Anda di halaman 1dari 44

MODUL 0-6 BULAN

BAGI IBU BAPA


DAN GURU
OLEH: NIK HAZIRAH BT NIK MAT DIN (D20091034780)
NORSHAHIDA BT JUSOH (D20091034771)
Mohd hasrul bin mat husin (d20091036617)
Malyanah shamimi bt mohd nasir (d20091034763)
Nor aziela bt elias (d20091034777)
Nur syafikah bt nordin (d20091034764)

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

Panduan Untuk Ibu Bapa Dan Guru

2.0

Perkembangan Psikomotor Bayi 0-6 Bulan

4-6

3.0

Rangsangan Awal Bayi 0-6 Bulan

5-12

4.0

Pemakanan Sesuai Bayi 0-6 Bulan

13-17

5.0

Aktiviti Ibu Bapa Dan Guru

18

5.1

Senaman Otot

19

5.2

Bermain Merangkak dan Merayap

19

5.3

Bermain Sit- Up Bayi

20

5.4

Bermain Ayun Kaki Ibu

21

5.5

Bermain Kayuhan Basikal Di Udara

22

5.6

Berguling Bersama Bola

23

5.7

Bayi Bermain Krincing

24

5.8

Puzzles

25

5.9

Menyusun Blok

26

6.0 Perkembangan Kognitif Bayi 0-6 Bulan

28

6.1 Cara Pemakanan Ibu Semasa Hamil

29

6.2 Aktiviti Meransang Kognitif

30

7.0 Modul Untuk Ibu Bapa Dan Guru Berkaitan Emosi Dan Sosial Kanak-Kanak Berumur
0 Hingga 6 Bulan
34

7.1

Perkembangan Emosi Dan Sosial

7.2

Contoh Aktiviti Untuk Perkembangan Sosio-Emosi Bayi 0 Hingga 6 Tahun 36

Rujukan

34

1.0

Panduan untuk ibu bapa dan guru

Objektif:

Supaya ibu bapa dapat memperkasa kematangan dan perkembangan anak dengan
melakukan aktiviti meningkatkan kemahiran motor.

Mengelakkan daripada terjadinya masalah pembantutan perkembangan.

Dapat mengecam masalah anak dan dapat menjalankan intervensi.

Ibu bapa boleh memperkasa kematangan dan perkembagan anak dengan melakukan aktiviti yang
boleh merangsang perkembagannya. Adalah penting untuk memerhatikan setiap gerak geri anak
semenjak awal kelahiran. Beberapa bentuk rangsangan boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
memastikan anak mereka berkemabng seperti kanak-kanak yang lain.
Spesifikasi fizikal bayi (0-6 bulan)
Kepala dan lingkaran dada hampir sama dengan bahagian perut.
Lingkaran di kepala meningkat sekitar 2 cm per bulan sehingga 2 bulan, kemudian
meningkat 1.5 cm sehingga ke 4 bulan.
Peningkatan merupakan petunjuk penting daripada pertumbuhan otak.
Pernafasan melalui otot perut.
Ubun-ubun di bahagian belakang (punggung).
Kulit masih sensitif dan mudah terangsang.
Mudah menangis
Gusi masih berwarna merah
Mata mula bergerak secara serempak.

Perkembangan Motor
Perkembangan menghisap dapat dibangunkan dengan baik.
Ketidakmampuan untuk menggerakkan makanan ke bahagian belakang mulut.

2.0

Perkembangan Psikomotor bayi 0-6 bulan

Kemampuan bayi untuk berkembang adalah berbeza mengikut tahap umur bayi. Aktiviti-aktiviti
yang sesuai harus dimainkan untuk meningkatkan perkembangan psikomotor bayi. Namun setiap
aktiviti yang dilakukan haruslah berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pakar untuk
mengelakkan sebarang masalah yang berlaku.

Tahap-tahap perkembangan
bayi mengikut umur

Baru lahir
(Merasai Kelembutan)

Perkembangan deria sentuh bayi mula


terbentuk dan semakin meningkat. Bayi
ingin

merasai

sendiri kelembutanh

dengan menggunakan pancainderanya


iaitu deria sentuh. Bayi dapat merasai
sesuautu objek seperti menyentuh anak
patung yang mempunyai bulu yang
lembut. Perkembangan kemahiran ialah
koordinasi tangan dan mata.
1 Bulan
(Kayuhan)

Pada waktu ini

bayi akan mula

menendang. Ini merupakan cara untuk


mengayuh
memberikan

basikal

yang

keseronokan

dapat
ketika

bermain dengan bayi. Si ibu dan bapa


boleh memegang kakinya dan membuat

gerakan

seperti

sedang

mengayuh

basikal. Ini boleh diselitkan dengan


menyanyikan lagu mengikut rentak
kakinya.

Perkembangan

kemahiran

ialah motor kasar.


2 Bulan
(Bunyi)

Bunyi-bunyi bising akan membuatkan


bayi

bertindak

balas

seperti

memandang ke arah bunyi yang dating.


Permainan yang mengeluarkan bunyi
akan memberi rangsangan dan tindak
balas

bayi

supaya

aktif

dengan

menggerakkan kaki dan tangannya.


Perkembangan

kemahiran

ialah

pendengaran.
3 Bulan
(Gerakkan Objek)

Bayi dapat menggerakkan tangannya di


antara

umur

2-4

bulan.

Kaedah

menggantungkan objek dengan tali dan


dihayunkan ke sana ke mari dapat
membuatkan bayi merasa teruja untuk
menggapainya.
tersebut

Pergerakan

membuatkan

objek

tangan

dan

matanya bergerak bergerak ke kanan


dan kiri. Kemudian, bayi tersebut mulai
fokus dengan objek yang tergantung
itu. Perkembangan kemahiran ialah
koordinasi tangan, mata dan visual.
4 Bulan
(Pengenalan Kepada Buku)

Ibu boleh duduk bersama si kecil dan


pegang

buku

yang

menyediakan

ilustrasi yang menarik dengan warna


yang

pelbagai.

Pastikan

gambar

tersebut terang. Selain itu boleh juga

melakukan kad imbasan. Ibu harus


menyebut

perkataan sekali dengan

warna yang terdapat pada buku dank ad


imbasan.

Perkembangan

kemahiran

ialah visual dan lisan.


5 Bulan
(Tepuk Amai-Amai)

Bayi

baru

perkataan.

mengenal

beberapa

Dengan menyanyi akan

membuatkan bayi bertambah ceria.


Tepuk tangan dan gerakkan badan
mengikut keselesaan bayi. Kaedah ini
sesuai

dilakukan

di

atas

katil.

Perkembangan kemahiran ialah lisan.


6 Bulan
(Album Gambar)

Ibu boleh menunjukkan album gambar


dan menyebut nama satu persatu. Cara
ini untuk mengajar bayi supaya merasa
lebih dekat dengan orang-orang yang
disayangi seperti keluarga, pengasuh
dan jiran. Perkembangan kemahiran
ialah motor halus dan pengecaman.

Secara umumnya, bayi yang baru lahir juga mampu melihat, mendengar serta berupaya
mengenal bau ibunya. Dalam tempoh 6 bulan, bayi sudah dapat menggelengkan kepalanya. Anak
mata bayi sudah mula mengikuti dan merenung sesuatu yang bergerak dan berwarna cerah, serta
menyukai barang maiann yang mengeluarkan bunyi. Selain itu pergerakan bayi semakin baik
pada umur 5-6 bulan iaitu:
Dapat mengangkat kepala ketika meniarap
Cuba menggulingkan badannya
Sudah pandai tersenyum

3.0

Rangsangan Awal bayi 0-6 bulan.

Ibu bapa boleh memerhatikan anak-anak mereka untuk mengetahui tahap-tahap perkembangan.
Oleh sebab kematangan bergantung kepada kemungkinan yang terdapat dalam diri anak dan
pembelajaran pula bergantung kepada rangsangan yang datangnya dari luar, kedua-dua konsep
ini adalah selari dan tidak dapat dipisahkan.

Bayi boleh
Menghisap susu dan jari.
Menangis. Tentukan tangisan bayi.
Tangisan sakit dan lapar bunyinya
dapat dibezakan.
Menoleh kepala ke arah benda yang
menyentuh mulut dan pipinya.
Umur 1 hari hingga 1
bulan

Mengangkat kepala apabila dibaringkan


di atas perut.
Menggerak dan menggenggam tangan
tanpa dikawal. Bayi boleh
menggenggam rapat dan separuh
terbuka.
Menggerakkan kaki.

AKTIVITI:
Pakaikan losyen sambil membuat urutan untuk bayi supaya dapat merangsang
perkembangannya.
Sebutkan nama dan tunjukkan jari tangan dan kaki anak semasa memotong
kuku.

UMUR 2
BULAN

Bayi boleh
Memegang benda pada masa yang singkat.
Menggolekkan kepala dan badan ke tepi.
Mengangkat kepala dan dada beberapa ketika dengan menahan berat apabila
meniarap.
Menahan berat di atas siku dan tangan apabila ditiarapkan.
Melahirkan rasa gembira dan puas hati melalui senyuman dan sebagainya.
Mengenal namanya iaitu akan tersenyum apabila dipanggil.
Menumpukan perhatian kepada objek yang hampir.

AKTIVITI:

Biarkan anak memegang pelbagai jenis barangan yang


mempunayi rasa (licin, kasar, lembut) yang berbeza
dan terangkan kepada anak.

Sentuh tubuh badan bayi apabila bercakap contohnya


TomTom Bak sebagai cara untuk
memperkenalkan tubuh badan anak.

3
BULAN

Bayi dapat
Mengawal pergerakan kepala.
Menggolekkan badan.
Meniarap.
Mencapai benda yang diimbaskan atau digerakkan di hadapan
bayi.
Melihat jari-jari tangan dengan bermain dengan jari bayi dalam
tempoh masa yang lama.
Memandang wajah dan juga corak yang berwarna terang.
Menggenggamkan objek dalam kadar masa yang lebih lama.
Mendengar nada suara yang kasar dan tinggi.

AKTIVITI:
Tepuk tangan dan kaki semasa mandikan bayi.
-Telentangkan anak sambil menarik kedua tangan,
kepala akan terangkat dan akan menguatkan otot.
-Pegang dan dirikan anak.

10

4 BULAN
Bayi boleh
a) Bergolek-golek, berguling-guling dan meniarap.
b) Duduk dengan sokongan.
c) Semasa telentang, bayi boleh mengangkat kepala, kaki dan memegang dengan
tangan.
d) Anak bertindak dengan serta-merta apabila didirikan iaitu dengan mengekang
dan membengkokkan kaki.
e) Dapat mengesan arah datangnya bunyi.

AKTIVITI

Letakkan anak di atas paha dan gerakkan paha.


Biarkan anak bergerak kea rah yang disukai.
Betulkan genggaman dan pegangan anak ke atas
sesuatu barang.

11

5 BULAN
Bayi boleh

Berpusing dan berbaring.

Duduk dengan sokongan apabila ditarik.

Pandai meminta perhatian dengan menagis.

Mengenali muka ibu, bapa dan adik beradik.

Memasukkan benda dan permainan ke dalam


mulut.

Bertindak balas terhadap orang yang bercakap.

Mengeluarkan pelbagai bunyi.

Memilih orang, barang permainan dan warna


yang disukai.

AKTIVITI

Galakkan anak meniarap

Pegang kedua-dua belah tangan bayi dan tarik tangan anak


perlahan-lahan ketika dia berbaring hingga duduk.

Galakkan anak bergerak dengan meletakkan barang permainan


jauh daripadanya.

12

6
BULAN

Bayi boleh
Memeriksa benda yang dipegang atau
diimbas dengan kedua-dua belah
tangan.
Memasukkan ke dalam mulut benda
yang digenggam atau dipegang.
Menoleh ke arah benda yang
diimbaskan atau diayun di hadapn
anak.
Bergelak ketawa dan menjerit-jerit.
Berdiri dengan bantuan.
Meniarap.
Memegang dan menggoncang bendabenda yang kecil.
Menyuarakan bunyi mama, apah,
babah.

AKTIVITI
a) Menepuk-nepuk air semasa mandi.
b) Ikut mimik muka anak dan anggap ini satu
permainan.

13

4.0

Pemakanan yang sesuai

Bayi yang berusia antara 0-6 bulan berkemungkinan akan mengalami masalah anemia
kekurangan zat besi. Sebab utama berlaku masalah ini ialah bayi yang pramatang atau berat bayi
rendah iaitu kurang dari 2.5 kg. ini kerana bayi pramatang tidak mempunyai bekalan zat besi
yang mencukupi. Bayi yang berat badan berkurangan juga mengalami masalah yang sama. Oleh
itu, bagi bayi yang hanya mengambil susu ibu adalah elok jika zat besi diberi sebagai zat
tambahan. Jika susu formula diberikan, pastikan susu mengandungi zat besi.
Salah satu makanan yang terbaik untuk menghasilkan zat besi ialah buah kurma. Buah
kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya dan sesuai jika diamalkan oleh si ibu yang
menyusu. Buah kurma juga banyak membekalkan khasiat dan tidak merbahaya. Antara
kelebihannya ialah:
Kaya dengan zat besi- ianya sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang
yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah);
Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana tidak mengandungi kolesterol.
Kaya dengan protein (1.8 hingga 2 peratus), serat (2 hingga 4 peratus), glukosa(50 hingga
57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
Kandungan gulanya mudah diserap badan dan member tenaga secar tidak langsung
mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Manakala potassium penting untuk system saraf merangsang daya ingatan, membangkit
nafsu kelamin dan meningkatkan system pertahanan badan khususnya untuk mencegah
barah buah dada dan rahim.
Kurma yang diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan
jantung.
Kurma juga membantu proses bersalin dan mengecutkan rahim.

Oleh itu, pemakanan ibu yang sesuai akan memudahkan amat penting untuk melahirkan
bayi yang sihat.

14

Makanan utama bayi 0-6 bulan


Susu ibu merupakan makanan yang paling berkhasiat untuk seseorang bayi. Ini kerana susu ibu
merupakan makanan terlengkap untuk bayi. Kesemua gizi yang baik berada dalam susu ibu
dimana diperlukan oleh bayi pada 6 bulan yang pertama. Bagi manambah atau mengurangkan
susu ibu ialah seperti di bawah:

Makan

banyak

vitamin

seperti kekacang, dal.

Kurma

Jambu batu, betik

Lobak putih, peria

Sawi, kacang panjang, kacang


buncis, jagung muda

Makanan yang
menambahkan susu
ibu

Daun atau pucuk meranti

Klorofil

Chlorella

Oat

Madu

Air longan

Red raspberry leaves (suplemen


dari farmasi)

15

Halba

Jintan hitam

Pucuk manis

Barli

Daun kucai

Air soya dan tauhu

Susu dan produk tenusu

The hijau jepun

Makanan yang perlu dielakkan

Herba seperti Parsli, Peppermint, Sage dan


Oregano. Ini kerana herba ini menyebabkan
kekeringan iar susu.

Segelintir ibu juga berfikiran negatif berkenaan menyusu anaknya iaitu:

Sukar untuk pergi kerja dan berjauhan dengan anak


Ibu boleh memerah dan menyimpan susu untuk kegunaan anak semasa berjauhan.
Perahan susu boleh diajar dengan menggunakan tangan atau pam manual/elektrik yang
banyak terdapat di pasaran. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang
membolehkannya kekal segar dan tahan lama Susu boleh disejukkan. Di bawah ialah tiptip untuk menyimpan susu:

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan ialah seperti:

Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)

Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 C), tahan sehingga 4 jam.
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 C), tahan sehingga 12-24 jam.
Di dalam peti sejuk (kurang 4 C), tahan sehingga 7 hari.
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 C), tahan antara 3 hingga 6 bulan.

16

Panduan asas penyimpanan susu ibu

1)

Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun,

dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

2)

Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.

3)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas,

contohnya 2 - 4 oz sahaja setiap bekas.

4)

Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk

membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

5)

Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk

terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.

6)

Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian

pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).

7)

Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana

suhunya lebih stabil dan malar.

8)

Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan

mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.

17

Makanan bayi umur 1 hari hingga 6 bulan


Umur (bulan)
0-1

Susu ibu

Makanan

Susu ibu

Susu ibu dan air suam

Susu ibu, air suam, makanan tambahan (bubur nasi)

Susu ibu, bubur nasi dan buah-buahan seperti pisang dan betik

Susu ibu, air suam dan makanan tambahan yang mempunyai rasa
dan rupa yang pelbagai.

Umur Mengikut Bulan

Gerak Balas Bayi

Membalas pandangan orang dengan


senyuman.

1-2

Diam apabila disentuh.

Menangis apabila ditinggalkan oleh


orang yang menjaganya.

2-3

Membalas senyuman orang.

Terganggu apabila dihampiri.

Membalas pandangan orang yang


menghampirinya dengan berkata
la..lala

3-4

Berasa tidak senang apabila tidak


memandang orang.

4-5

5-6

Diam apabila dibelai.

Terganggu apabila melihat orang.

Cuba mendapatkan perhatian dengan


berkata ia.

Jadual 1.0: Gerak balas bayi terhadap orang sewasa (Wallace, 1998).

18

AKTIVITI
BAYI O-6
BULAN

19

5.0

Aktiviti Bayi Usia 0-6 Bulan

5.1

Senaman Otot (0-3 bulan)

Aktiviti:

Aktiviti senaman kaki dan meluruskan kaki.

Menggerakkan jari bayi.

Manfaat:

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur bayi ketika ini dapat dilihat daripada
pergerakan melentur tegangkan tangan dan kakinya. Pada peringkat ini, bayi mampu
menahan lengan sambil mangangkat dada dalam kedudukan meniarap.

5.2

Dapat memberi kekuatan pada otot lutut, paha, tangan bayi.


Bermain Merangkak dan Merayap (3 bulan)

Sesuai ketika bayi baru lahir dan ke atas. Kaedah ini dapat melatih seluruh otot dan alat gerak
bayi.
Alat yang diperlukan:
Alas untuk bayi merangkak dan tape plus kaset.

20

Cara bermain:
Putar lagu dan biarkan bayi merangkak atau merayap kea rah anda.
Biarkan ia menggerakkan tangan dan kakinya mengikuti irama dan ritma muzik.
Ibu boleh la mengagah bayi. Bayi pasti ketawa.
Bagi bayi yang baru dilahirkan, anda boleh membaringkan bayi dengan posisi telentang.
Biarkan dia menggerakkan anggota tubuhnya mengikuti iringan muzik tadi.
5.3

Bermain Sit- Up Bayi (3-4 bulan)

Permainan ini sesuai dimainkan semasa bayi berumur 3-4 bulan. Permainan ini dapat melatih
seluruh otot dan sendi terutama di bahagian atas tubuh seperti leher, bahu dan tangan.
Alat yang diperlukan:
Alas empuk untuk bayi berbaring.
Cara bermain:

Baringkan bayi dalam posisi telentang.

Duduklah dihadapannya dan genggam lembut kedua pergelangan tangannya, lalu tariklah
sampai dia ada di posisi duduk. Biarkan bayi berada dalam keadaan sebegitu lalu biarkan
dia berbaring lagi.

Lakukan berulang-ulang sambil bernyanyi lagu untuk menarik perhatian bayi.

21

5.4

Bermain Ayun Kaki Ibu (4 bulan ke atas)

Sesuai dilakukan ketika bayi berusia 4 bulan dan ke atas. Ini bertujuan untuk melatih
kemampuan menjaga keseimbangan serta mengukuhkan seluruh otot dan kekuatan kaki dan
tangan.
Alat yang diperlukan: Alas empuk untuk ibu berbaring.
Cara bermain:
1. Ibu hendaklah berbaring secara telentang dan biarkan bayi berbaring di atas dada.
Apabila keadaannya stabil, angkat bayi lalu biarkan lutut dan tulang si ibu
menjadi sandaran untuk menahan beban tubuh bayi.
2. Apabila bayi sudah seimbang, pegang kedua-dua pergelangan tangan, lalu
gerakkan kaki anda (lihat dalam gambar). Jika bayi belum seimbang, tahan tubuh
bayi dengan memegang sisi tubuh bayi.
3. Berhentilah setelah Anda melakukan beberapa set gerakan mendekat dan
menjauh. Kemudian mendakap bayi sambil mengatur nafas. Ini sekaligus dapat
melatih otot perut ibu agar kembali tenang.

22

5.5

Bermain Kayuhan Basikal Di Udara (0-4 Bulan)

Permainan ini akan membantu bayi meningkatkan kesedaran pada bahagian tubuhnya.

Alatan yang diperlukan: tempat tidur anda, alas kain atau tilam tebal.

Cara bermain:

Letakkan bayi terlentang di tempat tidur anda atau lantai beralas kain yang tebal.

Pegang kedua kaki bayi dan gerakkan perlahan seolah-olah ia sedang mengayuh basikal.

Tatap matanya ketika anda memegang dan menggerakkan kakinya. Jika perlu, berbicara
atau bernyanyi untuk bayi. Nyanyikan lagu Kring..kringkring ada basikal, misalnya.

Seiring dengan perkembangan motornya, ia mulai dapat mengayuh sendiri kedua


kakinya.

Manfaat: Bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai pemahaman mengenai tubuhnya sendiri.
Permainan yang membantu anak mengayuh kakinya ini dapat meningkatkan kesedaran pada
bahagian tubuhnya. Cara ini membuat bayi semakin menyenangi kegiatan yang melibatkan
gerakan fizikal yang telah dilakukan.

23

5.6

Berguling Bersama Bola (Bayi 2-4bulan)

Dengan menggerakkan bayi di atas bola, dapat seimbangkan tubuh bayi.


Alat yang diperlukan: Bola yang kenyal (lembut) seperti gambar di atas.

Cara bermain:

Angkat bayi, lalu baringkan dengan posisi meniarap di atas sebuah bola besar. Pastikan
tumpuan berada pada bahagian bawah perutnya. Pegang erat-erat tubuh bayi pada
bahagian ketiak.

Gerakkan perlahan tubuh bayi di atas bola ke kiri, ke kanan, atas dan bawah. Biarkan ia
merasakan sensasi gerakan lembut pada bahagian bawah perut.

Iringi gerakan dengan menyanyikan lagu anak-anak sederhana. Lagu anak-anak


sederhana.

Berhentilah jika bayi anda kelihatan letih atau kehilangan minat.kaedah ini boleh
dilakukan pada waktu lain.
Manfaat:

Kaedah ini dapat seimbangkan tubuh bayi. Latihan ini berguna pada usianya menganjak 2
bulan, iaitu ketika mulai dapat mengangkat kepalanya. Selain itu, dapat menguatkan otot
kepala, bahu, dan mengasah keterampilan menjaga keseimbangan.

Pegangan anda yang lembut namun mantap membuat bayi tidak perlu merasa takut
tergelincir. Kegiatan ini sekaligus membuatkan rasa percaya anak pada si ibu kerana
yakin dapat dilindungi.

24

5.7

Bayi Bermain Krincing (sejak lahir dan ke atas)

Permainan ini boleh dilakukan sejak bayi baru lahir. Aktiviti ini untuk melatih seluruh otot dan
yang bergerak (tangan dan kaki).

Alat yang diperlukan:


-Mainan rattle aneka warna dan bentuk menarik, atau kericingan pelbagai bentuk.

Contoh mainan rattle.


Cara bermain:
1. Tiarapkan bayi, biarkan kepala tegak dan memandang sekeliling.
2. Gerakkan mainan rattle atau kerincingan dekat hadapan bayi, dan biarkan bayi berusaha
meraihnya. Lalu, jauhkan mainan daripada bayi.

25

3. Lakukan berulang-ulang dari pelbagai arah. Bayi 5 bulan biasanya akan langsung
berusaha menggapai dengan cara merangkak atau membalikkan tubuh, dari posisi
meniarap atau telentang.
4. Alternatif lain, bayi berada dalam posisi telentang. Lakukan gerakan rattle yang sama,
dan biarkan bayi berupaya meraihnya.
5. Bagi bayi yang usia usi 1-2 bulan, kaedah boleh dilakukan secara telentang.
5.8

Puzzles ( 4-6 bulan)

Conoh puzzles kepingan besar


Manfaat:

Puzzles juga menggalakkan perkembangan psikomotor halus dan kasar bayi.

Untuk peringkat awal bayi didedahkan puzzles berbentuk besar. Otot tangan bayi akan
berkembang apabila bayi dapat menyambung kepingan puzzles.

26

5.9

Menyusun blok (3-6 bulan)

Contoh menyusun blok warna-warni


Manfaat :

Permainan menyusun blok dapat tingkatkan kemahiran otot tangan bayi. Bayi pada
peringkat ini perlu menggerakkan motor kasar iaitu otot tangan agar mereka bersedia
untuk mempelajari permainan yang sukar.

Bentuk blok yang besar sesuai untuk bayi pada umur 4-6 bulan kerana mereka motor
kasar iaitu otot tangan adalah rendah. Oleh itu, permainan blok ini dapat membantu
mereka.

6.0

Kesimpulan

Perkembangan psikomotor bayi berumur 0-6 bulan

Perkembangan otot bayi bermula dari atas iaitu kepala dan ke bawah. Pada peringkat
atas, bayi akan mengembang otot- otot leher. Kemudian, bayi akan belajar
mengendalikan tubuh badan dan akhirnya ke otot kaki.

Perkembangan fizikal bayi pada selang tiga bulan akan tamat. Ianya terbahagi kepada dua
katagori iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.

27

Kemahiran motor kasar ialah keupayaan bayi mengawal bahagian anggota mereka
menggunakan otot kasar.

Kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi bayi melibatkan perbezaan bahagian
anggota badan lain seperti mengangkat, mengambil objek dengan jari seperti memegang
sudu, menyelak helaian buku dan menggunakan crayon untuk melukis.

Umur
6 minngu pertama

1-3 bulan

5 bulan

6 bulan

28

Perkembangan
Bayi memerlukan banyak sokongan
untuk menahan kepalanya. Perlu
berhati-hati
supaya
kepalanya
tergoncang.
Bayi ini akan menggerakkan tangan
dan kaki menunjukkan minat di
sekitarnya.
Bayi akan mempunyai gerakan
menyentak secara tiba-tiba. Perlu
berhati-hati untuk menyokongnya.
Apabila bayi terjaga, beri mereka
urutan perut sehingga ia belajar untuk
mengangkat kepalanya dan melihat
sekeliling.
Tangan bayi akan menggulung tangan
secara naluri berpegangan benda-benda
yang dimasukkan ke dalam telapak
tanggannya.
Pada umur 2 bulan, pegang kurang
refleksi dan lebih terkawal.
Pada umur 3 bulan, bayi mempunyai
kekuatan untuk memegang objek.
Bayi mula mencapai benda-benda di
sekeliling seperti mainan.
Bayi akan menghisap tangannya
sendiri.
Bayi mula mengikuti objek dengan
matanya.
Bayi akan menghisap kakinya dan
memegang benda menggunakan keduadua tangan.

6.0 Tahap Perkembangan Kognitif Bayi 0-6 bln


Kemampuan kognitif pada bayi mencakupi kemampuan mental yang melibatkan pemikiran,
belajar, dan proses pemecahan masalah. Sama seperti kemampuan lain, kemampuan kognitif
pada bayi juga mengalami perkembangan dari bulan ke bulan. Berikut adalah perkembangan
kognitif bayi dari berumur 1 bulan pertama hingga 6 bulan.
Umur 1 Bulan Pertama
o Melihat ke arah orang-orang yang sedang bergerak
o Melihat wajah orang yang berada disekitarnya
o Diam ketika hendak digendong
Umur 2 Bulan
o Matanya dapat mengikuti objek yang bergerak
o Sudah mula pandai untuk tersenyum
Umur 3 Bulan
o Tersenyum pada orang yang dikenali
o Mula menikmati permainan yang melibatkan interaksi
Umur 4 bulan
o Dapat mengfokuskan mata ke arah suara asal berbunyi.
o Tersenyum ketika berhadapan dengan cermin
o Mula mengeluarkan tawanya.
Umur 5 bulan
o Dapat mencari mainan yang disorokkan dibawah kain.
o Dapat mengeluarkan suara sendiri untuk menarik perhatian lingkungan sosialnya.
Umur 6 Bulan
o Cuba untuk mendapatkan mainan walaupun berada jauh dari lingkungan untuk
mengapainya

29

o Lebih menyukai berada bersama orang lain dan menyukai suasana sosial.

6.1 Cara pemakanan


i.

Semasa Ibu Mengandung

Semasa dalam kandungan ibu, proses pembentukan bayi memerlukan protein. Ini kerana protein
dapat membantu pertumbuhan sel dan juga pembentukan darah. Oleh itu, ibu mengandung
dinasihatkan untuk m engambil gizi makanan yang mengandungi sumber protein yang tinggi.
Pengambilan makanan yang mengandungi sumber yang kaya dengan protein dapat membantu
menghasilkan sel otak dengan begitu pesat.
Selain daripada itu, ibu mengandung juga digalakkan untuk meminum air masak dengan
kuantiti yang banyak supaya dalat membantu buah pinggang memproses pengambilan protein
yang tinggi. Selain daripada sumber protein, sumber lain yang harus diambiloelh ibu
mengandung adalah seperti makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak dan garam galian.
Jika ibu mengandung kurang mengambil zat makanan (malnutrition) pada 6 bulan
terakahir tempoh ibu mengandung akan menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami masalah
koordinasi motor. Berkemungkinan bayi tersebut akan menjadi kekok dan tidak sempurna
semasa melakukan sebarang pergerakan.
Bagi ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk merokok. Pengkaji daripada
Universiti Columbia

melalui

kajian mereka menunjukkan perokok kelas kedua boleh

menyebabkan bayi lahir pra matang atau mengalami masalah berat badan yang rendah, masalah
pernafasan dan juga terdedah kepada Sindrom Kematian Bb ayi Mengejut (Sudden Infant Death
Syndrome, SIDS). Di dalam jurnal drug and Alcohol Review)menagatakan bahawa jika ibu
mengambil rokok sebanyak 2 kotak sehari boleh menyebabkan oksigen untuk janin sebanyak 60
%.

30

6.2 Aktiviti Untuk Meningkatkan Kemahiran Kognitif Kanak-Kanak 0-6 Bulan


AKTIVITI 1: COPYCAT
Langkah-langkah

Ibu bapa boleh memeluk bayi dengan rapat atau meletakkan bayi tersebut di lantai.
Ibu bapa perlu merapatkan muka dengan bayi tersebut.
Ibu bapa boleh memulakan pergerakan kecil seperti menjelir lidah dan senyum.
Ibu bapa perlu mengulang perbuatan tersebut sehinggalah bayi dapat meniru perbuatan
tersebut secara perlahan-lahan.
Apabila bayi dapat melakukan perbuatan tersebut, ibu bapa boleh melakukan perbuatan
yang lebih besar.

Kebaikan
Dapat merangsang kognitif kanak-kanak.
Dapat meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak.
Dapat melatih kanak-kanak berfikir.

Bayi akan cuba menjelirkan lidahnya dan senyum

31

AKTIVITI 2: PEEKABOO
Langkah-langkah

Ibu bapa boleh meletakkan bayi secara terlentang ataupun duduk dan memegang bayi
tersebut supaya dapat menarik perhatian bayi.
Kemudian, ibu boleh memulakan percakapan dengan bertanyakan soalan seperti di
manakah ibu? sambil menutup muka dengan tangan.
Selepas seketika, ibu membuka tangan dan berkata di sini ibu.
Apabila bayi semakin membesar, ibu boleh menukar cara iaitu menggantikan tangan
dengan selimut dan biarkan bayi itu sendiri menarik selimut untuk melihat ibunya.

Kebaikan

Dapat meningkatkan memori bayi.


Bayi tersebut dapat mengenali ibunya.

Bayi menarik selimut untuk melihat ibunya.

32

AKTIVITI 3: KOMUNIKASI DENGAN BAYI


Langkah-langkah

Ibu bapa boleh memegang barang contohnya seperti bola.


Kemudian ibu bapa menunjukkan bola tersebut kepada bayi.
Pastikan bayi tersebut tertarik untuk melihat dan memberi perhatian kepada ibu bapa.
Ibu bapa boleh menggunakan bola yang mempunyai warna yang terang supaya bayi
tertarik untuk melihat.
Ibu bapa boleh mula bertutur dengan bayi dengan menggunakan ayat mudah seperti ini
apa?, ini dalah bola.
Ibu bapa juga boleh menggunakan barang-barang lain seperti kad ataupun buku
bergambar.

Kebaikan

Dapat meningkatkan kemahiran kognitif bayi.


Dapat meningkatkan kemahiran berbahasa bayi apabila sudah meningkat dewasa.
Dapat meningkatkan perbendaharaan kata.
Dapat melatih bayi untuk menggunakan bahasa yang betul apabila meningkat dewasa

Contoh gambar bola yang sesuai untuk bayi.

33

AKTIVITI 4: MENAMBAH KEMAHIRAN BARU


Langkah-langkah

Boleh dilatih kepada bayi berumur 3 bulan.


Ibu bapa boleh menggunakan sebentuk cincin ataupun benda yang berwarna cerah.
Ibu bapa boleh memegang cincin sambil meletakkannya di hadapan muka.
Bayi akan tertarik untuk melihat kilauan warna yang cerah itu.
Ibu bapa juga boleh menggunakan alat permainan yang mengeluarkan bunyi apabila bayi
menggongcangkan alat permainan itu.
Alat permainan tersebut boleh digantung di atas kepala bayi seperti di buaian bayi
tersebut.
Ibu bapa perlu memilih warna yang cerah supaya menrik minat bayi.

Kebaikan

Memegang cincin di hadapan muka ibu atau bapa boleh merangsang bayi untuk
mengenali ibu bapa mereka atau orang yang dikenali.
Alat perminan yang boleh mengeluarkan bunyi boleh merangsang mnat bayi untuk
berfikir.

Alat permainan yang mengeluarkan bunyi

Contoh cincin berwarna cerah

34

7.0 MODUL UNTUK IBU BAPA DAN GURU BERKAITAN EMOSI DAN SOSIAL
KANAK-KANAK BERUMUR 0 HINGGA 6 BULAN

7.1

PERKEMBANGAN EMOSI DAN SOSIAL

Guru-guru dan ibu bapa haruslah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan emosi kanakkanak berumur 0 hingga enam bulan untuk mengawal emosi mereka supaya masa atau proses
pembelajaran dapat dijalankan. Hal ini kerana bayi yang berusia 0 hingga enam bulan tidak
memahami apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka. Apa yang penting adalah mimik muka
mereka yang berada di sekelilingnya. Bayi tersebut akan lihat kepada bentuk muka mereka dan
mendengar suara dari sekeliling walaupun tidak memahaminya. Senyuman daripada bayi dalam
lingkungan usia ini selalunya akan datang pada

minggu keenam hingga 10. Senyuman ini

dipanggil social smile kerana akan berlaku semasa interaksi sosial. Ada sumber mengatakan,
apabila bayi tersenyum, bererti dia mengajak orang di sekelilingnya untuk bermain.
Pada lingkungan umur ini, bayi ini gemar membuat bunyi-bunyian berdekut. Adalah
langkah terbaik untuk meningkatkan sosial dan emosi bayi tersebut dengan menyanyi dan
berkata-kata kembali kepada bayi tersebut. Bayi tersebut akan belajar bahawa bunyi-bunyian
tersebut adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan perhatian daripada orang di sekeliling
mereka terutamanya daripada ibubapanya. Selain itu, dengan cara menangis juga, bayi tersebut
akan mengetahui bahawa dia boleh menunjukkan tanda lapar, penat dan keinginan untuk
menukar posisi dengan cara tersebut. Ibu bapa akan lebih peka apabila anak-anak mereka
menangis.
Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa badannya sendiri juga boleh dijadikan petunjuk
kepada kehendaknya. Bayi mungkin akan mengerakkan tangannya ke kepala atau memusingkan
kepala kepada ibubapanya sebagai tanda mahu berehat.
Secara ringkasnya, dalam komunikasi atau sosial, bayi akan melebihi perubahan muka
atau dipanggil facial expressions. Bayi juga akan lebih banyak menggunakan bunyi vowel
termasuklah ketika dia bermain dengan diri sendiri. Proses belajar akan berlaku sambil bermain.
Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya
terutama melalui interaksi dan komunikasi antara anda dengannya. Apa yang telah terbukti

35

adalah bayi belajar melalui permainan. Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan
bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan
persekitarannya. Salah satu kepentingan permainan bersama ibubapa adalah boleh meningkatkan
hubungan ibubapa dan anak kerana bayi cepat mengenali pengasuhnya. Oleh sebab itulah, bayi
akan menunjukkan kecemasan atau kegelisahan apabila berada di samping orang yang tidak
dikenali. Bayi itu juga akan menangis apabila barang permainannya diambil oleh orang lain.
Pada usia 4 hingga 6 bulan, boleh dikatakan bayi akan mengenali orang di sekelilingnya dan
termasuklah dirinya dalam banyangan cermin.
Kesemua ini menunjukkan perkembangan bayi dari segi sosial dan emosinya dalam
lingkungan umur 0 hingga 6 bulan. Beberapa aktiviti lain boleh diterapkan dan dilakukan ke atas
bayi-bayi tersebut untuk mempercepatkan perkembangan mereka atau untuk menghalang
kelambatan dalam perkembangan mereka. Aktiviti-aktiviti paling sesuai dilakukan oleh ibubapa
dan pengasuh mereka.

7.2

CONTOH AKTIVITI UNTUK PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI BAYI 0

HINGGA 6 TAHUN
Perkembangan sosio-emosi bayi merujuk bagaimana bayi tersebut belajar untuk mengecam dan
bertindak balas untuk keperluan dan perasaannya. Perkembangan sosial dan emosi bayi akan
meningkat daripada lebih berjaga-jaga dengan orang yang dikelilingnya dan pada tahap ini bayi
anda menggunakan bukan bahasa komunikasi untuk bercakap dengan kita. Diawal
perkembangan kepercayaan bayi adalah apaila anda memenuhi keperluannya. Contohnya,
menukarkan napkin apabila perlu, menhampiri bayi anda apabila dia minta dan pegang bayi anda
semasa menangis. Bayi anda akan menangis untuk menunjukan kemarahan, sakit atau lapar. Ini
adalah cara mereka berkomunikasi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk mendidik bayi
ini adalah dengan:
1) Melakukan aktiviti yang boleh merangsang lima deria utama manusia iaitu penglihatan,
pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.

36

Penglihatan
-Ibubapa / guru perlu

sentiasa memberi eyecontact


apabila
berkomunikasi dengan
bayi.
-Perkenalkan
kepelbagaian
padanya
dengan
menunjukkan
objek yang sama dalam
warna
dan
bentuk
berbeza
ataupun
menyanyi pelbagai lagu
supaya bayi tidak mudah
bosan.

Sentuhan
-Galakkan

bayi untuk
bermain atau menyentuh
permukaan
yang
berlainan tekstur seperti
permaidani dan kain
sutera.
-Memberi
bayi
itu
bersentuh dengan objekobjek maujud seperti
botol dan menerangkan
padanya.

5 deria

Pendengaran
-Berikan permainan
yang
mempunyai
bunyian apabila di
tekan.
Seperti
permainan itik
-Perkenalkan muzik
kepada bayi

Bau
-Biasakan bayi dengan
bau-bauan
daripada
ibu dan bapa untuk dia
mengenali
ibubapanya.
-Selain itu, biasakan
dirinya dengan baubauan objek seperti
bunga ros untuk dia
mengenali
objek
tersebut.

Rasa
-Berikan
secebis
makanan kepada bayi
untuk merasa. Sebagai
contoh, kurma dan
kismis supaya dia
dapat
membezakan
rasa. Selain itu, dia
juga dapat kaitkan
rasa makanan dengan
mimik muka atau
mood. Kanak-kanak
gemar akan sesuatu
makanan yang manis.

2) Menyanyi, bermain dan mengoncangkan badan bayi atau permainan yang lebih
interaktif dengan membuat memek muka yang kelakar
Ibubapa dan guru perlulah bermain dan bersosial dengan bayi dengan cara bermain dengan
mereka. Pada usia lebih daripada 3 bulan, bayi telah mula untuk menerima orang lain supaya
bermain dengannya. Hal ini dapat ditunjukkan kerana bayi sudah pandai untuk memberi

37

senyuman. Selain itu, bayi juga suka jika dia digeletek. Ibubapa boleh mengenalpasti tahap
respon atau sensitiviti anak-anak mereka melalui aktiviti ini. Bayi akan memberi respon dengan
cepat apabila digeletek. Jika, bayi yang sudah mampu untuk tersenyum, kita boleh lihat bayi ini
tersenyum atau tergelak kerana digeletek. Dengan aktiviti ini juga, bayi akan mengenali suara
mereka yang sedang di sampingnya. Jadi, ibu bapa atau guru perlulah mengeluarkan suara atau
bercakap-cakap dengan bayi tersebut. Nescaya, bayi itu akan mudah selesa dan dengan suara
yang dikenali berbanding dengan orang yang dia tidak kenali.

Bayi akan memberi respon apabila mereka disentuh.


*Google

3) Berikan respon atau tindakbalas kepada mereka.

Ibubapa dan guru perlulah sentiasa memberi respon apabila bayi menangis atau apa-apa sahaja
reaksi mereka. Sebagai contoh, apabila bayi menangis, kemungkinan mereka berasa lapar, tidak
selesa, penat atau ingin mengubah posisi. Bayi akan mengenali muka mereka yang sering dekat
dengannya. Jadi, di situlah hubungan sosial akan bermula. Sentuhlah bayi itu seperti dengan
memberi pelukan dan kucupan kepada mereka. Dengan cara ini juga, perasaan atau emosi
mereka dapat diredakan.

38

Bayi juga akan berasa selamat daripada ancaman kerana ada orang yang akan
melindunginya. Mereka juga akan rasa disayangi kerana ada orang yang memberi respon ketika
mana dia terasa lapar atau penat.

Tunjukan respon ada ketika bayi menangis kerana mereka berkemungkinan berasa lapar, penat
atau ingin mengubah posisi.
*Google

4) Tunjukkan dunia kepada bayi

Langkah ini adalah langkah terbaik dalam meluaskan penglihatan bayi kepada dunia luar. Pada
peringkat empat hingga enam bula, deria penglihatan mereka lebih meluas dan sesitif kepada
bentuk, warna dan cahaya. Dengan cara ini juga, bayi akan terdedah dengan objek-objek luar.
Sebagai contoh, apabila ibu dan bapa membawa bayi mereka berjalan-jalan di luar rumah, bayi
tersebut akan diperkenalkan dengan pokok, kucing, kereta dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja,
untuk meningkatkan sosial bayi, galakkan bayi untuk melihat orang lain di sekelilingnya.
Dengan cara ini, bayi akan mudah terbiasa dengan orang selain ibubapa dan gurunya.

Hal ini boleh mengelak daripada berlakunya separation anxiety. Separation anxiety
adalah perasaan tertekan atau bimbang yang dialami oleh bayi atau kanak-kanak apabila
dipisahkan dengan ibubapa atau gurunya. Perasaan ini terjadi kerana telah mula pembentukan
hubungan dengan ibubapa atau guru. Cara ini dapat diatasi dengan membiasakan bayi dengan
orang lain di sekelilingnya.

39

Bayi juga boleh diberi transitional objects iaitu objek yang digemari oleh bayi
tersebut apabila perlu dipisahkan daripada ibu bapa mereka. Sebagai contoh botol susu, kain
yang ada bau-bauan yang digemari dan lain-lain lagi. Objek tersebut juga boleh dijadikan teman
kepadanya atau boleh membuat bayi tersebut berasa selesa.

5) Berikan permainan kepada bayi

Berikan objek atau permainan kepada bayi kerana melalui permainan juga, bayi boleh bersosial
dengan guru atau ibubapanya lagi. Dapatkan mainan yang terdapat elemen memeranjatkan.
Sebagai contoh, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya.
Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat sehingga
mencederakannya ataupun melukakan dirinya. Rasionalnya adalah untuk melihat bayi
peka atau sensitif terhadap apa-apa yang ditunjukkan. Permainan ini juga boleh
meningkatkan kemahiran sosial dan mengeratkan hubungan bayi dengan ibubapa atau
gurunya. Bayi akan mudah tersenyum mahupun tergelak dengan permainan-permainan
seperti ini. Pendek kata, kita boleh mengelakkan emosi yang tidak diingini timbul kepada
bayi.

Berikan permainan yang boleh merangsang mereka


*Google

40

6) Permainan bayi : Mari gumpal Kertas

Beberapa permainan atau aktiviti boleh diberikan dengan pengawasan ibubapa atau guru.
Sebagai contohnya adalah permainan gumpal kertas. Ibubapa atau guru hendaklah memberi
sehelai atau dua helai kertas kepada bayi dan arahkan mereka untuk mengumpal kertas tersebut
di samping menunjukkan contoh atau demonstrasi. Bayi akan mengikut perbuatan penjaganya
dengan turut mengumpal kertas yang diberi.

Rasionalnya aktiviti ini terhadap perkembangan sosial adalah dalam menerima dan
menuruti arahan daripada ibubapa atau gurnya. Bayi akan meniru perbuatan mereka kerana
adanya hubungan sosial. Aktiviti ini juga mendedahkan bayi tersebut tentang objek tersebut lalu
meningkatkan perasaan ingin tahu dan teruja. Objek yang dilihat, disentuh dan didengar juga
boleh membuatkan bayi tertawa.Aktiviti ini akan membuatkan bayi berasa gembira dan
mengembangkan perasaan sayang. Maka emosi bayi akan dapat dikawal.

Contoh aktiviti Mari Mengumpal Kertas


*Goggle

7) Permainan Bayi: Lullabies

Lullabies adalah aktiviti menyanyikan untuk bayi semasa mahu tidurkannya. Aktiviti ini boleh
meningkatkan sosial dan emosi bayi apabila bayi tersebut berasa ibubapa atau penjaganya
sentiasa ada dengannya dan dia akan berasa selamat. Hal ini boleh mengelakkan daripada emosi

41

yang tidak seimbang atau berasa bimbang dan takut. Apabila mereka dinyanyikan pula, mereka
akan berasa gembira dan terhibur.
8) Permainan Bayi : Peek-A-Boo

Permainan Peek-a-boo juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak belajar menghadapi
perpisahan. Apabila permainan ini sering dimainkan, mereka akan terbiasa dan emosinya tidak
akan terganggu.

9) Permainan Bayi : Art Appereciation

Aktiviti ini adalah aktiviti yang boleh dijalankan di dalam rumah. Bawa bayi anda untuk melihat
gambar atau portrait di dinding rumah. Kemudian, tanyakan kepada bayi apa yang dia lihat pada
gambar tersenut. Bayi mungkin akan tersenyum atau mengeluarkankan bunyi atau tidak memberi
respon selain daripada terus melihat kepada gambar tersebut. Jadi, bina cerita berdasarkan
gambar yang dilihat. Sebagao contoh, gambar-gambar di bawah, ibu bapa atau guru boleh
membina cerita seperti, ada seekor burung di bawah pokok, burung itu berwarna merah dan
biru, cantik tak rama-rama ini? dan lihat pokok ini, pokok ini tinggi dan berwarna hijau.

Rasionalnya, bayi akan berasa gembira melihat gambar-gambar terutamanya yang


menarik dan berwarna warni. Hubungan sosial juga akan dipertingkatkan apabila mereka bersoal
jawab dan mendengar cerita daripada ibubapa atau guru tersebut.

42

10) Permainan bayi : Hankie wave

Permainan ini dijalankan dengan menggunakan objek seperti sapu tangan sahaja, kita
mengoncangkan ke kiri dan kekanan semasa bayi sedang ditelentangkan dengan memanggil
namanya. Dengan cara ini, hubungan sosial dapat dibentuk dan dipertingkatkan apabila nama dia
disebut. Bayi akan memberi respon dan mengetahui namanya.

43

Rujukan
Wallace, W. (1998). Exceptional Children. Time Educational Supplement, 13, 4-8.
Diperoleh
20
Febuari
daripada
http://www.bayisehat.net/artikel/Bermain+dan+Permainan/Bayi/bermain.sit.up.bayi/001
/003/224/1.
Diperoleh pada 3 Mac, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/7900103/Psycho-MotorSkills1.
Diperoleh pada 5Mac http://www.gameswithbaby.com/movement-index.php.

Diperoleh pada Mac 7, 2011 daripada http://informasitips.com/perkembangan-kemampuan


kognitif-pada-bayi-1-12-bulan

Diperoleh pada Mac 7,2011 daripada http://www.membaca.littleaulad.com/

44

Anda mungkin juga menyukai