Anda di halaman 1dari 4

Aspek Keselamatan Dalam Pendidikan Jasmani

Tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi
dan latihan sukan ialah:
Memanaskan badan

- melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum
melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti gerak kendur iaitu menyejukkan badan
selepas menjalani latihan.
Latihan bersistematik.

- latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. Usah
sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

kenal pasti kecergasan diri.

- setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapkan
objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing terlebih dahulu.

kenal pasti kemampuan diri.

- lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. Jangan sesekali memaksa diri
melakukan aktiviti yang melebihi had keupayaan masing-masing.

persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai.

- pastikan persekitaran dan tempat yang selamat untuk diri sendiri dan orang lain terlebih dahulu.

kemudahan peralatan.

- pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti. Alatan
termasuklah juga pakaian perlu sesuai udengan aktiviti yang akan dijalankan.


perlakuan yang betul.

- jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. Ini boleh membahayakan diri anda.

Anda mungkin juga menyukai