Anda di halaman 1dari 1

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL


JURNAL REFLEKSI & JUSTIFIKASI INOVASI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR

TARIKH
MASA
KELAS
TAJUK
PERISTIWA

REFLEKSI

27 Oktober 2014
1020-1120
4 UTAMA 1
TEKNOLOGI UNTUK MENGATASI HAD KEUPAYAAN MANUSIA
(INOVASI)
Murid mengekses maklumat dengan menggunakan chrome book untuk
membezakan teknologi dan inovasi berdasarkan bidang.Fasa induksi
,murid telah dipertontonkan dengan video kecanggihan teknologi
automotif untuk memberikan gambaran awal berkaitan topik.Inovasi
yang terkandung dalam pengajaran kali ini adalah,murid telah mereka
cipta model penyaman udara yang dinamakan (mobile mini
aircond).Aktiviti inovasi ini berlaku pada fasa aplikasi idea.Murid
diminta memasangkan alatan /bahan radas berkiatan inovasi
tersebut.Ciptaan adalah berasaskan idea asal guru dengan
menggunakan bahan guna semula iaitu,kipas mini desktop
terpakai,bekas makanan plastik terpakai,inovasi ini adalah untuk
mengatasi had keupayaan manusia menurunkan suhu badan secara
semula jadi.
Pengajaran dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang di
laksanakan.Aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat murid berfikir
dan bertindak secara kreatif dan inovatif.Selain itu juga ia dapat
membetulkan persepsi murid bahawa inovasi tidak semestinya
melibatkan hanya sesuatu yang sukar dan berkapisiti besar,ternyata
dengan rekacipta yang dijalankan oleh murid dengan hanya
memerlukan bahan dan alatan yang mudah dapat juga dijadikan sebagai
inovasi yang berfaedah kepada manusia.Pada fasa pencetusan
idea,murid teruja dan seronok apabila diberikan peluang untuk mencari
maklumat menggunakan medium internet berasaskan chrome
book.Pencapaian objektif dan penembangan maklumat juga amat
mudah apabila menggunakan internet selain menambah keseronokkan
murid untuk belajar.Kaedah pengajaran pada kali ini guru telah
menggabung jalinkan
beberapa kaedah pengajaran
iaitu
rekacipta,teknologi maklumat dan persembahan murid.Terbukti
bahawa kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai dapat merangsang
minat murid selain pengajaran berinovasi yang turut dapat
mencetuskan idea dan keberanian murid untuk menerapkan unsur sains
dan teknologi dalam kehidupan.

Tanda Tangan Guru Pelatih


.

Catatan

Tanda Tangan Guru Pembimbing


.

Anda mungkin juga menyukai