Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.

t, selamat datang diucapkan kepada semua penonton ke rancangan


Kuiz Sastera 1 Malaysia. Bersama saya, Raja mohamad Shazimin sebagai pengacara anda
pada hari ini. Pertandingan pada hari ini merupakan kemuncak kepada rancangan Kuiz
Sastera 1 Malaysia pada tahun ini. Baiklah, pada hari ini kita ada dua orang finalis yang telah
berjaya melayakkan diri mereka sehingga ke peringkat akhir pertandingan ini. Finalis kita
yang pertama, saudara Hafiz yang merupakan wakil daripada daerah Sabak Bernam akan
menentang wakil daripada daerah Besut, iaitu saudara Wan Muhammad Fakri. Kedua-dua
orang peserta ini merupakan peserta yang amat bersastera sehingga memikat hati para juri
untuk melayakkan mereka bertanding pada hari ini. Kategori yang akan dipertandingkan pada
hari ini ialah kategori Perbandingan Watak Utama dalam drama Gendang Kosong dengan
cerpen Orkidnya Sudah Menjadi. Tanpa melengahkan masa lagi, ayuhlah kita memulakan
kuiz Sastera 1 Malaysia.
1) Jika kita lihat didalam setiap drama dan cerpen, terdapat karakter atau watak yang
memainkan peranan sebagai pelakon dalam sesebuah karya. Pada watak ini pula
adanya perwatakan yang dapat menghidupkan jalan cerita di samping menjadi
perantaraan bagi diri pengarang itu sendiri. Baiklah, soalan saya, berikan 3 fungsi
watak yang lain selain daripada pernyataan yang dinyatakan sebentar tadi.
.....................................................................................
Tambahan juga, watak digunakan untuk menggambarkan suasana masyarakat pada masa itu.
Contohnya dalam Gendang Kosong, watak Cik Puan dapat digambarkan sebagai golongan
wanita yang telah melibatkan diri dalam bidang kepimpinan.
2) Soalan yang kedua berbunyi begini. Bagaimanakah watak-watak di dalam kedua-dua
karya sastera ini dapat dikesan?
..........................................................................................
3) Soalan yang seterusnya berkaitan dengan watak utama dalam Drama gendang Kosong
iaitu Cik Puan dan watak utama dalam cerpen Orkidnya Sudah Menjadi iaitu Jamal.
Perwatakan Tidak Bertanggungjawab telah ditunjukkan oleh kedua-dua watak ini.
Persoalannya, bagaimanakah perwatakan ini ditunjukkan oleh Cik Puan?
.......................................................................................
4) Jika tadi kita dapat lihat Cik Puan telah menunjukkan watak Tidak Bertanggungjawab
melalui dialog beliau dengan suaminya Ishak. Bagaimana pula dengan Jamal?
Bagaimanakah pengarang menunjukkan Jamal ni seorang yang tidak
bertanggungjawab dalam karyanya?
.......................................................................................

5) Pada awalan cerita, satu dialog antara Cik Puan dan orang gajinya telah berlaku yang
telah membawa kepada peristiwa Cik Puan memecat orang gajinya itu. Soalan saya,
apakah perkara yang telah menyebabkan tindakan Cik Puan memecat orang gajinya
dan berikan perwatakan Cik Puan dalam peristiwa tersebut?
....................................................................
6) Perwatakan tidak rasional ini juga telah ditunjukkan oleh watak Jamal melalui
beberapa peristiwa yang berlaku. Bolehkah anda berikan saya satu contoh peristiwa
mengenai perwatakan tersebut dan bagaimana perwatakan ini ditunjukkan?
.........................................................................................
7) Peristiwa yang berlaku di permulaan plot iaitu peristiwa Jamal yang telah terlupa
membelikan buku- buku yang dipesan oleh anak-anaknya iaitu Adli dan Aliza telah
menunjukkan bahawa Jamal ini seorang yang?
Sila sambung ayat saya dan berikan huraian kepada jawapan anda?
8) Apakah bukti yang menunjukkan perwatakan Jamal tadi ada juga pada diri Cik Puan.
Sila berikan contoh peristiwa dan beriakn huraian kepada jawapan anda dengan jelas.
Baiklah, nampaknya kita telah sampai ke penghujung rancangan, kedua-dua peserta kita ini
sememangnya mantap dari segi ilmu sasteranya sehingga menjadikan pertandingan ini
sungguh sengit. Sekian sahaja buat masa ini, keputusan rasmi pemenang kuiz sastera 1
Malaysia akan diumumkan pada rancangan yang seterusnya. Lain hari kita berjumpa lagi,
assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai