Anda di halaman 1dari 48

Reinforcement

Peneguhan
Oleh: Nor Anisa Bt. Musa
Peneguhan
Contoh:-

Kucing yang kelaparan yang menekan
kunci pintu (lever) dan berjaya
mendapatkan makanan akan
mengulang tingkahlaku itu dengan
harapan mendapat makanan.

Peneguhan
Kucing yang biasa diletakkan di dalam
sangkar berserta makanan di luar terbiasa
dengan perlakuan melepaskan diri dan
semakin lama akan semakin cekap
membuka kunci.
Mendapatkan makanan adalah kesan dari
tingkahlaku dan memperkukuhkan lagi
tindakannya membuka kunci sangkar.
Peneguhan
Selain itu, B. F. Skinner menjalankan
eksperimen melibatkan tikus dan burung
merpati.
Untuk pertama kali, tikus akan merayap-rayap di
dalam kotaknya dengan menghidu, memanjat
dan bertunjit. Apabila tikus terpijak kunci, secara
automatik makanan akan terkeluar.
Tingkah laku ini iaitu press lever akan kukuh,
berterusan dan terbiasa kerana ia berlaku
dengan berkesan dan cepat kerana dapat
makanan dengan segera.
Peneguhan
Contoh eksperimen thorndike dan Skinner
menggambarkan prinsip peneguhan yang
jelas.
Apabila kesan tingkahlaku memberikan
keseronokan atau faedah kepada
kehidupan binatang tersebut, perlakuan itu
akan terus berlaku dalam keadaan yang
sama.
Peneguhan
Peneguhan juga merupakan proses
semula jadi kepada manusia.
Ia berlaku kesan daripada interaksi harian
dengan persekitaran sosial dan fizikal.
Peneguhan juga boleh dirancangkan
untuk program memodifikasikan
tingkahlaku seseorang dengan cara
mengubah tingkah laku manusia tersebut.
Definisi Peneguhan
Merupakan tingkahlaku tertentu yang hadir
diikuti dengan kesan dan tindak balas
yang cepat.
Apabila tindakbalas semakin teguh
seseorang akan lebih terbiasa dengan
perlakuan tersebut pada masa akan
datang.

Defining Reinforcement
Tindakbalas yang dikuatkan melalui proses
peneguhan dikenali sebagai tingkah laku operan
(operant behaviour).
TL operan bertindakbalas dengan persekitaran
dan menghasilkan kesan. Kesan tersebut akan
menguasai tingkahlaku seseorang dan berlaku
lagi tingkahlaku yang sama pada masa akan
datang. Ia merupakan keberkesanan yang
cepat.
Keberkesanan yang menguatkan lagi TL operan
dianggap sebagai peneguh/ penguat/ sokongan.
Reinforcer
Contohnya: seorang kanak-kanak menangis
pada waktu malam apabila ibunya letak di katil.
Menangis adalah (TL operan). Sokongan yang
membuatkan kanak-kanak tersebut menangis
ialah perhatian ibunya. Oleh kerana menangis
pada waktu malam membuatkan ibunya cepat
memujuknya, ia merupakan suatu tindakan
berkesan yang cepat. Tingkah laku kanak-kanak
tersebut semakin teguh dengan menangis. Dia
akan lebih selalu menangis pada waktu malam
di masa hadapan.
Peneguhan
Semakin kuat kesan tingkah laku
seseorang, semakin kuat kadar tingkah
lakunya sepanjang masa.
Selain faktor tempoh/ masa (duration)
yang mempengaruhi tingkahlaku
seseorang menjadi teguh, faktor kekuatan
emosi (intensity) juga berperanan dalam
peneguhan.
Kesan perhatian Nonverbal
Contohnya, guru memberi perhatian
dengan senyuman apabila 3 orang murid
memberi tumpuan terhadap
pengajarannya. Perhatian daripada guru
tersebut merupakan peneguhan kepada
murid, dan kesannya semua murid di
kelas akan lebih banyak memberi
tumpuan terhadap pengajaran.
Tetapi apabila guru tidak belajar
tingkahlaku yang murid ingini, peratus
kelakuan murid semakin berkurangan.
Peneguhan Positif
Apa jua rangsangan yang boleh
menambahkan kebarangkalian sesuatu
tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan
sebagai Peneguhan Positif.

Peneguhan Negatif
Apa jua rangsangan yang
menyakiti atau yang
mewujudkan keadaan
tidak selesa boleh
menambahkan
kebarangkalian sesuatu
tingkahlaku itu akan
berlaku dipanggil
Peneguhan Negatif.
Organisme kemungkinan
mengulang tingkahlaku
yang dapat mengelak
atau mengurangkan
keadaan yang negatif.

Contoh peneguhan negatif
Ibu akan akan membelikan gula2 untuk
anaknya yang menangis kerana tidak
tahan melihat dan mendengar anaknya
merengek.

Kesannya ibu seperti biasa akan belikan
anaknya gula2 bila dia mengacau di
pasaraya.


Contoh peneguhan positif
Apabila anak mengacau di pasar raya,
dengan segera ibunya memberinya gula-
gula

Kesannya, anak akan terbiasa mengacau
di pasar raya pada masa akan datang.
Premark Principle
Prinsip Premack juga merupakan satu aspek yang
terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner.
Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti
yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati.
Ia bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku murid
terhadap aktiviti yang kurang diminati.
Sebagai contoh, seorang anak dibenarkan bermain
dengan kawannya sekiranya dia berjaya menghabiskan
tugasan yang diberikan oleh gurunya. Mengikut prinsip
ini, ibubapa boleh menyelang- seli saranan yang
menarik untuk anaknya bermain dengan kawannya
dengan saranan yang kurang menarik untuk menyiapkan
kerja sekolahnya.
Escape and Avoidance
Penghindaran (melarikan diri) dan
pengelakkan.
Penghindaran berlaku apabila terdapat
ransangan yang tidak disukai, dibenci
atau menyakitkan (aversive stimulus).
Tingkahlaku tersebut akan teguh
Pengelakan pula berlaku apabila individu
telah merasai kesan atau mengetahui
kesan tersebut akan mendatangkan
aversive stimulus. Tingkahlaku tersebut
akan menjadi teguh.
Escape
Contohnya: apabila butang kejutan elektrik
dipijak oleh tikus, tikus akan cepat
melompat ke tempat lain. Tingkah laku
tikus melarikan diri adalah penghindaran
daripada kejutan tersebut.
Pada masa akan datang tikus akan
melompat apabila menerima kejutan
elektrik.
Avoidance
Apabila penggera berbunyi, tikus terus
melompat ke tempat lain untuk
mengelakkan kejutan elektrik.
Tikus akan melompat ke tempat lain pada
masa hadapan setiap kali penggera
berbunyi.

Peneguhan tidak terlazim
(unconditioned reinforcers)
Contoh: makanan, air, simulasi sex adalah
peneguhan positif yang semulajadi
kerana ia menyumbang kepada kehidupan
individu untuk terus hidup.
Pengelakan daripada sakit seperti panas,
sejuk atau tidak selesa pula merupakan
peneguhan negatif yang semula jadi.
Pengelakan ini juga meyumbang kepada
kehidupan manusia untuk terus hidup.
Peneguhan tidak terlazim
(unconditioned reinforcers)
Peneguhan semula jadi ini juga dikenali
sebagai peneguhan tidak terlazim.
Ia merupakan peneguhan yang utama
(primary reinforcers) iaitu pengukuh yang
memuaskan kehendak asas individu cth:
makanan untuk mengatasi kelaparan.
Peneguhan utama ini mempunyai
kepentingan biologikal
Peneguhan terlazim
(conditioned reinforcers)
Juga merupakan peneguh atau pengukuh
sekunder
Peneguhan atau ransangan yang boleh
digunakan untuk memuaskan kehendak asas
Ia suatu ransangan yang tidak membantu dan
bukan berfungsi sebagai pengukuh atau tidak
mempengaruhi sesuatu tingkah laku.
Tetapi ia akan jadi pengukuh jika digandingkan
dengan ransangan tidak lazim atau ransangan
lazim yang telah sedia ada.
Gandingan dengan ransangan
tidak lazim
Contohnya: perhatian ibu bapa adalah
peneguhan lazim untuk kebanyakan
kanak-kanak kerana perhatian biasanya
disertai dengan pemberian makanan,
kemesraan dalam kehidupan kanak-
kanak.
Selain itu wang merupakan ransangan
lazim kerana digandingkan dengan
makanan iaitu dengan membeli makanan.

Gandingan dengan ransangan
lazim yang sedia ada.
Contohnya: pelatih mengajar dolphin membuat
pertunjukan di kolam dengan menggunakan
hand-held clicker untuk memberi latihan
pengukuhan terhadap tingkah laku dolphin
Proses awal, pelatih menggunakan ikan sebagai
reinforcer atau ransangan dan digandingkan
dengan bunyian clicker lantas diberi ikan untuk
dimakan.
Akhirnya bunyian tersebut menjadi ransangan
yang lazim.
Gandingan dengan ransangan
lazim yang sedia ada.
Kemudian pelatih sekali-sekala
menggandingkan bunyi dengan ransangan
tidak lazim (ikan). Oleh itu, clicking sound
akan terus berlaku sebagai peneguhan
lazim.
Apabila peneguhan/ pengukuh lazim iaitu
conditioned reinforcers digandingkan
dengan pelbagai perkara pengukuhan
atau pelbagai ransangan ia dipanggil
sebagai generalized conditioned
reinforcers

Faktor yang mempengaruhi
keberkesanan peneguhan
Immediacy kesegeraan
Keberkesanan perlu berlaku segera
sebaik sahaja terdapat rangsangan
tingkahlaku.
Semakin lama tertangguh respon antara
ransangan dan keberkesanan, ia akan jadi
semakin lemah dan kesannya kurang
berkesan.
Contoh immediacy
Apabila kita bercakap dengan seseorang,
kita biasanya akan dapat tindak balas
dengan segera seperti, anggukan,
senyuman, ia bermakna memberi
peneguhan pada kata-katanya.
Tetapi, jika seseorang membuat lawak,
dan tiada seorang pun ketawa, pada masa
hadapan dia tidak mengulangi
perbuatannya.
Contingency
Jika sesuatu ransangan itu berterusan dan
diikuti dengan kesan yang cepat, kesan itu
merupakan pengukuhan.
Apabila ada ransangan tetapi kesannya kadang-
kadang berlaku dan kadang-kadang tidak, atau
keadaan yang tidak pasti dan tidak boleh
dijangkakan, ia dipanggil sebagai contingency.
Walaubagaimana pun kesannya tetap memberi
ransangan atau tindakbalas. Ia merupakan
suatu peneguhan.
Contoh contingency
Setiap kali memutar kunci, kereta akan hidup. Tingkah
laku memutar kunci menjadi kukuh kerana enjin kereta
hidup.
Dan, jika kadang kala enjin hidup dan kadang kala tidak,
atau tidak memutar kunci tapi enjin hidup, ini akan
menunjukkan tingkah laku memutar kunci seseorang
tidak terlalu teguh (kecewa/ malas mencuba lagi)
Tetapi, dia tetap akan mengulangi perbuatan memutar
kunci dan tahu keadaan akan consistent sama ada enjin
hidup atau tidak kerana tetap ingin mencuba.
Dengan kata lain, tingkah laku akan menjadi kuat
apabila berlaku suatu keadaan yang tidak dapat
dijangkakan.

Establishing operations
Sesetengah keadaan boleh membuatkan
satu-satu kesan menjadi lebih kuat.
Contohnya makanan jadi sokongan yang
kuat bagi individu yang belum makan dari
individu yang baru sahaja selesai makan.
Begitu juga air menjadi sokongan yang
kuat bagi individu yang tidak minum
sepanjang hari daripada individu yang
baru sahaja menghabiskan segelas air.
Establishing operations
Keadaan-keadaan ini yang menukarkan
pentaksiran ransangan kepada
sokongan (reinforcer) di panggil sebagai
establishing operations.
Dengan kata lain ia adalah suatu operasi
di mana kesan dikukuhkan dengan
sokongan dalam satu-satu masa atau
keadaan dan sekali gus menjadikan
sesuatu tingkah laku itu berlaku.
Establishing operations
Deprivation
Deprivation atau kehilangan adalah jenis
operasi penguat yang memberi kesan
kepada kebanyakan peneguhan tidak
lazim dan beberapa peneguhan lazim.
Contohnya: perhatian merupakan
sokongan yang sangat kuat bagi kanak-
kanak yang tidak merasainya pada jangka
masa yang lama.
Establishing operations
Satiation
Suatu keadaan akan semakin lenyap
kekuatan ransangannya jika individu telah
puas memperolehinya, atau terlalu banyak
yang diterimanya.
Contohnya: muzik kegemaran seseorang
akan kurang meransangnya untuk
didengari kerana dia telah mendengarnya
selama 5 jam.
Satiation
Bagaimana pun, operasi penguat akan
berfungsi jika terdapat ransangan baru.
Contohnya: duit syiling tidak terlalu
merangsang kebanyakan orang untuk
memilikinya. Tetapi jika anda diberitahu
duit syiling semakin berkurangan dan
nilainya semakin meningkat, ia akan
merangsang ramai orang untuk
mengumpulnya.
Negative reinforcement
Establishing operations juga
mempengaruhi keberkesanan terhadap
peneguhan negatif.
Apabila sesuatu ransangan itu tidak
disukai, penghindaran dan pengelakan
akan berlaku.
Contohnya, jika kita pening kepala kerana
mendengar muzik yang kuat iaitu
merupakan establishing operations ,
tingkahlaku menutup radio lebih teguh
merangsang untuk mengelak pening.
Ciri-ciri / karektor keberkesanan
Amount of intensity ia bergantung
kepada kekuatan emosi individu.
Contohnya: kita akan lebih kuat bertindak
untuk mengelakkan diri tatkala terjadinya
kebakaran dalam bangunan daripada
mengelakkan diri kerana panas matahari.
Semakin kuat ransangan menguasai
perasaan, semakin semakin berkesan
tindakbalas seseorang.
Jadual Peneguhan (Schedule of
Reinforcement)
Berdasarkan kajian menggunakan
tikus dan burung merpati, Skinner
dapati bahawa cara peneguhan
diberi boleh mempengaruhi gerak
balas atau respons. Apakah
hubungan di antara cara peneguhan
diberikan dan gerak balas atau
pembelajaran? Jadual Peneguhan
yang diperkenalkan oleh Skinner
hasil daripada kajian-kajian yang
dijalankan mencadangkan dua cara
peneguhan, iaitul Peneguhan
Berterusan (Continuous
Reinforcement) dan Peneguhan
Berkala (Variable Reinforcement).
Burrhus F. Skinner
1904 - 1990
Continuous reinforcement schedule &
intermittent reinforcement schedule
Peneguhan Berterusan: Setiap kali
sesuatu gerak balas dihasilkan, organisme
menerima ganjaran atau peneguhan.
Peneguhan Berkala: Ganjaran atau
peneguhan diberi menurut kekerapan
tertentu atau masa tertentu. Misalnya;
ganjaran diberi menurut nisbah atau
ganjaran menurut masa.
Fixed ratio
Menurut Nisbah
a) Nibah tetap ('fixed ratio') ialah apabila
peneguhan diberikan setelah beberapa gerak
balas berlaku. Contohnya: nisbah 20:1 ialah
setiap 20 gerak balas berlaku, 1 peneguhan
berikan.
Contohnya: Paul seorang pesakit mental yang
bekerja di sebuah kilang pembungkusan akan
menerima token/kupon setiap kali dia dapat
mengangkat 20 barang dari conveyor belt. Lebih
banyak barang, lebih banyak token yang
diterima untuk dia membeli makanan.
Variable ratio
b) Nisbah berubah ('variable ratio') ialah
apabila peneguhan diberikan setelah
beberapa gerak balas wujud tetapi
kadarnya tidak tetap. Contohnya, kadang
kala nisbahnya ialah 20:1 dan dalam
keadaan lain nisbahnya ialah 10:1.
Contohnya peniaga yang menggunakan
telefon untuk menjual barangnya. Semakin
ramai yang ditelefon semakin banyak
jualan yang boleh dijangkakan.

Fixed interval
Menurut Masa
a) Masa tetap ('fixed interval') ialah tidak kira
berapa banyak pun ransangan, gerakbalas akan
berlaku ikut masa yang ditetapkan. Jika belum
sampai masanya, gerakbalas tidak akan berlaku
Jika masa yang ditetapkan ialah 1 minit;
peneguhan diberikan kepada gerak balas yang
wujud selepas 1 minit.
Contohnya: Paul akan menerima token selepas
30 minit mengangkat barang. Kebiasaannya
peneguhan akan diberikan pada akhir masa
yang ditetapkan. Tingkahlakunya jadi semakin
rajin di saat hampir 30 minit.
Fixed interval
Fixed interval kebiasaannya sesuai
digunakan dalam tingkahlaku pengajaran
atau program latihan. Kerana ia
merupakan suatu pengukuran yang
mantap dan sesuai.
Sebagai contoh, mengikut nisbah, Paul
belajar lebih banyak membungkus untuk
mendapatkan lebih banyak token.
Mengikut masa, Paul belajar membungkus
ikut masa yang ditetapkan.
Variable interval
b) Masa berubah ('variable interval') ialah
apabila peneguhan diberikan pada akhir
masa yang ditetapkan tetapi masa yang
ditetapkan berbeza mengikut gerak balas
yang wujud.
Dengan kata lain, kadang-kala jika masa
ransangan lebih 30 minit, barulah berlaku
gerakbalas. Atau, masa ransangan kurang
daripada yang ditetapkan, gerak balas
sudah pun berlaku.
Variable interval
Contohnya: supervisor akan datang
memeriksa kerja Paul dalam lingkungan
sekitar 30 minit tetapi waktunya tidak
menentu iaitu selepas 5 minit, 22 minit, 36
minit, 45 minit. Dia akan memberi Paul
token setiap kali memeriksa.
Paul akan lebih banyak membungkus jika
seringkali diperiksa, dan akan semakin
lambat jika masa yang ditunggu semakin
lama. Masa 30 minit yang sepatutnya
perlu diikuti tidak memberi kesan apa-apa
kerana waktu memberi token tidak tetap.
Pelbagai dimensi tingkahlaku
Terdapat peneguhan dari pelbagai jenis
dimensi ukuran terhadap tingkah laku
seperti tempoh masa, kekuatan emosi,
atau kebolehan yang terpendam.
Contoh masa, seorang kanak-kanak akan
hanya dibenarkan keluar bermain jika dia
menyiapkan kerja sekolahnya dalam masa
setengah jam. Kanak-kanak tersebut akan
menyiapkan kerjanya dalam masa yang
ditetapkan. Tingkahlaku mengejar masa
berlaku.
Pelbagai dimensi tingkahlaku
Intensity apabila seseorang tidak dapat
masuk kerana pintu tidak dapat dibuka
pada musim sejuk, tingkah laku menolak
pintu akan lebih teguh untuk menolak
dengan lebih kuat lagi kerana kekuatan
emosi meningkat.
Latency kanak-kanak menerima
ransangan dengan diperintah untuk
menurut arahan secepat mungkin oleh
ibubapanya akan cepat memberi
tindakbalas sebagai respon.
Concurrent schedule of
reinforcement
Ia merupakan ransangan yang berlaku
dalam keadaan serentak untuk
mendapatkan kesan yang lebih.
Contohnya: terdapat dua peluang
pekerjaan yang sama bayarannya iaitu
RM10 sejam. Rayford akan melihat faktor
yang lebih menarik tentang dua pekerjaan
tersebut. Dia mengambil keputusan untuk
memilih pekerjaan yang lebih mudah
dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai