lalu dan hendaklah beri perhatian pada masalah uang
sedang dihadapi. Bila telah berkomunikasi dalam keadaan yang baik , jangan asyik
berbincang atau menyentuh perkara yang sama atau pada perkara yang lepas kerana
bimbang akan menyebabkan ketidakpuashati kepada pasangan.
v. Membina hubungan yang rapat dengan Allah – Hubungan suami isteri berkait rapat
dengan hubungan mereka kepada Allah. Jika jauh dari Allah maka jauhlah dengan
pasangan. Kerana kasih sayang itu datangnya daripada rahmat Allah SWT. Cara untuk
dapatkan cinta Allah iaitu Bertaubat, berbuat baik kepada manusia, berlaku adil,
menunaikan fardhu yang telah diperintahkan.

7. Jalan penyelesaian bagi kes dibawah :


Penceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam
Negeri yang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti Penceraian dengan lafaz Talaq,
Pengesahan Lafaz Talaq, Fasakh, Cerai Takliq, Tebus talaq (khuluk) dan anggapan mati. Bagi kes
Aminah, tindakan dan jalan yang boleh Aminah ambil untuk membubarkan perkahwinan ini
adalah membubarkan perkahwinan secara fasakh. Seorang isteri ada hak untuk berpisah. Perlu
membuktikan alasan yang didakwa itu dengan pembuktian kukuh dan barulah perintah
pembubaran diberikan oleh mahkamah.
Jenis talak yang boleh kita kaitkan adalah Talak Bain’ Sughra iaitu talak yang difasakhkan oleh
hakim. Iddah ialah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang
diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk
mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain
sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut. Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan
yang masih di dalam iddah, berkahwin dengan lelaki yang lain, maka perkahwinan itu hukumnya
tidak sah pada syarak dan wajib difasakhkan serta merta.
Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang menyentuh mengenai talak. Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk) dua kali. Setelah itu bolehlah ia (rujuk dan)
dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan
cara yang baik. (Surah al-Baqarah, ayat 229). Dalam isu penceraian yang diputuskan oleh
mahkamah melalui permohonan fasakh , isteri termasuk dalam kategori talak bain sughra dan
tidak boleh dirujuk.
Mengenai hak terhadap penjagaan kedua-dua anak mereka menurut Mazhab Hanafi, hak
hadanah untuk ibu dan yang lainya adalah sehingga anak dapat mengerjalan sendiri keperluan
seharian (untuk lelaki adalah tujuh tahun atau menurut sebahagian sembilan tahun, untuk
perempuan diantara 9 hingga 11 tahun). Manakala menurut Mazhab Maliki untuk anak lelaki
sejak dilahirkan dan berakhir dengan baligh, manakala untuk perempuan berakhir dengan
sampai umur pada umur utk bernikah.
AUKI SEKSYEN (Seksyen 52) - Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh
Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu
perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada
alasan yang berikut, iaitu—
i. bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih
daripada satu tahun;
ii. bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya
selama tempoh tiga bulan;
iii. bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
iv. bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan
perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
v. bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan
isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
vi. bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta
atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
vii. bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur
baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia
belum disetubuhi oleh suaminya itu;

Anda mungkin juga menyukai