Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting untuk manusia mencapai
kesejahteraan dan kesempurnaan dalam hidup. Ia menjadi asas dalam membina ilmu
pengetahuan untuk membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari
sudut fizikal dan spiritual.
Pendidikan boleh didefinasikan sebagai satu usaha sistematik yang dibuat oleh
sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran
kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku
dalam diri manusia.
D r. Yus u f Al - Qardawi (1980) mendefinisikan pendidikan sebagai
pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak,
dan tingkahlaku.
Dari perspektif islam pula pendidikan mempunyai erti yang sangat mendalam dan
menyeluruh dimana ia merangkumi proses melatih akliah, jasmaniah dan rohaniah
yang

berasaskan ajaran al-Quran dan hadis sebagai pegangan utama

kehidupan
Pendidikan Islam secara umumnya mempunyai dua maksud. Pertama, Pendidikan
Islam merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai bidang
seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah
atau Sirah, Falak dan lain-lain. Kedua , Pendidikan Islam meliputi segala
bidang hidup manusia seperti rohani, jasmani, emosi, sosial, politik, budaya,
ekonomi, sains, perundangan dan sebagainya. Pendek kata dalam apa jua bidang yang
dipelajari ada pendidikan islamnya.
Dari sini kita dapat lihat betapa pentingnya pendidikan apatah lagi pada peringkat
prasekolah kerana pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk dibentuk. Pendidikan
prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran
kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Sesi pengajaran yang
menarik lebih mudah memikat hati kanak-kanak dan akan meninggalkan kesan dalam
kehidupan sehariannya. Oleh itu corak pengajaran yang berkesan amat penting dalam
setiap sesi pengajaran supaya dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran yang terakhir.

Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkahlaku


m u r i d a k i b a t d a r i p a d a p e n e r i m a a n p e n g e t a h u a n a t a u k e p e r c a ya a n
b a r u . I a m e r a n g k u m i perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
2.0

METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH S.A.W


Tidak

dinafikan

bahawa

ledaka n

teknologi

maklumat

dan

perkembangan pendidikan di abad ini dapat menghasilkan kaedah pendidikan


yang terbaik. Walaubagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang
diamalkan oleh Rasulullah S.A.W perlu d i j a d i k a n a s a s d a n r u j u k a n .
Rasulullah sebagai utusan Allah untuk menjelaskan kepada umatnya mengenai risalah
Islamiah yang dibawa. Baginda berperanan sebagai guru dan pendidik.
Sesungguhnya, Rasulullah S.A.W adalah contoh terunggul dalam semua aspek
kehidupan. Sebagai pendidik Baginda berjaya membentuk sahabat hingga menjadi
mujahid yang beriman dan bersedia berkorban apa saja pada jalan Allah S.W.T.
Mereka akhirnya menjadi aset terpenting untuk agama Islam serta sanggup
mengorbankan jiwa, tenaga, harta benda dan kekayaan demi untuk agama suci ini.
Ini adalah hasil pendidikan imaniyah (terpimpin) yang dilakukan Rasulullah. Baginda
mendidik bukan hanya dengan teori, malah lebih banyak disampaikan melalui amali yang
bersumberkan diri Rasulullah sendiri.
Banyak teknik yang digunakan oleh Rasulullah yang boleh digunapakai untuk
mengajar pendidikan islam di prasekolah namun hanya 5 teknik sahaja yang akan
diterangkan disini iaitu teknik dialog dan bersoaljawab, mengajar secara beransur-ansur,
pengulangan bicara sebanyak 3 kali sebagai penegasan terhadap isi kandungan bicara
baginda, menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda dan juga kaedah bercerita
dimana rasulullah menyebutkan kisah dan berita umat terdahulu.
2.1

Dialog dan Bersoal Jawab


Salah satu teknik yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W adalah dialog dan

bersoal jawab. Dengan berdialog rasulullah dapat menarik perhatian pendengar dan

mengajak mereka agar menjawab setiap persoalan yang diberikan serta menggalakkan
mereka agar memberikan idea yang bernas dalam menjawab setiap persoalan.
Sekiranya para sahabat tidak dapat menjawab persoalan yang diberikan maka rasulullah
akan memberikan jawapan yang mudah untuk difahami dan berkesan kepada jiwa para
pendengar. Antara contoh sesi soal jawab yang dilakukan oleh rasulullah adalah :
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abi Huraurah beliau berkata :
Rasulullah pernah bersabda:
Apakah pandangan kalian sekiranya ada sebatang anak sungai di pintu rumah salah
seorang daripada kamu, ia mandi di dalamnya sebanyak 5 kali pada setiap hari, apakah
akan ada lagi daki yang tinggal? Mereka menjawab : Tidak akan ada kekotoran sedikit
pun. Sabda Nabi : Demikianlah perumpamaan solat 5 waktu. Allah S.W.T akan
menghapuskan segala dosa dengannya.
2.2

Mengajar Secara Beransur-ansur.


Teknik mengajar secara beransur-ansur digunakan oleh Rasulullah S.A.W agar

mudah difahami dan di ingati oleh murid-muridnya. Baginda cukup menitik beratkan
konsep beransur-beransur di dalam sesi pengajaran dan sentiasa mendahulukan perkara
yang lebih penting dan mengajar sedikit demi sedikit dan secara beransur-ansur.
Mengajar dengan banyak sekali gus boleh menimbulkan perasaan jemu dan apa
yang cuba disampaikan tidak dapat dikuasai dengan baik. Selain itu murid-murid
mungkin keliru dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Pembelajaran
harus dimulakan dengan ilmu yang asas dahulu. Contohnya semasa hendak mengajar
Al-Quran, guru harus mengajar murid-muridnya tentang ilmu tajwid dahulu kemudian
baru diajarkan membaca dan kemudian dilagukan.
2.3

Pengulangan Bicarakata Sebanyak 3 Kali


Untuk teknik ini, dalam sesi pengajarannya Rasulullah S.A.W mengulangi kata-

katanya bertujuan untuk menguatkan dan menegaskan isi kandungan ucapan tersebut.
Baginda mengingatkan para pendengar kepentingan isi kandungan yang diajarkan
supaya mereka dapat memahami dan mengingati apa yang disampaikan olehnya.
Terdapat dua buah hadis dari Imam Bukhari yang berkaitan dengan kaedah ini :

Hadis yang pertama yang bermaksud:


Daripada Sayyidina Anas bin Malik, daripada Nabi sesungguhnya apabila baginda
berbicara ia akan mengulanginya sebanyak 3 kali agar ia dapat difahami.
Hadis yang kedua yang bermaksud:
Daripada Abdullah bin A`mru katanya : Rasulullah pernah terlewat dalam suatu
perjalanan yang kami ikuti, kemudian kami mendapati bahawa solat asar telah masuk
dan kami telah kelewatan menunaikannya. Tatkala kami sedang menyapu kaki sewaktu
berwudhu( dengan tergesa-tergesa ), Baginda bersabda dengan nada yang tinggi:
Neraka wail lah balasan buat mereka yang tidak menyempurnakan basuhan tumit
kakinya dengan air secara sempurna. Baginda mengulangi amaran itu sebanyak 2 atau 3
kali.
Hadis-hadis diatas menunjukkan bahawa dalam sesi pengajaran digalakkan untuk
menekankan dan menegaskan isi-isi kandungan yang penting dengan mengulanginya
beberapa kali supaya mudah difahami dan di ingati oleh murid.
2.4

Pendekatan Seloka Dan Gurau Senda


Teknik seloka dan gurau senda juga merupakan salah satu teknik yang digunakan

oleh rasulullah untuk menyampaikan mesej yang berguna. Walaubagaimanapun


gurauan nabi tidak bersifat melalaikan, ia mempunyai mesej disebaliknya. Gurauan
nabi juga tidak sampai melampaui batas dan sentiasa bersifat sederhana. Banyak ilmu
yang dapat baginda salurkan ketika bergurau senda.
Ibnu umar r.a mengatakan, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Aku pun bergurau senda, tetapi tidak akan mengucapkan melainkan yang hak.
Baginda tidak berseloroh dan bergurau melainkan dalam perkara yang benar sahaja.
2.5

Bercerita
Rasulullah S.A.W juga kerap mengajar para sahabat menggunakan teknik

bercerita mengenai kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada umat-umat


yang terdahulu. Melalui cerita-cerita tersebut mengandungi banyak ilmu, contoh
tauladan dan peringatan yang dapat dijadikan pengajaran. Bercerita dapat memberi

impak yang baik kepada pendengar di samping pandangan yang bernas yang
melahirkan motivasi perasaan dan memberikan kesan ke dalam hati dan pendengaran.
Salah satu cerita yang disampaikan oleh baginda melalui sebuah hadis yang
menggalakkan menyayangi binatang dan berbuat baik kepadanya dan ancaman baginda
daripada menyakiti haiwan dan menganiayanya.
3.0

LANGKAH-LANGKAH IMPLEMENTASI METODOLOGI PENDIDIKAN


RASULULLAH S.A.W DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH.
Teknik-teknik yang diterangkan diatas merupakan teknik-teknik yang digunakan

oleh Rasulullah S.A.W untuk mendidik umat-umatnya. Teknik-teknik tersebut boleh


digunapakai untuk mengajar di prasekolah. Setiap teknik-teknik diatas mempunyai
kekuatan tersendiri dan berkesan sekiranya guru bijak memilih aktiviti dengan teknik
yang bersesuaian agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Teknik yang
bersesuaian juga dapat menjadikan suasana kelas yang membosankan menjadi ceria.
Tidak mustahil sekiranya teknik yang menarik yang digunakan dapat memikat hati dan
membuatkan kanak-kanak tidak merasa jemu untuk kesekolah. Selaian itu mesej yang
ingin disampaikan akan lebih mudah lekat di hati kanak-kanak.
3.1

Teknik Dialog Dan Bersoal Jawab


Teknik dialog dan bersoal jawab yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W

boleh digunakan sewaktu sesi pengajar untuk subjek pendidikan islam di


prasekolah bagi memastikan kanak-kanak memahami apa yang guru sampaikan.
Sekiranya semasa mengajar hanya guru sahaja yang bercakap, sudah tentu ia akan
membosankan kanak-kanak. Kanak-kanak akan mudah hilang tumpuan dan akan
melakukan kerja-kerja lain seperti bermain dan mengacau rakan-rakan mereka.
Jadi dengan adanya sesi soal jawab ini kanak-kanak akan lebih memberi tumpuan
kerna mereka tahu yang guru akan menyoal mereka tentang apa yang telah
diajarkan. Guru juga dapat mengenalpasti samada murid-murid faham atau tidak
apa yang guru sampaikan. Sekiranya mereka tidak faham atau kurang jelas, guru

dapat menerangkan dengan contoh-contoh yang lebih mudah untuk difahami.


Teknik ini juga dapat menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan
dapat meluahkan idea-idea yang bernas. Selain itu teknik ini juga dapat
memperkembangkan lagi kemahiran komunikasi kanak-kanak. Contoh kaedah
soal jawab:
Guru mengajar tentang cara bersuci daripada hadas. Sebelum guru
menyatakan cara bersuci guru akan menerangkan sebab kenapa kita perlu bersuci.
Disini guru menyoal kanak-kanak dengan beberapa soalan seperti :

Kenapa kita perlu bersuci?

Sekiranya kita tidak menjaga kebersihan dengan baik apa yang akan
berlaku?

Bagaimana cara menjaga kebersihan?


Terdapat banyak lagi soalan yang menggalakkan kanak-kanak untuk

berfikir. Guru perlu bijak memilih soalan yang sesuai dengan tahap
perkembangan kanak-kanak supaya ia dapat membantu perkembangan kanakkank.
3.2

Mengajar secara beransur-ansur


Bagi kanak-kanak pada peringkat prasekolah, guru tidak boleh mengajar

banyak perkara dalam satu masa kerana ia mungkin akan menyebabkan kanakkanak itu keliru dan tidak memahami apa sebenarnya yang diajarkan oleh guru.
Oleh itu teknik mengajar secara beransur-ansur ini amat sesuai untuk digunakan
dalam sesi pengajaran di prasekolah terutamanya dalam subjek pendidikan islam.
Contohnya guru hendak mengajar tentang solat dan berwuduk. Guru tidak boleh
mengajar kedua-dua perkara tersebut dalam satu masa. Guru perlu mengajar
kanak-kanak tentang cara berwuduk dahulu sehingga mereka faham dan boleh
mengambil wuduk dengan cara yang betul. Kemudian pada sesi pengajaran akan
datang barulah boleh diajarkan pula tentang cara bersolat.

Sesuatu perkara yang diajar adakalanya tidak mengambil masa yang


terlalu lama untuk kanak-kanak memahami apa yang cuba disampaikan tetapi
adakalanya ia mengambil masa yang agak panjang. Setiap kanak-kanak
mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Ini merupakan salah satu sebab
mengapa guru tidak boleh mengajar banyak perkara dalam satu masa bagi
mengelakkan ada kanak-kanak yang keciciran dan keliru tentang apa yang sedang
mereka pelajari.
3.3

Pengulangan bicara sebanyak 3 kali sebagai penegasan terhadap isi


kandungan bicara baginda.
Sebagai guru prasekoalah agak sukar untuk kita memastikan apa yang kita

cuba sampaikan dapat diterima atau di ingati oleh kanak-kanak. Oleh sebab itu
teknik pengulangan sebanya 3 kali ini boleh dipraktikkan dalam sesi pengajaran.
Namun tidak semua perkara yang perlu diulangi beberapa kali cukup hanya sekali
sekiranya murid-murid sudah boleh menguasai apa yang guru ajarkan.
Teknik ini lebih sesuai digunakan ketika guru hendak mengajar murid
tentang doa-doa harian kerana mereka akan mudah mengingati apabila doa itu
diulang sebanyak 3 kali atau mengikut kesesuaian. Contohnya guru ingin
mengajar murid-murid doa ketika masuk tandas. Guru akan membaca dahulu doa
masuk tandas, murid akan mendengar. Kemudian guru membaca doa masuk
tandas dan meminta murid membaca bersama-sama dengan guru dan akhir sekali
guru baca doa masuk tandas dahulu kemudian murid pula membaca doa tersebut.
3.4

Menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda


Guru yang baik adalah guru yang bijak menarik minat pelajarnya untuk

belajar. Guru yang tidak suka merendah-rendahkan kebolehan pelajarnya


terutamanya kanak-kanak diperingkat prasekolah. Ini adalah kerana kanak-kanak
pada peringkat ini mempunyai semangat untuk belajar yang tinggi sekiranya guru
tidak bijak memikat hati mereka dan sering merendah-rendahkan atau tidak

memberi peluang kepada mereka ini akan melemahkan semangat mereka dan
mungkin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar. Dengan
menggunakan pendekatan seloka dan bergurau senda atau lebih dikenali sebagai
unsur kecindan murid-murid akan merasa lebih dekat dan lebih dihargai guru.
Antara sahsiah guru yang paling disukai murid adalah guru yang
mempunyai sifat jenaka, mudah tersenyum, baik, mudah tersenyum dan sukakan
lawak yang baik. Guru perlubijak menghidupkan suasana dalam kelas supaya sesi
pengajaran tidak menjadi terlalu hambar dan membosankan. Guru yang
mempunyai unsur kecindan bijak menarik perhatian kanak-kanak dengan lawak
jenaka yang disampaikan. Antara beberapa unsur kecindan yang guru boleh
gunakan adalah seperti cerita-cerita lucu, jenaka, teka-teki dan meniru suara
kartun-kartun yang popular atau melakukan aksi lucu secara spontan sebagai
gambaran sesuatu peristiwa atau watak dalam sesuatu bahan yang dikaji. Terdapat
juga pelbagai pantun kanak-kanak dan seloka yang mengandungi unsur lawak
namun kaya dengan nasihat serta pengajaran yang ingin disampaikan. Antara
contoh pantun nasihat yang boleh digunakan untuk subjek pendidikan islam
adalah
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Pantun ini bukan sahaja terkenal dikalangan kanak-kanak namun ia
mengandungi unsur nasihat yang ingin disampaikan pada kanak-kanak. Guru
yang baik perlu menyelitkan unsur kecindan dalam sesi pengajarannya. Guru akan
bergurau senda dengan pelajarnya dan boleh ketawa bersama pelajarnya. Ini akan
menyebabkan pelajarnya tidak merasa bosan sekaligus dapat memotivasikan
pelajarnya walaupun secara tidak langsung.
3.5

Menyebutkan kisah dan berita umat terdahulu


Teknik ini juga dikenali sebagai teknik bercerita. Teknik ini mengandungi

banyak unsur-unsur yang bersifat pengajaran. Teknik ini amat sesuai dan berkesan
sekiranya guru bijak menggayakan dan mempelbagaikan teknik penyampaian

semasa menyampaikan cerita. Seperti yang digunakan oleh Rasulullah untuk


memberi pengajaran kepada para sahabat dengan menyampaikan cerita atau
peristiwa dari umat-umat terdahulu. Begitu juga pendekatan yang perlu digunakan
untuk mengajar kanak-kanak. Guru boleh bercerita tentang kisah 25 Rasul dan
pelbagai kisah tauladan lain yang banyak mengandungi nasihat, pengajaran dan
contoh tauladan.
Walaubagaimanapun guru harus bijak menyampaikan cerita supaya ia
tidak membosankan kanak-kanak, seperti yang kita sedia maklum bahawa kanakkanak tidak boleh duduk lama untuk mendengar cerita dan mereka cepat hilang
tumpuan dan akan mengganggu kawan-kawan. Terdapat perbagai cara yang boleh
menjadikan sesi bercerita lebih menarik antaranya ialah :

Permudahkan plot cerita agar mudah difahami kanak-kanak.

Sediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian seperti patung tangan,


kostum, gambar-gambar dan sebagainya.

Bijak bermain dengan intonasi suara


Sekiranya cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan terdapat

sedikit kejutan pasti dapat menarik tumpuan kanak-kanak dan membuat mereka
tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi di penghujung cerita. Jadi mereka
akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita yang disampaikan. Guru perlu
memastikan cerita yang ingin disampaikan tidak terlalu panjang dan sukar
difahami oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak lebih mudah terikut dengan cerita-cerita yang mereka dengar
atau lihat. Oleh itu sekiranya teknik penyampaian yang digunakan berkesan tidak
menjadi satu perkara yang mustahil sekiranya mesej-mesej yang cuba
disampaikan melalui cerita tersebut akan menjadi ikutan dan amalan kanak-kanak
tersebut. Selepas sesi bercerita guru boleh meminta mereka memberitahu nilainilai yang baik yang terdapat dalam cerita yang disampaikan.

4.0

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya disini kita dapat lihat betapa berkesannya teknik yang

digunakan oleh Rasulullah S.A.W sehinggakan para sahabat dan umat-umat pada waktu
itu sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan agama Islam. Baginda bijak
menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian dalam setiap sesi pengajarannya. Sabagai
guru kita harus menjadikan Rasulullah sebagai panduan. Menggunakan teknik-teknik
yang digunakan oleh baginda dan diaplikasaikan dalam sesi pembelajaran di sekolah.
Kanak-kanak diperingkat prasekolah mempunyai keinginan yang kuat untuk
belajar. Oleh itu amat penting bagi guru untuk memastikan keinginan mereka untuk
belajar tidak terganggu hanya kerana guru tidak kreatif dan tidak tahu bagaimana ingin
menjadikan sesi pengajaran itu menjadi satu sesi yang menyeronokkan sedangkan
terdapat banyak teknik-teknik yang boleh digunakan termasuklah teknik-teknik yang
telah digunakan oleh Rasulullah S.A.W.
Teknik yang berkesan akan memudahkan murid untuk memahami apa yang guru
sampaikan. Guru bertanggungjawab memastikan pelajarnya dapat menerima ilmu yang
diajarkan dengan berkesan supaya mesej-mesej yang disampaikan memberi kesan yang
amat mendalam di lubuk hati pelajarnya. Ini adalah kerana pendidikan yang berkesan
akan melahirkan insan yang sempurna dari segi fizikal dan spiritualnya.

5.0

RUJUKAN
1. http://asoib001.tripod.com/sistempendidikanrasulullah.htm
2. http://www.scribd.com/doc/47535205/PENDIDIKAN-ISLAM-ZAMANRASULULLAH-DAN-SAHABAT
3. http://kawansejati.ee.itb.ac.id/pendidikan-rasulullah/id-03-TEKNIKPENDIDIKAN-RASULULLAH-SAW.html
4. 7. As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah al-Halabi, 2002. Rasulullah
Pendidik Terulung : 40 Teknik Rasulullah Mengajar. Negeri Sembilan : Al
Azhar Media
5. 8. Razali Saaran, 2010. Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kuala Lumpur
: Must Read Sdn Bhd.
6. 9. Ghazali Darusalam, 2004. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd
7. 12. Choong Lean Keow. 2009. Falsafah Dan Pendididkan Di Malaysia :
Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Subang
Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Nama

: Humairah Bte Salim

No Matrik

: DPAKA0902013

Tajuk

: METODOLOGI PENDIDIKAN
RASULULLAH S.A.W DAN
PENGIMPLEMENTASIANNYA DALAM
PENDIDIKAN PRASEKOLAH MASA

KINI

Pensyarah

: Haji Fazdi Bin Harun

Anda mungkin juga menyukai