Anda di halaman 1dari 21

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI KAEDAH
ANSUR MAJU SECARA BERULANG
Oleh
SUZIYANA BINTI TUKIRAN
DPLI (A) SEMESTER 2
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
1.0

PENDAHULUAN

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagi
melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasa
dalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud.
Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisan
adalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkan
dengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusun
ayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanak
belajar menulis ialah untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan dengan
lebih pantas; dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yang
sempurna dalam bentuk tulisan.

Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasan
mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan
tersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu muridmurid dalam kelas Tahun Satu Bestari menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktiviti
pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.

1|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


2.0

2012

REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU

Masalah tulisan yang tidak kemas dalam kalangan murid akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berdasarkan
pengalaman saya yang lalu, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu murid Tahun Satu. Masalah yang menjadi fokus saya dalam mengajar
murid Tahun Satu ini ialah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupun
kebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan agak baik
namun disebabkan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 34 orang dalam satu
kelas menyebabkan saya tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar.
Masalah wujud khususnya dalam kelas Tahun Satu Bestari yang rata-rata muridnya
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dan rendah. Ini menyebabkan terdapat
beberapa murid yang lemah menghadapi sedikit keciciran di dalam proses pembelajaran
berbanding rakan-rakan lain.

Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid saya tidak


menghadapi keciciran. Di sini saya memfokuskan kepada masalah beberapa orang
murid dari kelas Tahun Satu Bestari iaitu tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk,
bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan
saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar dibaca. Antara kesilapan
gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang
pensel yang tidak betul, saiz perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan
yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.

Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan
dengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Levine
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.
Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang berharga dalam kehidupan
seseorang. Oleh itu, guru di sekolah memainkan yang penting untuk membaiki tulisan
murid. Guru harus mengajar murid cara menulis dengan kaedah atau teknik yang betul.

Justeru, saya berfikir bagaimana cara untuk membantu murid Tahun 1 ini agar dapat
menulis dengan teratur dan kemas. Kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa (2005)
yang bertajuk Kemahiran menulis secara kaedah ansur maju menunjukkan bahawa
2|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansur


maju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur serta
kurang melakukan kesilapan. Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan kaedah
ansur maju dalam membaiki tulisan murid-murid Tahun 1 Bestari agar menjadi kemas
dan teratur.

3.0

FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN


3.1

FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, namun
untuk kajian tindakan ini, saya hanya akan memfokuskan kepada masalah tulisan yang
tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Ia bermula apabila membuat ujian awal
semasa awal tahun persekolahan. Saya dapati murid-murid ini tidak mempunyai
masalah dalam bacaan tetapi bermasalah dengan tulisan. Ini kerana hasil ujian
mendapati keempat-empat murid ini berpotensi kerana mereka boleh membaca dengan
baik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid.
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis
diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, saya merancang beberapa
tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka. Saya merangka
beberapa tindakan berdasarkan pembacaan saya mengenai cara perbaiki tulisan
melalui kajian-kajian terdahulu.
Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada empat orang murid Tahun 1 Bestari,
Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah, Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.
Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan murid terbabit sebelum pelaksanaan tindakan.
Tinjauan awal saya mendapati cara keempat-empat murid ini memegang pensel adalah
salah. Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk
tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanakkanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan
memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan
kelemahan dalam koordinasi motor.

3|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Rajah 1: Tulisan salah seorang daripada empat orang murid yang menjadi sasaran
untuk kajian ini iaitu Mohd Ikmal.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat
tulis. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketiga memegang dan
menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus
ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata
pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Menurut Levine, semua ini adalah
faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang tidak cantik.
Postur badan dan penggunaan pensel yang kurang sesuai juga memainkan peranan
yang penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Menurut Sassoon
(1993) pula, beliau mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul dan menulis huruf
mengikut pergerakan yang betul. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah
menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk
melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang
cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan
seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara
yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi
perhatian membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.

4|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


3.2

2012

TINJAUAN MASALAH

Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi
mengatasi masalah tulisan murid yang tidak kemas dan seperti cakar ayam. Masalah ini
dikenalpasti dalam kalangan murid Tahun 1 Bestari iaitu melibatkan dua orang murid
lelaki dan dua orang murid perempuan. Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah
ansur maju secara berulang kepada keempat-empat murid berkenaan.
Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya telah menggunakan
beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar
wujud. Alat kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah:

Pemerhatian
Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku
dalam bilik darjah dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian
merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat
secara berstruktur dengan menggunakan senarai semak supaya lebih mudah
untuk dianalisis. Saya melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan murid
dalam buku latihan mereka, cara mereka memegang pensel dan postur duduk
mereka.

Analisis pemerhatian adalah seperti berikut:


Masalah

1. Postur badan
2. Cara pegang pensel
3. Tulisan sukar dibaca
4. Perkataan terlalu rapat
dan condong
5. Tulisan bersepah
6. Huruf terlalu dekat
7. Huruf besar dan kecil
bercampur dalam satu
perkataan

5|Muka surat

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

(Ikmal)

(Shamil)

(Rahayu)

(Norhidayah)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Didapati, murid A, B, C, dan D mempunyai masalah dalam ketujuh-tujuh masalah


yang disenaraikan dalam borang tersebut.

Temubual Semi Berstruktur


Saya menjalankan temubual semi berstruktur terhadap guru mata pelajaran
untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tersebut
dan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam berkenaan isu atau masalah.
Temubual semi struktur adalah jenis temubual di mana soalan-soalan telah
dibentuk terlebih dahulu untuk digunakan sebagai panduan semasa proses
temubual. Penemubual bebas untuk mengemukakan soalan-soalan lain yang
tiada dalam set soalan sedia ada. Oleh demikian boleh dikatakan bahawa,
temubual semi struktur terletak antara temubual berstruktur dan temubual tidak
berstruktur (Choong Lean Keow, 2011). Transkripsi temubual boleh dilihat pada
bahagian lampiran.

Penelitian dokumen
Penelitian dokumen digunakan untuk meneliti latihan yang dilakukan oleh murid.
Cara ini digunakan untuk menyokong dapatan sedia ada yang telah diperoleh
melalui alat kajian lain. Data daripada dokumen diperoleh dengan menggunakan
item senarai semak.
Latihan menulis dalam buku
garis tiga
Murid A
Murid B
Murid C
Murid D

Baik

Sederhana

Lemah

Didapati bahawa hanya murid C (Rahayu) sahaja yang dapat membuat latihan
penulisan menggunakan buku garis tiga berada di tahap sederhana manakala
murid A, B, dan D masih berada ditahap lemah (tulisan tidak cantik dan sukar
dibaca)
3.3

ANALISIS MASALAH
Berdasarkan

kajian

yang

akan

dijalankan,

saya

menggunakan

teknik

pemerhatian, temu bual dan penelitian dokumen. Melalui pemerhatian saya


mendapati terdapat empat orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah
6|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

tulisan yang tidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Dalam kajian ini, saya
menggunakan foto sebagai alat pemerhatian.
Seterusnya teknik temubual digunakan untuk mendapatkan data kualitatif.
Temubual kualitatif merujuk kepada temubual di mana pengkaji mengemukakan
soalan-soalan terbuka kepada seseorang, merekod jawapannya, membuat
transkripsi dan akhirnya menganalisis data tersebut. Penelitian dokumen pula
saya gunakan untuk melihat perbezaan dan peningkatan sebelum dan selepas
kajian dijalankan. Penelitian dokumen melibatkan hasil tulisan murid yang
bermasalah dalam tulisan mereka dan boleh dilihat dalam buku latihan mereka.
Kesimpulannya, saya telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muridmurid khususnya yang berkaitan dengan tulisan yang tidak cantik dan tidak
kemas serta sukar dibaca dan empat orang telah dikenalpasti iaitu dua orang
lelaki (Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil) dan dua orang perempuan (Rahayu
dan Norhidayah). Saya juga telah mengenalpasti punca masalah dan memilih
kaedah ansur maju untuk mengatasi masalah mereka.
4.0

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

4.1

Objektif Kajian
Kajian dilakukan untuk memastikan empat orang murid Tahun 1 Bestari ini mampu
memegang pensel dengan betul semasa menulis dan memperbaiki tulisan mereka agar
lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.

4.2

Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.

Adakah latihan penulisan menggunakan kaedah ansur maju secara berulang


dapat memperbaiki kekemasan tulisan empat orang murid Tahun 1 Dedikasi?

5.0

KUMPULAN SASARAN
4 orang murid Tahun Satu Bestari, Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah,
Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.

7|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


6.0

2012

PERANCANGAN TINDAKAN
Selama beberapa minggu saya mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 Bestari, saya
mendapati empat orang pelajar kelas ini tidak dapat menulis dengan kemas dan teratur
lebih-lebih lagi dalam menghasilkan tulisan cantik. Ini mungkin disebabkan mereka tidak
didedahkan tentang teknik dan strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut
Sassoon (1993), guru kurang memberi penekanan pengajaran menulis di kelas
khususnya dari segi cara memegang alat tulis dengan betul, menulis perkataan
mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz perkataan dan menentukan ruang
antara perkataan. Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan salah satu
punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Tulisan amat penting dan
merupakan asas sesuatu pelajaran. Ia merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada
seseorang murid.
Kaedah penulisan menggunakan ansur maju adalah inspirasi yang saya peroleh
daripada kaedah yang digunakan oleh Tiong Houng Ching (2005) dan Norizan Binti Esa
(2005). Tiong Houng Ching telah menjalankan kajian terhadap pelajar Tingkatan
Peralihan yang masih belum boleh menulis dengan teratur dan kemas dalam buku
latihan dua garisan. Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa
langkah bagi membantu murid-murid menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.
Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut.
Langkah 1:
Saya menunjukkan cara duduk dan kedudukan kertas iaitu dada menghadap ke meja
sebanyak 180. Postur badan yang betul adalah penting kerana murid tidak terlalu
tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas meja semasa menulis.
Langkah 2:
Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel dengan betul. Pensel
dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pensel seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2.

8|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Rajah 2. Cara betul memegang pensel.


Langkah 3:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku
latihan yang sesuai dan selesa seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.

Rajah 3. Kedudukan tangan dan buku semasa menulis.

9|Muka surat

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian,
saya meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki
mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut.
Langkah 4:
Murid-murid menulis perkataan secara ansur maju dan berulang menggunakan buku
penulisan murid yang bergaris tiga. Contoh latihan tulisan yang diberikan adalah seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 4.

Rajah 4. Contoh latihan tulisan cantik untuk ayat.


Setelah mengajar dan membiasakan murid dengan beberapa langkah yang saya
terangkan tadi, saya memantau postur badan dan cara murid memegang pensel dari
semasa ke semasa. Latihan-latihan penulisan murid dikumpul dan dianalisis unstuck
melihat kekemasan dan kecantikan tulisan murid-murid (rujuk lampiran).
10 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


7.0

2012

PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA


Terdapat tiga teknik pengumpulan data yang saya akan gunakan untuk menghasilkan
data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku
dalam kajian yang diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa akan
saya gunakan dalam penyelidikan ini iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur
dan bukti dokumen.
Pemerhatian merupakan teknik yang berkesan dalam pengumpulan data untuk mengkaji
dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah. Lazimnya, dalam pemerhatian,
saya melihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapat maklumat serta
untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat
merapatkan diri dengan empat orang murid tersebut di samping memerhati cara mereka
menulis.
Saya juga menggunakan teknik temubual untuk mengumpul data. Saya telah
menemubual guru pemulihan dan guru Bahasa Melayu lain mengenai tulisan keempatempat murid terbabit untuk mendapatkan maklumat yang releven dengan kajian. Mereka
bersetuju dengan kajian ini dan menyokong cubaan kaedah ini dalam usaha saya
membaiki tulisan keempat-empat murid tersebut.
Selain itu, saya juga akan menemu bual keempat-empat murid tersebut tentang
keselesaan mereka menulis dengan postur badan dan cara mereka memegang pensel
dengan betul. Saya juga akan bertanyakan sama ada latihan berbentuk garis tiga
membantu mereka menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas.
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga akan memperolehi data
daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya
menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada
teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen ini kemudiannya saya akan analisis
untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh
untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini,
dokumen yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan (contoh tulisan murid sila
rujuk lampiran).

11 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN


8.0

2012

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA


Di sini saya akan menganalisis data berdasarkan perkembangan tulisan keempat-empat
murid tersebut selepas mereka dibiasakan dengan cara memegang pensel dan postur
badan yang betul semasa menulis serta menulis berpandukan latihan penulisan bergaris
tiga. Saya akan menggunakan borang penyemakan tulisan seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 1 untuk menyemak hasil tulisan mereka dari semasa ke semasa.

Tulisan

Gred

Kecondongan tulisan (bukan tulisan berangkai)


Perkataan terlalu rapat (bukan tulisan berangkai)
Huruf-huruf terlalu dekat (bukan tulisan berangkai)
Menyerupai huruf lain
Tarikh
Jadual 1: Borang penyemakan tulisan
Tulisan

Gred A

Gred B

Gred C

Kecondongan tulisan
(bukan tulisan
berangkai)

Baik. Penghasilan
tulisan murid tidak
mempunyai sebarang
kecondongan

Lemah. Keseluruhan
hasil penulisan huruf
murid condong dan
terlalu condong.

Perkataan terlalu
rapat (bukan tulisan
berangkai)

Baik. Perkataanperkataan yang


dihasilkan dalam
penulisan tidak terlalu
rapat.
Baik. Keseluruhan
huruf-huruf yang
dihasilkan dalam satu
penulisan tidak
mempunyai sebarang
huruf-huruf yang
terlalu dekat dan
mempunyai jarak
yang sesuai diantara
huruf-huruf.
Baik. Tiada sebarang
huruf yang
menyerupai huruf lain
dalam sesuatu
penulisan

Sederhana. Penulisan
yang dihasilkan murid
sederhana kerana
masih terdapat
sebarang
kecondongan dalam
penulisan mereka.
Sederhana. Masih
terdapat perkataanperkataan yang ditulis
terlalu rapat dalam
sesuatu penulisan.
Sederhana. Masih
terdapat huruf-huruf
yang ditulis terlalu
dekat dalam sesuatu
penulisan.

Sederhana. Masih
terdapat huruf yang
menyerupai huruf lain
dalam sesuatu
penulisan.

Lemah. Keseluruhan
huruf dalam sesuatu
penulisan selalu dan
kerap diulang
kesalahannya dalam
sesuatu penulisan.

Huruf-huruf terlalu
dekat (bukan tulisan
berangkai)

Huruf menyerupai
huruf lain

12 | M u k a s u r a t

Lemah. Keseluruhan
Perkataan-perkataan
dalam sesuatu
penulisan ditulis
dengan rapat.
Lemah. Keseluruhan
huruf-huruf dalam
sesuatu penulisan
ditulis terlalu dekat.

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Jadual 2: Kriteria pemberian gred.


Penyemakan tersebut berdasarkan kriteria pemberian gred seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 2 di atas. Selain itu, saya juga menganalisis kandungan temubual yang
telah saya jalankan.
9.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


9.1

JADUAL PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN / CARTA GANTT

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian
penyelidkan tindakan.

BIL.
Mengenalpasti

TARIKH

AKTIVITI
masalah

dan

PELAKSANAAN
pengumpulan

data 30 Julai 2012 3

tinjauan awal

Ogos 2012

Menentukan objektif / soalan kajian

4 Ogos 2012

Merancang tindakan

Melaksanakan tindakan

Menganalisis tindakan

Membuat refleksi

Menulis laporan kajian

Pembentangan dapatan kajian

9.2

6 Ogos 2012 8
Ogos 2012
9 Ogos 2012 17
Ogos 2012
18 Ogos 2012 19
Ogos 2012
20 Ogos 2012
21 Ogos 2012 31
Ogos 2012
1 September 2012
2 September 2012

KOS KAJIAN

Kos yang terlibat sepanjang perancangan penyelidikan tindakan ini ditunjukkan pada
jadual kos kajian di bawah.
13 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

BIL.

JENIS BAHAN

2012

KUANTITI X HARGA
SEUNIT

Kertas A4

2 x RM 8.50

RM 17.00

Printer Cartridge

x RM 125.00

RM 125.00

Buku Kajian

1 x RM 17.00

RM 17.00

Fotostat bahan kajian

Buku catatan guru

RM 30.00
2 x RM 2.00

JUMLAH

10.0

JUMLAH KOS

RM 4.00
RM 193.00

RUJUKAN
Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Levine, M. D.

(1987). Developmental variation and learning disorders. Cambridge,

Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.


Levine, M. D. (1994). Educational care: A system for understanding and helping children
with learning problems at home and in school. Cambridge, Massachusetts:
Educators Publishing Service, Inc.
Noraini Binti Ombi (2009), Jurnal Kertas Kerja Kajian Kes ke atas Kekemasan Tulisan
Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Institut Pendidikan
Guru Kampus Bukit Lintang.
Norizan Binti Esa (2005), Jurnal Kemahiran Menulis Secara Kaedah Ansur Maju.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosinah Edinin (PhD), (2011) Cetakan 2012. Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan
Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

14 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Sasson, R (1983). The practical guide to childrens Handwriting. Great Britain: Thames
and Hudson.
Sasson, R (1983). Handwriting: The way to teach it. Cheltenham: Stanley Thomas.

Mariayee A/P Suppiah (2011). Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk Dalam Bahasa
Malaysia
Bagi
Murid
Tahun
1.
Dimuat
turun
daripada
http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakanmasalah.html pada 9 September 2012.

11.0

LAMPIRAN

Lampiran 1
Transkripsi Protokol Temubual

SOALAN

PERKARA

1.

Assalamualaikum, apa khabar Cikgu Razak? Selamat berpuasa.

REFLEKSI
PENYELIDIK

Waalaikummussalam w.b. Khabar baik. Selamat berpuasa untuk


awak juga.

2.

Sebenarnya, tujuan saya menemubual cikgu pada hari ini adalah


untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh cikgu semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi tujuan
ilmiah. Bolehkah cikgu?

Boleh, tiada masalah. Saya akan cuba menjawab setiap soalan kamu
berdasarkan pengalaman saya. Insyaallah.

3.

Bolehkah cikgu ceritakan serba ringkas tentang latar belakang


akademik murid-murid cikgu sekarang?

Sejak KSSR dijalankan di sekolah, selaku guru penyelaras Bahasa Guru ini menghadapi
15 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Melayu, saya ditugaskan untuk mengajar tahun satu sahaja. Di masalah yang agak
sekolah ini ada dua buah kelas tahun 1 iaitu Tahun Satu Arif dan banyak untuk kelas
Tahun Satu Bestari. Murid-murid saya mempunyai pelbagai latar Tahun Satu Bestari
belakang akademik. Untuk Tahun satu Arif mereka tidak mempunyai namun beliau tidak
masalah dalam asas 3M kerana mereka semua sudah melepasi mengajar murid yang
tahap saringan ketika awal kemasukan. Hanya Tahun Satu Bestari mempunyai masalah
yang mempunyai masalah asas 3M dan mereka dibahagikan kepada pembelajaran

yang

tiga kumpulan iaitu murid perdana, murid LINUS biasa dan murid teruk (murid LINUS)
LINUS tegar. Oleh kerana di sekolah ini ada guru pemulihan, murid
LINUS tegar di ajar oleh beliau.

4.

Terima kasih cikgu atas penerangan tadi. Seterusnya, bolehkah


cikgu terangkan secara ringkas tentang jadual waktu mengajar
cikgu?

KSSR dan KBSR berbeza. Untuk KSSR, jadual waktu agak padat
walaupun saya hanya mengajar dua kelas saja. Ini kerana setiap hari
saya ada kelas dengan mereka. Dalam satu P&P paling kurang dua
masa iaitu 1 jam. Ada satu hari saya mengajar 3 masa iaitu 1 jam
setengah.

5.

Oh, begitu ya. Cikgu, setahu saya kebanyakan sekolah memilih


guru yang berpengalaman untuk mengajar murid Tahap 1
khususnya tahun 1. Mengapakah pihak sekolah membuat
penyusunan sedemikian?
(responden tersenyum)erm..sebenarnya pada pendapat
saya la, takde apa-apa. Cuma, guru lama lebih berpengalaman
dalam menangani kerenah murid-murid khususnya Tahun 1 yang
rata-rata baru masuk dunia persekolahan sebenar. Lagipun masalah
pembelajaran boleh dikenalpasti dengan lebih awal pada peringkat
ini. Jadi guru perlu bersedia mental dan fizikal sedangkan guru baru
kurang pengalaman untuk setiap situasi yang tak terduga.

16 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

6.

2012

Sebagai guru yang berpengalaman luas dalam mengajar Bahasa


Melayu, adakah cikgu mengalami masalah ketika mengajar
dalam kelas? Maksud saya Tahun 1.
(responden tersenyum)mustahillah kalau saya tak hadapi
masalah dalam ajar murid Tahun 1 ni. Mestilah ada tapi
Alhamdulillah setakat ni saya boleh hadapinya. Lagipun semua tu
adalah tanggungjawab saya. Itu adalah cabaran kita bergelar cikgu
ni.

7.

Cikgu, boleh tak berkongsi ilmu dengan saya tentang masalah


pembelajaran murid Tahun 1 yang cikgu hadapi?

Guru ini merupakan


guru cemerlang dan

Macam biasa la, budak-budak masalahnya lebih kurang sama saje. mempunyai
Antara masalah pembelajaran murid-murid saya khususnya murid pengalaman
Tahun 1 tahun ni, mereka tak kenal huruf, hanya menghafal saja, banyak

dalam

kemudian tulisan macam cakar ayam. Ada murid tahu mengeja dan mengajar

murid

membatang suku kata tapi nak sebut perkataan tersebut tak tahu, tak

khususnya Tahun 1,

bawa buku, asyik tukar buku baru setiap hari pun ada, alasannya jadi

beliau

hilang (sambil ketawa kecil).. Tapi sebenarnya, semua masalah ni biasa

8.

yang

sudah
dengan

normal untuk murid tahun 1.

masalah murid-murid

Berdasarkan permasalahan yang cikgu katakan tadi, saya

Beliau menggunakan

tertarik dengan masalah penulisan murid cikgu. Bolehkah cikgu pendekatan

yang

berkongsi pengalaman dengan saya cara cikgu menangani bagus dan berusaha
masalah tulisan macam cakar ayam tu?

untuk
masalah

Biasalah,

realitinya

kebanyakan

budak-budak

umur

penulisan

sebegitu murid-murid beliau

tulisannya memang tak cantik. Sebenarnya ia berkaitan deria


psikomotor. Tangan mereka ni masih kaku lagi perlukan lebih banyak
latihan contohnya, macam mana pegang pensel dengan betul,
macam mana nak mengagak menulis di kertas garis satu dan garis
tiga. Buku garis tiga tu buku tulis berpandu. Cara tu dah lama dah.
17 | M u k a s u r a t

mengatasi

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

Tujuannya untuk ajar murid menulis cantik di garisan yang betul.


Masa awak dulu dah ada dah. Betul tak?
Ya cikgu, betul. Tapi cara itu tak menjamin tulisan cantik kan?

Ya Suzi, itu betul. Yang saya katakan tadi tu adalah salah satu cara
asas murid menulis dengan cantik secara terpimpin. Ada murid yang
boleh guna cara tu saje dah ok, tapi ada setengah murid lain, perlu
guna

banyak

pendekatan

dan

latihan

yang

berbeza.

Tapi

sebenarnya, lama-kelamaan dengan latihan menulis yang banyak,


tulisan mereka akan lebih cantik. Taklah target untuk murid Tahun
Satu ni tuk tulisan cantik saja. Yang penting asas membaca, menulis
dan mengira dah mereka kuasai.

9.

Apakah strategi yang cikgu gunakan untuk tarik minat murid Beliau menggunakan
menulis dengan cantik?

pendekatan

yang

tidak

terlalu

(Responden ketawa)strategi apa ye? Maklum la dah berbelas memaksa


tahun mengajar ni dan dah ramai anak murid saya dah habis

Beliau

murid.
membuat

sekolah. Saya pun tak pernah dapat soalan ni. Sebenarnya, tulisan pembahagian
cantik bukan fokus utama saya mengajar untuk Tahun Satu ni, tu

kumpulan

dalam

cuma fokus sampingan saja. Saya cubalah jawab. Seperti yang awak kelas mengikut tahap
tahu KSSR ni berpusatkan murid. Budak-budak ni tak macam budak bagi

memudahkan

besar. Tujuan ke sekolah bukan untuk belajar dan dapat ilmu serta beliau
dapat keputusan yang baik cuma nak bermain saja. Mereka perlukan semasa
bimbingan dan dorongan daripada cikgu berbanding kesedaran dari kelas.
diri mereka sendiri. Untuk tulisan murid pula, saya akan pastikan .
tulisan mereka ni boleh dibaca. Tu dah kira ok. Awal tahun
persekolahan biasanya saya akan buat ujian saringan untuk lihat
tahap mereka. Biasanya, Tahun 1 Arif takde masalah sebab mereka
sudah pandai membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dah
diperolehi semasa di sekolah tadika.

Cuma untuk Tahun 1 Bestari, ada di antara mereka tidak bersekolah


18 | M u k a s u r a t

mengajar
di

dalam

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

tadika dan tidak dapat pendidikan awal walaupun di rumah. Ada juga
murid dalam kelas ni yang IQ nya lambat sikit. Dalam kelas Tahun
Satu Bestari ni saya bahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan
yang lemah ni saya buat aktiviti pratulisan dulu, dua kumpulan lagi
saya buat latihan menulis huruf di buku garis.

Setahu saya, aktiviti pratulisan ada banyak, boleh cikgu


terangkan dengan lebih mendalam tak?

Saya rasa awak dah tau pratulisan tu apa kan. Biasanya cikgu tadika
dan prasekolah yang mengajar pratulisan ni. Tujuan saya buat aktiviti
pratulisan ni untuk latih pergerakan tangan dan jari, koordinasi mata
dan tangan murid tu. Bila buat aktiviti ni, motor halus yang kaku tu
dapat dilembutkan. Awal-awal dulu saya buat aktiviti melukis secara
bebas, sambung titik-titik huruf dan gambar, ermmmm..tulis kat
udara dan .di atas tepung. Untuk murid yang teruk sangat, saya
pegang tangan dia dan buat secara bersama. Bila buat aktiviti ni
budak-budak seronok sebab macam bermain. Jadi mereka tak
stress. Aktiviti ni memang berjaya la sebab objektif saya untuk
mereka tahu menulis disamping kenal huruf tercapai. Sekarang ni
dah bulan 8, semua murid Tahun 1 Bestari dah pandai menulis dan
tulisannya boleh dibaca. Hanya dua tiga orang saja yang tulisannya
tak cantik, yang lain oklah.

Biasanya saya baca dibuku, menulis menggunakan pasir,


kenapa cikgu menggunakan tepung?

Saya pilih tepung sebab mudah dapat. Pasir ni susah cikit, lagipun
berat nak di bawa ke kelas, kalau nak bawa keluar, murid lain pulak
susah nak jaga. Maklum la budak Tahun 1 ni aktif agak sukar dikawal
apabila buat aktiviti di luar kelas. Buat dalam kelas lebih terjamin
keselamatannya dan disiplin murid dapat dikawal.

10.

Bahan bantu mengajar cikgu peroleh di mana?


19 | M u k a s u r a t

Bahan

bantu

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012
mengajar dibuat oleh

Biasalah, kat sini BBM buat sendiri. Sekolah tak sediakan BBM yang

beliau sendiri kerana

banyak pun, semua yang biasa-biasa je macam kad gambar. Itupun di

sekolah

tidak

prasekolah dah ambil. Kebanyakan cikgu kat sini buat BBM sendiri menyediakan

BBM

dan guna buku teks yang dibekalkan termasuklah saya. Semua ikut yang banyak. Beliau
kreativiti guru masing-masing. Macam saya, saya guna bahan yang juga

menggunakan

sudah saya sediakan dahulu contohnya lembaran kerja, kad kemahiran

ICT

perkataan dan kad gambar. Masih boleh diguna lagi selagi masih semasa waktu P&P
releven. Untungnya kat sini kelas Tahun 1 ada LCD, kadang-kadang
saya guna juga untuk P&P saya. Tapi bukan semua kelas ada
kemudahan ni hanya kelas Tahun 1 dan Tahun 2 saja yang ada.

11.

Cikgu, berbalik kepada kaedah pengajaran pratulisan, cikgu ada


gunakan kaedah tulisan mekanis tak?

Tulisan mekanis ye? Tulisan mekanis ni kemahiran selepas


pratulisan. Mestilah ada. Tulisan mekanis sebenarnya yang paling
penting. Selepas motor halus lembut barulah mudah nak ajar muridmurid ni menulis huruf dan perkataan. Barulah murid ni boleh belajar
dengan seronok sebab dah belajar sama-sama dengan kawan lain.
Masa ni murid-murid ni dah boleh terima nak belajar tulis huruf kecil
dan huruf besar. Buku garis tiga lebih efektif pada masa ni untuk latih
murid menulis. Sampai sekarang aktiviti menulis garis tiga ni
dijalankan.

Cikgu, bolehkah saya mengambil beberapa buah buku murid


untuk dijadikan contoh bukti tugasan saya? Saya nak buat
salinan.

Boleh, apa salahnya. Nanti awak boleh ikut saya masuk kelas.
Terima kasih, cikgu.

Akhir sekali, cikgu ada apa-apa pesanan atau perkara yang nak
20 | M u k a s u r a t

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

2012

ditambah dalam sesi temubual ini?


(Responden tersenyum)..saya ucapkan selamat datang ke sekolah
ni. Sebagai guru kita mestilah sentiasa mencari ilmu dan berusaha
untuk memberi yang terbaik kepada anak murid kita yang
sebenarnya dahagakan ilmu walaupun minda mereka sekarang ni
belum terbuka ke arah itu. Biasalah, budak-budak ni kebanyakan
masa mereka dihabiskan dengan bermain, itu normal. Kalau diam je
budak tu tak normal. Jadi sebagai guru sekolah rendah ni, kita mesti
banyak berusaha dan gerakkan mereka. Sebagai guru juga kita tidak
boleh putus asa dan bosan dengan kerjaya kita ni.

12.

Terima kasih cikgu atas nasihat dan kerjasama yang diberikan.

Sama-sama.

Lampiran 2
Bahan bukti dokumen yang terdiri daripada hasil tulisan murid yang menjadi sasaran dan hasil
rakaman temubual seorang guru di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya yang telah dimuatkan
dalam bentuk CD.

21 | M u k a s u r a t

Anda mungkin juga menyukai