Anda di halaman 1dari 3

Program Bina Insan Guru Fasa 2 / 2012

Pada 27 Julai yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan
Guru(BIG) bertempat di Dewan Seri Inang IPG Kampus Perlis. Seminar ini telah dihadiri
oleh pelajar PISMP semester 2 Reka Bentuk & Teknologi dan Matematik A ambilan
Januari 2012 dimana melibatkan hampir 40 orang pelajar. Seminar ini telah diberikan
oleh kaunselor IPG Kampus Perlis sendiri iaitu En. Zulkipli bin Othman daripada unit
Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Perlis. Beliau merupakan seorang kaunselor
yang berdaftar dibawah perbadanan profesional yang mengawal aktiviti kaunseling.
Bahkan, beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Pensyarah Cemerlang.

Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan
ceramah yang bertajuk Pembinaan Insan Guru yang Seimbang begitu menarik
perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah
banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam
mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi. Pemceramah juga
banyak menceritakan berkenaan dengan pengalaman beliau menjadi seorang
kaunselor sejak daripada bergelar kaunselor di sekolah menengah dan sehingga beliau
berjaya bergelar pensyarah cemerlang dalam kaunseling.

Antara perkara yang begitu ditekankan oleh En. Zulkipli selaku penceramah
pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh
menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guru-
guru pelatih. Mendengar muqaddimah yang begitu menarik dari penceramah
membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu
persatu penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya
pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan seorang
guru. Melalui teguran dari beliau, saya dapat pelajari bahawa seorang guru itu perlulah
mempunyai penampilan yang menarik tetapi bersesuaian dengan seorang guru.



NAMA : MOHD ADIB AZFAR BIN MURI
NO. K/P : 920901-13-5327
NO. MATRIK : 0610/1800
KUMPULAN : PISMP Matematik (A) Semester 2
Refleksi

Program Bina Insan Guru Fasa 2 / 2012



Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal
guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala
perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui
saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya
dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh
penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario
dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara lebih suka
menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak betul. Malahan, cara yang dipilih
oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan
mungkin lebih memburukkan lagi keadaan.

Di sini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan diri dan rakan-rakan bakal
guru dimana cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat penting sekali bagi
menjaga dan menjamin kelancaran mencari penyelesaian. Prosedur-prosedur yang
telah ditetapkan perlulah diikuti dengan betul supaya meja rundingan dapat dibuka dan
satu jalan penyelesaian dapat dibuat. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan
seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh insan
bernama seorang guru. Jadi, persediaan dan ilmu bagi membaiki kembali budaya guru
pelatih ini harus dilakukan supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang
profesional suatu hari nanti.

Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang
guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa
mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah
untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab
dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan
mengajar guru pelatih tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan
tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru
pelatih yang selalu datang lewat ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk
menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya
berlaku dikalangan guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan
budaya seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti
akan diambil serius oleh kami semua.


Dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai
cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial
dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada
masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas
mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru.
Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka
yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah.



Program Bina Insan Guru Fasa 2 / 2012



Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang tinggi
oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah malas dalam
kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak bangsa. Setiap tugas dan
didikan terhadap murid-murid dibuat tanpa mengharapkan balasan kepadanya, tetapi
Cuma mengharapkan agar murin-muridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah
balasan yang paling berharga buat insan bergelar guru.

Bagi kami, guru juga telah dijadikan role model kepada masyarakat di sekeliling
kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru dipandang
mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara,
penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya
menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat.

Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu
banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti
kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan
sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan
profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan
membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga
refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai