Anda di halaman 1dari 4

Mengapa couple Haram, disini disertakan Nas dan

Dalilnya
Posted on January 9, 2012 by Nik Hamizan Hazwan
KENAPA COUPLE ITU HARAM? APAKAH NAS YANG MENYATAKAN COUPLE ITU HARAM?
Ramai remaja membuat alasan bahawa couple itu tidak haram kerana tiada nas yang melarang padanya. Betulkah
tiada nas? Bahkan terlalu banyak nas al-Quran dan hadis menjelaskan tentang percintaan teruna dan dara atau couple
in HARAM secara terang. Hanya orang-orang JAHIL & FASIQ sahaja yang berani mempermainkan hukum Allah.
Hanya orang-orang munafiq sahaja yang buat-buat tidak tahu terhadap kewujudan larangan Allah. Bagi seorang
muslim, dia wajib mengetahui perkara ini.
1) COUPLE ITU HARAM KERANA BERLAKU ZINA MATA DAN PENYALAHGUNAAN PANCA INDERA
ALLAH Berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (Surah An-Nuur : Ayat
30)
Maksdunya, dilarang lelaki melihat bahagian tubuh wanita melainkan wajah dan telapak tangan. Kerana bahagian lain
adalah aurat. Jika bercouple, pasti akan berlaku perbuatan MENATAP bahagian dada, pinggang dan lainnya. Apatah
lagi jika perempuan bercouple ini memakai baju ketat. Maka akan berlaku zina mata sepanjang pertemuan. Sangat
jarang perempuan bercouple pakai tudung labuh dan berjubah. Pendek kata, kalau yang bercouple ini biasanya
memang tidak menjaga aurat. Maka, HARAM pertemuan itu.

Ini beberapa hadis yang menceritakan dosa mata :
Nabi Bersabda Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak Adam mendapat bagian
dari zina, tidak boleh tidak, zina kedua mata ialah memandang, zina lidah ialah perkataan,
dan zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedang faraj (kemaluan) saja yang menentukan
benar ataau tidaknya dia berbuat zina. (Muattafaqun `Alaih)
Dari Jarir bin Abdillah z berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah mengenai pandangan
yang tiba-tiba, maka beliau bersabda :Palingkan pandanganmu.
( H.R. Muslim dan Abu Daud, lafadz hadits Abu Daud)
Maksudnya jika terpandang aurat secara tiba-tiba. Maka nabi mengarahkan agar sahabat berpaling. Kerana haram
MENATAP AURAT WANITA atau WANITA MENATAP AURAT LELAKI. Ini bermakna, tidak boleh menatap
kecantikan seseorang yang boleh mendatangkan rangsangan nafsu dan syahwat.
Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda :
Jangan kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya), pandangan
pertama untukmu, dan tidak untuk yang pandangan kedua. ( H.R. Tirmidzi dan Abu Daud,
Tirmidzi dan AlBani menilai hadits ini hasan.)
Yang dimaksud dengan pandangan pertama adalah pandangan yang terlontar tanpa sengaja. Jadi, adakah mungkin
orang bercouple tidak saling memandang? Adakah mungkin orang bercouple bila bercakap tutup mata? Sudah tentu
mustahil. Bila bercinta akan saling menatap, memandang dan memerhati seluruh tubuh pasangan. Maka inilah DOSA.
Ianya HARAM secara jelas.
2) COUPLE ITU HARAM KERANA BERSENTUH ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Biasanya orang bercinta, mula-mula sahaja duduk renggang. Bila sudah selalu bertemu, syaitan akan goda Engkau
ini sudah lama kenal, apa salahnya sentuh-sentuh dan pegang tangan. Semua orang buat macam tu bila bercinta.
Barulah namanya pasangan kekasih maka si lelaki mula buat2 tersentuh.
Kerana itu, Allah melarang mendekati couple sebab bila sudah selalu bersama. PASTI akan berpegang atau
bersentuhan. Ingat! Menyentuh dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan
menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw:
Maksudnya: Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih
baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya. [HR At-Tabarani
20/212, Sahih Al-Jami No. 4921]
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa
Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan
(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi
membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).
Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah
berdosa dan merupakan maksiat.
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-
orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah Zumar: 9)
3) COUPLE ITU HARAM KERANA TERPAKSA MENDENGAR SUARA WANITA YANG MENDAYU-DAYU
Bila bercinta, adalah pasti wanita dan lelaki akan berbicara. Dalam berbicara sudah pasti akan terselit nada mendayu
dan perkataan yang lemah-lembut. Kerana itulah dinamakan percintaan. Orang bercouple tidak akan saling tengking
menengking. Orang bercouple sudah pasti saling ketawa dan bersenda gurau. Jadi, apakah hukum suara wanita dalam
bab bergurau, ketawa dan mendayu-dayu?
Mengikut Imam Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki2 yang ajnabi(Asing) samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.
Suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan. Suara Wanita yg bernada rendah/
mendesak/ merayu/ menggoda/ lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram. HARAM bercakap
dengan nada yang lembut.
Suara seseorang wanita ajnabiah ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah Dianggap Sebagai
Aurat Menurut Pendapat Yang Sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam
sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan
tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang
wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut
kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.
Firman Allah SWT dalam
Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, Maka seseorang wanita itu janganlah
melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan
menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.
1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan
suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan
serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu
Abbas RA berkata,
Seseorang perempuan janganlah menurunkan nada bicaranya dan melembutkan
ungkapannya.
Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,
Menundukkan suara ialah suara yang dibenci Allah yang diluahkan oleh seseorang
perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki.
Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.
2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Quran mengenai firman Allah SWT
dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya
keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa
yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih
panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan
mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang
diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.
3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Quran, seseorang perempuan tidak boleh
melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan
perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya
yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang
halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan
seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara
kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang
mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar
lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan
diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh
syarak dan jiwa.
4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Quran, seseorang
perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki
yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam
tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang
boleh didengari oleh lelaki ajnabi.
5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang
perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika
berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika
berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak
berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.
Suka diterangkan disini,perbualan ini tk terhad kepada telefon memandangkan dunia yg semakin
canggih.justeru,voice chat,tele-conference,cellphones etc termasuk dlm kategori yg sama. Pesanan, kalau tiada hal
yang benar-benar mustahak, tak perlulah berurusan dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah dan zina dari segenap
aspek.
Orang yang mengatakan tiada nas yang melarang couple atau bercinta itu sebenarnya
adalah orang-orang yang JAHIL dan FASIQ. Dia enggan mencari kebenaran, sebaliknya
memberi alasan apabila ada pihak yang menasihati.
Maka, secara jelasnya. TIADA JALAN BERCOUPLE DALAM ISLAM. MELAINKAN KAHWIN SAHAJA.
KAHWIN ADALAH COUPLE YANG SUCI DAN HALAL.
Note: Alhamdulillah, sudah lama aku tidak mentarbiyah diri dengan artikel ilmu sebegini, sudah lama
aku mencari Nas dan Dalil tentang couple itu haram. Sudah lama, alhamdulillah dengan izin Allah swt
akhirnya aku menjumpainya. Penulisan ini daripada Ustaz A. Ubaidillah Alias yang masih baru dan
mungkin tidak dikenali ramai. Namun, sejak aku pertama kali mendengar ceramah beliau di Masjid
Kamil Hassan akhir tahun 2011 baru-baru ini di Pasir Mas, Kelantan. Hati aku terus tertarik pada
ulasan beliau.

Anda mungkin juga menyukai