Anda di halaman 1dari 10

KPR3974 : LATIHAN MENGAJAR 1

KUMPULAN UPSI 290 (A132PJJ)


DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

SALMAH BT. MOHAMED NOOR

D20102046376

019-7719358


NAMA PENSYARAH: DR. CHE NIDZAM BT CHE AHMAD
TARIKH SERAH: 15 MAC 2014




RPH MINGGU 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran : Sains
Kelas : 4 Zamrud
Tarikh : 12 Mac 2014
Masa : 8.20 9.20 pagi
Bilangan Murid : 24 orang
Tema : Sains Hayat / Proses Hidup Manusia
Tajuk : Pernafasan Manusia
Standard Pembelajaran :3.1.1. Menyatakan manusia bernafas menggunakan
hidung, trakea dan peparu melalui pemerhatian
menerusi pelbagai media
3.1.2. Melakar laluan udara semasa menarik dan
Menghembus nafas
3.1.5. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
Penulisan atau lisan.


Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan manusia bernafas menggunakan hidung,
trakea dan peparu melalui pemerhatian menerusi
model manusia.
2. Melabel organ-organ yang terlibat semasa bernafas
3. Melakar laluan udara semasa menarik
dan menghembus nafas.

Pendekatan/ Kaedah : Konstruktivisme

Strategi P & P : Perbincangan / kumpulan / projek

Kemahiran Saintifik : Kemahiran proses sains

1. Memerhati
2. Menginferens
3. Berkomunikasi

Kemahiran berfikir : Menjana idea, menghubungkait

Penerapan Nilai :1. Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
oleh Tuhan.
2. Minat dan sikap ingin tahu tentang alam sekeliling
3.Menyedari udara yang bersih sangat penting
kepada manusia.

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui bahawa manusia boleh menarik
dan menghembus nafas

Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi

( 5 minit )
Menyatakan
manusia perlu
bernafas untuk
hidup.
1. Guru meminta murid
meletakkan sehelai bulu
ayam di bahagian hidung
mereka.

2. Guru mengemukakan soalan
Apakah yang terjadi pada
bulu ayam?

3. Murid menjawab soalan guru.
Bulu ayam melayang apabila
menghembus nafas.

Kemahiran
saintifik
menginferens

BBM

Bulu ayam

Langkah 1

(pencetus
idea)

( 10 minit )
Memperkenalkan
organ-organ
pernafasan iaitu
hidung, trakea dan
paru-paru dan laluan
udara semasa
bernafas
1. Guru menunjukkan model
manusia kepada murid.
( Lampiran 1)

2. Soal jawab murid dengan
guru

a) Apakah nama organ ini?
Murid: Hidung

b) Apakah nama organ ini
pula?
Murid: Trakea

c) Organ apakah ini?
Murid: Paru-paru

3. Guru menerangkan laluan
udara semasa manusia
bernafas menggunakan
carta.
( Lampiran 2)

4. Murid memerhati dengan
teliti

Kemahiran
saintifik
Berkomunikasi
Memerhati

BBM
Model
manusia
Langkah 2

(penstrukturan
semula idea )

( 20 minit )
Mengedarkan kad
bergambar
( Lampiran 3 )
1. Murid membentuk 6
kumpulan

2. Murid-murid mengadakan
perbincangan dalam
kumpulan untuk melabelkan
gambarajah manusia dengan
organ pernafasan serta
Kemahiran
saintifik
Berkomunikasi

Penerapan
nilai
Menyedari
udara yang
bersih sangat
penting
melakar laluan udara
semasa bernafas.

3. Pembentangan hasil
perbincangan oleh ketua
kumpulan

kepada
manusia





Langkah 3

( aplikasi idea)

( 20 minit )
Membuat projek
membina Model
Peparu

Bahan yang
diperlukan:

a) gunting
b) pensel
c) belon
d )pita pelekat
e) botol plastik 1.5L
f) kad manila
g) plastik pembalut
makanan
1. Projek dijalankan secara
berkumpulan

2. Setiap kumpulan diberi kad
tugasan.
(Lampiran 4)

3. Dalam masa 15 minit, murid
diminta membina model
peparu dengan bahan-bahan
yang telah disediakan

4. Pembentangan hasil projek
oleh ketua kumpulan

5. Guru mengukuhkan hasil
dapatan murid dengan
menerangkan fungsi belon
sebagai peparu, kad manila
sebagai trakea.

Kemahiran
saintifik
Berkomunikasi

Kemahiran
berfikir
Menjana idea

Penutup

(refleksi)

5 minit
Permainan mencari
perkataan
( Lampiran 5 )
Murid diberi lembaran dan diminta
mencari perkataan bagi organ yang
digunakan semasa bernafas








Lampiran 1

Model Manusia

Lampiran 2

Carta Laluan Udara Semasa Bernafas

Lampiran 3
Kad bergambar
a) Labelkan organ pernafasan manusia .


b) Lakarkan laluan pernafasan manusia

Lampiran 4
Kad Tugasan
Panduan membina model peparu





Model peparu yang telah siap (gambar menegak)

Model peparu (gambar melintang)

Lampiran 5
Permainan mencari perkataan.
Arahan: Warnakan perkataan organ-organ yang digunakan semasa bernafas.

I


T

R

P

T

H

U

K

N

I

R

G

U

U

I


K

U

H

R

A

P

R

L

D

A

I

M


A

K

U

G

U

U

D

L

S


P

E

P

A

R


U

T

I

A

E

A

E

H

N

N

A

T

E


S


B

A

G

M

G

M

A

K



Catatkan perkataan yang telah anda temui di ruang yang disediakan.

1



2



3








REFLEKSI
Kekuatan
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati terdapat beberapa
kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran yang telah saya jalankan. Antara kelebihan
yang dapat saya kesan ialah, penerangan guru yang jelas dan mantap. Fasa pencetus idea
( Langkah 1 ) memerlukan penerangan yang jelas agar murid dapat memahami tajuk
pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Jika fasa ini dapat menarik minat murid
sudah pasti murid dapat mengikuti pelajaran yang seterusnya dengan baik dan penuh
minat. Guru juga mempunyai kelebihan dengan menggunakan bahan bantu mengajar
seperti model manusia iaitu benda maujud. Oleh itu, murid dengan mudah dapat memahami
situasi yang ditunjukkan. Murid dengan mudah memahami tajuk pengajaran kerana dapat
melihat dan memegang sendiri model organ pernafasan manusia dan mengetahui
kedudukannya di dalam badan. Murid juga dapat melihat sendiri bagaimana paru-paru
mengembang dan mengempis semasa bernafas dengan menggunakan Model Peparu. Ini
akan menguatkan lagi kefahaman murid terhadap objektif pembelajaran, maka proses
pengajaran seterusnya akan menjadi lebih mudah.
Kelemahan
Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam fasa aplikasi idea (
Langkah 3). Antaranya yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan dengan bahan bantu
mengajar yang digunakan semasa membuat projek membina Model Peparu, iaitu penutup
botol plastik adalah sangat keras untuk ditebuk. Murid terpaksa menggunakan benda yang
tajam seperti gunting atau pisau untuk menebuk penutup botol itu. Ia amat berbahaya jika
murid tidak berhati-hati ketika membuat projek dan boleh menyebabkan kemalangan
berlaku. Kelemahan lain ialah masa yang diperuntukkan untuk membuat projek adalah tidak
mencukupi. Murid akan rasa terbeban untuk menyiapkan projek dalam masa yang singkat.
Cara mengatasi
Langkah mengatasi telah difikirkan untuk menambahbaik fasa ini. Bagi kelemahan pertama,
saya tidak akan menggunakan penutup botol yang asal tetapi menggantikannya dengan
manila kad yang dilekatkan ke muncung botol dengan pita pelekat. Manila kad adalah
sangat mudah untuk ditebuk. Jadi masa yang diambil untuk menebuk lubang juga dapat
dijimatkan. Secara tidak langsung murid juga mempunyai masa yang cukup untuk
menyiapkan projek. Akhirnya, perancangan perlulah lebih teliti dalam sesuatu fasa yang
dirancangkan agar PdP berjalan dengan baik, lancar dan dapat mencapai objektif.

Anda mungkin juga menyukai