Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1: Penulisan

a. Bincangkan perkara penting berkaitan persediaan perkahwinan yang wajib


dilaksanakan oleh bakal suami dan bakal isteri serta tanggungjawab mereka untuk
membina sebuah rumahtangga bahagia.

Pembentukan institusi generasi keluarga Islam bermula daripada sesebuah


perkahwinan. Apakah itu pengertian perkahwinan? Dari segi bahasa, perkahwinan bermaksud
cantum atau himpun. Dari segi istilah, akad yang menggunakan lafaz akad nikah atau bahasa-
bahasa lain yang memberi makna nikah, yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan
persetubuhan. Satu ikatan lahir di antara dua orang, lelaki dan perempuan untuk hidup bersama
di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan
kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah
ditetapkan oleh syarak. Menurut Hadis Riwayat Ibnu Majah, perkahwinan adalah merupakan
sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia
bukan dari golonganku”

Persediaan yang rapi sangat penting bagi sesebuah perkahwinan. Terdapat beberapa
perkara penting berkaitan persediaan perkahwinan yang wajib dilaksanakan oleh bakal suami
dan isteri. Pertama ialah pertunangan sebagai pra perkahwinan di dalam Islam. Pertunangan
dimulai dengan khitbah iaitu perminangan sebagai titik permulaan dalam proses perkahwinan
bagi calon suami dan isteri mengikat tali perkahwinan. Peminangan dibuat oleh calon suami
atau wakilnya atau calon isteri atau wakilnya. Pertunangan inilah merupakan masa bagi kedua-
dua pihak bakal suami dan isteri mencari persefahaman dan titik persamaan untuk
menyesuaikan diri sebelum diijab kabulkan secara rasmi sebagai suami isteri. Namun sebarang
pergaulan bebas adalah dilarang sekali tetapi tidak salah sekiranya sekali sekala keduanya
bertemu asalkan berpakaian menutup aurat dan ada mahram bersama untuk meneman.
Kebiasaannya pertunangan dilakukan mengikut adat iaitu pihak lelaki datang ke rumah pihak
perempuan dengan beberapa dulang dan sebentuk cincin sebagai untuk menanda perempuan
tersebut.
Kedua ialah menghadiri kursus perkahwinan atau kursus pra perkahwinan. wajib diambil
dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan
masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini
hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan
bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Pelb agai prosedur yang perlu kita ikuti
dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Melalui kursus perkahwinan ini,
pasangan akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berumah tangga seperti tanggungjawab yang
perlu dipikul oleh suami isteri, hak-hak sebagai seorang isteri, hak sebagai seorang suami,
kesalahan suami dan isteri, penceraian serta perkara yang patut dan tidak patut dilakukan
apabila sudah berkahwin kelak. Selesai daripada kursus perkahwinan ini, peserta akan
diberikan sijil sebagai kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti.

Seterusnya, persediaan perkahwinan yang wajib dilaksanakan ialah mendaftarkan


perkahwinan. Setiap pasangan yang hendak berkahwin perlu membuat permohonan
pernikahan dengan mengisi borang pernikahan secara manual atau online berdasarkan borang
enakmen undang-undang keluarga Islam mengikut negeri masing-masing. Pemohonan
kebenaran untuk berkahwin perlulah dibuat selewat-lewatnya tiga bulan sebelum tarikh
pernikahan. Setelah diisi, individu perlulah mendapatkan tandatangan dan cop daripada imam
masjid kariah untuk mengesahkan borang kebenaran nikah tersebut. Pembayaran perlu
dilakukan mengikut negeri masing-masing.

Keempat, persediaan yang perlu dilaksanakan untuk perkahwinan ialah melakukan ujian
saringan HIV. Borang yang dikeluarkan oleh pihak hospital perlu diisi oleh pemohon terlebih
dahulu. Untuk melakukan ujian saringan HIV, pasangan perlu membuat Laporan Pengesahan
Pemeriksaan Kesihatan di hospital dan klinik kerajaan atau swasta. Untuk lebih penjimatan dan
kos yang murah, pasangan boleh dilakukan di hospital atau klinik kerajaan yang dibayar
sebanyak RM1. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status
HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau
sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit
ini kepada orang lain. Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test)
boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan).
Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.
Bila diutarakan mengenai perkahwinan, perkahwinan bukan sesuatu yang hanya
sekadar untuk bermain-main. Tujuan perkahwinan bukan hanya sekadar untuk memuaskan
nafsu antara satu sama lain tapi banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pasangan
suami isteri. Mengikut nukilan Surah Ar-Ruum ayat 12, tujuan sesebuah perkahwinan ialah bagi
mencapai tiga komponen utama iaitu sakinah (ketenangan hakiki), mawaddah (kasih sayang)
dan rahmah (kasihan belas). Bagi mencapai tiga komponen ini, pasangan yang saling dibajai
dengan kasih sayang sentiasa saling melindungi tanpa menyakiti satu sama lain. Setiap
pasangan perlu saling menghargai pasangan dengan menerima segala kekurangan pasangan
dan bertolak ansur dalam menjalankan tanggungjawab masing sebagai suami dan isteri. Untuk
menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab
suami dan isteri.

Tanggungjawab untuk membina sebuah rumahtangga bahagia ialah perlu dipikul oleh
kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Bagi tanggungjawab suami, suami perlu memberi sara
hidup atau nafkah kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal. Berdasarkan
surah Al-Talaq ayat ke 6 iaitu :

“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut


kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati
mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin”.

Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan,


pakaian dan tempat tinggal kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh
memberi makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada isteri lebih buruk daripada apa yang
dimakan dan dipakai oleh suami. Begitu juga kadar makanan dan pakaian yang menjadi hak
isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini, isteri
tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suami. Sekiranya tanggungjawab dapat
dilakukan dengan baik oleh suami maka secara langsung dapat membina sebuah rumahtangga
bahagia.

Kedua, tanggungjawab suami dalam membina sebuah rumahtangga bahagia ialah


sentiasa membimbing dan mendidik akhlak isteri dan anak dengan ajaran Islam menuju
keredhaan Allah. Tegaknya sebuah keluarga muslim memberikan andil yang sangat besar bagi
terlaksananya dakwah islamiyah. Tanggungjawab bagi seorang suami dan ayah untuk
memberikan pendidikan, pengetahuan, dakwah dan bimbingan kepada anggota keluarga.
Pembinaan yang demikian inilah yang akan menyelamatkan dan memberikan penjagaan
kepada diri dan keluarga. Al-Quran dan hadis wajib dijadikan panduan dalam menyemai ajaran
akhlak yang baik terhadap isteri dan anak. Suami perlu menyemai rasa cinta dalam diri isteri
dan anak terhadap Allah dan Rasul. Apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah
tertanam di dalam jiwa, mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah
Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa
keluarga dan pemimpin negara.

Ketiga, tanggungjawab isteri pula dalam membina rumah tangga yang bahagia ialah
menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah. Misalnya tidak membenarkan
lelaki yang bukan mahram atau yang dibenci suami masuk ke dalam rumah. Isteri hendaklah
menjaga maruah dirinya mengikut tuntutan-tuntutan syarak, menjaga aurat ketika berdepan
dengan bukan muhrim, menjaga dirinya semasa suami tiada di rumah, isteri juga berkewajipan
menjaga harta benda suami, bijak menguruskannya dengan baik, berjimat cermat dan
merancang perbelanjaan keperluan rumahtangga dengan saksama. Isteri berkewajipan
menjaga tingkah lakunya, percakapannya dan maruah suaminya. Segala rahsia keburukan
suaminya dan rumahtangga tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Allah sangat murka akan
isteri yang memburukkan suami kepada orang lain. Oleh itu, menjaga kehormatan merupakan
tanggungjawab yang wajib dilakukan oleh isteri untuk menjamin kebahagian rumah tangga yang
hakiki.

Keempat, tanggungjawab isteri dalam membina rumah tangga ialah taat kepada suami
dan memberi layanan yang baik. Isteri yang baik akan sentiasa taat kepada suruhan suami
selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Selain itu, isteri bertanggungjawab dalam
menguruskan rumahtangga dan mendidik anak-anak kejalan yang diredhai Allah. Seterusnya,
isteri hendaklah sentiasa memberi layanan yang baik kepada suami sama ada ketika senang
ataupun susah, kerana suami berusaha mencari nafkah sementara isteri menjaga rumahtangga
dan mendidik anak, suami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan daripada
pencerobohan dan musuh-musuh yang ingin menghancurkan rumahtangga. Isteri adalah
pembantu utama suami untuk membentuk keluarga bahagia yang diredhai Allah.

Secara kesimpulannya, persediaan sebelum perkahwinan sangat penting dan wajib


dilaksanakan supaya memberikan kesan positif dan selamat kepada sesebuah perkahwinan.
Persediaan perlulah dilaksanakan awal daripada tarikh perkahwinan supaya tidak terburu-buru
dan mengelakkan daripada berlakunya ketidaksempurnaan semasa hari perkahwinan dan juga
hari-hari selepas perkahwinan. Begitu juga dengan tanggungjawab yang perlu dipikul dan
dilaksanakan oleh suami isteri untuk membina keluarga bahagia, suami isteri perlu menggalas
tanggungjawab masing-masing dengan baik. Suami isteri perlu saling bekerjasama untuk
memastikan kedua-dua mampu menjalankan tanggungjawab tanpa ada sebarang mengungkit
atau berasa ketidakpuasan hati. Dengan itu, keluarga dan rumahtangga bahagia dapat
diwujudkan.

b. Bincangkan hak-hak yang boleh dituntut oleh isteri terhadap suami selepas
penceraian.

Penceraian adalah perbuatan yang halal dilakukan menurut agama tetapi tidak disukai
oleh Allah kerana ia memutuskan kasih sayang sesama manusia. Perceraian dari segi bahasa
bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan
terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab. Perceraian adalah jalan terakhir jika
semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Ini kerana perceraian memberi kesan buruk
bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan
masyarakat. Dahulu di Malaysia, secara lazimnya, pasangan suami isteri yang bergaduh akan
melafaz talak atau mentalakkan isterinya. Jika isteri yang ke Mahkamah Syariah, isteri akan
memohon fasakh. Hadis Rasulullah riwayat Abu Daud dan Al-Hakim yang bermaksud:

“Perbuatan halal yang paling dimurkai Allah ialah talak (penceraian)”.

Terdapat beberapa hak-hak yang boleh dituntut oleh isteri terhadap suami selepas
penceraian. Pertama ialah nafkah edah. Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada
bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian. Antara nafkah edah
ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak. Kedua, hak yang boleh
dituntut oleh isteri ialah mut’ah. Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi
kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar
mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat
pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.

Ketiga,

Anda mungkin juga menyukai