Anda di halaman 1dari 18

Laporan Eksperimen (ms.

25)
Tajuk : Sel Haiwan( sel pipi) dan Sel Tumbuhan (sel epidermis tumbuhan)
Objektif : Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan
teknik pewarnaan yang betul.
Bahan dan Radas: Mikroskop, slaid mikroskop, slip kaca, penitis, forcep, pisau,
pencungkil gigi, metilena biru,larutan iodine, bawang.
Kaedah:
(a) Memerhati sel pipi.
1. Berkumur dengan air bersih
2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi
anda dan dapatkan satu lapisan nipis specimen sel pipi.
3. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca.
4. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.
5. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa
rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.
6. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nucleus, jalinan kromatin,
membrane sel dan sitoplasma.
(b) Memerhati sel epidermis daun.
1. Gunakan forcep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik
bawang.
2. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca.
3. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca.
4. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa
rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi.
5. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nucleus, jalinan
kromatin, membrane sel, sitoplasma dan vakuol.

Keputusan: *Rujuk Lampiran di belakang.


Soalan :
1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda.
Nukleus, sitoplasma dan membran plasma.
2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas?
Epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas kerana fotosentesis
tidak berlaku tanpa cahaya memandangkan bawang ini adalah organ simpanan di
dalam tanah.
3. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
Persamaan :
1. Membran plasma mengelilingi sitoplasma.
2. Kedua-dua sel mengandungi nucleus dan sitoplasma
3. Kedua-dua sel mempunyai organel seperti mitokondrion,jalinan endoplasma,
jasad Golgi dan ribosom.
Perbezaan:

Struktur

Sel Haiwan

Sel tumbuhan

1. Saiz Umumnya lebih kecil dari
sel tumbuhan
Umumnya lebih besar dari
sel haiwan
2. Bentuk Ada yang berbentuk tidak
tetap dan berbentuk tetap
bergantung pada jenis sel
haiwan.
Berbentuk tetap
3. Dinding sel Tiada Ada
4. Kloroplas Tiada Kloroplas mengandungi
klorofil dan terdapat di
dalam sel fotosintetik.
5. Vakuol Tiada vakuol besar. Jika
ada vakuol adalah kecil,
banyak dan berselerak di
dalam sel.
Biasanya ada vakuol
tengah yang besar dan
terdapat di dalam sel
fotosintetik.
6. Simpanan makanan Makanan di simpan dalam
bentuk glikogen.
Makanan disimpan di
dalam bentuk kanji.
7. Sentriol Ada Tiada
8. Silium dan flagela Sesetengah sel haiwan
mempunyai silium dan
flagella.
Tiada


4. Mengapakah nucleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel?
Ini kerana di dalam nucleus terdapat segmen DNA pada kromosom yang
berfungsi sebagai gen yang mengawal semua aktiviti sel.
5. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk
melaksanakan suatu tugas yang tertentu?
Tisu terdiri dari sekumpulan sel yang mempunyai struktur yang sama dan khusus
untuk menjalankan fungsi yang sama.Gabungan tisu untuk melaksanakan suatu
tugas tertentu dinamakan organ.




















Laporan Eksperimen 2 ( ms. 48)
Tajuk : Ujian makanan.
Objektif : Untuk menguji kehadiran vitamin C dalam buah-buahan tempatan dan import.
Hipotesis : Jus buah jambu batu mempunyai kandungan vitamin C yang paling tinggi.
Bahan dan radas :
1.0% larutan dichlorophenolindophenol (DCPIP), 0.1% larutan asid askorbik, Jus buah betik,
jambu dan mangga tempatan segar yang baru disediakan, Jus buah kiwi, lemon dan oren,
picagari berjarum (1ml dan 5ml), tiub specimen, Kain kasa, pisau dan bikar.
Prosedur;
1. Larutan 1ml 1.0%DCPIP di masukkan ke dalam tiub specimen dengan
menggunakan 1ml picagari.
2. 0.1% larutan asid askorbik dipenuhi dalam 5ml picagari.
3. Jarum picagari yang mengandungi 0.1% larutan asid askorbik dimasukkan ke dalam
larutan 1.0% DCPIP.Asid Askorbik dimasukkan perlahan-lahan tanpa mengacau
larutan DCPIP sehingga warna biru DCPIP terluntur.
4. Langkah 1-3 diulangi dengan mengantikan larutan asid askobik dengan jus buah-
buahan segar yang baru disediakan.Kuantiti jus buah yang digunakan untuk
melunturkan warna DCPIP ditentukan.
5. Keputusan dimasukkan dalam jadual. Peratusan dan kepekatan Vitamin C dalam jus
buah-buahan dikira dengan menggunakan formula dibawah.
Keputusan:
Larutan/ Jus
buah
Kuantiti jus buah yang
diperlukan untuk
melunturkan warna DCPIP
Peratusan Vitamin C
dalam jus buah
Kepekatan Vitamin C
dalam jus buah
1 2 3 Purata
Larutan asid
askorbik 0.1%

1.0

1.1

1.0

1.0


Jus nanas


3.2

3.0

3.1

3.1

1.0 x 0.1 = 0.032%
3.1

1.0 = 0.32 mg ml
-1

3.1

Jus jambu


2.0

2.2

2.1

2.1

1 x 0.1 = 0.048%
2.1

1 = 0.48 mg ml
-1

2.1

Jus limau
4.9 4.9 4.8 4.9 1.0 x 0.1 = 0.02%
4.9
1.0 = 0.2 mg ml
-1

4.9

Jus oren


5.0

5.3

5.2

5.2

1.0 x 0.1 = 0.02%
5.2

1.0 = 0.19 mg ml
-1

5.2



Pengiraan :
Isipadu 0.1% asid askorbik untuk menyahwarnakan DCPIP = x cm
3

Isipadu jus buah untuk menyahwarnakan DCPIP = y cm
3

x cm
3
0.1% asid askorbik (kepekatan 1mg/cm
3
) boleh menyahwarnakan 1 cm
3
1.0% DCPIP
dan

y cm
3
jus buah-buahan kepada k mg/cm
3
boleh menyahwarnakan 1 cm
3
1.0% DCPIP

jadi,

kuantiti asid askorbik dalam x cm
3
0.1% asid askorbik = kuantiti asid askorbik dalam y cm
3

0.1% jus buah.
Dengan itu,

x cm
3
x 1mg/cm
3
= y cm
3
x k mg/cm
3
k mg/cm
3
= x cm
3
x mg/cm
3


y cm
3

= x mg/cm
3



y
Dengan demikian kepekatan asid askorbik dalam jus buah ialah x mg/cm
3

y
Perbincangan;

1. Larutan asid askorbik 0.1% mengandungi 0.1 g asid askorbik dalam 100ml cecair.
2.Kandungan vitamin C (asid askorbik) dalam buah-buahan ditentukan dengan
menggunakan larutan biru DCPIP (diklorofenolindolfenol), sejenis pencelup. Vitamin C
menurunkan DCPIP menyebabkan warna biru terluntur.
3. Semasa eksperimen dijalankan , larutan DCPIP tidak boleh digoncang dengan kuat
kerana oksigen dari atmosfera boleh mengoksidakan semula DCPIP yang terturun.
Sekiranya ini berlaku, ini bermakna lebih banyak asid askorbik diperlukan untuk menurunkan
larutan DCPIP dan dengan itu tidak dapat menggambarkan kandungan vitamin C yang
sebenar dalam buah.
4. Semakin tinggi kandungan vitamin C dalam jus buah, semakin sedikit jus buah yang
diperlukan untuk melunturkan suatu isipadu DCPIP yang digunakan.
5. Semasa memerah jus dari buah-buahan, elakkan daripada menumbuk dengan kuat
kerana haba yang terhasil boleh memusnahkan sebahagian asid askorbik di dalam buah
tersebut.
6. Jus buah-buahan juga tidak boleh disediakan sehari lebih awal dari hari eksperimen
kerana asid askorbik dalam jus buah mudah termusnah melalui pengoksidaan.

Kesimpulan.

Setiap jus buah-buahan mengandungi kandungan vitamin C yang tertentu. Antara buah-
buahan yang digunakan, jus jambu batu mengandungi kandungan asid askobik yang paling
tinggi iaitu 0.48 mg/ml.Hipotesis diterima.










Eksperimen 2

Tajuk : Menguji kandungan nutrien dalam kelas makanan berlainan.

Pengenalan : Setiap makanan mengandungi lebih daripada satu nutrien. Kandungan nutrian
dalam sesuatu sampel makanan juga berbeza.Untuk menentukan kandungan nutrient bagi
dalam sampel makanan, ujian makanan bagi nutrient berikut dijalankan;

Kelas makanan Ujian Pemerhatian
Karbohidrat
Kanji
Dua titik larutan iodin dititiskan ke
dalam sebuah tabung uji yang
mengandungi 1 ml larutan kanji 1%.
Ampaian kanji menukarkan warna
perang larutan iodin menjadi biru
kehitaman

Kesimpulan : Terdapat kanji
Gula penurun
(Ujian Benedict)
2 ml larutan Fehling atau Benedict
ditambah ke dalam 2 ml larutan gula
penurun. Campuran larutan
kemudian dipanaskan selama 1
minit.
Larutan biru bertukar kepada
hijau, kuning, jingga dan akhirnya
mendakan merah bata terhasil.
Jika mendakan hijau terhasil, ini
menunjukkan sampel makanan
mengandungi sedikit gula
penurun.
Gula bukan
penurun
(sukrosa)
Ujian gula bukan penurun
(a) 1 ml asid hidroklorik cair
dicampurkan dengan 1 ml larutan
sukrosa.
Catatan; Tujuan mendidihkan
sukrosa dengan asid hidroklorik
cair adalah untuk menukarkan
sukrosa (gula bukan penurun)
kepada gula penurun.

(b) Campurkan dididihkan selama 1
minit dan disejukkan







(c) Sedikit natrium hidrogen karbonat
(NaHCO
3
) pepejal ditambahkan
untuk meneutralkan asid.




Apabila pembuakan berhenti, 2 ml
larutan Benedict/Fehling
ditambahkan ke dalam dan
dipanaskan selama 1 minit.


Pendidihan sukrosa dengan asid
hidroklorik menghidrolisiskan
molekul sukrosa (disakarida yang
terdiri daripada glukosa dan
fruktosa)

Sukrosa
asid
glukosa +
Hidrolisis fruktosa

Pembuakan diperhatikan apabila
natrium hidrogen karbonat
dicampur dengan asid. Natrium
hydrogen karbonat meneutralkan
asid hidroklorik. Gas karbon
dioksida terbebas.

Mendakan merah bata terhasil.



Kesimpulan: Gula bukan penurun
boleh dihidrolisiskan kepada gula
penurun dengan mendidihkannya
bersama asid. Sukrosa ialah gula
bukan penurun.

(B) Protein (a) Ujian Millon
2 titis bahan uji millon ditambah ke
dalam larutan albumen dan
campuran larutan kemudiannya
dipanaskan.

(b) Ujian Biuret
2 ml larutan natrium hidroksida
ditambahkan kepada larutan
albumen. Kemudian 2 titis larutan
kuprum(II) sulfat 1% dititiskan
kepada larutan itu.

(c) Ujian Xantoprotein
Beberapa titis asid nitric pekat
ditambahkan ke dalam larutan
protein dan dipanaskan. Kemudian
sedikit larutan ammonia
ditambahkan ke dalam larutan
tersebut selepas disejukkan.
Mendakan putih bertukar menjadi
mendakan merah.

Kesimpulan : Terdapat protein




Larutan ungu terbentuk

Kesimpulan: Terdapat protein



Protein menggumpal dan
warnanya bertukar daripada putih
menjadi kuning apabila
dipanaskan. Apabila ammonia
ditambah, gumpalan protein
bertukar menjadi warna jingga.
(C) Lemak
(minyak)

(a) Ujian kesan gris
Minyak dititiskan ke atas kertas turas
dan dibiarkan kering.

(b) Ujian Sudan III
Beberapa titis minyak dititiskan ke
dalam 2 ml air dan digoncang.
Kemudian beberapa titis larutan
Sudan III dititiskan ke dalam
campuran itu.

Kesan minyak yang lut sinar
ditinggalkan pada kertas turas.


Lapisan minyak berwarna merah
terapung di atas air.



Kesimpulan : Terdapat kehadiran
lemak.
(D) Vitamin C Ujian DCPIP
2 titis larutan DCPIP
(diklorofenolindolfenol) ditambahkan
ke dalam larutan vitamin C.

Warna larutan DCPIP terluntur.



















Eksperimen 3

Tajuk : Sistem Respirasi ikan

Pengenalan:

Haiwan akuatik seperti ikan mempunyai struktur respirasi yang khusus dipanggil insang
untuk bernafas. Ikan mempunyai empat pasang insang yang dilindungi operculum.Setiap
insang pula terdiri daripada rod tulang kecil dipanggil lengkung insang. Di tepi sebelah luar
setiap lengkung insang disokong dua baris filamen insang. Di tepi sebelah dalam lengkung
insang terdapat banyak tulang halus dipanggil sisir insang untuk menapis partikel makanan
yang mungkin termasuk dalam liang insang dan menyebabkan kerosakan filament insang.
Di permukaan setiap filamen insang terdapat banyak unjuran nipis dan pipih yang disebut
lamella, untuk menambahkan luas permukaan. Lamela insang terdapat banyak jaringan
kapilari darah untuk pertukaran gas.Pertukaran gas banyak berlaku pada filament insang.

Tujuan : Menyiasat sistem respirasi ikan

Bahan dan radas :

Ikan, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan.

Prosedur;

1. Potong operculum pada satu sisi ikan untuk mendedahkan insang.












2. Perhatikan berapa pasang insang yang terdapat pada ikan tersebut.










Setiap sisi kiri dan kanan ikan terdapat 2 pasang insang. Jadi ke semuanya terdapat 4
insang dalam seekor insang.






3. Keluarkan insang, keluarkan satu lengkung insang dan ambil filamen insang.











4. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop.









Filamen insang diperhatikan di bawah mikroskop.



3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filamen
insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien.

- Terdapat banyak unjuran nipis (lamella) pada filamen insang untuk meningkatkan
nisbah luas permukaan isi padu untuk penyerapan oksigen terlarut di dalam air.
- Membran filament insang sangat nipis dan memudahkan oksigen meresap ke
dalam darah.
- Terdapat banyak kapilari darah dalam filamen insang untuk meningkatkan kadar
pertukaran gas secara resapan.

Darah dalam kapilari darah lamela dan air di sekeliling mengalir dalam arah yang
bertentangan. Ini akan menghasilkan aliran lawan arus yang membolehkan
pertukaran oksigen dan karbon dioksida yang lebih efisien, jika dibandingkan
dengan aliran air dan darah kapilari yang selari antara satu sama lain.

4. Terangkan fungsi insang filamen.

Filamen insang berfungsi sebagai penyalur gas respirasi dan secara tidak langsung
ia sebagai tempat penyerapan gas.







Perbincangan;

1. Sisik ikan berfungsi sebagai pelindung dari serangan penyakit, melindungi ikan daripada
perubahan cuaca drastic dan mempermudahkan gerakan ikan di dalam air kerana ikan akan
selalu bergesekan dengan air ataupun benda di sekitarnya.

2. Insang berfungsi sebagai struktur respirasi. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida
berlaku pada permukaan insang.

3. Terdapat dua pasang insang. Setiap lembaran insang terdiri dari sepasang filament yang
mengandungi lamella( lapisan nipis )

4. Ciri-ciri insang terdiri daripada lengkungan insang, dengan dua baris filament insang,
mempunyai banyak lamella insang/ kapilari darah.

5. Pada filament, terdapatnya pembuluh darah yang mengandungi kapilari darah sehingga
memungkinkan terjadinya penukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida.

6. Inspirasi : Oksigen dari air masuk ke dalam insang yang kemudian diikat oleh kapilari
darah untuk dibawa ke jaringan tubuh.

7. Ekspirasi : Karbon dioksida dari jaringan bersama darah menuju ke insang dan
selanjutnya dikeluarkan dari tubuh.
































5. Hasil pemerhatian. ( filament insang )































Rujukan;

www.tuitionplaza.com

www.wikipedia.org

www.bio_isu.tripod.com/id3.html
















Amali 4 ( ms. 96)

Enzim dan Pencernaan ( E )


Tujuan : Mengkaji penghasilan oksigen ketika fotosintesis.

Objektif : Membuktikan bahawa oksigen dihasilkan apabila proses fatosintesis berlangsung.

Alat dan bahan : Tanaman Hydrilla sp, bikar kaca, corong turas.

Prosedur;

1. Letakkan Hydrilla sp. (Tumbuhan air tawar) dibawah corong turas yang diterbalikkan.
Gunakan air kolam bagi tujuan merendamkan tumbuhan ini. Corong turas ditinggikan sedikit
dari bahagian bawah bikar untuk membolehkan pergerakan air yang bebas.

2. Terbalikkan tabung uji yang dipenuhi dengan air pada bahagian corong turas. Pastikan
tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam tabung uji. Label set ini sebagai A.

3. Letakkan radas ini di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

4. Sediakan satu lagi set radas seperti di atas tetapi letakkan di tempat gelap. Radas ini
bertindak sebagai kawalan dan dilabelkan dengan B.

5. Uji gas yang terkumpul dengan kayu uji bernyala bagi kedua-dua set A dan set B. Apa
yang dapat diperhatikan. Namakan gas yang terkumpul.

Pemerhatian:

1. Di tempat yang terkena cahaya matahari langsung pada minit ke 0 dalam suhu 30
o
belum
muncul gelembung satupun, volume oksigen pun belum ada. Pada menit ke 10 dalam suhu
30.5
o
muncul gelembung sebanyak 715 gelembung, dengan volume oksigen 1 cm. Pada minit
ke 20 dalam suhu 31.2
o
muncul gelembung sebanyak 771 gelembung, dengan volume
oksigen 2 cm. Pada minit ke 30 dalam suhu 32.1
o
muncul gelembung sebanyak 601
gelembung, dengan volume oksigen 2.5 cm. Pada minit ke 40 dalam suhu 33.1
o
muncul
gelembung sebanyak 919 gelembung, dengan volume oksigen 3.8 cm.
2. Pada tempat yang tidak terkena cahaya matahari pula, pada menit ke 0 dalam suhu
31.5
o
belum muncul gelembung satupun, volume oksigen pun belum ada. Pada minit ke 10
dalam suhu 31
o
muncul gelembung sebanyak 3 gelembung, dengan volume oksigen 0.05 cm.
Pada minit ke 20 dalam suhu 30.7
o
muncul gelembung sebanyak 9 gelembung, dengan
volume oksigen 0.1 cm. Pada minit ke 30 dalam suhu 30.6
o
muncul gelembung sebanyak 10
gelembung, dengan volume oksigen 0.15 cm. Pada minit ke 40 dalam suhu 30.5
o
muncul
gelembung sebanyak 12 gelembung, dengan volume oksigen 0.2 cm.
Perbincangan;
1. Apabila diuji dengan kayu uji bernyala, pada set A, kayu uji tersebut terus menyala malah
lebih terang, manakala kayu uji yang diletakkan pada tabung uji B pula terus terpadam. Gas
yang terkumpul dalam tabung uji A adalah gas oksigen.
Rumusan;
Gelembung yang dihasilkan pada ujikaji tersebut adalah gas oksigen. Gas ini terbentuk
kerana proses fotolisis yang mana air diuraikan menjadi gas oksigen yang akan muncul
berupa gelembung-gelembung dengan persamaan reaksi sebagai berkut;
2H
2
O(l) 4H+(aq) + O
2
(g). Dari persamaan tersebut, nyatalah gas oksigen terhasil dari
penguraian air.
Keadaan suhu awal lebih rendah dari pada suhu akhir. Ini karena ia belum dipengaruhi oleh
intensiti cahaya matahari dan angin.Frekuensi pembentukan gelembung dari awal sampai
akhir percubaan adalah meningkat, karena adanya pengaruh cahaya matahari terhadap proses
fotosintesis.Didapati juga air dalam tangkai tersebut semakin lama semakin turun karena
adanya gelembung - gelembung oksigen yang dihasilkan oleh tanaman Hydrilla semasa
berlaku proses fotosintesis.
Fotosintesis dipengaruhi oleh factor-faktor seperti berikut;
-Suhu,
-Cahaya
-Air
-Karbon diokssida
-Kandungan klorofil.
Berdasarkan ujikaji di atas, kesimpulannya, dalam proses fotosintesis, air dan cahaya
matahari sangat diperlukan dan semasa berlakunya proses fotosintesis, oksigen dibebaskan.

Rajah Ujikaji Penghasilan Oksigen ketika Fotosintesis



















Laporan Eksperimen Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia.
Tujuan: Menyiasat sistem respirasi mamalia

Bahan dan radas: Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan,

Prosedur:

1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk
memegang tikus di atas papan pembedahan.

2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus
dan selepas itu sehingga bahagian dubur.

3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas
papan pembedahan.

4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks.

5. Keluarkan kelenjar timus.

6. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring.

7. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea.

8. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring serentak. Pisahkan
esofagus dari jantung .Pinkan laring, trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukis
gambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan

Laporan bergambar pembedahan respirasi tikus.

1. Keratan jantung tikus



















Soalan:
1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini.
13 tulang rusuk

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.
Sangkar rusuk haiwan ini berfungsi

2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan.

Picit paru-paru and perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-
paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).



































Laporan Eksperimen Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia.
Tujuan: Menyiasat sistem respirasi mamalia

Bahan dan radas: Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan,

Prosedur:

1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk
memegang tikus di atas papan pembedahan.

2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus
dan selepas itu sehingga bahagian dubur.

3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas
papan pembedahan.

4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks.

5. Keluarkan kelenjar timus.

6. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring.

7. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea.

8. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring serentak. Pisahkan
esofagus dari jantung .Pinkan laring, trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukis
gambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan

Laporan bergambar pembedahan respirasi tikus.

1. Keratan jantung tikus




















Soalan:
1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini.
13 tulang rusuk

(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.
Sangkar rusuk haiwan ini berfungsi

2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan.

Picit paru-paru and perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-
paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).







Rajah Fotosintesis

Anda mungkin juga menyukai